3 Idola Gua Dalam Sukan Ni Adalah Micheal Jordan

*Gambar coursemate gua, gua mana beb? Demmit tengah ikat talik kasut ket belakang!!

Hari ini adalah hari dalam sejarah dan mungkin bakal dimonumenkan di Arkib Negara. Mengapa gua berkata sedemikian rupa? Hari ini dalam sejarah hidup gua, sebagai seorang manusia biasa yang luar biasa hensem, gua bermain sejenis sukan yang common. Tapi dia jadi uncommon bila gua dan rakan-rakan gua yang berbadan sasa main, bukan renang berirama. Boling padang? No..no..no. Tett.. masa dah habis!!

Jawapannya : Bola Jaring

Gua dipaksa sampai merelakan untuk menjadi pemain netball mewakili Program (Fakulti) Sistem Maklumat Komputer. Pening beb!! Tapi selepas gua di'brain wash' mengenai peraturan dalam permainan netball oleh John dan Eijan. Demm..rumit macam cerita Jar Head. Ini tak boleh, itu tak boleh. Arrghh.. Kemudian kami diberi peluang untuk mencuba bermain netball, hasilnya tak keterlaluan gua katakan agak memberangsangkan. Kepada pembaca-pembaca dari fakulti lain, sila ambil sebanyak mungkin maklumat mengenai 'Team Netball IT/IS".


a) GK - Harris Zahari (gua), seorang pelajar yang lemah dalam subjek programing, berwajah Pan-Asia dan bercita-cita ingin menjadi peragawan, meminati penyanyi lagenda P. Ramlee dan Butterfingers. Gemarkan nasi berlaukkan sambal tempe dan air len chi kang. Ketinggian 186 cm membuatkan penyerang-penyerang pihak lawan berfikir 4-5 kali sebelum membuat lontaran jaringan. Hmm. body pon solid.

b) GD - Pali, power programing tak macam pemain di atas. Beliau kecil tapi laju gila macam Ferrari, jangan terkejut kalau tetibe dia muncul di hadapan anda tanpa meninggalkan sebarang kesan. Berbekalkan ilmu programing dan kelajuan di dada, beliau memang layak digelar sebagai seorang GD.

c) WD - Nur Safiq (Smak), pemain bola sepak kental. Pernah bekrja di sebuah agensi cari pekerjaan terkenal di KL membuatkan beliau tak gentar berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Datanglah apa kaum, bangsa dan warga negara, beliau memang chill je. Terer main bola sepak, tapi gua tak tau apa aplikasi terer bola sepak dengan netball. Hmm..dua-dua guna bola.

d) WA - John, berasal dari selatan tanah air. Jejaka berambut nipis ini sememangnya terkenal di arena bola sepak, tetapi diserap masuk ke dalam arena netball oleh kerana beliau pernah mewakili sekolahnya EC dalam netball. Ehh.. EC bukan sekolah lelaki ke?

e) WA - Charles, bukan Putera Raja England, tetapi seorang pemain tegar bola keranjang. Dengan kelajuan Mach 3 dan ditambah dengan kasut basketball jenama Nike bisa membuatkan pihak lawan mengetap bibir atau berasa seram sejuk.

f) GA - Kajendra Ganeson, tukan sign gua kalau gua gagal menghadirkan diri ke kuliah. Love u..muwwahx. Jejaka kacukan India+Cina ini menerima latihan ketenteraan seawal usia 14 tahun lagi membuatkan beliau memang fit dan berbadan sasa. Pihak lawan tengok mesti gerun lah. Berpengalaman dalam sukan bola keranjang membuatkan beliau berkemahiran tinggi untuk membuat balingan tanpa menyentuh ring keranjang. Amacam goyah?

g) GS - Safwan Bukhari (Kong), sememangnya kacip dengan pangkat GS, beliau memang gila se.. Haha, just joking!! Berpengalaman sebagai waiter Nasi Kandar Line Clear membuatkan beliau mahir dalam selok belok komunikasi dengan team mate lain, walaupun loghat utaranya amat pekat dan piaw sekali. Pernah mewakili Sekolah Soksek dalam arena bola keranjang dalam 5-6 tahun lepas, dan tak pernah main basket sejak 5-6 tahun lepas hingga kini, rekod pun tak berapa nak solid. Tiada apa yang boleh dibanggakan sangat..

---

Pemain Lain

i) Sobri

ii) Faris

Dengar kata hadiah lumayan? Sorang satu rumah teres 2 tingkat lot tepi ke?

notaKakiBolaJaring : Amacam line up team gua? Fakulti lain boleh menghantar surat tarik diri di sekrateriat sebelum tarikh perlawanan. TQ

3 487 batang pen patah:

nurmelissa suraya berkata...

hahaha
sgt xbley blah..
sy knl GK je..
ciri2 keupayaan diri yg ingin dit0nj0lkan 0leh beliau mngandungi unsur2 mit0s dan sihir..
hahahaha

charlz berkata...

fulamak~ sampai kasut ak pun ko perasan.. wahahhaha tim tim len dah kecuakkan dah~ :P

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaahahahahahhahah :D

saya pemain netball UTP dan saya rasa, entry ni sangat lawak! :D

GOODLUCK!