1 Hal Ehwal Palestine

Perrghh..gua sakit jiwa beb usha Palestine ke bom. Rilek-rilek jek brader-brader Israel baling bom kat Palestin, deme baling batu je.. Kalau kene kepale pun bengkak je, lu baling bom. Kalau kene kepale tak ke hilang kepale. Mana adil beb? Negara Palestine makin kecik, Israel makin besar. Apa punya penindasan ni? Gua tak de pelancar roket mahupun kereta kebal.

Kepada sesiapa yang sudi memberi bantuan kemanusian kepada mereka, sila transfer duit ke:

Aman Palestine Berhad : 12029010047880 (Bank Islam)

Kejap beb..Presiden OIC call henpon. Nak kene jawap nie..ok babai!

0 Hal-hal Esok Siang

Esok gua kerja half day, gua nak pergi Cineleisure. Usha citer kung fu pasal tok guru Berus Lee, Ip Man (sebutan Yip Man, nama cina). Scha, Diana Danielle, Lisa Surihani, you all nak teman I tak esok? Liyana Jasmay pun boleh la..

4 Kepada Yang Melarikan Anak Orang

Hari ni gua letey, jalan-jalan pusing Bukit Bintang. Gua ingat hidup tak seperti drama TV, tapi meleset sama sekali perspektif gua angkara beberapa manusia yang mengambil langkah seperti perjalanan sebuah drama swasta di TV3.

Gua hari ni membantu seorang rakan dari utara tanahair mencari adik perempuannya yang lari/dilarikan dari rumah. Letih mencari namun tiada hasil yang nyata. Gua disini menyarankan kepada semua pemuda-pemuda, samada mereka ini Mamat, Azman, Datuk atau Mamat 2.0, kalau lu minat kat mana-mana awek, tolonglah be gentle. Jangan bawak lari anak dara orang, anak dara tuh nak lari sendiri? Manakan bisa pokok bergoyang jika tiada angin bertiup. Main-main kipnap, tiup-tiup kat muka kasi lalok...apa punya game ni? Nak gua libas dengan ekor pari?

Kepada yang membawa lari anak gadis orang tuh, bukan kepada perembat adik member aku je tapi kepada semua perembat anak dara (atau teruna) sila pulangkan mereka ke pangkuan keluarga mereka. Gua serius ni!! Kalau lu tadah muka kat depan gua, memang umpama menelefon Kedai Ukir Batu Nesan dan menempah sepasang batu nesan berukir nama korang sendiri!!

Kepada mana-mana gadis yang membaca cacian gua ni, sila jangan terlampau percaya dengan mana-mana lelaki. Serius!! Termasuk gua. Memang gua hensem, kachak, baki akaun bank banyak dan bermotor baru, tapi gua ada nafsu beb!! Sama aja semua!! Boyfriend korang ajak pergi mana-mana hotel untuk berasmaradana. Cakap saja, 'You Faker!!' dan bagi tendangan tepat ke testikel mereka. Kebarangkalian untuk mereka untuk berhenti tuh tinggi, dan hipotesis yang bisa gua buat semakin kuat tendangan lu bagi, semakin besar bengkak di testikel.

Hmm amacam teks ucapan gua?..lu rasa gua layak tak jadi Penasihat Kelab Pencegah Jenayah?

4 Happy New Hijrah Year

Gua bekerja berat hari ni, bekerja berat dalam prospek mengalunkan tangan bermain gitar dan drum. Ini baru settle jamming dengan blogger Penghawa Dingin dari band Hazel dan Machai dari ZigZagoon serta beberapa rakan lagi.

Ini adalah nasehat gua kepada semua, pastikan lu nak pergi jamming dan jangan tinggal kan pick di rumah. Tengah gua high bermain gitar sambil menjerit-jerit lirik lagu yang gua tak pasti, jejari ku mula mengalirkan cecair hangat berwarna merah. Demm, main gitar sampai berdarah.. ni sumer angkara lupa bawak pick.

Tadi adalah sessi jamming muhibah yang disertai oleh pemuzik indie, grindcore, metal, axe rock (hahaha..rok kapak) dan grunge. Hasilnya?? Hahaha..kemuafakatan..

Okay..

Hari ni 28 hb Disember 2008, hari Ahad dan aku nak wish beberapa perkara.

  • Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat.
  • Selamat Hari Lahir ke 23 kepada Mr. Fayan Malaya..nama real ni beb. Memang patriotik mamat Thailand sorang nie.
  • Selamat Pengatin Baru kepada Fimad atau Firdaus Ahmad. Maaf, gua tak dapat ke Changlun atas sebab krisis ekonomi dan kejatuhan harga minyak global. Semoga berbahagia sepanjang hayat dikandung badan.
Sekian..

notakakiCountDownNewYear : Weh...sapa ada lagu nasyid Satu Muharam bermula Hijrah, Kaum Ansar dan Muhajirin bersatu, Rela Berkorban harta dan Nyawa...lalala...sila send..TQ

2 Lagu Tahun Baru Hijrah

Last week gua usha Carta Nasyid kat TV9, dekat di hati. Emcee yg pempuan tuh memang comel, dan artis jemputan minggu tuh adalah kumpulan Algebra. Dan yang gua culture shock sket, gua nampak Ahnaf, kenalan gua. Gua pergi Akademi Nasyid ngan Ahnaf, Din dan rakan-rakan, muda lagi beb mamat nie, jauh lebih muda dari gua, apa ntah lagi Deen yang lebih tua dari gua. Tup..tup deme kuar album. Dan yang syoknya semua lagu dalam album Algebra ni adalah hasil tangan Dr. MAZA (Asri), ex-tok mufti Perlis dulu

Siapa Algebra?

Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama

Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapatsegelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik. (gua pun tak tau apa unsur alat muzik Islamik, ada bentuk kubah dekat head guitar ke apa?)

Sumber : Nasyid.com

Dah dekat awal Muharam yang bakal menjengah ni, gua dendangkan sikit single pertama Algebra bertajuk 'Aku Rela'..





aku rela ALGEBRA.wma -

0 Selamat Kaki Spek, Kalau Kaki Lu?

Tidur pakai spek mata, bajet nak mimpi Scarlett Johanson malam ni terang sikit. Tak da la kabur-kabur sebab rabun tak pakai spek. Bangun pagi usha kaki spek dah patah, hari ni Krismas, Apek kedai spek tengah layan kartun Santa Claus.

Tak kan gua nak pakai contact lens lelama kot. Raba kornea mata, tak kacip beb. Tak menaikkan nafsu syahwat langsung..Sampai bila gua nak meraba kornea?

2 Ulasan : Rock The World 8



Salam Sejahtera,

Gua tahu mungkin ada yang bersuara, tak troo la pergi Rock The World. Tetapi gua tetap tak pedulikan apa korang cakap. Gua tetap meneruskan tradisi gua untuk ke RTW sejak zaman gua sekolah dahulu kala. Tapi setengah dekad dahulu populasi umat gigger tak seramai kini. Dan gua tetap menyalahkan cerita Kami dalam hal ini..hehe

Ok briefly about RTW. RTW is the biggest rock concert in Malaya, and I was organized by Jason Lo and gang since last 9 years. They try to make the 'Woodstock' in Malaysia version, yeahh..lebih lembut gayanya. Hence RTW is the biggest rock concert in Malaya, maka crowd pun pasti datang dari seantero Malaya dari Perlis sampai ke Sabah. Selangkah gua ke 'Taman Rahsia', pelbagai fesyen gua usha.

Antara perkara menarik yang aku perhatikan ketika RTW ini adalah kelengkapan baru untuk menghadapi 'R-Day' ini. Di antara nya adalah kasut converse baru...yearrrgghhh...kasut kaler putih kalo baru kan die kaler biru2 nila..hehe...lu tunggu gua pijak kasut lu time moshing!! Then gua usha rambut baru dye...peerrghh...pekat lagi kuning die. Gamaknye kalau ujan lebat tuh, mengalir air kaler kuning dari kepala die..freshh!! Dan yang paling syok....telinga baru pierce!! Wow...merah berdarah lagi, cuba kalau aku jentik cuping die...perrrgghh..hahaha

Gua datang RTW dan telah sedia terhidang band dari Klang yang agak familiar dengan gua, Zip Zieller. Band ini datang dari Simpang 4, Kg Delek. Peerrggghh..gua menanti dorang sound check sampai naik gila. Dekat setengah jam beb!! Siap gitaris pergi jamban sat lagi...sempat je. Bila dema start je petik gitar. Gua dah rasa aura dia, yeaargghh. Rock n Roll versi Jimi Hendrix!! Dengan suara vokalis, Narkarago ada iras-iras vocalist The Jet. Memang raw beb!! Riff-riff rancak psychedelic sememangnya layak mengantikan tarian pocho-pocho untuk warming up para crowd. Oh yea...kibodis mereka Yanti, memang comel!! Pengakhiran band ini, vokalis campak gitarnya ke arah penonton. Marah sangat nampak brader.

Band Komplot semangnya berjaya berkomplot diantara satu sama mereka dengan baik. Terus-terang gua hanya tau lagu Konflik. Komplot memang meria di atas stage, selain alatan-alatan basic, mereka juga turut menempatkan pemain sax dan djembe/perkusi. Walaupun dengan pelbagai variasi music instrumen, namun sound Komplot tiada berkompromi, penuh dan tak pelik. Satu salute kepada djembefola Komplot!! Gua tau lu main agak tibai, tapi memang cool beb!! Beat sense lu kuat..mereka membawa 4 lagu iaitu, Konflik, Norazain, Disko Tanpa Risiko dan Enter The Kosmos. Musik mereka agak ke Rock Disco, meriah dan orang ramai mampu berdansa!!


Bunkface

Bunkface...hmm..anak-anak muda Taman Sri Andalas ini memang chill beb. Ramai gadis yang menanti saat indah mereka menonton Bunkface beraksi di pentas...awww!! Bunkface sememangnya pakar dalam permainan yang clean dan catchy. Vox mereka, Sam semenangnya mempunyai pakej yang lengkap dari segi music skills, ruma dan showmanship...1st class!! Dan hasil band yang pernah menyertai battle of the band, Blast Off ini sememangnya antara band yang mempunyai peminatnya tersendiri.


