0 Band Jamen @ Euphonius

Beberapa tahun dahulu, ketika muda remaja, gua dan Faliq (kini bergelar sebagai tokey sushi) menubuhkan sebuah kumpulan gitar rancak yang digelar Band Jamen.

Band Jamen adalah medium kepada kami bermain musik di atas pentas. Dengan berkiblatkan musik Hard Rock, kami telah membawa nama Band Jamen paling jauh pun ke Ipoh sahaja..hehe

Line up ketika 3 tahun lepas adalah Aldy ( Vokal ), Faliq (Gitar Utama), Sebastian (Gitar Kedua ), Izhan (Bass), Gua ( Perkusi dan Gitar Akustik) dan Majin di posisi drum.

Kemudian gua cuti setahun untuk fokus pada kerjaya dan kumpulan nasyid Zaufan.

Kini kami kembali di Euphonius@UTP dengan memperjuangkan Hard Rock berserta sedikit kejutan untuk semua.

Datang dan rasai sendiri sentuhan muzik asli dari Gedo, Lisa, Gua, Faliq, Sebaz, Tius, Oliver dan Majin. Memang ramai dan meriah...

Euphonius 2009

Tempat : Main Hall, Universiti Teknologi Petronas

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

Masa : 10am ke atas. (Band Jamen adalah band ke 7, mungkin kami akan perform dalam jam 11.30am ke atas)

Mahu informasi lanjutan? Kelik sini http://euphonious2009.blogspot.com

0 487 batang pen patah: