3 Congrate to Band Jamen & Supporters


* Band Jamen feat Boss UTP, Datuk Zainal
Hari Jumaat lepas adalah hari penentu kepada Band Jamen. Alhamdulillah, kami telah melayakkan diri untuk ke peringkat akhir Euphonious 2009, sebuah Battle of the Band peringkat kampus.

3 buan band lagi dapat melayakkan diri ke peringkat akhir hasil undian juri iaitu Capoiz, Morven dan Crash n Burn. Dan sebuah band layak hasil dari undian penonton iaitu Tommorow End. Pada peringkat Preliminary, sound memang agak menyakitkan hati, harming di sana-sini. Namun selepas godek-godek oleh juri, bunyi bertukar menjadi normal.

Pada hari Finale yang bertempat di Dewan Chansellor, UTP telah dihadiri oleh 2000 orang pelajar UTP. Walaupun mendapat tentangan habis-habisan dari Puak Masjid dengan pelancaran perang saraf dengan tema ' I Love Islamic Entertainment ', namun pelajar UTP masih berkeras kepala nak menonton shopw gua secara langsung.

Band Pertama yang membuat persebahan adalah Tommorow End. Gua tak dapat tangkap apa doang main sebab gua dah amik port belakang stage.

Band kedua adalah band gua, Band Jamen. Bertindak sebagai frontman pada malam tersebut, gua cuba mempraktikkan segala petua yang diajar oleh Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia. Ketika memainkan lagu 'I Want to Hold Your Hand' versi raggaem kami tak menghadapi apa-apa masalah major, cuma terkedu ketika transaksi part verse to bridge. Bunyi kosong macam terkejut. Lagu kedua, Kesal menemui kekesalan dari segi teknikal. Gitar kedua, harming kaw gila, tak tahu salah siapa. Namun semangat professionalisme Faliq selaku gitar utama, cuba untuk cover part rhytm dan solo sendirian. Namun lagi satu kejutan menemui kami, tali gitar Faliq putus ketika solo. Tapi semua masalah berikut memang macam tak perasan. Vokal Lisa semeangnya membawa semangat Rock n Roll membakar jiwa crowd di hall.

Band ketiga adalah pemenang Euphonious 2007 & 2008, The Capoiz. Sememangnya gua memang peminat band ini sejak dari awal-awal dulu. Tahun 2009 ini mereka menampilkan, Dunken sebagai frontman yang membawa lagu Maha Karya Cinta. Gua agak terkejut dengan sound yang keluar dari amp,vocal Dunken yang gua tau macam mana bunyinya tuh menjadi bunyi kotak, gua sedar masalah itu berpunca dari cordless mic. Gitar solo tak perlulah nak komen, Duck selaku Best Guitarist 2007-2009, memang hatrick. Gitar pun Fender Strat Custom, lu senyum je la usha dia solo. Tetapi gua rasa vokalis kedua, Sarah sedikit sebanyak menganggu penghayatan penonton. Vokal Sarah memang mudah flat dan tergelincir, masalah dari segi showmanship pun wujud, mimik wajah tak enjoy di stage. Gua dah garu kepala.

Band ke-4, Crash n Burn, Lagu pertama ' Its Not Over', adalah sebuah lagu yang ringan dan catchy, permainan yang clean berjaya membuatkan mereka menambat telinga penonton. Lagu kedua mereka, sebuah lagu instrumental dengan iringan violin oleh Dianne memang kasi ikat ketat telinga crowd, mereka main lagu Dream Theater gua tak ingat apa tajuk ntah. Sememangnya dengan permainan mantap Dianne, berjaya menghapus segala dosa-dosa ahli band yang lain.

Band ke-5 adalah Morven, dengan intro ala nasyid yang mengagumkan juri. Lagu pertama, Yang Pernah semamngnya jelas mendera vokal frontman mereka, beberapa kali squid dan tergelincir membuatkan crowd sakit telinga. Namun lagu kedua ciptaan mereka, Me, Myself & I berjaya membuatkan juri impresive walaupun masalah vokal masih wujud.

Band ke... Bunkface. Tak perlu nak sembanglah, showmanship memang kaw, wajah idaman gadis-gadis remaja di luar sana. namun mereka tak cukup nakal umpama di gig-gig macam biasa, mungkin ada Dato kot so behave la.

Walaupun dilanda pelbagai rintangan dan masalah teknikal, Band Jamen berjaya mendapat tempat ke-3. Terima kasih semua yang menyokong!!

3 487 batang pen patah:

Dayana berkata...

korang nye montaj sangat cute.

AlexAlabasta berkata...

Chaiyok Band Jamen!!!

Achan Depp berkata...

Ohh..aku juga cute!!