Estrella

Estrella...wow!! Comelnya vox dia, Liyana. Dengan membawa akustik gitar yang besar, memang comel..oh yea mulut kecil...aku suka juga!! Permainan memang clean habis, suara yang unik dan memang ngam dengan music mereka yang ke arah jazz akustika. Lagu Ternyata dan Stay sememangnya mencuri perhatian crowd. Ohh, pemain perkusi memang hebat!! Congrate to Wan. Uhh, ada yang kata Yuna dan Estrella adalah entiti yang sama, maaf, mereka totally different.


Aru dan ROB

Entiti berambut jagung ini sememangnya menghantui crowd RTW. Aru dan Republic of Brickfield. Lagu Legalize dan Uptown membawa kenangan gua kepada zaman gua baru habis sekolah dulu. Time ni gua skakin..jangan banyak cakap!!

Mooky!! Satu entiti besar yang berlompat disana-sini diatas stage RTW. Beliau adalah frontman One Buck Short yang memainkan peranan penting dalam mengaktifkat crowd agar berlompat bersama. Band yang comel ini sememangnya hyperactive dan sesuai dengan genre Punk Rowk veri mereka. Rahul selaku guitaris dan Izal di posisi bass sememangnya menggila, Izal siap pakai wireless cable lagi!! Nak melompat punya pasal. Anyway, ini feedback aku dapat dari member gua, Ajak. Even korang tak pernah dengar lagu OBS, when you start listening them and you'll be crazy just like us!!

Koffin Kanser..gelikan? hehe


Koffin Kanser bawaan Encik Aru menjengah stage bersama brader-brader berambut dreadlock, Aru di posisi guitar diiringi Vox Pure Vibration (maaf lupa nama dia, Din tak silap aku) empat orang pemain djembe, bassist dan drummer. Semuanya bereambut dreadlock dan Aru menyatakan band ini membawakan music berirama Dread-Rock & Roll!! 3 lagu pertama berbaur Core, dan aku boleh terima sambil pusing kepala. Lagu ke-4, memang lagu eksprimental diiringi alat tiupan kaum orang asli Aussie, maaf aku lupa lagi nama dia!! Memang aku sukar diggest musik tuh!! Anyway KK, memang menggile sambil sume band member head bagging berbekal kan dread lock..unik dan...geli!!! aww~


Naza The Times


Band pecahan dari OaG, The Times dengan musik ala-ala Brit Rock memang kacip dengan brader-brader pakai t-shirt dengan logo Mod. Aku ada 1str album mereka Soda Rock n Roll. Dan aku hafal jugak la lagu The Times ni. Musik mereka memang cool dan gitar Explorer merah milik Naza memang cun. Crowd lebih ke arah layan lagu ini dengan perasaan yang tenang dan teringat (cuba mengingati) wajah awek masing-masing...ahaks


Revenge dan Costum Party


Revenge, gile beb!! Ini band rock kapak. Zaman-zaman White Snake ni beb. Ini first time aku menonton Revenge depan mata, pembawakan Heavy Metal 80's. Gua menamakan band ini sebagai band paling meriah dari segi pemakaian dan yang menarik perhatian gua lead guitar yang berpakaian ala Kiss dan menjelir lidah gaya Gene Simmons, tapi lidah mamat ni tak sepanjang lidah Simmons dan seorang lagi gitaris macam Kid Search 15 tahun lepas. Sound?? Mereka ni antara finalis ROTTW Soundstage, agak advance bagi amatur. Permainan music yang clean dan bergaya dengan tarian...serius!!

Cloasing act!! Butterfingers, yearrgghh. Sememangnya ramai lagi RoyalButter, walaupun mereka dah beralih ke musik yang totally lain dari 1.2 miligram. Emmet memulakan proLoQue, walaupun Loque tiada dan digantikan oleh Greg Henderson. Aku dapat merasakan show kali ini penuh dengan kejutan!! Butter mula bersiaran dengan single pertama mereka 'Joget Global' dari album kembali. Sememangnya ini adalah track #1, dan umpama kata alu-aluan kepada pendengar Butter, deep memang deep beb!! Bass Kadak memang terrbaik untuk lagu ni.

Tanpa sebarang nafas, gitar akustik Emmet terus dipetik dan terus diisi dengan single 'Kembali'. 'Kabus Ribut' pula mula melanda crowd RTW, single mellow dari album 'Selamat Tinggal Dunia' merupakan satu-satunya single yang disiarkan video clip nya di MTV tempatan. Crowd sing a along, syok menggile!! Emmett tukar guitar akustik yang lebih vintage, dan memulakan struming dan hasilnya The Chemistry. Gua dah nak menangis beb!! lama dah lagu ni gua tak dengar, dan memang gua tak tau nak cakap apa dah.. Loco bergerak macam drum machine.

Kemudian Emmet mencapai Fender Strat dan memulakan versi Royal Jelly. Sumpah air mata gua dah nak bercucuran di pipi gebu ini, gua tahan kan saja, macam gua usha drama jepun yang sedey. Gua percaya ramai crowd menantikan saat-saat ni. Gua usha Kadak pun dah berevolusi menjadi lebih energetik, yea memang boleh nampak jiwanya sememang nya pada music grunge 90's. Penamat, Emmet melayangkan gitarnya di udara!!Yeaarrgggghhhh....Strat tuh!

