2 Vintage : Zaman Menghadapi SPM

*Main karem sampai 10 orang, macam setan!!

Aku teringat pasal carom, ko tau apa tuh carom? Time aku sekolah menengah dulu zaman-zaman form 3 tak silap aku. Time tuh baru dapat lesen hisap rokok, fly panjat pagar, buli budak junior. Memang tengah up la zaman tuh.

Selari dengan pengedaran masa, gua dan budak-budak form 3 lain mengenali suatu permainan yang bernama carom (kerom). Ye la, main carom baru nampak macam samseng-samseng sket. Cuba lu masuk mana-mana kampung, pas tu usha samseng kampung kat kedai kopi, mesti dorang layan carom kalau tak pun yang berstrategi sket main Dam Aji. Mana lu pernah usha samseng kampung main Kad Uno atau main Scrabble? Tak kacip la dengan imej seorang samseng kampung!!

Carom ni, penangan dia memang berhantu beb. asal habis prep malam je berlari-lari nak rebut main carom, pertumpahan darah boleh berlaku bila-bila masa dalam situasi begini. Ye la, carom boleh main 4 orang je, jadah apa nak main sampai 7 orang? Ko ingat netball?

Time ni jentikan kena solid, kalau setakat jentik macam main 'nombor-pakai-jari', memang lu disqualified untuk next round la. Sampai satu tahap Ustaz gua dah bengang, dirampasnya meja carom tuh taruk dalam opis dia. Menggigil jari budak-budak form 3, asal nampak benda bulat je jentik. Berapa orang senak sebab kena jentik. Last-last, kami 'rampas' balik meja carom dari opis ustaz. Macam mana? Tak yah amik tau.

Sekarang lu ajak gua main carom? Belum tentu gua ingat ada berapa lubang kat papan carom tuh..

2 487 batang pen patah:

Ahmad Ikhwan berkata...

wtf can!!ko ade lagi ke gambar2 mcm niy???yg ade muke aku!!serius aku kurus giler tyme niy!!hahahaha

Achan Septriasa berkata...

hahaha...sila mintak kat acapie...muka ko skang dah macam syial..gila tak hensem