0 Last Post for 2009

Gua usha ramai dok update blog bajet kira last post of the year la. Gua dah tak larat nak tulis dah. Taun ni aja, ni post yang ke 215. Kalau sekolah rendah dulu, kumpul-kumpul buat buku scrap pun mau dah tebal macam kamus oxford. Kulit luar tu, hias-hias sikit. Bakar ubat nyamuk kat tepi-tepi kasi nampak seni. Macam haram.

Kira malam ni tahun 2009 dah nak settle down, ada besar kemungkinan esok mak cik jual nasi lemak bungkus nasi lemak pakai kalender 2009. Lepas tu, pergi kedai runcit beli telur 10 biji pun nak mintak kalender kuda 2010.

Cerita pasal 2009? Ntah..macam biasa aja. Bukan tahun ni gua dapat anak ke apa tahun ni. Tapi yang big issue sikit, gua dah habis belajar la tahun ni. Perrghhh, 18 tahun gua belajar secara formal akhirnya nampak jugak penghujung. Memang dramatik!! Owh, tahun ni pun jadi isu besar time gua kena saspek H1N1 dan kena masuk hospital dulu. Seksa gak beb. Lepas tu, dalam bulan ni jugak arwah Tok Wan gua meninggal dunia.

2010 apa pulak jadi? Gua harap dapat kerja yang proper dan gua mau menstabilkan hidup gua. Mungkin banyak limitation dah sebab gua rasa dulu zaman student memang banyak masa, dah start kerja nanti dah tak banyak masa nak enjoy-enjoy. Owh, 2010 nanti gua boleh buat celebration 10 Years as Smoker..kalau umur panjang lagi.ahahaha

Hepy New Year

2 Peluang Keemasan Anda Memulakan Perniagaan


"Siapa Abang Best ni? Dia ni anak dewa ke apa?? Senang-senang aja menyelesaikan segala permasalahan dunia" mungkin ada antara anda yang memberi feedback begitu.

Bagi rakan-rakan yang menganggur dan masih mencari peluang pekerjaan, anda mungkin boleh memulakan perniagaan untuk meneruskan kehidupan di dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ni. Perniagaan macam Abang Best buat ni memang gua rasa masih kurang pesaing dan mempunyai peluang yang besar. Mungkin cabaran paling besar adalah perkhidmatan ketiga iaitu menyediakan perkhidmatan Pak Sanggup. Mungkin risiko dipukul abang pihak wanita atau dikejar dengan parang oleh bapa pihak perempuan amat lah tinggi. Mungkin anda perlu membekkalkan diri dengan segala jenis ilmu kebal sebagai modal perniagaan ni.

notaKaki : Apa beza cari jodoh dengan cari teman hidup??

1 Review : Ninja Assassin (2009)


Gua hari tu ada usha cerita Ninja Assassin lakonan Rain, ala pelakon full house tu. Tapi movie ni ala-ala cerita macam Rain ni jadi ninja hunter la. Plot macam setan. Karekter macam ayam. Baik tak payah buat movie. Rain pulak berlakon kena slice ngan pisau sana sini, sampai tapak kaki pun berparut. Bahagian badan jangan cakap la, dah macam ada corak batik cop pulak. Tapi yang bestnya, walaupun badan dia penuh dengan segala parut durjana tapi muka dia macam setan berseri-seri, jangan kata parut kena lempang ngan senior sekolah menengah, parut jerawat pun tak da..come on. Ninja Ass!!

Rating : 2/10 (merosakan permandangan dan telinga)

1 Selamat Pengantin Baru to Mus'ab (Ex-Zaufan)


Gua mau ucapkan Selamat Pengantin Baru dekat seorang ex-Zaufanist, Mus'ab yang baru melansungkan perkahwinan. Mus'ab ni join Zaufan before gua, then dia left UTP dan gua join. Walaupun gua tak pernah bersama Mus'abn dalam Zaufan, gua tetap nak cakap Selamat Pengantin baru jugak..hahaha. Apa?? Gua??!! Minyak motor pun kadang-kadang pau mak gua, ada hati nak kahwin. Hahaha

6 Matahari Yang Mendung dan Pasar Yang Cerah

Hari ni gua tak banyak mendatangkan masalah dekat Kota Kinabalu. Dalam hati sanubari ni gua pun ada timbang rasa jugak polis kat KK ni, semalam Krismas tak kan hari ni nak kena bertempur dengan Hulk Hogan kan?

Jadi petang tadi gua bajet nak usha sunset dekat Pantai Tg Aru yang terletak 150 m dari pintu rumah gua. Tapi nasib tak menyebelahi gua sebab hari ni mendung-mendung sikit, maka matahari pun gua tak nampak.

*Awan mendung hari ni, nanti gua try dapatkan shot terbaik sunset from Tg Aru.


Pada sebelah malamnya gua dan mak bapak gua mengolekkan tayar menuju Pasar Ikan dekat belakang Pasar Filipina tu. Gua dah banyak kali datang, tapi tak bawak kamera. maka kali ni gua buat muka pelancong sikit datang pasar bawak kamera.

Seafood dekat KK ni memang supermurah. Murah kurang dari setengah harga dekat KL (Tesco). Contohnya dekat KL, harga ketam sekilo dalam RM23-26/kg. Kat sini harga dia RM6-10/kg. Tak ke gila babi murah?

Jadi kalau gua datang Sabah aja, makanan utama kami sekeluarga pastinya terdiri dari seafood dan payau (daging rusa). Rusa dekat sini memang agak murah. Mak gua masak mesti nak campak rusa, macam masak kicap daging rusa, kari daging pakai daging rusa, paprik daging pun daging rusa, mee goreng pun campak daging rusa sampai karipap pun daging rusa. Lu mesti musykil kan? Karipap ayam lu pernah rasa, karipap sardin pun sama. Macam mana agaknya rasa karipap rusa? Hahaha.. Selamat gua tak tumbuh tanduk.

Jadi sepermergian gua ke Pasar Ikan tadi memang layan la usha ikan. Stim ajer. Untuk pengetahuan umum, pasar ni memang terletak kat tebing laut. Jadi nampak ikan dia fresh macam pak cik pasar tu baru angkat ikan dari laut kat belakang dia aja. Ikan dekat sini dah la murah, segar gila pulak tu. Tak sentuh ais lagi. Nyum2. Peniaga kat sini majoriti adalah orang Filipina, dan kat sini ramai budak-budak Philipine yang merayau sua-sua plastik. Konsep diorang, diorang tak mintak sedekah. Tapi diorang 'jual' plastik tu dekat customer. Satu plastik besar standard tesco punya plastik tu adalah 20 sen.

Kat sini gua nak show off gambar-gambar pasar.


*Pasar ikan..woo

*Dekat sini sotong memang banyak jenis. Sotong kataklah, sotong torpedo lah..tapi gua tak jumpa 'geng sotong' kat pasar ni. Walhal g pasar ni kerja kaum hawa, awat depa tak berminat?

*Ikan kat sini memang murah sangat-sangat sampai ikan kerisi (bukan ikan gred A), dijual selonggok dalam RM2-3 ja.

*Ni nama dia ikan tuna, spesis ikan paling besar yang ada dekat pasar ni. Ikan yang gua amik gambar ni berat dia dalam 20kg, besar budak gak la. Brader tu cakap ikan ni muda lagi, average berat ikan tuna yang dijual selalu 80kg-100kg. Berat dosa kot.

*Mama ngan Abah gua pilih ikan. Jarang pada usia sekarang ni gua jalan-jalan ngan parents. Ahaks.

*Ini ikan putih, antara jenis ikan paling mahal dekat pasar ni. Semua tinggal body aja, dia cakap yang part kepala semua restoran dah borong.

*Kepada kaum hawa yang tak pernah ke dapur, ini nama nya tomato.

*Ini pulak cili, bak kata slanga rumah gua Cabai Merah

*Dekat pasar ikan ni pun ada pak cik-pak cik yang setia berkhidmat untuk alter seluar. Bapak gua kata diorang ni memang pro sangat dah alter-alter seluar ni.

*Bandar Kota Kinabalu di malam hari

4 Siri Gua mlwn Malaysian Airline System

Bak kata pujangga, kera di hutan disusukan tapi anak di rumah mati kelaparan. Kali ni gua bukan nak cerita tentang Darwin Theory atau siri autopsi gua jalan-jalan pergi zoo tengok kera. Kawan-kawan gua banyak perangai macam kera dah. Tak payah bayar tiket masuk zoo. Membazir.

Malam tadi Santa tak tinggalkan kereta Roll Royce dekta depan rumah gua. Mungkin dia tak sempat singgah kot, rusa dah letih. Tadi gua baru usha Home Alone 1, cerita zaman gua kanak-kanak la ni. Dulu-dulu lepas tengok cerita ni, gua sentiasa mengharapkan pencuri masuk rumah, bajet nak mengena pencuri lah. Tapi dalam cerita ni ada satu persamaan dengan aktiviti gua sepanjang hari ni iaitu kegigihan mencari tiket kapal terbang malam krismas.

Dalam cerita ni mak dia kalut cari tiket flight nak jumpa anak dia yang dia tertinggal, tapi gua pulak nak jumpa Abah gua kat Sabah.

Kisahnya begini,

Gua beli tiket yang sepatutnya bergini rupanya

25 Dec 2009 Kuala Lumpur - Kota Kinabalu 3.30pm
1 Jan 2010 Kota Kinabalu - Kuala Lumpur 3.30pm
Tapi tadi time kat airport, time gua kasi tiket flight gua time nak check in. Akak kaunter tu tanya, "Dik patutnya, adik sekarang naik flight dari KK ke KL. Macam mana adik dah sampai KL ni?"

"Wadafak kak?" gua dah mula janggal. Rupanya tiket gua macam setan tarikh dia.

1 Jan 2010 Kuala Lumpur - Kota Kinabalu 3.30pm
25 Dec 2009 Kota Kinabalu - Kuala Lumpur 3.30pm

Ohh..gua dah konpius. Macam mana nak buat. Gua ambil tindakan, hisap rokok kasi tenaga sikit. Then gua setting ngan akak tu untuk naik flight hari ni jugak. Maka after deal ngan akak tu dia bagi gua masuk dalam standby list. Maknanya gua boleh naik flight kalau ada passenger tak check in atau miss flight, so ill be replaced him. Tapi akak tu kata chances masih senipis kulit bawang sebab ada 30 orang lagi standby to KK. WTH?

Gua kena tunggu first flight pukul 2 pm. Kalau flight tu penuh, nama gua akan diheret ke sesi penerbangan seterusnya. Dan gua tunggu dah beberapa kali seterusnya. Pukul 3pm, 5pm, 7pm dan akhir sekali penerbangan ke KK adalah jam 9.50 pm. Gua punya harapan dah hampir punah, gua ah setting nak tidur kat airport malam ni. Hotel semua penuh, malam Krismas katakan. Kalau gua terpaksa bertempur dengan pasukan polis KLIA pun gua sanggup, janji gua dapat pergi Sabah. Tiket harga RM1238 beb, tak kan nak biar MAS untung besar.

Maka akhir sekali, rezeki anak-anak, gua dapat jugak placing untuk last flight dan nama standby terakhir sekali. Gua dah nak nangis dah. Gua selamat tiba di KK pukul 12.30 am tadi. Ni antara koleksi gambar gua time melepak hampir 12 jam kat KLIA tadi. Dah macam cerita The Terminal pulak. Laptop habis bateri, gua buat punk duduk kat sebelah ATM machine. Share lug dengan mesin ATM..haha

*Time ni gua datang-datang bajet terus melepas..damn

*Situasi gua ni memang menggambarkan gua berada di Malaysia Airort..ahah

*Pak cik mak cik pergi umrah ambik port terbaik nak landing. Maka gua banyak berseteru dengan golongan dorang la untuk mendapatkan jajahan terbaik.


*Gua naik mual lepak dekat standby counter ni, pukul 1 pm datang sekali. Pukul 2.40 pm, 4.45 pm, 6.20 m, 9.15 pm.. Patut gua mintak kerja kat kaunter ni terus.

*Gua dah pandai ambik port kat Mekdonald, beli air RM3 duduk berjam-jam..

*Siang

*Maghrib

*Malam terus haa..

*Suatu motto yang memang membuatkan gua nak mintak training kat Taliban, pas tu bom KLIA. Experience the slowest, hardest and the most unconvenient travel..hak tuih

*Finally Im in Sabah..Damn

0 Diari Seorang Penganggur #2 : Senarai Harapan Hari Natal


Kehadapan Saudara Santa Kelaus yang dirindui,

Apa khabar saudara di Kutub Utara sana? Harap-harap sihatlah hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajukan Senarai Harapan, atau Wish List dalam bahasa asing kalau saudara tak paham cakap Melayu.

Bukanlah niat saya nak meminta-minta dari pihak saudara, tapi saya dapat merasakan pihak saudara sering mendiskriminasi atau bersifat racist kerana saya tengok saudara hanya bagi hadiah dekat orang putih aja. Kenapa orang Melayu, India, Cina dan pribumi tak mendapat layanan yang adil dari pihak tuan? Ini boleh mendatangkan kemarahan.

Ok. Saya terus tuju ke senarai harapan saya. Bagi tahun ni punya krismas, gua tahu kadar inflasi makin tinggi dan ekonomi tak stabil. Jadi gua mintak satu benda je...satu je.

GUA NAK KERJA!!!

Maka diharap pihak saudara dapat mengusahakanlah wish list saya kali ini. Mana tahu saudara ada adik-beradik atau sedara mara di mana-mana syarikat. Jadi tolonglah promote-promote nama saya dekat mereka.

Sebagai balasan, gua akan sediakan masak lemak ikan merah untuk santapan saudara dan rumput kering goreng berlada untuk rusa-rusa saudara. Dan tak lupa, janganlah racist sangat dengan Asian, jangan terikut-ikut perangai orang Eropah tu. Awak tu orang Kutub Utara..ingat asal usul tu.

Sekian Terima Kasih.

Kawan Jauh Mu,

Achan Sinclair


notaKaki : Merry Christmas kat semua member-member gua yang menyambut krismas.

3 Doktor Gigi vs Kewangan Gua


*X-ray gigi gua kira macam ni rupa la.


Gua semalam pergi jumpa doktor gigi. Doktor gigi perangai macam rejim Israel, cabut gigi gua tanpa belas kasihan. Dia bikin rahang gua jadi fulkrum time nak tuil gigi bongsu gua macam nak bukak tin biskut cap Julie's.

Sebenarnya lama dah gua menderita sakit gigi ni, tapi pergi klinik kerajaan memang bikin sakit hati. Appoinment bukan main hari-hari, dia main bulan-bulan beb. Sempat gua ambik ijazah pergigian lepas tu cabut gigi sendiri dulu.

Sebenarnya dah lama sakit gigi ni jadi isu besar terhadap gua, semenjak raya puasa hari tu. Bukan main lama gua memendam rasa sendirian. Lepas selesai segala-galanya, gua kena caj RM550. Nak aja gua tanya, boleh mintak diskaun pakai Kad Penganggur tak? Tapi disebabkan gua malas nak bertempur dengan doktor gigi yang badan dia ada iras macam Terminator tu. Maka gua diam-diam aja bayar, tak banyak tanya.

Mula-mula kena cabut yang bawah aja, lepas tu dotor tu kata dah cabut yang bawah kang gigi atas nak alas pakai apa? Pakai gusi? Gusi ko buat dari apa? Kayu?? Besi?? Ke pakai adamantium macam Wolverine tuh? jadi doktor kata nak elak sakit gua kena cabut gigi atas sekali. Satu pakej.

Sekarang lepas 2 batang gigi gua dah kena cabut, gua rasa ringan 15kg. Lompat pun naik tinggi sikit dari biasa..Yeay!!

2 Schedule Seorang Penganggur #1

Astaghfirullah..gua hampir membuat keputusan yang bakal mengubah kehidupan gua selama-lamanya. Tapi nasib baik gua cepat tersedar balik, cepat-cepat ambik air semayang duduk kat atas sejadah. Apa?? Lu ingat gua terpikir nak buat transeksual?? Perrghh..kalau gua buat transeksual, 20 tahun akan datang dunia akan kurang populasi sebanyak 10 orang. 10 orang tu bukan calang-calang, kalau kena dengan didikan yang gua berikan, tak mustahil ada yang jadi doktor, jurutera, cikgu dan lain-lain. Baka-baka mat rempit, peragut semua gua dah lupuskan (cerita lain).

Keputusan drastik yang hampir gua tak jadi buat tu adalah. Gua hampir meletak jawatan sebagai Penganggur Kehormat. Kalau tak esok gua dah kena start bangun bagi pakai smart-smart, naik motor pergi kerja dan ulang rutin yang sama sampai pencen (30 tahun lagi). Selamat gua tersedart dari mimpi... Ok kawan-kawan..sekarang gua masih memegang jawatan Penganggur Kehormat dengan tangga gaji D-41. Anda pulak bagaimana?

4 Kisah Seorang Penganggur #1


"Harris, please explain about yourself," tanya Mr. F sambil tersenyum. Gua usha mamat ni dari tadi asyik senyum aja, samada dia ni kuat senyum atau otot muka dia ada short sket.

"My name is Harris Zahari, graduated from bla..bla...," gua jawap sambil senyum. Bangga jugak la sebab gua cakap macam Mahadzir Lokman cakap omputeh, berair jak, tak dak sangkut-sangkut. Tak sia-sia gua dengaq lagu-lagu Nine Inch Nails dulu-dulu.

Gua memang pasang harapan la nak kerja. Duduk rumah pun bukan macam broker saham duduk goyang kaki angkat telepon duit masuk ribu-ribu. Gua angkat telepon duit lagi banyak habis adalah. Angkat telepon = ajak keluar = perabih duit. Sampai satu masa gua usha buku Tabung Haji gua pun penuh dengan niat jahat.

Time elok gua tengah kena interview ngan Mr. F tu.

Tiba-tiba...

"Krriiinggggg... Ini adalah suatu kecemasan. Pihak kami telah mengesahkan satu kebakaran berlaku dalam bangnan ini. Anda hendaklah turun berkumpul di bla..bla..bla.." Pak Gad mencaci maki dalam speaker kaat atas kepala gua.

" Cesss... kenapa time-time ni???" dalam hati gua memaki secara pelan-pelan dalam hati kat sapa yang tak reti padam putung rokok.

Maka gua dan Mr. F berlari-lari kecil menuju ke tingkat tanah. Mula-mula Mr. F ada hati nak turun ikut lif, tapi gua rasa di sedar bahawa seorang ahli bomba tengah tunggu kat depan pintu lif kat tingkat tanah sambil pegang sebilah kapak. Akhirnya Mr. F membatalkan niatnya tersebut.

Elok gua dah sampai kat tapak perhimpunan, maka Mr. F cakap gua. "Ok, lets continue our conversation back".

Selama gua belajar subjek Professional Communication Skill, gua tak pernah belajar macam mana nak kena interview dekat tapak parking kereta sambil buat but belakang kereta Proton Wira jadi meja tempat kau tanyang sijil-sijil Pengawas Koperasi time sekolah dulu.

"Macam mana nak berdiri?? Tangan masuk poket ke?? Peluh dah tumpah kat spek ni nak kena lap ke??" semua serba tak kena. Rasa nak pukul-pukul saja semua pihak berkenaan.

Mengah turun tanggan tingkat 6 tak habis lagi. Turun tangga masing-masing macam Watson Nyambek, takut mati rentung gamaknya. Mana tak mengah. Bila dah mengah english gaya Mahadzir Lokman tadi dah berubah macam sila. Apa gua cakap pun gua tak sedar, gua rasa dia lagi tak paham apa gua mencarut.

..................

"Ok, thank you Harris. Ill give you call for the next interview"

"You're welcome Mr. F. Im looking forward to hearing from you soon"

"Hak tuih",
Mr. F jawap dalam hati gamaknya.

0 Dalil Kenapa Gua Patut Cari Kerja #1

Pengendali rangkaian telepon bimbit gua, Meksis telah memotong perkhidmatan telepon gua sementara waktu akibat gagal melangsaikan bil-bil yang tertunggak. Kepada CEO-CEO diluar sana, apalah bezanya lauk makan tengahari korang kalau korang hire seorang graduan muda berkaliber ini. Berapa senlah gaji dia. Kesian dia nak telepon pun kena cari public phone.

Oh ya, tadi gua cari public phone area Jalan Duta dan yang gua jumpa hanyalah Pak Gad Nepal. Gua teruskan pencarian ke SOHO, dan tak ada. Last sekali sampai Sri Hartamas baru jumpa. Apa susah sangat ke nak pacak pondok telepon sebatang? Dulu-dulu time gua sekolah rendah bersepah pondok telepon, jalan 2-3 langkah aja dah terlanggar pondok telepon. Tu la, semuanya asyik deng 'Potong, potong!!'

1 Gulung Tikar: Laos Ikut Jejak Liverpool

Laos 1-3 Malaysia

Malaysia akhirnya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA setelah menumpaskan pasukan negara tuan rumah, Laos malam tadi dengan jaringan 3 berbalas 1. Ini bermakna pingat perak sudah dalam genggaman dan hanya menunggu masa untuk menukarkannya dengan kilauan emas. Itu pun kalau final nanti main tak sepak bola ke atas.

Pada perlawanan tadi, skuad negara mendahului perlawanan pada minit ke-13 separuh masa pertama hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang bermain di posisi sayap kiri. Pemain skuad Kedah itu berjaya menghasilkan gol selepas menerima umpanan dari Manaf di kanan tiang gol dan bijak membuat sepakan Milo seterusnya memperdayakan penjaga gol Laos. Selepas gol pembukaan itu pasukan Malaysia mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama. Rentak perlawanan juga diperlahankan ala Brazil.

Minit ke-72 separuh masa kedua, Sharbini Alwee iaitu penjaga gol negara terlupa teknik menjaga gol seterusnya memberikan gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah. Gol jaringan Kanlaya Sysomvang itu sekelip mata membuatkan senyuman penonton di rumah menjadi carutan. Selepas gol penyamaan itu, Malaysia mula jadi berterabur macam Liverpool kelmarin.

Tetapi tidak lama selepas itu, akhirnya Malaysia mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Arsenal. Baddrol Bakhtiar sekali lagi meletakkan Malaysia di hadapan dengan satu sapuan yang cantik menghukum penjaga gol Laos yang lemas kerana cuba menyelamatkan percubaan ala crossing Kunanlan pada minit ke 79. K. Rajagopal lega di bangku simpanan. Begitu juga dengan anda di rumah.

Ketika perlawanan berbaki kira-kira 6 minit, Pemain KL Plus, Safiq Rahim menambah derita pasukan tuan rumah seterusnya meranapkan impian Laos memburu tempat ke perlawanan akhir selepas menolak masuk hantaran ala Winning Eleven oleh Norshahrul Idlan dari kiri tiang gol. Jadi Malaysia sekali lagi akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas pada hari khamis.

Adakah Malaysia mampu merangkul pingat emas edisi Sukan SEA kali ini sesudah 20 tahun kemarau dan main macam monyet? Mungkin hanya Subadron Aziz yang mampu menjawab.

"Dulu setiap kali Abang Bad score gol, dia akan pandang saya dan saya akan sengih sampai lenguh..." ujar penyanyi 90'an, Salwa Abd Rahman


Sumber : Sokernet

notaKaki : 20 tahun..time tu adik gua yang nombor 3 baru tengok dunia..gua nak tengok jugak Malaysia angkat emas..nak tunggu 20 tahun lagi boleh cerita dekat anak gua.

6 Bola Sepak Malaysia Menuju Gol Pihak Lawan Atau Menuju Bumbung Stadium?

Kelmarin lepas Malaysia bukan main eksyen time menang bola dengan team Thailand. Time balik dari stadium, masing-masing berbuah bangga di dada. Sampai pemain simpanan pun jalan berkepak. Walhal masa perlawanan tu, cameraman pun tak lalu depan dia, jauh sekali masuk TV. Masing-masing dah pasang niat nak bercinta dengan artis bila balik Malaysia nanti.

Malam ni kita tengok apa riak wajah pemain Malaysia. Adakah masing-masing berebut nak sepak bola sampat cecah bumbung stadium? Kalau kalah pun, orang paper pandai buat cerita. Tak percaya usha la tajuk paper kalau Malaysia kalah.

  • Bola Sepak Malaysia Umpama Kapal Bocor Tapi Masih Belum Tenggelam
  • Malaysia Silap Percaturan
  • Tewas Bukan Selamanya
  • Hidup Bola Sepak Malaysia Perlu Diteruskan

notaKaki : Weh budak-budak Man U. Amcam? Tak kan dah diam lepas kalah, ditambah pula dengan kemenangan Arsenal...perrghh.

4 Jemputan Makan Free ke Makan Hati

Gua memperketatkan ikatan kekeluargaan kain pelikat gua dengan tinggi sikit dari aras pusat. Karang terlondeh time gua nak keluar rumah ambik surat kang boleh mendatangkan spekulasi antara tingkap. Gua tak nak orang bercerita perihal mak cik rumah depan tinggalkan laki dia lepas tu datang kat gua hanya semata-mata peristiwa kain pelikat gua terlondeh. Tak manis pulak nanti.

Selipar kena sarung elok-elok, karang cacing kerawit masuk ikut tapak kaki pun buat naye je. Jumpa doktor pun mau kena gelak, dah tua-tua kena jangkitan cacing kerawit. Gua belek-belek surat yang baru tadi brader posmen tu hantar, panas lagi suratnya. Mungkin dia duduk atas surat gua kot.

Ye lah, time-time menganggur ni gua harap jugak kot-kot ada orang pos cek duit juta-juta atas nama gua. Itulah rezeki. Rezeki jangan ditolak, sugar mummy jangan dicari.

Selak-selak, surat hutang kredit kad Abah gua, bil meksis gua yang dah 2 bulan tertonggak dan sehelai kad kahwin yang ditujukan khas ke atas nama gua; Saudara Achan. Entah sapa ngajar dia karang karangan format Kad Ucapan time UPSR dulu.

"Abang, nasi dah siap!!" pekik adik gua memberi tanda penyeksaan gua bakal berakhir tak lama lagi.

Lepas gua menyatukan nasi dan pelbagai lauk bujang seperti sambal tempe dan telur dadar, gua membawa diri kat depan TV. Tengok cerita Indon memang macam tak ada penamat.

Tangan belah kanan suap nasi dan mengenangkan kesian kat tangan kiri lantas gua assigned tangan kiri untuk bukak surat yang gua kutip tadi.

Bil meksis tertunggak dah jadi RM 83.55. Kan best kalau dia buat sistem lagi banyak call lagi sikit kena bayar. Kata Ananda Krishnan dah kaya, apa salahnya buat amal jariah sikit buat bekalan di hari kemudian.

Oh ya, kad kahwin. Tiap-tiap minggu gua dapat jemputan ke kenduri kahwin. Menanti jugak kot-kot ada yang tersilap hantar Jemputan Ajak Kahwin. Dapat duit hantaran boleh bayar bil meksis.

Assalamualaikum wbt
Kami
Pak cik & Mak cik
dengan segala hormatnya mempersilakan
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Saudara Achan dan isteri
ke majlis bla..bla

Perghh...gua tutup kad. Gua koyak kecik-kecik buat ulam makan nasi.

Sukahati aja letak title gua ada isteri. Ini perli ke kutukan? Terluka hati gua.

Gua karate nasik sampai terbelah tiga tanda protes.

0 Autopsi : Showcase monoloQue@Laundry Damansara


*Mononya seorang Loque.


Masa terlampau singkat, gua cari geng nak join tapi malangnya semuanya sibuk-sibuk belaka. Jadi gua mengambil inisiatif untuk keras sorang-sorang ke showcase monoloQue di Laundry Bar, The Curve. Gua baru sampai dari Taiping sebab esok nak bawak adik gua pergi interview MRSM. Elok sampai di rumah, gua drop adik gua dan terus tekan minyak kereta ke arah The Curve yang mengambil masa sebatang rokok dari rumah gua.

Elok gua sampai aja, gua usha monoloQue dan Kugiros (Kugiran Gitar Rosak) yang terdiri dari (yang gua perasan) Loko (drum), Kadax (bass, backup vox & kibod) dan Iju (gitar) sedang sibuk setup instrument masing-masing. Berdasarkan beberapa kali gua mengikuti show Butterfingers, gua perasan Butter memang very detail dalam bab setup sound ni. Dan gua rasa monoloQue lebih detail sebab musik monoloQue sememangnya very technical dan memerlukan bunyi yang betul-betul persis.

Sedikit pengenalan kepada monoloQue. monoloQue adalah sebuah projek individu Loque yang merupakan salah seorang backbone of Malaysian's Grunge Band, Butterfingers. Selepas pemergian Emmet ke Kanada dan kembalinya Loque ke Malaysia. Loque melancarkan projek monoloQue secara serius. Mengikut kata Loque sendiri, monoloQue adalah suatu cabang Butterfingers. Pendekatan monoloQue berdasarkan penelitian telinga gua tak lari jauh dengan Butterfingers era STD dan Kembali. Rhytm melankolik ala musik tradisi dan bait-bait lirik yang straight forward dan sinis. Namun dengan penambah unsur bunyian yang membuatkan ramai orang angkat kening sebelah telah membezakan antara Butter dan monoloQue.

Secara jujurnya kedatangan gua kali ini lebih kepada nak melihat macam mana musik monoloQue dimainkan secara live. Gua ada mendengar beberapa lagu monoloQue sebelum ini dan gua rasa ini adalah kerja dalam studio. Mampukah musik ini dikeutarakan dengan baik secara langsung? Jadi diatas perasaan yang memang curious ni, gua membawa diri juga walau letih badan pun.

Kemunculan Loque bersama seluar yang memang grunge membuatkan gua teruja. Seluar kaki kecik ada lubang kat lutut memang mengimbau kenangan lama. Semua seluar gua yang berkarekter begitu dah jadi kain lap tingkap gamaknya. Ditambah cantik dengan gitar Fender Jaguar yang sinonim dengan identiti grunge.

Opening song dimulakan dengan single Semboyan. Bunyi dia agak ke brit rock dan vintage sound. Sebuah lagu yang bertenaga dan membuatkan gua terpikir, "Owh, tak semua monoloQue berbunyi 'elektronik'". Beat-beat drum agak elektro, gua panjangkan tengkuk usha drum set kosong. Apa ilmu ghaib diorang pakai? Rupanya Loko bermain electronic drum di blind spot gua. Hampas.

Hidangan kedua pula adalah sebuah lagu bertajuk Cinta Komputer. Lagu ni ada perisa musik tradisi Jawa. Gua dengar lagu ni, gua nyala rokok dan merasai nikmat tengah usha cewek kat Bali. Lagu ni memang nice, permainan Kadax pun lebih groovy. Gua ada jeling-jeling jugak awek kat sekitar, tak sengaja ternampak ramai jugak crowd mengangguk-angguk kecil tanda layan. Gua senyum sendiri sambil usha awek cun tu rupanya dah ada balak. Demmit.

Abad Ke-21 adalah sebuah lagu yang mengisahkan seorang purba yang hidup di zaman moden. Mendalam dari segi bait-bait lirik. Teringat pulak lagu Sweet Charity, Tahun 2000 yang dicover oleh Butterfingers beberapa tahun lepas. Ok..tak ada kena mengena.

Lagu keempat kami dihidangkan dengan sebuah lagu gurindam moden olahan Loque yang bertajuk Badang Kota Raya. Wow!! Ini memang karya yang berterus terang!! Ini adalah kesinambungan feel dari single Daulat Tuanku dari album Selamat Tinggal Dunia. Siapa makan cili pasti terasa pedasnya bila Si Badang dah makan muntah puaka. Lirik dan bunyi-bunyian ala gurindam sememangnya berjaya membuatkan gua hadam dengan sekali dengar.

Lagu terakhir adalah single monoloQue yang sering diputarkan di X-Fresh.fm. Kadax meninggalkan posisi bass dan berpindah ke kibod. Loque pula membuat ber'humming' untuk mencipta vocal delay yang berentakkan ala intro The Chemistry. Yeah, lagu terakhir bertajuk 'Jika Ku Seorang Robot' berjaya menarik perhatian crowd yang gua rasa agak pasif pada malam tu. Mungkin ni je kot lagu yang sempat diorang hapal tadi..hehe. Lagu ni memang kuat bunyi 'elektro' dia, memang feel robot tu naik. Selamat tak ada orang buat moonwalk. Closing dengan guitar work oleh Iju yang berjaya meninggalkan noise dan orang terpingga-pingga. Dah habis ke? Hahaha.

Secara keseluruhan, show memang agak smooth. Ye lah, bukan baru semalam diorang training kan? Cuma lagu last tu mengambil masa yang agak lama untuk setting, complicated bak kata Loque. monoloQue memang berani menampilkan musik exprimental yang bersayap kiri dan menongkah arus. Adakah ini suatu kepuasan Loque atau ianya sebuah permulaan dalam mengubah perspektif musik masyarakat di Malaysia? Inilah misteri monoloQue!

Lepas show monoloQue, gua sempat layan band-awek-slapping-bass, Tempered Mental satu lagu je. Adik gua dah call. Lapar katanya.. Demm


0 Awek Rambut Pendek, Awak Ada e-Surat Untuk Saya?

Kalau gua tengok awek rambut pendek dan gua terus senyum. Memang kepala gua influenced by Meg Ryan aja. Tak ada lain.


Ok, sekarang ni gua nak usha You've Got Mail dan When Harry Met Sally buat kesekian kalinya.

Gua klasifikasikan post ini sebagai gadis kerana Meg Ryan memang gadis sunti dalam 25 taun lepas.

1 Review Filem : Taxi Driver (1976)


Ini cerita klasik kaw, mak gua baru umur 17 tahun tengah ambik SPM. Cerita Robert De Niro janganlah lu nak menyangkalkan kehebatan lakonannya. Kalau lu nak compare dengan kualiti lakonan Shamsul Anak Yusuf Haslam yang ada hati nak berlakon jadi mat rempit budiman. Memang lu boleh tutup blog gua. Jangan masuk dah!!

Gua sarankan budak-budak anarki kat Bukit Bintang layan cerita ni!! Wajib!! Lu orang nak gulingkan kerajaan. Lepas gulingkan tak tau nak buat apa. Bingai. Cerita ni menang award kecik-lecik tu banyak la, tapi kurang-kurang cerita ni tercalon untuk 4 anugerah dalam Academy Award. Termasuk untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Robert De Niro) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jodie Foster).

Filem ni diarahkan oleh pengarah cerita yang selalu buat cerita ala-ala Italian American, iaitu Martin Scorsese. Sebenarnya uncle ni lincah lagi movie dia buat macam The Aviator, Casino, The Departed dan crime movie Gang of New York. Memang hasil kerja dia boleh dikenalpasti dengan tema dan unpredictable plot dalam filem. Bukan macam sesetengah filem, lu dah boleh agak apa skrip selepas certain part tu. Tak ada unsur kejutan langsung.

Filem Pemandu Teksi ini dimulakan dengan watak Travis Bickle (Robert De Niro) yang nak apply jadi drebar teksi. Mamat ni ada masalah penyakit insomnia atau bahasa mudah tak boleh tidur. Jadi mamat ni kaya raya lah dengan kerja tak berhenti sebab tak boleh nak tidur. Kalau dia cuti pun dia pergi usha tayangan filem porno atau bahasa umum cerita blue.

Sepanjang kehidupan dia sebagai pemandu teksi, Travis ni tertekan dengan masalah sosial yang berlaku dalam kota New York tu. Dengan pelacuran, perompaknya, polis (n)anti rasuahnya dan pelbagai lagi. Memang dia dah mual sangat dengan benda-benda macam ni.

Dalam tak diam, Travis ni syiok pulak dengan sorang awek yang bernama Betsy. Awek ni sebenarnya volunteer untuk calon Presiden yang akan bertanding time tu. Psiko tak psiko Travis ni, time first date dia bawak Betsy ni usha wayang blue. Lepas tu Betsy tak kan nak lentok kepala kat bahu Travis, so dia pun malas nak layan Travis ni.

Pada suatu malam time Travis ni bawak teksi, Iris (Jodi Foster) yang merupakan pelacur bawah had umur masuk dalam teksi Travis ni dan suruh Travis bawak dia lari. Tapi time tu Travis pun macam tengah sengal-sengal, maka bapak ayam Iris ni dapat tangkap Iris balik.

Selepas beberapa lama, Travis ni pergi cari pistol untuk dibeli. Dia nak pergi bunuh calon Presiden pulak sebab dia rasa calon Presiden ni punca dia tak boleh bersama dengan Betsy. Lepas dia ejas badan macam Sazali Samad dan buat rambut gaya Travis Blink 182, maka digerakkan kaki menuru destinasi. Tapi lepas tu hajat dia tak kesampaian.

Peluru banyak lagi tak guna, so dia pikir-pikir dan dia menuju ke rumah pelacuran. Dia pergi sana bukan nak bayar bil air, tapi nak pergi selamatkan Iris hari tu. Kira dia macam menyesal la tak dapat selamatkan Iris hari tu. Finally, Travis ni digelar sebagai Hero dalam ciry dia..

Teknik penceritaan dalam filem adalah bergaya Travis tengah tulis diari, dan diceritakan balik. Maka filem ni bergerak perlahan sikitlah, nak tulis diari bukan nak cerita pasal letup sana, letup sini kan?

Watak Travis ni, banyak review kata dia ni psiko sebab tertekan selepas pulang dari perang kat Vietnam. Dari persepsi gua, Travis ni adalah seorang yang berfikiran kompleks. Watak dia ni agak contradiction, bak kata mat salleh a part is the prophet and the other part is the pusher. Kelakuan dia bawak Betsy usha citer blue tu gua syak niat dia baik, untuk menunjukkan realiti tapi tak relevan pada masa dan situasi. Sama dengan part dia pergi serang rumah pelacuran tu, niat dia baik nak selamatkan Iris. Tapi habis satu bangunan dia headshot. Pemikiran dia agak anarki sebab menunjukkan dia benci polis dan tak ambik port dalam politik kerana dia menganggap those guys just the scumbags!!

Totally, filem yang berdurasi 1 jam 53 minit ni memang memuaskan dan cukup unsur dramanya. Sebuah filem hasil pemikiran berat bukan filem buat pakai buku lali macam Sifu dan Tongga. Tak keterlaluan gua kata ini antara heavy movie terbaik pernah gua usha

Rating : 8.7/10

Scene paling femes dalam Taxi Driver.



