3 Autopsi : Jalan-jalan Kaki Di Sekitar Pusat Bandar

Post kali ni mode backpacking. So kasi tekan play dulu lagu Yuna - Backpacking in Europe kasi naik mood membaca.





Pagi tadi gua bangun pagi, niat di hati nak balik Kuala Lumpur. Tidur dekat-dekat pukul 4 pagi, berdiskasi hal-hal separa berat dengan Izzat Mirwana, kemudian bersambung dengan hal-hal idealogi bersama Pemikir Chin Peng. Memang meletihkan otak dan fizikal.

Bangun pagi selepas dikejut oleh berpuluh-puluh orang. Terima semua!!

Dalam tiket tulis bas bertolak pukul 10.45 pagi, tapi pukul 11.16 pagi barru tayar golek. Macam mana industri kenderaan awam kita nak maju ni, harap nama saja Ekspress Sri Maju. Tapi aku tabik spring dekat cushion bas tuh, dari Tronoh ke KL mata aku memang gelap saja. Empuk betul kerusi, dengan air-con yang sedang-sedang sahaja tahap kesejukan, memang menimbulkan satu suasana yang optimum kepada gua yang kekurangan tidur.

Tepat jam 2.35 petang, bas gua sampai di perhentian Puduraya. Okay, bukan bas gua..bas Sri Maju. Selepas menunaikan apa yang patut, gua menapak di sekitar Pudu-Kotaraya-Pasar Seni. Memang menjerihkan, gua pakai sandle Polo yang gua angkat hasil bayaran jadi konsultan paksa 6 bulan lepas. Kulit kaki gua bertemu kulit sandle tuh, rasa macam nak keluar api dari tapak kaki.

Namun atas keazaman nak berjalan-jalan tanpa dibelenggu pendatang asing, gua tabahkan diri. Tak banyak berbeza, kedai bundle kat Pudu masih mempromosi barangan yang sama sejak sedekad lepas. Memang payahlah nak mencari pakaian yang rare.

Selepas menapak hampir 2 jam, gua menapak sikit ke bas sten Klang dengan gaya backpacking. Lenjan LRT ke KL Sentral, nak menapak takut tapak kaki gua yang haus, tapak selipar tebal lagi. Perut gua dah mendendangkan irama Trash Metal akibat kelaparan. Nafsu gua berkocak-kocak nak makan Fillet-o-Fish. Bantai! Gua dapat memberi kesimpulan akhir, KL sama aja dengan zaman gua sekolah dulu. Pembolehubah dimalarkan - KL, pembolehubah dimanipulasi - Masa.

Akhirnya gua sampai di Kota Damansara, gua tidur. Bangun, mandi dan segala-galanya. Nazir telefon ajak ke William's. Memang dinner gua malam ni heavy, betul-betul heavy. Makan Bolognese Meatball sampai demam, lawan dengan ice-blended Pink Panther (pisang+strawberry). Nazir baru 1st time datang dari Ipoh, maka gua sebagai tuan rumah bawak la tetamu makan best-best. Beliau bersama Gap dan Paan memilih Risotto dan Bolognese Meatball. Gua berani jamin bil dorang karang lebih RM60 dengan pilihan air yang macam nak pecah perut. Ribena Longan gelas-mini-baldi.

*Ni namanya Risotto, segala jenis makhluk laut bercengkerang ada dalam ni. Baby Clam, Buluh Laut..tolak tapak sulaiman je tak ada.


*Abaikan makanan, fokus adalah awek kat belakang tuh. :P



*Walaupun William menghidangkan makanan yang harga macam anak CEO, tapi kedai dia memang roadside stall. Sesuai dengan imej golongan kebanyakkan.


Elok balik rumah je, aman. Ingat boleh tidur dengan nyenyak. Sekali tengok berita TV3, Khairy Jamaludin menang jawatan Ketua Pemuda UMNO 2009-2011. He ruins my day!!

Esok nak bangun awal ni. Nak teman Ajoy pergi Low Yatt, beli kertas bergred rendah katanya. Aku pun tak faham motif beliau. Manusia memang sukar difahami.

3 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Kalo ko nak bas yang menepati masa aku syorkan bas Plusliner la. Aaah kat Pudu tu dari dulu sampai sekarang sama je.

encikBoy berkata...

lu nak heran ape KJ menang? Lu patut heran cammaner Tan Sri Rafidah Aziz kalah terok! haahaah~

pe jadah ajoi beli kertas berkualiti rendah? Aku tahu pemikirannya sukar diduga, tapi apekah kegunaan difikirkan beliau di Low Yat? aish~

Achan Depp berkata...

Zali Si Jimat

Gua tau..lu pilih Plusliner bukan sebab laju..tapi sebab tiket dia murah kan??hahaha

---------

Boboy

Rafidah memang layak kalah teruk la..dah nak alih kuasa bulan 6 ni apajadah lagi nak bertanding bulan 3?she deserved for it