1 Sifat Usahawan Yang Kurang Disenangi

Gua tengah baran ni, lighter yang gua beli terjatuh dan terus tercabut batu api dan roda besi. Manakan tak menyirap, kalau gua beli lighter cap Criket memang boleh pakai sambil habis gas. Ini baru pakai sangat, api pun menyala cantik lagi. Tapi jatuh sekali terus punah, apa perangai pengusaha industri lighter negara ni?

Sememangnya pengusaha-pengusaha perlu menitik beratkan keuntungan, tak dinafikan. Tetapi mereka juga perlu sedar, bahawa penggunaan material yang berkualiti rendah akan merosakkan reputasi produk sesebuah syarikat. Baik buat lighter-pakai-buang aka mancis. Memang gua tak suka bila perasaan I dipermain-mainkan.

Ini dah susah, secara langsung membantutkan semangat gua nak buat masterpiece gua. Mana tau, silap-silap boleh jadi macam lagu Bohemian Rhapsody.

notaKaki : Apahal internet UTP buat perangai ni? Tiba-tiba laju macam Ferrari.

1 487 batang pen patah:

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salammmm....jemput muzakarah di blog saya......ye....