1 Lagenda Budak Taghut

Lu mungkin pernah baca kisah Lagenda Anak Setak nukilan Ahadiat Akashah. Gua suka beb novel tuh, memang kacip la dengan jiwa rocker berhati lembut berbau ceri ni. Kali ni gua nak story perihal kejahatan yang dilakukan oleh seorang pelajar UTP. Mungkin bagi gua, dia ni tak jahat tapi keadaan menampakkan beliau agak 'nakal' dari yang lain. Kira mangsa keadaan la, kasihankan beliau?

Beliau adalah Lagenda Pemanjat Pagar ketika 7-8 tahun lepas ketika bersekolah di sebuah sekolah berasrama di daerah Klang. Kini beliau lebih selesa dengan kehidupan yang tenang tanpa merisaukan warden atau pun pak gad, mahupun line tak clear untuk panjat pagar. Beliau lebih fokus kepada pembelajaran beliau di sebuah IPTS di Tronoh, Perak.

Bangun pagi ketika kelopak mata meronta-ronta nak berkelip dan keletihan akibat memejam terlampau lama. Makan ikut suka, balik kuliah main gitar sampai lebam. Petang-petang, lepak di swimming pool, umpama lelaki-urban-berbadan-V-shape. Malam pergi silat, balik silat menonton filem yang dimuat turun secara percuma. Ooh... indahnya hidup beliau, setiap insan mahukan kehidupan sedemikian rupa.

Selepas lebih setengah dekad tidak melibatkan diri dengan aktiviti-haram-sumpahan-warden, beliau terpaksa kembali menceburkan diri ke arena panjat pagar. Ketika leka berenang di suatu petang yang damai, beliau mendapati pagar pool telah dikunci oleh penjaga-pool-makan-gaji-buta-nak-balik-awal. Demmit, dengan keletihan dan kelaparan, beliau terpaksa memanjar pagar. Itulah satu-satu caranya untuk keluar dari kawasan pool. Apa? Meloloskan diri melalui pagar?? Lu nak makan penampar?? Hari itu umpama mencabarnya!!

Berbekalkan pengalaman dan ilmu pembacaan struktur pagar, beliau terpaksa memanjat pagar berkawat duri setinggi lebih 2.5 m. Apa punya malang lah nasib!! Beberapa atlit yang nampak cool ketika berenang tadi syahid di atas pagar akibat kekejangan otot. Beliau memang cool, dah nak krem namun masih bergaya di atas pagar. Hero mana boleh jatuh beb!!

Akhirnya beliau berjaya melepasi halangan tersebut!!

Kisah kedua, beliau, orang yang sama adalah seorang tenaga pengajar silat di kampusnya. Walaupun berwajah umpama Europian Peranakan atau lebih dikenali sebagai Pan-Asia, beliau tetap berdiri teguh di atas budaya sebagai Melayu. Amacam, cool tak?

Malam semalam merupakan satu hari yang penting untuk persatuan silat tersebut. Majlis ceramah oleh Guru Utama silat yang datang dari KL ke Tronoh. Akibat perasaan memberontakan diri umpama yang sering dialami oleh gadis sekolah asrama yang gemarkan My Chemical Romance, beliau mengambil inesiatif untuk chow dari majlis. Bukan main rebel lagi!!

Tak kan nak chow sorang-sorang, tak kan nak melanguk ke awan sambil mengira bintang keseorangan kot. Tak tele langsung dengan kehidupan remaja lelaki yang sosial berprinsip ni. Maka gua ajak laskar-laskar untuk menyertai 'Operasi Budak Rebel' ni.. Alen, Boy dan Dayah, cukup untuk gua namakan mereka dengan nama pendek sahaja. Datang lewat, balik awal. Cool!

Uhh, kejadian adalah di Kafe In2Eat di Poket D pada jam 12 am. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk ikut jalan belakang, walaupun rebel tapi adab dan adat perlu dititikberatkan. Begitu sopanlah budak-budak ni!! Jalan melintasi Poket D, dan...kecepur!! Alen pijak becak.

"Langkah perlulah diorak berhati-hati ketika nak fly," terngiang-ngiang suara Abang Machap yang ajar mamat ni fly kat sekolah dulu. Tak apa!! Hidup perlu diteruskan!! Mereka menyusuri tembok konkrit di tepi Poket D sebagai langkah bijak dan berwaspada.

Sampai di motor, mamat tuh dan Boy menaiki motor berbeza dan masing-masing berikrar setia untuk brtemu di depan rumah Guru Utama tepat 10 minit kemudian. Alen dan Dayah menaiki kereta yang sama, tak apa mereka kaya ada kereta. Nasib tak menyebelahi mamat tersebut, helmet diatas motor terjatuh ke jalan tar..jalan tar bukan Jalan TAR (Tunku Abd Rahman), jauh sangta tuh antara Tronoh ke KL. Bunyinya, memang cukup untuk melatahkan Mak Esah, seorang peniaga kuih veteran di Bota Kiri. Tapi hero kena cool, mamat tuh kutip helmet dan sarungkan ke kepala tanpa apa-apa perasaan. Ohh ya..Boy dah menyorok di celah-celah kereta akibat panik. Tak cool langsung!!

Boy pergi hantar laptop aweknya, manakala mereka yang lain beredar ke rumah Guru Utama, kosong lagi sebab semua masih menikmati hidangan free di Poket D. Tunggu Boy bukan main lama!! Jarum panjang jam dah berpusing beberapa darjah namun Boy masih tak kelihatan.

Tiba-tiba sebuah Toyota Angse masuk keperkarangan rumah GU, "Kantui,kantui,kantui!!," mamat cool tuh cuba memberitahu 2 orang gadis lain dalam kereta tu mengenai status mereka sekarang. Dah kantoi tak kan nak hulur tengkok kan? Mesti la nak cabut. Nak reverse ke belakang, ada kereta... Demm, time ni la ko nak parking kereta kat belakang. Maka kami terus menuju kehadapan. "Hidup mesti pandang kedepan," iklan pak cik kaki kudung tajaan Petronas bermain-main dalam minda.

Maka dengan tenang dan istiqamah, kami teruskan tujuan untuk mengular ke mapley.. Err...gua cakap kami ek?? hehe.. Trimas to geng 'Ponteng Sekolah' kerana istiqmah untuk berjuang bersama gua!! Takbir!!

notaKakiFly : Kesemua kejadian ini berlaku dalam masa seminggu sahaja. Amacam cool tak?

1 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Berjuang sambil goyang-goyang betis ayam di Farouq and Sitthik, memang gayalah En Ceri~!