6 Vintage 90-an : Bebola Naga


Zaman gua bersekolah rendah dulu, gua sekolah kat SRK Seksyen 19, Shah Alam. Time tuh, komik Dragon Ball memang tengah hot, satu fenomena. Siapa yang tak pernah baca Dragon Ball memang rasa kecik je time rehat, sembang ngan member-member lain tak dapat point, jalan pun pandang lantai sebab malu dengan persekitaran. Uncle tokey kedai buku kat belakang sekolah tuh senyum macam baru dapat bonus setiap awal bulan. "Baik aku tak payah jual surat khabar, jual Dragon Ball pun boleh menyara anak isteri", Uncle bermonolog sendiri.

Pantang dapat duit RM3.90. Mesti nak melabur kepada Comic House. Hari ni beli episod 4, esok pergi kedai Uncle tanya episod 5 dah keluar ke belum? Memang istiqamah dalam pencarian.

Pendidikan seni merupakan sesi meleraikan stress, time Dragon Ball. Semua orang nak lukis watak dalam Dragon Ball. Dalam Pendidikan Seni, lukis permandangan pantai, tiba-tiba ada muka Son Goku kat bawah pokok kelapa. Apa kes?? Memang dah teruk ni!!

Cikgu suruh lukis keluarga saya, elok-elok abah abang adik semua rambut kerinting, berasal dari Taiping. Habis ditukarnya semua rambut tercacak macam Bezita, cikgu tanya apahal famili awak rambut camtuh? Jawap, "Family saya sume orang Planet Saiya". Memang dah parah sosioekonomi tahun tuh.

Budak-budak sekarang buat apa? Apa Ben 10? Hmm.. Shin Chan mencabar lagi!

6 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

Thundercats takde ke?

AlexAlabasta berkata...

Jgn luper Wonderpets ngan Pingu. Aisyeh, zaman kite kartun die lagi mancabar dan berkualiti la~!

incik neng berkata...

hakhak kenangan neh
kadang kadang aku nampak pikor planet nameck dalam diri aku ngahaha

Achan Sinclair berkata...

Bro Ben

Thundercats tuh zaman kami tadika kot..kalo tak pun zaman otak tak boleh simpan memori lagi..hehe

----------

NymQ

Im not into those things...hehehe

----------

Neng

Aku pun nampak ciri yang sama pada ko~hehe

Lutfie berkata...

hoho.aku kolek dragon ball z dari 13-43.pastu baru curik2 kazen aku punya 1-12.hahaha

lepas tu beli y edisi kaler2 tapi mahal jamban.8 hengget yang tu.terus ku tinggalkan dragon ball z sampai hari ni.

Achan Sinclair berkata...

Lut..

Gua dah berpuas hati dengan Dragon Ball Z...yang dragon Ball Zeta ape jadah tuh pun..dah macam pelik je~