7 How to be a Good Presenter

Tadi, atau lebih tepatnya semalam (Gua menggunakan tadi sebab mata dua tak pejam lagi) gua telah melepasi sebuah halangan yang boleh tahan power. Final presentation untuk prok akhir tahun gua.

Set loceng penggera pukol 8 pagi.

Bangun selepas tekan snooze beberapa ratus kali, akhirnya gua buka jua mata tepat jam 9.48 pagi..bangsat!! Lewat 1 jam 48 minit.

Pergi mandi, gosok gigi, gosok badan pakai sabun Lux sikit.

Kelam kabut gua cari set pakaian formal gua, dah 4 bulan gua tak pakai tali leher selepas meletak jawatan secara kehormat sebagai konsultan tahun lepas. Habis beg baju gua selongkar cari tali leher mahal kaler merah pemberian Abah gua, alhamdulillah rezeki bangun pagi. Terjumpa duit RM50 dalam beg balik kampung, memang kena pada masa dan ketikanya duit tu menjelma.

Dah setting-setting pakaian, baru gua sedar. Rambut gua ni dah macam manusia zaman pra-sejarah, berselerak! Gua cari gel rambut gua, dah lama gua tak dandan rambut ni. Ini sesi formal maka gua akan pakai gel. Kasi rambut nampak basah baru gaya gua selari dengan imej bekas konsultan, tapi tapi rambut gua tak ada la kilat macam rambut Khairy Jamaluddin. Dia lain, Duta Brycream.

Semburan minyak wangi mahal juga gua tadahkan pada badan sasa gua. Sebab dengar kata salah seorang pensyarah yang menilai gua nanti tak kahwin lagi, mana tau ada peluang ke. Jodoh ni semua kerja Tuhan (cerita lain)

Gua sampai di gelanggang pertarungan, gua usha line dulu. Kemudian gua beranikan diri rapat ke Machel, rakan sekuliah dari Timor Leste. Kami ke tandas dulu, hisap rokok sambil membuat analisa terhadap pensyarah yang bakal menilai kami.

Tiba masa gua tunjuk taring. Gua sehelai sepinggang je ni, pergi present bawak thumbdrive dan set merokok je.

Start dengan salam sebagai pembuka bicara.

Elok gua nak start je, ada pensyarah datang menjengah. Ohh..demm. Mamat ni selalu tembak budak! Gua telan air liur je, nak hisap rokok karang kena pukul dengan 4 orang pensyarah termasuk penyelia projek gua.

Gua seluk poket, dan mulakan pembentangan projek gua. Gua tiru gaya idola gua, Dr Azrai, pensyarah paling cool dalam sejarah pengajian gua.

Tuupp..

Habis.. Pensyarah pembunuh buka mulut. Gua cuba bermonolog dalaman sambil cuba mengucap dua kalimah syahadah sebagai persediaan.

Good presentation.. kata pensyarah tersebut sambil menepuk tangan.

Demmit!! Bikin gua cuak.

Kemudian seorang pensyarah berbangsa Cina bertanya, berapa kos projek gua.

Demmit, ini soalan yang gua jangka bakal membunuh gua.

Secara faktanya projek gua mampu membeli sebijik lagi motor besar berkuasa 150cc.

Gua diam saja, sambil menjeling tajam terus ke mata penyelia gua.Kami bermonolog secara dalaman.

Macam mana ni Sir?. Gua cuba mendapatkan penjelasan melalui komunikasi tersembunyi kami.

Ko jawap je apa-apa. Penyelia gua bermonolog, ada bunyi sikit dialek Kelantan.

Akhirnya, gua teringat bahawa pensyarah Cina ni mudah terlupa.Maka buka cerita lain dan pusing-pusing, dan gua cakap bahawa perkara ni akan dibawa ke perbincangan fakulti tanpa gua sebut apa-apa nombor.

Penyelia gua mencelah..Yes..Yes..

Mata dia bersinar, macam watak anime yang jahat.Hahaha

Gua senyum kat dia, gua pergi ke kafe. Makan nasi ayam!!

Maka tamatlah Projek Tahun Akhir gua.. =)

7 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Oh, yes. Tahniah~~~

encikBoy berkata...

budus~ suruh aku kejot, tapi bile aku call, sore mcm yakin da bangon.. ahahahaah

Tanpa Nama berkata...

bgus! x sia2 frost didik ko jdik konsultan..pndai pusing2 crite perdayakn user yg cpt lupe...haha

Achan Sinclair berkata...

NymQ

Terima kasih..ang pun ada membantu ketika aku awal2 memanjat karier..hehe

------

Boy

tu antara skill penting. belajar belakon..aku pun xsedar ko call bile..

------

TakDakNama

Encik Frost tepuk dahi beb!!

Faliq berkata...

Nama keluar kat internet tu, tp ada quote, aku sarankan ubah jadi rephrase, sbb tak mungkin ayat ko mcm tu wahaha.


"blablabla" --> blablablabla

Achan Sinclair berkata...

Itu tanya boss gua, skrip dia punya..tukar ayat je.

ainsuffian berkata...

gler sempoi dtg berbekalkan pendrive ngan rokok je..


presentation kena puji lak tuh..
nice~
bagos acan, bagos..
xsia2 jafiz didik ko..
ahaks..


wah..baru aku tau ko pun de produced movers & shakers ms kt frost dulu..
waicheh..
pasni jafiz dok sbut name ko lah as benchmark kt junior2 yg nk intern under dia..
muakakaka..
syabbas beta, syabbas~