0 UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia

Sekarang ni cuti pertengahan semester di Universiti Teknologi Petronas, gua balik lewat sikit. Tu pun kalau gua nak balik KL. Perkara ini disebabkan mama gua bersama adik gua sedang bercuti. Bercuti secara percuma di Pulau Langkawi, berbekalkan alasan Kursus Wanita dan Puteri UMNO. Apa cherita kaum keluarga gua? Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pun belum tentu mama gua kenal, ni tak memasal nak ke Kursus Wanita UMNO.

Adik gua? Ingat masuk Puteri UMNO tuh dapat la tajaan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara? Gua kat UTP ni dah bagai nak menggila buhsan, selamat dengan berbekalkan sedikit ilmu untuk melajukan internet maka gua boleh survive di UTP ni.

Gua akhiri palitan dakwat digital ini dengan UMNO anthem, gua jamin mama gua hafal la lepas balik kursus ni..

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

0 487 batang pen patah: