2 Kertas Peperiksaan Pertama

Petang tadi gua menatap kertas pertama gua, Data Mining. Subjek ni dah kira macam subjek pembunuh bagi gua untuk semester ni, perasaan saling tak tumpah macam ambik Matematik Tambahan masa sekolah dulu. Masuk dewan, baca apa-apa doa yang terlintas. Usaha tak seberapa mana, doa kasi lebih. Gua tau, bagi setiap soalan tu memang dah ada jawapan, cuma kita je tak tau apa jawapan dia.

Dah setahun gua tak masuk dewan peperiksaan, dah lupa peraturan sama syarat-syarat dewan peperiksaan. Kertas tadi macam biasa, macam kertas-kertas yang lain, masih berwarna putih tapi menyakitkan hati. Dah berapa hari mata gua puasa dari tengok siri Family Outing, takut gelak kuat-kuat nanti ilmu lari. Tak apa, satu dah jatuh. Ada beberapa lagi tak mau jatuh.

..


Sabar

2 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Orang gempak. Keluar awal~

(Tabik spring)

Achan Sinclair berkata...

biasa-biasa saja..(riak ego)