5 Zaufan Reunited

Kalau korang student UTP dan layan nasyid, mungkin korang familiar dengan sebuah kumpulan nasyid, Zaufan (Zikrullah for An-Nas). Disini gua berkongsi sedikit info mengenai Zaufan.


Nama Kump : Zaufan (Zikrullah for An-Nas)
Konsep : Nasyid Live Percussion.
Tahun Di Tubuhkan : 2005
Ahli-ahli : Harris Zahari aka Gua (Lead), Izzudeen Khairul Anuar, Jaffa Rizal, Iffat Rukaini, Faruq, Sharifudin Fuat, Shariffudin Sahedan, Fuad, Anas Nazli, Zulfadhli Hariz, Naim Al-Rashid dan Fauzan.
Makanan Kegemaran : Makanan Hotel Free
Influenced : Raihan.

*Tahun 2005, classic gila beb. Rambut Fauzan pun belah tepi siap.



Zaufan telah ditubuhkan oleh beberapa anak muda pada tahun 2005, dan memenangi Pert. Nasyid Tertutp UTP atau lebih dikenali sebagai Malam Inspirasi Seni (MIS). Dan pada akhir 2005, kebanyakan ahli asal Zaufan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan bermulanya episod-episod Zaufan versi baru.

Beberapa ahli baru di ambil dan diantaranya gua yang menyertai Zaufan pada 2006. Menyertai dan memenangi beberapa pertandingan, alhamdulillah (nasyid sket..hehe). Aktif mengadakan show di sekitar Perak pada tahun 2005-2007. Pas tu pencen sat, dan kini kami kembali untuk MIS 09 yang juga merupakan tahun akhir untuk kami sertai, tahun depan dah tamat belajar semua.


*2008, The only one show. Line up baru dan lebih 'nakal'.

Untuk tahun ini, gua telah membuat susunan ahli yang mengumpulkan ahli-ahli lama untuk meningkatkan semangat Zaufan di hujung-hujung ni. Gua menyeru kepada semua pelajar UTP, turun dan sokonglah kami.

Tarikh : 11 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Multi Purpose Hall, UTP.
Lagu : Nabi Anak Yatim dan Cari Pasangan.

Bangunlah dan Sokonglah Industri Nasyid.

5 487 batang pen patah:

Nuriman berkata...

nanti kan persembahan AFY, Selasa di MPH. Dengan penampilan Acoustic nasyid.

yeah nasyid

Abang Ben berkata...

nasyid dimana2 ropanya....

di UTP ada ke kumpulan main gambus (atau muzik tradisional - tolak gamelan, gua menyampah)... gua balik nanti rasa macam nak involve pulak.

Achan Septriasa berkata...

Iman

Okay...opening act MIS, AFY..good luck bro..dan closing act Zaufan :P

---------

Bro Ben

Gua suggest Keroncong, keroncong UTP memang terbaik...Mahathir punya feberet..siap convo 2 taun lepas dia suruh keroncong repeat lagu 'Suci Dalam Debu' lagi..silap-silap ang bule jd rektor nie..dasar Orang Timur - SYJ

eddie dewanaga berkata...

keroncong best beb...
cantik lay-out baru ni bro!

Fadli Zulkifli berkata...

AFY terbaekkk!!!