2 Review : Family Outing

Outing..

Suatu perkataan yang berharga bagi mereka yang pernah menuntut ilmu hitam di asrama, jalan-jalan hujung minngu sambil pakai baju batik. Yang anak-anak mak, akan mula outing dengan mak bapak. Pergi makan kentaki, beli biskut mahal, maggi dan kordial. Balik asrama, mulut bau kentaki. Rasa nak terajang aja.

Bila dah naik upper form, dah pandai erti mengawan. Setiap minggu ja terkedek-kedek dengan awek masing-masing. Makan MekDi. Bangsat! Mewah gila lah dapat makan MekDi time sekolah. Awek tu pulak, kalo dapat tapaw apple pie taruk dalam plastik MekDi dan bawak balik ke asrama, rakan-rakan dorm mesti tanya. Kemudian dengan bangga menjawap sambil mengembangkan radius lubang hidung, "Aku pi MekDi dengan ...".

Yang lebih kepada aktiviti-aktiviti sendiri pun turut sama meraikan istilah outing, dengan mengunjungi pusat-pusat snuker dan cyber cafe berhampiran. Macam haram.

*Family Outing

Tapi gua nak review pasal sebuah siri realiti tv, iaitu Famiy Outing. Dekat Tronoh ni tak ada kedai CD, maka gua tak tau sekarang CD apa best. So gua dah mula nak merepek ni.

Bila kita sebut 'outing' ketika asrama maka istilah dalam basaha Melayunya kita panggi keluar bandar. Tapi bagi makhluk-makhluk ni, outing adalah keluar dari bandar.

Mengisahkan 7 orang selebriti televisyen Korea, yang akan keluar bandar setiap minggu. Mereka akan ke perkampungan-perkampungan Korea. Siri ni berepisod, dan sekarang ni paling ter-update, episod 44.

Gua pun tak tau, gua berjangkit dari siapa. Tau-tau dah usha menatang ni, macam haram. Yang syok dalam benda ni adalah bagaimana sifat survival dan perangai manusia yang ditunjukkan dalam setiap episod. Dengan tema mesra rakyat, bila lu usha menatang ni, lu akan rasa macam lu pergi picnic dengan kawan-kawan.

Maka lawak-lawak yang keluar adalah atas sifat natural dan bukan dibuat-buat. Tetapi gua respek dengan diorang, walaupun masing-masing dah kaya macam haram. Tapi masih tahu tentang adat mereka dan survival mereka. Dulu Astro ada buat menatang macam ni gak, artis masuk kampung. Gua ingat time Azza Elite kena kacau dodol, menjerit-jerit mengada-ngada. Kira tunjuk yang orang bandar tak kacip la dengan benda-benda renyah ni. Bullshit!!

Dalam benda ni lu boleh usha kecekapan seleberiti pujaan lu tangkap ikan, siang ikan dan bergaduh untuk mempertahankan waktu tidur. Lu imagine, orang kejut lu awal pagi dan main kuiz-kuiz, sapa kalah kena masak, sapa menang boleh sambung tidur. Fight for sleep!! Gua berani jamin, semua orang pasti akan bersungguh-sungguh.

Selain tuh, lu boleh usha Lee Hyori, kira dah macam Siti Nurhaliza Korea la. On stage memang pujaan ramai, tapi dalam Family Outing ni dah macam haram. Atas stage sexy gile, dah dalam siri ni siap pakai selua 'katok' lagi beb. Gua pun tak pakai benda tuh. Maka apa yang ditonjolkan adalah sememangnya sifat-sifa natural dan bukan buat-buat.
* Lee Hyori, untuk tatapan umum

Okay..gua nak tidur. Petang karang ada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan, bukan selalu dapat benda pelik-pelik macam ni..

2 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

bukan esok ke anugerah dekan?

Achan Sinclair berkata...

aah..esok..demmit silap info..hahaha