Sceme parody dari budak-budak WWE.



notaKaki : Lu rasa orang nama Travis ni memang rambut mohawk ke?

1 Saya (N)Anti Rasuah

Satu petang yang indah-indah damai, gua diarahkan untuk membayar saman yang tertunggak angkara peristiwa seat belt tahun lepas. Time tu pun bila polis tahan gua terus berhenti dengan cara aman dan tiada protes. Time tu nak lari terus pun boleh, tapi malas la nak masuk ofis dengan kelongsong peluru tersemat dekat belakang badan.

Setahun dua bulan selepas kejadian, gua nak kena renew roadtax motor. Roadtax RM2 pun nak kecoh-kecoh suruh renew tiap-tiap tahun. Cuba la kerajaan buat sistem renew roadtax tanpa had, mau gua renew roadtax sampai tahun 2059 terus. Tapi isu besarnya adalah insurans motor sebanyak RM213. Lutut dia, harga insurans macam tak ada kasih sayang. Memang membebankan, lagi-lagi bagi seorang penganggur sepenuh masa.

Bila gua pergi kedai cina tu nak renew insurans, dia check bahawasanya gua ada saman tertunggak RM300. Kepala hotak dia!!! Maka disebabkan itu gua terpaksa bayar saman. Damn

Jadi untuk mengurangkan sedikit RM300 tu, gua karang surat rasmi dengan menggunakan ilmu Bahasa Melayu Penulisan yang pernah gua skor A pada suatu masa dahulu. Gua usung surat tersebut, kad penganggur yang disediakan oleh kerajaan dan segenggam tabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Maka disini gua nak cerita satu story yang patut dibuat pedoman.

Gua : Assalamualakum Encik.

Koperal Y : Waalaikumsalam encik, sila duduk. Ni nak bayar sama ke?

Gua : Aah, saman ni RM300 cik. Tak boleh kurangkan ke? Ni saya ada bawak surat rayuan.

Koperal Y : Tak boleh la encik. Ni saman kat KL, so encik hanya boleh buat rayuan kat KL aja. Ni encik sangkut nak buat roadtax kan?

Koperal Y check line kiri kanan.

Koperal Y : Tapi saya boleh tolonglah, RM200.

Gua : Mak aih encik, tu mahal lagi tu. RM150 boleh la?

Koperal Y : RM150 tu aja nak bayar saman encik, anak saya nak makan apa nanti?

Gua : Ehhh?

-----------

Maka disini ada beberapa kemungkinan yang bakal berlaku kepada anak Koperal Y.

A) Anak Koperal Y tak cukup makan.

B) Anak Koperal Y cukup makan dan bakal menjadi Mat Rempit/ Budak Gothic kat Time Square/ Budak Shuffle kat tepi McD Jalan Bukit Bintang dan seumpamanya.

-----------

Selepas gua discuss ngan Abah gua, yang juga bekas seorang pegawai polis berdedikasi. Abah gua tak bagi gua suap anak-anak Koperal Y. Maka esok gua terpaksalah pergi ke Balai Trafik Jalan Bandar.

Selangkah gua keluar dari pintu bahagian trafik tu gua nampak papan tanda,

"Pemberi Rasuah akan Didakwa!!"

Dalam hati suci gua bertanya-tanya, "Bagaimana dengan Peminta Rasuah?"

---------

Sepatutnya Koperal Y bukan pakai lencana "Saya Anti Rasuah". Sepatutnya lencana ini yang patut Koperal Y pakai kat atas nipple pink dia.


Intergriti amalan kita? Hak tuih!!

4 Tribute To Student Life in UTP (2005-2009)

Jangkamasa selama 5 tahun bagi gua bukan satu jangkamasa yang sekejap. Kalau pinjam kat Ah Long, bunga dah macam bunga pokok sakura gamaknya. Banyak hal ehwal kehidupan berlaku selama gua duduk sebagai budak universiti. Kalau nak reverse balik 5 tahun lepas memang gua tak rasa budak sekolah yang rambut botak licin (kalau ada rambut pun kaler biru), balik sekolah pasang lagu-lagu Sham 69, Roots n Boots buat lagu nak tidur petang boleh masuk universiti. Dulu gua dah nampak masa depan gua kalau tak kerja cetak t-shirt kat CM, mesti gua kerja jual boot kat Campbell. Tapi sekali gua masuk universiti pulak, dah nampak cerah sikit dunia.

2005 - Permulaan Cerita, Pengakhiran Budak Botak Licin

Mula-mula gua jejak kaki kat universiti, gua kaget. Pening kepala gua mendengar statistik, 95% budak UTP datang dari SBP dan MRSM, gua dari SMB (Sekolah Menengah Biasa). Macam mana gua nak handle situasi ni? Nak kena bawak buku tebal-tebal pergi library, lepas tu terlanggar awek dan mintak nombor henpon?


*Ini waktu gua ke Wajadiri IPT 2005, damn it. Esok gua kena joging secara serius ni!!

Penyelesaiannya gua ambil keputusan untuk bermain habis-habisan pada tahun asas. Namun disebalik gua main-main, gua juga mula berkecimpung secara serius dalam bidang persilatan dan orkestra. Namun selepas gua mempunyai sedikit perselisihan faham dengan ahli orkestra yang mempunyai masalah identiti, gua ambil keputusan untuk keluar. Maka gua lincahlah seronok bersilat dan berkawan.

Perangai nakal gua time tu not bad, saman pertama gua dengan UTP sebab gua sembur fire extinguisher time sambut besday member gua. Lepas tu gua kuat kacau geng 'akak-akak' yang berjiran dengan bilik gua. Ghairah pulak dengar suara jeritan diorang..."Awwww maakk!! Ada orang susun bakul sampah penuh depan pintu kita, dah tak nampak luar dah ni!!"


*Waktu ni rambut gua masih botak lagi. Ini permulaan dalam penubuhan 'Golongan Rare'. Serius esok gua nak bangun pagi jogging!! hahaha

2006 - Keperitan di rasai.


Ini tahun kepayahan, pencapaian akademik gua merundum di atas 'usaha' gua pada tahun sebelumnya. Ini zaman gua dah tukar rumet, rumet lama join geng masjid (Jali Bajet). Rumet baru lebih steady, malam-malam pasang TV 5 inci hitam putih sambil tengok wrestling. Budak-budak dah makin kuat dengan hedeonism samada cerita Korea atau DoTa.

Pada tahun keperitan ini gua masih kuat bermain-main, tapi gua ada sikit achievement yang boleh dibanggakan iaitu gua jadi geng Majlis Perwakilan Pelajar UTP bahagian kebajikan. Kerja macam setan, nak ambik report budak aja. Budak-budak pun satu, report la isu yang munasabah. Ini report katil patah, kipas pusing arah berlawanan, apa lu ingat lu nak suruh gua tiup kipas tu sampai berpusing dipaksi yang benar? Report pasal tak puas hati dengan staff pun ada, dia ingat muka gua macam kaki pukul kot.

Pada tahun yang sama gua dah start kena extend, gua terpaksa tukar geng belajar. Bertitik mula dari tahun ini gua belajar dengan budak junior satu semester, sapa suruh tak belajar betul-betul.

Dengan perasaan tak insaf lagi, gua dan Faliq menubuhkan sebuah band yang berkiblatkan Vintage Rock iaitu Band Jamen. Dengan berline-up kan Aldy, Izhan, Gua, Faliq, Majin dan Sebastian, kami mula bermain lagu-lagu yang sedikit gelap. Band Jamen adalah gabungan minat gua terhadap rock dan Faliq terhadap metal, kami korek line up. Kami kutip Sebaz (2nd guitar) dari band church lu tau? haha


*Gaya macam kumpulan kaki pukul, ntah macam mana nyanyi nasyid.

Nak kasi stabil sikit perjuangan musik, gua join Zaufan iaitu sebuah kumpulan nasyid yang dah ada nama di UTP time gua join. Tahun ni jugaklah gua dan Zaufan dapat masuk Pertandingan Nasyid Terbuka Malaysia MMU. Memang nuub habis nak compare dengan group lain. Tapi gua tetap salute Zaufan.clap2

2007 - Hidup Gua Memang Melayu

Ini zaman gua asyik bersilat, ye la dah naik jadi jurulatih. Asal gua keluar aja dengan budak silat. Asal adahal aja, hal silat. Walaupun gua rasa gua banyak spent masa dengan silat ni, tapi gua tak pernah rasa sia-sia. Separuh dari masa gua mengajar anak orang nak pertahankan diri dia, sepenuh masa gua mengajar diri sendiri.


*Ini kalau kostum kasi tukar dengan baju melayu merah sama set sampin baru kena dengan logo keris.UMNO..hehe

Gua rasa pemikiran gua banyak diacuan ketika bersama saudara-saudara ketika bersilat. Gua banyak berjalan pun sebab silat, buat demonstrasi sana-sini. Tapi secara keseluruhan gua masih bermain-main.

2008 - Rasa Dah Macam Tua Sikit

Ini zaman dah nampak masa depan, belajar sungguh-sungguh nak jadi apa sebab time ni budak-budak tengah pulun nak cari company terbaik untuk prektikel. Gua tadah tangan jugak la dapat company yang menawarkan elaun yang gua rasa lumayan untuk seorang pelajar yang duduk kat rumah mak bapak sendiri. Banyak pahit jerih kelat manis gua dapat time intern.

Dari segi musik, gua bercerai sebentar dengan Band Jamen di atas sebab-sebab tertentu. Gua menumpukan sepenuh perhatian kepada Zaufan. Baju Zaufan pun dah makin power time ni.

2009 - Memang Tua

Final year, jalan pun bidang dada, mengepak ketiak, betis nak keras, rokok senantiasa kat tangan walaupun rokok pau. Baru namanya final year student. Semester pertama memang tenang, FYP pun tak susah mana. Buat report sambil pejam mata sebelah pun dapat A-. Malam-malam kerja nak main snuker aja. Entah bila-bila belajar pun gua tak tau. Zaman ni Band Jamen dengan gua dah rujuk balik, masuk Euphonius dapat number 3. Ok la tu, solo gitar pakai 5 tali je. Tali bawah putus.

Semester kedua gua dah tak ambil enteng tentang pendidikan. Gua dapat merasakan pendidikan peting untuk pembangunan sahsiah modal insan. Jadi gua tuju ke Pusat Snuker Champion lagi pada setiap malam yang kelapangan. Aktiviti malam gua makin kuat semester ni, ada aja alasan FAREWELL. Farewell Karoeke la, Farewell BBQ la, Farewell Beach Party la, Farewell Main Snuker la, Farewell Mapley la. Tapi time exam week kali ni gua rasa exam week paling gua belajar sekali..hahaha

Gua kepilkan gambarajah-gambarajah pilihan gua selama 5 tahun ni.



*Ini time jari kaki gua tak terkerat lagi. Memang la hepy (2008)


*Zaufan on Stage..masing-masing tanya lirik kat member sebelah (2009)



*Sesi jamming bersama kawan-kawan..Band Jamen, Influx, Zig Zagoon~ (2007)



*Muka jambu, cuma IQ aja tak berapa nak tinggi (2008)



*Band Jamen kecuali awek american tu..dia emcee..(2009)


*EDX hari tu, gua suka muka gua nampak serius..haha (2009)


*Punca utama kejadian gempa bumi kat Jakarta tempoh hari. (2009)


*Aksi gua memang tak pernah mengecewakan~ (2009)


*Gambar Raya Ashikawa University students yang tak masuk Salam Perantauan (2009)



*Memburu Durian Part I, ini sesi menyejuk badan (2009)


*Ni time sambut besday gua masa intern (2008)


*AGM untuk silat, gaya gua gaya senior sih..waa (2009)


*Ini pulak team Net Ball gua. Apa lu ingat gua tak power main net ball ke??(2009)

*Gua jarang keluarkan simpanan gambar time gua silat. Gambar ni macam menarik, diambil time time gua dah menang lawan 20,000 orang orang jahat. (2007)

*Ini pun gambar aktiviti dengan budak silat gua, ini zaman gua junior. Misai pun tumbuh tak ikhlas lagi. Kebanyakkan entiti di atas kini sudah berumah tangga dan ada yang ada cahaya mata. Cuma ada sorang lagi masih gay, tak nak kahwin (2006).

*Ni pulak gambar time gua jadi sessionist time perform kat Mexico dulu..Betul!! (2009)


*Time ni gua handle satu Martial Arts Demonstration yang menggabungkan Silat Cekak hanafi, Silat Gayung, Karaete Do, Taekwando dan amoi2. Gila 1Malaysia!! Kalau Najib tau mesti gua dapat pangkat Dato ni.


*Ini sesi BBQ dengan budak kelas yang sepatutnya (2007)


*NI BBQ dengan budak kelas yang lagi satu (2009)

Sekian tribute gua kepada kehidupan gua, rakan-rakan gua dan seluruh kenalan gua di UTP. Adios!!!