2 Nostalgia Gua, Lewis dan Bulu Tangkis

Kelmarin lepas kecoh satu Mapley, Dato Lee Chong Wei memenangi Pertandingan Badminton Terbuka Basel. Gua layan gak usha badminton, tapi tangan gua tak berapa nak tele dengan raket badminton.

Zaman dulu-dulu, gua sekolah menengah tingkatan Satu dulu adalah gua sertai pertandingan badminton sekolah gua. Tu pun gua yang nak masuk sangat pun, Jali Bajet yang beria-ia ajak gua masuk sekali. Tak apa lah, member punya pasal gua join lah. Balik tuh, boleh fly sekali kan? Apa guna pergi aktiviti kokurikulum tak disusuli dengan fly?

First round, gua lawan dengan sorang mamat Cina, classmate gua time form 5, tapi time tuh bukan gua tau gua form 5 masuk kelas mana kan? Nama mamat tuh Lewis, dia ni celake tinggi kalo smash memang 0.4% la nak sambut balik.

First round kami berlawan. Tup..tup..tup.. Dia servis gua lepas tak sampai nak amik. Gua servis dia amik pas tu gua tak sampai lagi nak kutip bulu tangkis pula. Maka pengakhiran diakhiri dengan mamat tuh 15, dan gua 0...pendek cerita mamat tuh menang 15-0...macam haram!!

Second round, gua dah atur strategi lengkap. Gua planning nak main bola net, kira dia up bola, gua boleh terus smash sampai hujung court. Lewis start nak servis, gua senyum psycho. Dia servis, gua pukul kasi ngam-ngam dengan jaring. Dia lari ke tepi net, dengan niat nak capai bulu tangkis. Dusshhh..Lewis jatuh dan kakinya tersagat dekat tiang. Berdarah banyak gila, gua dah psycho dengan harapan dia tarik diri.

Malangnya semangat Lewis memang berkobar-kobar membara, bak kata buku teks Bahasa Malaysia, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Okay, permainan dimulakan semula, gua rilek je sebab sekarang gua tengan leading 1-0. Gua servis, Lewis terlepas.. dan perkara yang sama berlaku kat gua pada 1st round terjadi kat dia pulak...hahaha

Tengah-tengah pusingan, gua masih mendahului 10-0, macam main ngan angin je. Kemudian gua servis, tupp!! dia sambut dan gua pulak terlepas. Dia dah dapat mata 1-10. Permainan diteruskan..

...

...

...

Dan Lewis menang 15-10, sejak dia dapat sambut tuh. Gua pulak dah jadi macam angin, skor gua tak berganjak dari angka 10.

----------------------------------------------------------------

Sejak dari hari itu, gua sedar bahawa gua tak boleh jadi Chua Song Kit versi Melayu dan tak mungkin ada orang nak lukis komik 'Anak-Anak Zahari' yang berkisarkan adik-beradik yang berjaya dalam sukan badminton.

Apa tah lagi nak dapat pangkat 'Dato' sebab terer main badminton. Hmm..mungkin gua patut berganjak ke dunia perfileman Bollywood. Peluang lebih cerah.

2 487 batang pen patah:

incik neng berkata...

haha sentol la u matt
anak anak zahari

buat iklan appeton weight gain aa

Bajet berkata...

haha. betul2. memang x dapat aku lupakan. ala yang penting semangat tu ada. kalo sekarang aku ajak ko main conform ko x nak.