1 Lagu Perang Ala Sedih



Ini adalah kelip video rasmi untuk single terbaru Mirwana, Andai Ku Pergi. Bagi gua ini dah suatu anjakan paradigma dalam industri nasyid. Kalau tak dulu kalo lu usha MTV nasyid, sikit-sikit kat hutan, lalang, sungai. Habis maju pun dekat bangunan kerajaan yang mempunyai senibentuk yang sedikit artistik umpama Putrajaya dan Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Kalau nak cerita dari sudut storyline, lagi la hampas. Asyik-asyik muka vokalis yang paling jambu, kalo video kelip 4.31 minit. 40 kali tayang muka mamat jambu, yang lain-lain ada lah kena sekali dua interframe. Memang untung munsyid yang jambu cam gua.. Pudin jeles r tuh. =)

Kat rumah seronok tak terkata main youtube, kat UTP memang pedih nak bukak youtube, macam tunggu kucing bertanduk.

1 487 batang pen patah:

Achan Septriasa berkata...

Sila rujuk post berjudul Lagu Untuk Yang Berkecewa, post pertama pada bulan Februari.

Gua syak Butterfingers ngan Mirwana bertempur besar ni..ke deme dibawah satu panji yang sama?