Kemudian Butter mengucapkan kata-kata akhir dan chow. Jeritan we want more, diambil endah-tak endah aje. Selepas dah beberapa minit, Emmett naik stage balik dan bersetuju untuk melayan kerenah crowd. 'Maharani' menutup persembahan hebat mereka, Emmet mem'body slam' kan badannya ke crowd, abang-abang security sakit kepala.hahahaha.. dan begitulah penghabisan RTW. Tahniah kpd Greg kerana berjaya mengadakan riff-riff yang sempura dalam persembahan tersebut. Penuh Nostalgia.

Dari segi pemilihan band, aku menyatakan sememangnya pemilihan adalah terbaik. Band yang dipilih mempunyai kekuatan masing-masing dan memang layak mereka berada di atas pementasa RTW. Namun dari segi vanue, aku rasakan Secret Garden tak sesuai untuk event begini, kalut. Dan Stadium Merdeka lebih sesuai untuk menampung kapasiti crowd yang mega ini. Crowd pula tak ramai sangat budak sekolah, mungkin sebab gig berbayar dan habis lewat malam, mak marah pulak. Sambutan semakin hangat walaupun hujan rintik-rintik!! Ohh, ya review band yang tak ada tuh disebabkan aku tak ada ditempat kejadian macam OAG, aku pergi solat Maghrib kat Jalan Hang Tuah, jauh gak tuh dan lain-lain sebab (Masjid kosong beb...gig-gig jugak..solat jalan gak beb). Ini adalah pandangan individual peminat musik!! Sekian. Semoga berjumpa kita di Rock The World 9..insyaAllah

notakakiRTW : Enjit-enjit semut, sape sakit naik atas. Maaf kepada sesiapa yang body slam atas kepala aku, memang aku campak je korang hidup-hidup...

Sumber Gambarajah : Seir ROTTW

0 Lu Ingat Ni Blog Untuk Jual Tag?

Tag dari Pet..

Do you think you are hot?
Baru tadi gua usha awek Korea kat Mont Kiara mencair akibat kepanasan gua, menghampiri suhu permukaan matahari mungkin ..

Upload a favourite picture of you.



Why do you like that picture?
Sebab..ianya ada gambar aku dan Aisyah Sinclair..hehe

When was the last time you ate pizza?
2 minggu pas kat William, KJ..Kelana Jaya.. bukan Khairy Jamaluddin

The last song you listen to?
Lebih Indie, Angel and Airwaves - The Advanture.

What name you prefer beside yours?
errkk...apa maksud ko?

People to tag?
Sofie bin Teguh
Mok
Mohd Norzali bin Zulkifli
Izzuan bin Roslan
Alen


Who is number one?
Ex-schoolmate..

Number three is having relationship with?
Nurul Syamimi bt Sajali..

Say something about number five?
Pencinta Alam

How about number four?
Rakan sekampus yang amat menyeronokkan walaupun beliau minat kat UNTIE Kylie Minogoe..

And who is number two?
Jurubahasa Kampus

0 Suratku Untukmu #2

Dear Uncle Santa Klaus,

Aku dengor orang berdegor ngate malam ni kome round dunie ye Yob? Aku ridok le mengharap bebenor, tapi ape le salahnye kalau kome renti kat rumah aku. Tapi alang-alang dok ngantor hadiah kat rumah mike, ape la salahnye renti rumah aku minum Ali Cafe secawan due. Ye le, kome pun bukan ringan Yob, ruse-ruse tu kene rehat jugak. Hmm..kalau kome berenti tuh bawak le hadiah sikit-sikit. Ridok le banyak aku demand, ade la sikit-sikit.


  • TV Plasma yang buleh gantung kat dinding jamban rumah gua.
  • Rumah berbentuk villa mewah di pesisiran pantai Miami, berserta org gaji berwajah ala-ala heroin citer Malin Kundang
  • Uhh..aku nak belik djembe Remo yang RM2200, duit kering skang beb.
  • Guitar effect board, sekali dengan sume efek-efek. Board tuh hendaklah sepanjang 20m.
  • Tolong bank in USD 2 bil dalam akaun Maybank gua.
Sekian Terima Kasih,

Menjalankan Tugas,

Achan Sinclair

"Mai sechewen"

5 Silap-silap Gua Naik Pangkat Jadi PM

Gua hari ni bekerja untuk 18 jam. Amacam Pak Lak? Ada berani lawan rekod pekerjaan gua tak?


5 Hari Besar

Esok hari besar, pagi itu aku ada final presentation dan malam pukul 10 aku ada interview dengan Vice Pres Tyco Int dari Amereka. Aku pakai baju pink belang-belang, sama tie merah hati.

Semoga warna-warna tersebut meningkatkan semangat gua!!!

3 Bakal Ustaz Sek Ren Agama Al-Taqwa, Kepala Batas


*Tangan angkat...jatuh..senang diri. Ni apa cerita kawan-kawan hangpa? Hangpa jangan ponteng sekolah..sekian wassalam.

0 Kisah Bonet dan Aksesori Kereta

Lokasi : Suatu kawasan yang ada rumput gulung terbang di jalan raya, macam citer cowboy, Brokeback Mountain.

Genre : Thriller

Teraju Utama : 'Iffat Rukaini bin Hasni, Ahmad Ridzwan bin Ibrahim (Bonet)

Skrip : Dialek Utara Tanah Air

Drama Keluarga..

Iffat : Net, mana ang dapat nama Bonet?

Bonet : Hmm..sebenaqnya senior aku kat sekolah dulu dok pakat bagi nama kat kami sempena aksesori kereta..

*Srrringg...flash back

Abang Senior Kaki Pukul : Bonet, ang pi kemas katil aku. Ang pulak pi amik nasi kat dewan makan, Stering. Absober..ang pulak basuh baju aku!! Awat ang tengok aku macam tuh?? Tak puas hati ke Spark Plug????

1 Sabar-lah Sabariah 1

Bersabarlah wahai motorsikal ku, meter minyak dah tunjuk E, mewakili enough. Sabarlah, bukan aku tak mahu isi minyak ko sekarang, tetapi esok pagi harga minyak dah turun 10 sen.. Saba ek~

2 Gig lagi : UOX Play

Minta perhatian ini adalah gig free!!

Salam sejahtera kepada semua umat manusia yang sedang seronok membelai hari minggu anda. Semalam bersamaan 13 December 2008, gua dan pakatan pengganas lain pergi melayan UOX Play, sebuah gig yang diadakan untuk mempromosi Celcom. Yeaa..konsepnya hampir sama dengan konsert Hotlink yang diadakan di UTP tak lama dahulu yang cukup kontroversi, tapi kali ini lebih hangat!!!

Band list sememangnya dipilih yang terbaik antara terbaik, beberapa band senior dan band-mula-tunjuk-taring. Bunkface, Stonebay (ofismate gua beb!), One Buck Shot, Tempered Metal. Bittersweet, Se7en, Laila's Lounge, White Shoes (Indo's Band), The Sigit (Indo's Band) dan Butterfingers. List yang berjaya membuatkan BB Plaza dipenuhi oleh ribuan (!!!) remaja berbaju hitam (warna rasmi rock). Dan kebanyakannya berusia belasan tahun, yang sekolah rendah pun ada jugak, risau aku kalau kena pijak dorang ni. Kecik-kecik dah ke tempat camni, patut cuti sekolah ni dorang ada satu event wajib je... Bersunat!! Baru true!!

Gua agak memilih dalam menonton band ini diakibatkan kaki gua yang masih belum pulih sepenuhnya, jadi time Bittersweet perform gua tak banggang untuk ke mosh pit untuk memberi peluang pengunjung lain untuk memijak kaki gua. Kebanyakan band gua layan dari belakang aje, melainkan band yang gua rasa gua patut ke depan (samada band itu memang lagend/budak-budak tak layan lagu dorang dan mosh pit jadi kosong).

*Geng kasut putih!!


Band sume menggile la, gua pun jadi gile sekejap usha awek yang sexy macam org gile. Malam tersebut gua betul-betul tertarik dengan band White Shoes & The Couple Corp, sebuah band dari tanah seberang yang menampilkan seorang vokalis wanita. Maaf, gua tak sem[at nak ambil tahu line up mereka, tapi yang pasti musik mereka mengasyikkan aku. Mereka adalah kumpulan indie yang memainkan lagu-lagu ala-ala kabaret dan cha-cha, memang berjoget sakanlah adik-adik semua. Yang bengap sikit, menari twist...ala dik, itu tarian lagu Rock n Roll.

One Buck Short, sebuah kumpulan 'sihat' yang tak pernah erti letih. Mooky yang gebu seperti biasa menggilakan crowd, sememangnya sekurang-krangnya sekali aku usha band ni perform. Memang menghiburkan, showmanship Izal (bassist) dan guitarist (maaf tak tahu nama) memang membuatkan semua crowd mahu terbang!! Punk rock yang chun!!

Tempered Metal!! Wu-huu...mengancam jiwa beb!! Aku ada dengar ada adik bersuara, "Ehh, ni metal ek?". Hmm.. jangan dengar Bittersweet aje. Gorengan gitaris TM bersama Flying V nya membuat ramai crowd ternganga dan hilang pertimbangan, salah seorangnya aku!! Grrr....


*Ini adalah pengedar majerin yang terkenal!!


Butterfingers tanpa Loque, semuanya lengkap berkod walaupun mereka sedar lighting n stage mampu memasak telur mata kerbau. Komposer dan produser, Grey Henderson mengambil posisi gitar utama mengantikan saudara Khairil (Loque). Time ni, gua tak boleh komen lebih sebab gua 'high' kejap. Gua tak berkata apa-apa dah, hanya berlompat dan menjerit. Yeaarrhh, permainan clean dan memang Queen, gua kate Queen bukan Nirvana. Tapi sayang seribu kali sayang Butter main 3 lagu aja, Bebas, Maharani dan Joget Global.

Closing banda adalah band dari Indonesia, The Sigit. Bunyi macam The Jet, memang vintage. Tapi apakah daya, bila mereka bermain terlampau banyak lagu, aku dah hilang arah. Aku ke belakang sambil merokok dan menonton gadis..yeaa..itu namanya rezeki!!

Aku kecewa bila crowd boo kepada band Seven ketika mereka perfoem. Yeaa, Seven adalah sebuah band funk, ada saksafon dan bunyi yang tak indie. Tapi apa salah mereka?? Itu musik mereka!! Kenapa crowd yang terdiri majoriti dari adki-adik ni tak reti nak hormat pilihan band tersebut? Nak semua main macam Bittersweet dan Meet Uncle Hussin?? Memang band-band tersebut catchy dan energetic, tapi genre-genre minoriti umpama funk dan acid jazz juga memainkan peranan pentin dalam mewarnai musik!! Lain kali kalau tak suka, jangan boo. Blah aja dari mosh pit!!

Balik dari UOX gua melepak dengan pasukan XTD pula. XTD adalah singkatan kepada extenders...hehehe. Banyak kami bualkan dari hal-hal rumah tangga hingga kepada hal-ehwal ekonomi dunia!! Balik rumah, gua buat post-mortem dengan Loque yang tersorok di Boston sana!! "Amacam?? Padu tak??" tanya Loque.

Paduu!!!!!

notakakiGig : terima kasih kepada Celcom sebab buat gig free, gua tetap pakai meksis!! Nie kire warm up untuk Rock The World 8..next week!! moh kite!!

1 Together

Together Forever we’ll make it last, The_love_omen_by_gilad
Together Forever we’ll forget the past.
Together Forever I will Pray,
Together Forever we’ll always stay.
Together Forever is what I say,

Together Forever to our last day,
Together Forever in our hearts,

Together Forever we’ll never part.

Together Forever I hope to be,

Together Forever..you and me.

0 Kapasitor.net


Kasi kelik jika berani!! Kalau lu anak perempuan iras-iras Maya Karin, jom datang sekali!!

notakakiEletronik : InsyaAllah, project band Orked & The Flowers akan perform. Gerenti bunge-bunge hati lu dengar band ni!!

2 Baju Kenangan-ku



Hari Raya Haji lepas gua bersama Zali Skin dan Zali Bajet ke Batang Berjuntai Kuala Selangor untuk menziarah kawan-kawan yang mendiami tanah tersorok di sana. Mereka adalah Sofie, Zuhana dan Bad. Kami serang rumah Sofie dulu, tak de call-call main redah je. Kakak-kakak die dah culture shock ingat kami datang nak meminang dorang, maka berlari-larilah mereka mencari selendang dan bancuh air manis untuk menghilangkan dahaga rombongan meminang. Masih ada hati walaupun anak masing-masing dah menjejakkan kaki di sekolah kebangsaan.

Sofie adalah rakan seasrama gua dulu ketika di Klang, abang dan kakak beliau memang rock cam haram iaitu Sam atau nama sebenar Shamsudin bin Teguh pernah bersama Kitanaichi dan Zizie Hashim, penulis ROTTW, komposer dan vocalist band MINE (bersama Jadam, Joe Slaugther dll). Sofie? Dia suka Ning Baizura.. Tak apa janji dia best.

Tengah seronok bersembang, hormon adrenalin masing-masing dah takat telinga. Sofie potong stim, "Achan, aku bukak kotak zaman sekolah aku. Sekali ada baju ko". Sudahh...baju mana pulak nie. Dan dihulurkan baju oren, baju Librarian.. Haa...gua dulu Head Librarian beb, Sofie assistant gua..hehe.

Gua usha baju gua...errkk... Gua bertekad!!! Gua tak akan pakai baju ni keluar rumah...arrgghh!!



*Pandangan depan, warna oren dan design tipikal untuk awal 2000. Amacam boleh masuk Magazine Vogue tak?




*Corak streotaip baju tempahan ala-ala asrama. World of Knowledge.. Time ni Mawi World pun tak kua Felda Andak Taib lagi. Ada daya penarik tak?

*Pandangan belakang yang menarik. Tulisan 'Librarian' tepat di belakang punggung. Design tak pakai Adobe Phoshop lagi. Pakai Microsoft Word 98 jek.


*Bar kod untuk mengesan pengawas perpustakaan yang lari dari tugas. Amcam?? Hebat tak sistem kami ketika itu? Haa.. tu belum Sistem-Jejak-Peminjam-Tak-Pulang-Buku lagi..

*Part paling mahal kat baju ni. Label 'Librarian' nie sebenarnya glow in the dark. Woo gile la, memang ni trend paling advance time nie. Baju korang ade glow in the dark tak?? Haa...kalo tak de jangan banyak cakap

notakakiBuku : Amcam brader-brader?? Baju glow in the dark kat punggung...ada berani pakai jalan-jalan g IRC time stady week tak?

0 Ulang Tahun Kapasitor ke-4



What is Kapasitor?

Kapasitor is derived from Malay word which means capacitor. Capacitor is an electrical device that can store energy in the electric field between a pair of closely spaced conductors (called 'plates'). Capacitors are used in electrical circuits as energy-storage devices.

What is Kapasitor.net?

A Community
Kapasitor.net helps writers share their literature pieces to the rest of the world through online publishing and allow readers to learn about different cultures through reading and understanding others’ culture. Refine writers’ work for improvements and better ideas based on market demands. Kapasitor.net also serves as a community for future writers to write materials based on current market demands. Comments and ratings given by the community (that would be you) help writers’ understand the current available market to produce marketable materials.

A Platform
Kapasitor.net serves as a platform whereby community help shape better writers using various channels, namely comments, reviews, rating and virtual fan base. This allows writers and fans communicate via shoutbox, comments and even messages which comes free with every registration. This fosters better and stronger relationship for readers and writers and even allows exchange of ideas.

