0 Dua Kaki, Tiga Perkara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gua lapor diri kat mak gua tepat jam 8.15 pm. Gua keluar bilik pagi tadi 8.30 am.. Hampir 12 jam gua bermusafir, tak pa, tu cerita lain.

Gua nak buat beberapa promosi.

1) Karnival Rakan Muda Untuk Gaza.
Selaku sebuah NGO yang menyokong penuh bantuan untuk Gaza, Pers. Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia bekerjasama dengan pihak Kementerian Belia & Sukan untuk menjayakan karnival ini. Bertempat di Padang Seksyen 6, Kota Damansara pada pagi ni 28 Feb, bermula pada jam 8.30 pagi hingga tak tau. Ada demonstrasi Cekak Hanafi, maaf gua tak berdemo untuk hari ni. Dan gua diberitakan pada jam 10 malam tadi, bahawa gua akan memberi sedikit penerangan mengenai Cekak Hanafi kepada pengunjung, dengar kata ramai budak Rakan Muda Subang turun..hehe. Siapa nak sign gua kat belakang t-shirt meh la, sambil-sambil tuh bawak duit banyak-banyak derma kat Dana Gaza. Nak tanya pasal Gaza, bolehlah sikit-sikit hasil ilmu yang gua kutip time jaga booth Aman Palestin di UTP beberapa minggu sudah. Thanks Deen, AO ngan Fifi.

2) Ada Gig Kat UKM Kampus KL
UKM ada kampus kat belakang Istana Budaya. Malam ni ada show Radiostar, Bunkface dan Infux. FYI, Radiostar adalah band Pot Amir (Innuendo) dan beberapa rakan yang power. Influx pulak adalah band budak-budak batch gua kat UTP. Tahniah atas pencapaian kalian kerana berjaya main dengan nama-nama besar. Ni adalah aktiviti kebajikan untuk Click a Child..g google la..sume nak kene suap lemak la ni.

3) Selamat Pengantin Baru kepada Rod..woo dah jadi bini orang dah. (Bro Ben, ni anak murid ang ni). Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.

notaKaki : Kaki gua ada 2, tapi insyaAllah gua cuba memenuhi semua undangan di atas..Salam Sayang dari Bintang Pujaanmu...muwwah~

0 487 batang pen patah: