2 Perkara Begini Yang Membantutkan Semangat Bumiputera

Gua bangun ketika tengahari, gua tak tau sekarang ni masa tidur gua macam gua hidup kat Amareka. Tidur petang pukul 9 malam, bangun dan sambung tidur malam pukul 7 pagi. Lu tau kan beza perasaan tidur pagi dan tidur malam?

Okay, sambung cerita. Gua bangun tengahari, bersiap-siap mandi semua. Nak pergi ambil dobi, harapkan mesin basuh yang disediakan kat depan blok gua ni. Hampas!! Gua syak mesin basuh tu diubahsuai dari mesin potong rumput, tu basuh baju pun macam mahu tak mahu.

Semangat gua membara, iron baju semua. Hari ni kan hari Penyampaian Anugerah Dekan atau di UTP kami menggunakan bahasa inggeris sebagai basah pengantar, maka kami sebut sebagai Dean's List Award.

Sepanjang gua belajar dari sekolah rendah ke menara gading, sememangnya gua tak pernah naik ke pentas ketika hari kecemerlangan pelajar. Okay, gua pernah naik pentas ketika darjah 4 ketika membuat persembahan koir untuk Hari Anugerah Pelajar.

Maka Dean's List Award merupakan suatu titik tolak permulaan baru dalam kehidupan gua. Hahaha..gua dah bajet nak pakai tie kaler merah. Baru nampak berseri. Elok hari dah panas, gua sms Toyon tanya pasal tentatif (Sebenarnya Toyon duduk di bilik sebelah, tapi gua malas).

Toyon cakap Dean List punya event esok.. Demmit!!!

Gua sambung tidur balik!!

2 487 batang pen patah:

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

lenkali nak dok kat amerika pun, tengok2 sket calander

neorackle berkata...

Jahfiz baca sure terharu..

anak didik dapat dean's list.

hahaha....

p/s:ak x sempat naik stage. demmit.