A Talent Factory
Some people do not realize the talents that they have. Kapasitor.net gives the opportunity to everyone to just loose themselves and write regardless of color, race and location. Kapasitor.net helps to boost writers’ confidence by offering them a ready-made group of loyal visitors. From here, writers are able to gather their own fans and thus, from there, will help them to boost their confidence level and produce articles with higher quality.

A Future
Upgrade and improve kapasitor.net based on visitors’ feedback to enable more desirable environment to navigate in. Kapasitor.net believes in serving what most needed by visitors rather than what we desire most. Help talented people come out from hiding and release their talents in other fields like comic, videos and sports.

A Service
To see how we serve the community, here are the remarkable additional services we offer: Prasasti, XR Kapasitor, Widget etc


Source : http://www.kapasitor.net/about/

----------


Kapasitor akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-4 pada 31 Januari 2009. Sempena dengan ulang tahun ini, kami dengan perasaan kesyukuran kepada Allah dan rasa rendah diri ingin mengajak anda semua menyertai majlis ulang tahun ke-4 ini.

Berikut adalah perincian kepada majlis tersebut:

Program: Apresiasi Seni dan Maya
Tarikh: 31 Januari 2009 (Sabtu)
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10:00 pagi – 6:00 petang
Pakaian: Santai/Kasual

Semua dijemput hadir!!!

Sila Rujuk : http://www.kapasitor.net/klik/

-------------

Jika anda berminat untuk menyewa booth untuk penjualan foto, t-shirt, buku-buku atau apa-apa sahaja. Sila hubungi Achan di harritullistiwa@yahoo.com

2 Lagend....dary

Ketika dunia tengah dok kecoh pasal Y2k, orang kaya sana-sini sibuk keluarkan duit dari bank sebab takut akaun bank akan reset balik apabila tarikh 01.01.00. Musnahlah segala kekayaan dikumpul, nak beli kereta yang memerlukan AP dan bungalow di tebing bukit. walaupun sudah terbukti diharamkan berkali-kali sejak kejadian Highland Tower pada 1993, babi pun tak diharamkan berkali-kali beb.



Pada alaf bari itu jugaklah gua mula berjinak-jinak dalam bidang Brass Band dan orkestra, dan hari ni gua post lagu yang merupakan antara lagu awal gua belajar untuk main drum. Lagu dari filem Penarek Becha, nyanyian Tan Sri Dr Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai Seniman P. Ramlee.



Time gua main lagu ni, gua lower form lagi. Memang 'berat' la ketika itu, main tanpa penghayatan. Tak tahu langsung keindahan lagu ni. Kini selepas hampir 9 tahun, gua post lagu ni untuk sama-sama kita menghayati keindahan lagu ni.

notakakiPenarekBasikalRacing : Apahal ayat gua dah macam menulis ruangan Rencana dalam akhbar Utusan Malaysia kelolaan Mohd Fahmi Abdul Khir. Mungkin Zali sebagai pemain sax ketika bersama gua dlu boleh bg pendapat, lagu ni banyak solo sax.

0 Lagu Raya



Korang pernah dengar Nadamurni? Nadamurni ni dianggotai oleh Nazrey Johari (ex-Raihan), Munif Ahmad (Hijjaz) dan beberapa munsyid lagi. Zaman gua lepak ngan Al-Arqam dulu, memang lagu Nadamurni ni antara selalu berkumandang kat corong speaker markas dulu.

Kasi layan lagu ni, rock-rock jugak beb. Hehe

0 Mix Up Gig!! - Gig Versi Raya Haji

Selamat Pagi Rakan-rakan,

Semalam gua dah nak pulang ke Taiping untuk menyambut Aidiladha yang penuh bermakna bersama sanak-saudara. Tapi disebabkan masalah teknikal, aku terpaksa kensel pulang ke kampung dan pergi ke Paul's Place di Jalan Klang Lma adan menonton gig. Encik Bono menghasut gua dari tak buat apa kat rumah, baik kami pergi ke gig. Support Influx main...



Dan gua dapat rasai bahawasanya, gua dah agak berusia ke gig. Bono apentah lagi tue 4 tahun dari gua, dah macam bawak bapak ke gig. Sumpah gig ni ramai ngan budak sekolah, aku tensen beb!! Ketandusan awek lg...arrgghhh

Namun gua respek habis la kat Influx, main pernuh bergaya, macho dan sehat. Uhh ya, Influx feat Izhan (ex-bassist Band Jamen). Walaupun Ikram ada wat mistake time solo...tet..tet..tet..hehehe. But well done bros, bunyi unik ala-ala The Times mix dengan Laila's Lounge. Ada nilai-nilai komersial, tak lama lagi bule masuk carta mingguan di radio swasta la.

Gua tertarik jugak dengan band Whisker Biscuit, sebab dorang main lagu-lagu grunge. Permainan yang grung macam lahabau, sememangnya gua tak payah komen. Pakai gitar Strat disusuli dengan efek kaki DS-1, memang %&^*). Lagu cover Nirvana, Lithium bergaya membuatkan gua rasa kat Seatle, selamat mamat tuh tak puykul Mika (Incek organizer) je. Kalo die pukul mika, memanhg dialah Kurt Cobain versi jawa.

Fatally Oi!, sebuah band oi dari Shah Alam yang memainkan music harcore + oi?? Erk, pelik kot bagi gua.. hehe.. Tapi layan gak r, vocalist yang memang peramah dan pandai mengambil hati penonton..hahaha. Lead guitar dorang, memang jambu ala-ala hero citer korea siap baju pink lagi. Pasti hati Pidus Influx ada tersangkut sikit..hehe. Fatally Oi! main 3 lagu sendiri dan 1 lagu cover ACAB, We are born tobe Skin!!

Totally, band main ok je la. Except influx yang memang ada levelnya tersendiri. Bukan sapot member, tapi ni kenyataan.

Occaayy (Borrow skill Bro Ben), gua nak pergi menebas pohon buluh bikin lemang. Ye la esok raya kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha..

0 Lagu Raya Haji Tahun Ini



Raya Aidiladha dah dekat, amcam pemilihan lagu raya gua kali ni? Kacip sama baju raya gua warna merah hati tak?

2 Hidup ini hanya sementara.

Ringo Starr (The Beatles's Drummer)


Muda-mudi




Dah tua macam nak reput



Achan Sinclair


Gila-gila Remaja



Tua dan Hot..


Mungkin??

Sama-samalah kita berdoa, insyaAllah.

4 Lost dan Faun : Filem Hiperbola dan Sarkastik


Los dan Faun, agensi spy cari barang yang terkemuka pada tahun 2008. Bakat terpendam kedua-dua orang anak Melaka ini terserlah ketika mereka berjaya mengesan wallet milik bekas Manager mereka di Kedai Pakaian Dalam Wanita.

"Tahun ini jangan takut kalau hilang barang" - www.losdanfaun.com

"Hilang akal pun diorang boleh cari" - www.losdanfaun.com

"Hilang pertimbangan je diorang tak boleh cari" - www.losdanfaun.com


Terus terang aku katakan, memang mengigil-gigil aku gelak dalam panggung time usha citer ni. Benda yang keluar dari kepala gua lepas usha citer ni adalah ini lawak hiperbola dan sarkistik terbaik yang pernah gua tahu dalam bahasa Melayu.

Hiperbola yang tentang kekayaan Jasmin, isteri kepada jutawan Sofar Al-Sogud pergi pasar. Rumah pasangan ini dah serupa dengan Disneyland meriahnya, cuma ianya terletak di Sg. Penchala. Tu je lain.

Faun (Adlin) : Mana cik Jasmin?

Pak Gad : Beli barang dapur.

Faun : Ooo...supermarket?

Pak Gad : Tak.. Cameron Highland. Ehh..tu dia dah balik. (Menunding jari ke sebijik helikopter)

Faun : .....

Pak Gad : Lesen kereta dia dah expired.

---------


*Ini bukan Amran, ini adalah mapley di NZ yang menyokong penuh LnF.

Watak Amran, penyiasat insurans pula dibawa dengan jayanya oleh Khir Rahman. Watak yang cukup sarkastik dalam kehidupan seorang melayu. Suka pergi karoeke dan menyanyikan lagu Hattan dan Scoin (Sila klik sini). Teknik percakapan yang menyerupai seorang personaliti yang menjadi ikutan. Memang hebat.

Tu belum campur kisah bapak Faun yang amat minat cerita kobi, biasalah ni kan hobi pak cik2 zaman dolu-dolu. Tapi malang tak berbau. Dia terpinjam CD Brokeback Mountain (klik ini), dari peminat John Wayne, beliau dihantui watak koboi gay lakonan Heath Ledger. Hilang mood terus nak usha koboi.

Dan gua nak highlight kan. Ini adalah cerita MELAYU PERTAMA YANG ADA ADEGAN GAYUT KAT HELIKOPTER. Los dan Faun, padat dengan hal persahabatan, kehidupan, impian, cinta, mak bapak, aksi dan kebengapan. Maka gua sarankan, WAJIB USHA - Bintang 4.9/5

notakakiHilangBarang : Gua dah HILANG sabar tahan gelak cerita ni.. demmit!! Kepale hotak lah lu Afdlin, buat cerita macam nie.

0 Walimatulurus


Salam Sejahtera Rakan-rakan Sekalian

Gua dengan ini melancarkan Kempen Moh Gi ROck The WOrld Ramei-ramei. Ini adalah acara tahunan WAJIB!!! Gua dan rakan-rakan dari seluruh daerah Klang berjanji setia sesama sendiri akan menghadiri Rock The World dari tahun 2003 hingga ke ko dapat anak sulung, baru buleh stop. Itu janji setia kami...

Bunkface pun turut perform..hehe..junior kami. Kami menonton dari bawah aje..Segan demm..

Line-up wajib : Achan, Eimir dan Asif.

Line-up tambahan : Student-student dari UTP, Uniten dan MMU.

*Peluang terbuka untuk menjadi line up tambahan, sila sound aku untuk keterangan lanjut.

notaKakiBatuilahDuniaAnda : Setiap tahun aku dapat baju RTW. Dan mak gua yang pakai t-shirt tuh..sebab ada masalah saiz..

2 Ok lah dari tak de kan?

What's your IQ?
Free-IQTest.net - What's your IQ?

Kurang-kurang gua bersyukur, IQ gua atas 100...NymQ Si Bakat - 152, Jali Si Jimat - 131. Mereka memang sah-sah si genius masing-masing dari Sekolah Tunku Abd Rahman dan Malay College Kuala Kangsar. Gua?? SMB je...sekolah menengah biasa...sekian