0 Aku Sekeping Pick Gitar

Hi, nama gua Fender Medium, gua adalah sekeping pick guitar. Budak-budak panggil gua 'Pick', sebutan seakan-akan pig, tapi bukan PIG. Tugasan gua adalah untuk memetik tali gitar. Kalau nak cerita tempat lahir gua sampai lusa tak habis. Tau-tau gua dah ada dekat sebuah kedai gitar di kawasan Damansara. Satu hari, gua dipilih oleh seoang lelaki yang agak hensem. Gua tak berapa kenal dia, tapi gua dengar member-member dia panggil Achan. Muka dia memang banyak kali masuk majalah-majalah hiburan macam Mangga dan URTV. Gua memang berbangga dapat tuan hensem macam Achan. Beliau seorang pelajar dan meminati musik. Gua diletakkan di dalam wallet di hadapan IC beliau. Ini bermakna gua mendapat layanan istimewa kerana sentiasa berdekatan dengan tuan gua.

Semalam tuan gua dijemput untuk berjamming bersama rakan-rakan yang lain. Tuan gua bawa kawan baik gua sekali Borhan, sebuah gitar Jaguar. Selepas bermain beberapa lagu, ada seorang kawan tuan gua nak pinjam Borhan, nama dia Mok. Mok ni baisa-biasa ja, memang jauhlah kalau nak dibandingkan dengan tuan gua yang berwajah ala-ala Rain, hero cerita korea Fullhouse tu. Dah ambil Borhan kenalah datang dengan pakej sekali dengan gua, tak kan nak petik pakai jari? George Harrison pun gelak usha macam tu. Selepas Mok memainkan lagu Tanpa yang dipopularkan oleh Sixth Sense, gua telah diletakkan di atas sebuah amp Fender. Tak lama kemudian, gua terjatuh entah celah mana-mana.

Dan begitulah tamatnya riwayat hidup gua. Last sekali, tuan gua main gitar pakai jari sampai berdarah-darah jari dia. Kesian tuan gua.

notaKaki : Kisah ini adalah kisah benar dan spoofy kepada kisah Sang Lighter di blog Mok.

0 487 batang pen patah: