2 Cara Lain Untuk Mati - Jack Puteh dan Alicia Kekunci



Lu mungkin kenal sama Jack White, gua rasa mamat ni memang talented dengan hasil-hasil karya yang unik dan tak pernah mengecewakan. Kalau dulu beliau femes bersama Meg White dalam band White Stripes, kini beliau menempa nama sebagai composer dan penyanyi bersama Alicia Keys untuk OST Quantum of Solace.

Alicia Keys, gua menamakan beliau sebagai Wanita Paling Hot untuk tahun 2004. Time tuh gua baru dapat offer ke UTP. Duit pun tak banyak, tapi gua dapat juga membeli album Alicia Keys iaitu The Diary. Dan gua menamakan album tersebut antara album terbaik gua pernah beli. Suara yang husky dan penuh lemak gemalai..hhh indahnya.Tapi gua tak berkenan dengan peha dia, besar gile beb. Macam Roberto Carlos pun ada.

notakaki007 : Amacam beb? Dah usha James Bond? Gua? Gua usha time prime show beb..hehe

0 Kenanganku Part 1.

Gua buhsan menetap di rumah secara statik, gua perlukan anjakan paradigma untuk menjadi seorang pemimpin yang aktif. Bila seorang pemimpin tuh aktif dan sehat, dia mampu turun ke padang melawat penempatan-penempatan dalam jajahan. Haaa...baru penggal lagi sekali boleh menang lagi.

Maka untuk mengelakkan kebuhsanan menguasai diri gua, gua mengambil inisiatif untuk ke Klang di mana scene gua bermula. Gua mulai dengan ke rumah Faiz bin Samian aka Mian (bersempena nama abah die), memikirkan karang orang Kg Delek Kanan dok mengata kami songsang melepak berdua-duaan, gua memanggil seorang rakan dari bekas scene Al-Arqam dan masuk ke scene gua iaitu Dzil.

Gua lepak-lepak dekat beranda rumah Mian sambil merenung masa-masa silam. Dah habis semua kisah kami ungkit, dari panjat pagar surau sampai ke kejadian awek-awek menyentap uniform sekolah gua selepas gua memenangi pertandingan Mr. Star. Sebuah rancangan realiti yang mempertandingkan keunikan dan kemaskulinan seorang lelaki.

Untuk memenuhi kenangan nostalgia-nostalgia lama, kami gerak kenderaan masing-masing ke port lama di Ah Seng, atas Plaza MPK (Maidin Klang). Sinilah port 'remaja nakal' daerah Klang, kesemua pelajar nakal dari sekolah sekitar Klang berlepak disini. Tak kira kau dari STAR, La Salle, ACS, High School Klang, Raja Mahadi ataupun KISAS. Ah Senglah port wajib. Gua selalu lepak kat AH Seng time balik jamming kat Jalan Meru, Studio Concorde.


* Amacam dengan pandangan depan Ah Seng?? Belum pandangan sisi lagi beb.


Kat Ah Seng berderu-deru budak sekolah hisap rokok. Kalau pihak berkuasa datang menyerang memang aku berani jamin ada yang nak cover sampai telan putung rokok. Specialize Incik Ah Seng adalah Maggi goreng dan Air Selangor, iaitu gabungan air tembikai dan air nenas. Syok woo... Maka sepermegian gua he Ah Seng, gua order balik gabungan menu keramat Maggi dan Air Selangor (pronounce Selangor macam orang putih).


*Sape kate makan maggi benak? Maggi cuma kasi slow processor lu sket je beb


*Ini Air Selangor = Tembikai + Nenas + Ais Sagat..memang pilihan band Grunge sekitar Klang.

Habis-habis menyantap hidangan, masing-masing tersenyum kekenyangan. Hehe.. dah lama kita tak wat perangai. Panggil Ah Seng kira then sorok cawan untuk reduce cost. Difikir-fikir balik, masing-masing dah bekerjaya, siap ada yang dah berkahwin. Karang jadi darah daging beb.. Maka kami panggil Ah Seng dan bayar secara baik dan bersih. Yang syok tuh, Ah Seng (rambut dah putih) still kenal aku beb. Hahaha...belum tentu cikge kelas gua kenal gua beb. Ni kan Ah Seng, DO you can imagine how long I spent my time at Ah Seng??

notakakiAhSeng : Selamat Pengantin Baru kepada ex-classmate, Mohd Zul Fahmi aka Baguk (skang dah jd CEO Jati Kraf) yang melangsungkan majlis persandingan last week di JB, sorry gua tak leh drive jauh. Dan Selamat Pengantin Baru kepada Anwar (Gay), esok lu kahwin beb?? memang lu tak gay..haha

5 Hanya Maya Karin Dibenarkan Untuk Menumpang.

Kalaulah... Gua bangun pagi, gosok gigi, pakai baju keluar rumah nak pergi kerja. Sebelum gua melangkah kaki keluar pintu, gua capai gugusan kunci kereta gua. Gua kasi tekan sama butang getah kaler hijau..

Beep Beep (Unlock dua kali bunyi, lock sekali je)



Lampu signal kete menyala, bukan lampu signal kereta Perodua MyVi hitam. Tetapi sebijik BMW X5.. Pasti berdebar hati gua, sambil bermonolog dalaman. Siapa convert cover set kereta gua?? Gua masuk kereta, start enjin. Kasi tarik gear reverse, kemudian pandu ke ofis laju-laju (takut owner die perasan) tanpa rasa syakwasangka...waaa...syok2... Ada sapa-sapa volunteer nak convert kereta gua??

7 Sexyness of me~

Gua kene tag, sama illy. Gua tau gua sexy, maka gua jawap survey sexy ni.
  • Snap or just shift through the photo gallery and pick 3 pics of yours which u think are sexy.
  • Don't have to be revealing (though some said SEXY IS SKIN),
  • Explain why u think so,
  • Tag 3 friends (who you think is sexy)



Apa lagi lu rasa? Ni tak cukup sexy ke? What do you espect with sexiness? It skin right? So inilah gambar yang menunjukkan pendedahan kulit gua pada tahap tertinggi? Sexy bukan? Manusia tanpa rerambut dikepala..



Lu usha sama tahap kelentokkan badan gua, memang bergaya. Sebagai selebriti, gua memang kene pandai pose. Ada yang kata gua photogenic, ada yang menyamakan gua dengan Awal Ashaari dan iras-iras dengan model Fahrin, ex-balak Linda Onn. Gua pun tak berapa nak konfem. Ni gambar time last paper SPM, amacam?? Ada gaya pelajar gemilang, sekolah terbilang tak??hehehe



Gua tak suka dedah peha, ataupun bahagian-bahagian badan gua yg lain. Tapi ini gua kasi chance la...weh cik adik, lap air liur meleleh kat bibir tuh.



Gua kasi tag sama NymQ, Bajet dengan... Adek.. ini untuk menunjukkan gua bukan seorang yang diskriminasi untuk lelaki sahaja.

3 Amacam brader?? Ada rasa nak pukul orang tak??


* Amacam brader?? Ada rasa nak pukul orang tak??

Gua main-main surfing. Gua terjumpa gambar lama, gila babi lama. Time tuh gua fit lagi. Setakat lari round padang 8-9 kali tuh tak jadi masalah bagi gua. Senafas jek gua boleh habiskan semuanya. Kini?? ianya bukan membawa masalah, tetapi boleh membawa kemudaratan.

Gambar ni, gambar ex-dormmate..dorm ek? Ala bilik yabg jadi tempat tidur merangkap tempat kene wrestling. Dorm la kan kita panggil? Haaa..dari kiri peniduri katil no. 1. Izzudin Syahmi (sekarang gua tak tau jadi apa dah), kemudian yang pegang album Scorpion tuh namanya Buchen Pemegang Kunci loker no 2, muke berbunge jek (lu usha rambut belah tengah die, air pun boleh mengalir macam longkang kat lorong rambut tuh, tapi time tu memang trend paling terkini la rambut belah tengah), pemegang kunci loker no 4, Khairul Anwar Zarkasi (sekarang dah warak beb) dan pemegang kunci loker no 5, Ajan (anak dah berapa, gua tak konfem)...

Pemegang amanah kunci loker no. 3, adalah gua. Gua tak de dalam gambar..hehehe.

Amacam budak Dorm Tun Mamat? Tuh baru yang picisan dengan spek itam, lu tak usha lagi gambar gua dengan baju Ramlah Ram...haaa

Inilah kisah melampau, pelajar terlampau yang bakal menjadi puak pelampau.

3 Harapan Gua Kepada Pengarah CSI Miami

*Perrghh...sikit punya macho Horatio. Selamat ukur lilit badan gua tak lepas kalo nak jadi polis..haha



Lu usha CSI Miami kat AXN?? Lu usha episod minggu ni?? Left. Horatio kene tembak beb kat airport. Nampak gaya ada peluang nak mati. Spek Ray Ban die pun dah berlubang, ape sikit punya membazir la Tuan Pengarah. Dia tak tau ke membazir tuh amalan syaithoon..ishh

Tapikan, gua rasa H tak mati. Ye la, mengikut Syarat Wajib utk citer Amareka, syarat no 1. Hero tak boleh mati!! Gila lu kalau H mati, mau mengamok satu Miami. Ye r, sapa lagi nak menegakkan keamanan di Miami. Kalau ada mayat-mayat akibat homosid, sapa nak siasat?? H lah CSI yang paling terer kat seantero Miami.

Hero mati tuh memang mustahil. Lu usha citer Die Hard. Perrghhh, gila babi liat nyawa dia. Kalau org-org yang bela hantu raya nak mati pun tak da seliat nyawa hero Die Hard. Kene langgar dengan jet pejuang F-16 pun bule idup lagi John tuh..terer tak terer die. Gua tau sesuatu yang hidup dan bernyawa itu pasti akan mati. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk Horatio mati...tunggu gua dah unsubscribe Astro..

notakakiCSI : Kalau ada rezeki tuh, adalah kan..hmm

2 Kepada Yang Bermasam Durja Di Luar Sana


Muke masam sampai kertas litmus pun bertukar warna menjadi merah, bahaya!! Sila kembalikan kepada situasi neutral, kerana menghadapi masalah tanpa stress itu lebih rasional.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

2 Kehilangan

Assalamualaikum..

Semalam gua menerima berita dari UTP, bahawa junior silat gua kat UTP, Imaduddin telah pulang ke rahmatullah petang semalam akibat serangan jantung. Allahyarham seorang pelajar tahun asas. Walaupun gua tak sempat nak mengajar beliau, tapi kehilangan beliau tetap dirasai.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan tergolong dalam golongan soleh..insyaAllah

al-Fatihah.

8 Wallpaper percuma!!


*Atas permintaan ramai, gua bagi wallpaper percuma. Sila gunakan sebaik mungkin.
Terima kasih

2 Suratku Untukmu

Kepada Yang Berkenaan,

Lu selalu kene buli? Setiap kali keluar rumah, muka lu pasti dihinggapi tapak kasut cap Pallas Jazz? Setiap kali lu check mail box, pasti ada 4-5 mesej ugutan nak bakar lu, nak kerat lu 18 dan nak hapuskan 7 keturunan lu. Setiap tindakakn lu menjadi kebencian umum? Dan lu tak mampu lakukan apa-apa?


Ataupun lu memang buhsan duduk rumah tiap-tiap malam hari Selasa dan Jumaat?

Sila rujuk flyers dibawah, calling lah mana-mana number utk keterangan lanjut. Nama gua mana? hehehe..pandai-pandai lu lah.

*Klik kasi perluaskan permukaan gambar.

Sekian Terima Kasih.

4 Laguku Untukmu



Song for this everning, Untukmu by Onani. Nyanyian asal oleh kumpulan Feminin, kire lebey kurang Spice Girl Malaya la. Berbunga-bunga jek aku usha Feminin nyanyi lagu ni dulu-dulu, sekarang? Apa lu rasa dengar lagu ni dinyanyikan kembali oleh Onani? Nak pukul mereka? Rasai lagu ni versi grindcore.. Usah terlari akidah sudah..

Wassalam

4 Dua-dua sama Saja

Cerita ni time gua sekolah menengah kebangsaan kat Klang, time tuh gua kanak-kanak lagi. Inesen gile nak mampus, gua ingat lagi senior bernama Apai kencing kami. Masturbasi bermakna belajar, maka dia tanya satu dewan makan time prep.

"Korang masturbasi tak?" tanya Apai penuh ketegasan, sambil buat muka malam-ni-pukul-budak.

"Aah, kami sedang bermasturbasi beramai-ramai," balas budak-budak batch gua.

Perghh..lu bayangkan. Bertapa naifnya gua dan rakan-rakan, bermasturbasi beramai-ramai?
Chilake lu Apai!!

Ok..tuh kisah lain. Gua dah melalut ni.

Time tuh Penguasa gua nama dia En. Kasmuni Selamat, dia orang Jawa (90% budak sekolah aku orang Jawa dan bahasa pengatar dalam office asrama Bahasa Jawa, Jiwa Bangsa). Kami pakat panggil dia Cikgu Kasmuni.

Cikgu Kasmuni seorang yang tegas gile ganas tahap dewa. Kalo lu usha kasut kulit die, perrghh. Berbunga-bunga hati lu usha. Kilat dia sampai lu boleh cermin jerawat remaja yang baru meningkat tumbuh dimuka lu. Dia ganas beb, dulu gua ingat dia tangkap senior gua smoking. Dia suruh brader tuh masuk bilik dia, dia kasi sinsing lengan baju kemeja dia. Tutup pintu...

Pow..pow..pow..

Kedengaran bunyi loker dihentak, file beterbangan. Dan manusia mengelupur..

Brader tuh keluar bilik, menitis air mata jantan dia. Kami junior-junior jangan cari pasal nak usha dia, silap-silap malam ni kami yang menitis air mata darah..tak sanggup.

Dia kejut subuh?? Dia ada senjata, pistol air hasil rampasan. Gua tak tau sapa pemilik asal pistol air tuh.

Modus operandi.

1) Serang 2 dorm menggunakan pistol air. Tembak di lubang hidung, perrghh.. lu bayangkan tengah mimpi Jeslina Hashim time tuh boleh lemas pulak.

2) Setiap 2 dorm, dia perlu top up air. Kemudian ulang langkah 1 hingga tawaf satu asrama.

Lagi satu senjata rahsia dia pakai rotan, lu tidur pakai pelikat kan?? Gua tak sanggup nak cerita..

Itulah Cikgu Kasmuni, sekarang ni dia Pengarah Institut Kemahiran Belia Yayasan Selangor di Kuala Selangor.

notakakikasutKasmuni : Ganas...ganas dia pun. Dia keluar sebab terlampau banyak kali masuk hospital. Tekanan darah tinggi kronik katanya...nakal sangat ke kami?? hehe

4 Selamat Pengantin Baru to Sinclair from Sinclair




Gua dengan rasa penuh kegembiraan (walaupun terdetik sedikit kesedihan, akibat Bunga diambil orang), gua mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) yang melangsungkan majlis perkahwinan macam Paris Hilton punya kaya, siap pakai jet peribadi lagi. Abah die..

Mungkin korang tak tau kisah sebalik perkahwinan mereka, pada awalnya BCL ingin mencari seorang jejaka yang dikatakan sebagai Lelaki-Berwajah-Pan-Asian-Paling-Tampan-dan-Segak, yang bernama Achan Sinclair. Tapi akibat communication hazard, dia terjumpa dengan clone Achan Sinclair, iaitu Ashraf Sinclair.

Ya nama kami hampir sama, tapi kualiti kami jauh berbeza. Kamu dapat spot kan yang mana lebih kachak? Tak perlu tulis dikomen, simpan terus dalam lubuk hati kamu. Semoga bahagia ke anak cucu..huhh

notakakiSinclair : Now playing in my winamp. Pelamin Anganku Musnah by Azie.

4 KAMI : Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada



Semenjak beberapa ketika ini, gua rasa penangan drama bersiri 'Kami' di 8TV telah membawa impak yang besar terhadap dunia muzik yang tak masuk URTV (gua tak tau nak bagi scene apa, underground? 10 tahun dulu mungkin.. Indie?? erk). Drama yang mengisahkan watak Ali, Abu dan beberapa gadis comel yang bersahabat baik. Hobi dorang pergi gig, gig bitter sweet, Meet Uncle Hussin dan gig-gig lain. Pelakon memang haram gua tak kenal, gua kenal DJ Nas-T jek sebagai Abu. Pelakon sume nak muke jambu aje, jerawat pun tak de.. perrghh



Gua respek kat pencipta cerita ni yang cuba menetengahkan kisah remaja yang kaya raya, muka jambu, hidup setia berkawan bersama, saling meminati muzik indie dan gemar mambaca zine kertas (zine terakhir aku baca time 2002). Gua tak tau kenapa dorang tak baca internet ntah, mungkin mak mereka tak membenarkan mereka memperabis duit di cyber cafe. Drama ini juga menonjolkan lagu-lagu-yang-tak-akan-masuk-Carta-Era sebagai lagu latar umpama lagu Hujan (lagu paling wajib) , Bittersweet dan Seven Collar T-Shirt. Raya lepas Kami The Movie dilancarkan di pawagam berdekatan, maaf gua tak sempat nak usha movie die, drama die gua follow gak la sket-sket.

Angkara Kami ini, maka wujud secara mendadak remaja-remaja lelaki pakai t-shirt jenama tukang print nasional umapama Pop Malaya ataupun yang bertulis nama band kegemaran, rambut kasi perm dan pakai spek tebal walaupun mata mereka tak rabun sebab kuat makan carrot, manakala remaja perempuan pulak pakai skinny jeans, rambut layer dan memakai tali pinggang yang kaler selain hitam.

Dari segi musik pula, sememangnya band-band dalam negeri umpama Hujan, Meet Uncle Hussin dan Bittersweet. Band luar negara pula lebih kepada Mathew Dear, Calvin Harris (hehe) dan Arcade Fire. Dan pastinya kesemua band-band yang telah di'list'kan dalam website PitchFork. Nirvana?? Brader ni anak dah berapa?? demm yuh. Yang pastinya ianya di download bukan dibeli di kedai-kedai CD berdekatan.

Kehidupan sosial pula lebih mencari gig-gig percuma di sekitar Lembah Klang, gig mingguan Khamis malam Jumaat di Laudry Bar, The Curve pasti menjadi pilihan. Rock-rock jugak, clubbing-clubbing jugak, The Loft KL menjadi port meriah di hujung minggu.

Dan beginilah impaknya drama bersiri Kami kepada masyarakat. Sampai adik perempuan aku yang sekolah kat Sek Men Tinggi Agama Kuala Kubu Bharu pun hafal lagu Bittersweet..perghh kuat punya impak.

notakakimusik : Diceritakan, ketika GIG FREE 'Kami' di Bukit Jalil. Time Butter perform. Ada budak jerit kat belakang memanggil Loque, dengan sebutan 'Lo-qiu'..errkk

5 Aku Mengigil Tahan Gelak




Semalam gua bukak youtube, cari lagu Scan. Gua cari sebab gua nak usha Loco (drummer Butter) zaman muda remaja macam mana? Loco dulu drummer Scan. Scan ni adik-berading Spoon, Spring, Sting dan Scoin (5 S).

Gua memilih lagu Kau Dipaksa, Aku Terpaksa. Ok, lagu ni jiwang dan erkk..bukan taste aku. Tapi aku masih boleh dengar lagi. Sedang leka aku dengar lagu ni, aku usha clip die. Mamat badan cam Malek Noor pakai baju saiz Noraniza Idris. Ketat gile..gua dah tak tahan gelak. Diingatkan, gua kat opis ni..Tahan.. Sekali gua baca komen. Gua tahan gelak sampai gigil, muka merah dan buah pinggang sakit. So, korang kena play lagu ni, baru boloeh baca komen kat bawah..baru feel die sama.

lagu nie memang mengingatkan daku kat exgirl aku...aku banyak menyakiti hati dia,skrng dia dah xdapat terima aku kembali...hati dia dh dimiliki..tp aku keciankan kat mase depan dia..dia dah terlanjur ngan aku sebelum clash.

Achan Sinclair : Kepale hotak lu ingat sama ex lu, lu lenjan anak dara orang lu blah. Hati dia dimiliki, lu dah bantai die pun lu tak puas hati lagi?? g taubat beb.

----------

balkishak (2 months ago) Show Hide

eh nma aq pun balqis gak,,huhhuhu
cinta aq pun terhalang,,,mak aq xske bf aq...
merana woooooooooo

DuShane3120 (1 month ago) Show Hide

aku tahu nama bf kau ishak

balkishak (1 month ago) Show Hide

ske ati jew,,,
2 nma bapak woooo

Achan Sinlair : DuShane..lu memang sengal..
-----------------

jazzhelyon (2 months ago) Show Hide

lagu ini mengisahkan tentang aku dan seseorang gadis yang bernama balqis,percintaan kami terhalang oleh kedua ibu bapanya,telah banyak kuharungi segala dugaan yang diberikan sungguh tak ku sangka segala janji manisnya palsu,ku harap pengalaman yang ku alami ini menjdi suatu pengajara dan andainya aku bisa memutarkan waktu pasti aku akan bercinta lagi tapi bukannya dirimu yang penuh dengan kepalsuaan,,

Achan Sinclair : Lu tak nak jual kisah lu kat Yusuf Haslam ke? Untuk buat kesinambungan Sembilu Kasih..

-----------------

lueeyah (4 months ago) Show Hide

deritanya hidup dibenci keluarga mertua
dah berpisah pun lagi bertambah bencinya
manusia kan....tak sempurna akalnya
maafkan mama


wanrws (3 months ago) Show Hide

yela tu mmg sadis cita ko ni

Achan Sinclair : Mamat ni dah komen kan untu aku..trimas.

-----------

Neurohypophysis (7 months ago) Show Hide

lagu ni terkenang aku ngn rumah lama. jiran sebelah suka karaoke.

Achan Sinclair : Lu memang jiran yang prihatin dan setia..

------------

diarnza (1 year ago) Show Hide

best tu lgu nie...
lgu nie de sorg mmber tu slalu nyanyi kat aku..
mse tu tgh2 nk dok ngusha n psyko aku..suara mamat tu leh thn ar..tp aku juz want 2 still b fren with him n kiteorg kwn smpi ar skang...hope our frenship 4 ever...=D

Achan Sinclair : Mamat tuh ada bebarap album dah skang?? Lu tak tau, dia tengah susn strategi jek..lu tunggu, lu usha die. Percaya la dengan gua beb.

------------

seram5 (1 year ago) Show Hide

huhuhuhu...teringat memula kawin..korgaku x suka somiku...then masa karaoke somiku nyanyi lagu nih...huhuhuhu....

Achan Sinclair : Baik lu jaga laki lu, asik kua karaoke jek, nanti die dedicate lagu ni kat minah lain plak.

-----------

YgonJ (2 years ago) Show Hide

aku pernah dapat gitaris dia nyer autograph,,hihi


Achan Sinclair : Nape lu tak mintak biografi die terus??


Gua bukan nak memerli mana-mana genre, gua ok jek. Tapi.. tukang-tukang komen tolonglah bersifat waras...

notakakilaguganas : Ni baru satu lagu, Scan ada 2 album. Cikai-cikai ada 20 lagu...perrghh manusia



5 Karier Gua Dalam Bermain Drum

Dulu gua belajar tak pandai mana kat sekolah rendah, kalau peperiksaan nombor paling tinggi gua boleh pergi pun kena bermula dengan nombor '1' kat depan. Diingatkan kedudukan gua dalam kelas pasti 2 digit. Tapi gua ada anugerah kurniaan Ilahi, gua terer dalam permainan tradisional. Kalau time rehat gua ke padang bawak gasing, murid-murid lain dah kecut perut, gasing yang ditatang bagai minyak yang penuh pasti wujud kesan parut yang menyentuh jiwa lepas rehat karang. Main guli?? Perrghhh, datang bertempur berbekalkan segenggam guli, habis rehat je kuantiti guli tersebut meningkat 2-3 kali ganda. Kalau dapat guli yang berkilat-kilat kaler die usha tepi merah, usha atas biru, usha depan ijau...uih..bangga beb. Koleksi guli gua, gua bawak balik kasi adik perempuan gua main congkak.

Lepas tu time form 1 gua dapat melanjutkan pelajaran ke asrama pusat milik Yayasan Selangor. Gua usha scene permainan tradisional tak rancak di sana, dan gua memilih untuk melibatkan dalam musik. Gua sertai Pancaragam Yayasan Selangor.

Gua terpilih jadi drummer, lu tau tak?? Sapa yang dapat jadi drummer tuh, bangga nak mampos. Usha kasut time kawat j lu boleh beza drummer dengan player instrument lain. Kilat die lain macam.. Bulan pertama gua belajar pegang stick drum, pegang die bukan ikut suka. Lu pernah usha drummer The Beatles, Ringgo Star pegang stick macam mana? Macam tuh la gua kene pegang. Gua dapat main Tenor drum, ala yang pusing2 stik tuh. Tapi pada Form 1 tuh kira tahun asas kami la, semua orang wajib belajar main snare drum.

Bulan kedua gua belajar rolling, ini lagi satu cerita pedih. Rolling ni bila lu ketuk drum die ada delay sikit, die bukan buat-buat, dia datang sendiri. Satu bulan tuh belajar rolling aja. Dari pagi sampai petang dok rolling atas simen. Drum?? Haram jadah tak boleh pegang lagi. Pegang pun time senior suruh kemas bawak masuk bilik instrument.

Bulan ketiga, ini gua dah separuh gila. Sebulan belajar rolling atas duit syiling 50 sen. Lu bayangkan kejam tak kejam senior gua, rolling atas syiling tuh. Kira kalau main drum nanti sharp je kedudukan stick tu, tak bersepah la. Drummer kalau kene denda memang macam haram, lu tau bass drum untuk set drum tuh? Kami kena lari bawak benda tu dijunjung atas kepala pusing court tennis. Dah la dalam bass drum tuh ada bantal, cilake sape tidur dalam bass drum entah. Tahun demi tahun berlalu, antara gua dan Pancaragam Yayasan Selangor.

Kini, gua tak terer jugak main drum macam Dave Grohl, John Dolmayan (System of a Down) jauh sekali apa entah lari Lars Urich, persaaman gua dengan dia hanyalah bila kami ketuk drum keluar bunyi. tuh jek.

Ape kes senior-seniorita sumer?? Salah didikan kot~

3 Song of the day : Queen - I Was Born to Love Youu







Dua versi dari lagu Aku Dilahirkan Untuk Mencintaimu dendangan Permaisuri. Versi atas adalah versi original dan versi bawah adalah selepas kematian Freedie, dan didendangkan semula oleh Brian May (guitaris) dan Roger Taylor (drummer). Bule tahan jugak suara deme..

notakakipermaisuri - Ramai orang berpendapat bandmate lain selain vocalist mempunyai vocal yg dipercayai kurang umph..namun sebenarnya itu mitos semata-mata. Apa kata anda? Nazir - guitar, Bro Ben - guitaris & Jali - sax..

1 Perihal Astro

Malam itu dingin sekali,
kesejukkan mencengkam ke tulang hitam.
Sepi, hanya omongan si katak dan hempasan titis-titis hujan ke tanah menemani malam ku ini. Hatiku sunyi, sunyi sekali.

Niat di hati, terpaksa disembunyi,
Berontak jiwa nak menonton movie
Apakah daya, Service currently not available bicara Sang Astro.

Hai, apa khabar Measat 1, Measat 2 dan Measat 3 di ruang angkasa sana?
Tak buat kerjakah kalian semua?

1 Wak...wak.. Good Luck ek wak...

Remaja-remaja awal 20-an di Universiti Teknologi Petronas yang bakal menghadapi Peperiksaan Akhir Semester. Selamat maju jaya, selepas puas berusaha (baca buku, minum air rebusan lecture note dan toyol) kini tiba masa untuk bertawakal pula.

Gambate~

3 Are You Suffering From FEELINGS?

What Are Feelings?
Feelings are a tender emotional state that develop when a male becomes fixated on a single female to the exclusion of others. Even others with more attractive body shape.

Early Warning Signs
When you're around one particular chick, you experience:

• Pounding Heart
• Dry Mouth
• Nausea
• Inability to speak
• Sweating
• Desire to say flattering things

If undiagnosed, these warning signs can quickly develop into the full blown disease…

Symptoms

• Warm fluttery feelings in stomach
• Lightheadedness
• An unexplained urge to watch 'Love Actually' and 'Cinta'.
• Sudden increase in cuddling occurrences
• Brunch cravings
• Explosive monogamy
• Happiness
• Failure to notice other hot women
• Crosswording

Transmission
Though correlation remains scientifically inconclusive, studies indicate "hand holding" may play a role in spreading Feelings from one person to another.

Treatment
At this time the only treatment for Feelings is a multi-week course in How to Meet Other Women facilitate by myself. If symptoms persist, repeat course at a higher dosage.

legnote : This treatment can result in harmful side-effects such as rash, infection, and in some cases, pregnancy.

1 Ibu Mentuaku

Lokasi Kejadian : Belakang KFC Kota Damansara

Defendan : Achan Sinclair

Pendakwaraya : Wan

Mangsa : Mentua

Kejadiannya begini

Wan : Chan, ko tampan.

Achan : Aku tahu..

Wan : Ko duduk kat atas bukit tuh.

Achan : Aah.

Wan : Ko beli rumah kat atas tuh?

Achan : Apa neraka? Aku duduk dengan orang tua aku.

Wan : Woo..ko duduk demgan mentua ko.

Achan : Cheese....

notakakitunelari : Skrip awal tuh gua tambah kasi sedap cerita..TQ

4 Bising v. Dosa

Ada sorang gadis, story pasal ketua kelas dia kat sekolah dulu. Lu paham la kelas dalam sekolah punya tahap bising, kurang-kurang bunyi mercun bola pun boleh tenggelam dalam suasana begitu. Nak tulis nama kasi cikgu? Buku tulis garis satu yang berharga 60 sen tuh boleh penuh dalam masa seminggu, mana nak cekau duit? Ketua kelas bukan dapat elaun macam Ahli Parlimen.

Maka ketua kelas beliau benggang, urat-urat hijau dah mula timbul di dahi. Karang kalau dia jadi hijau susah pulak, baju sekolah terkoyak la. Kerajaan dah la tak bagi subsidi baju sekolah, kesian la mak bapak dia.

Lantas beliau ke hadapan kelas, mengambil kapur tulis dan melukis graf ini di papan tulis.

* Bising dan dosa berkadar lansung. Amacam? Lu ada berani nak bising lagi?


notakaki : Ini menunjukkan bahawa Guru Matematik Tambahan di sekolah tersebut menjalankan tugas dengan baik sehingga pelajarnya dapat mengaplikasi graf-graf dalam kehidupan seharian.

2 Chilake Macam Mana Nak Register Course?

Hi Adik-adik,

Hari ini Abg Achan nak ajar How To Meet Girl(s)...ups.. How to add course using new UTP portal. Gua tau memang susah dan gua dengan rasa suka cita nak ajar korang untuk add subjek.

Langkah 1:

Bukak Internet Explorer. dan bukak link ni http://studentportal.utp-prism.my/ Jangan pakai browser lain kerana portal berharga 7 angka ini tak sesuai dengan browser cap serigala dan lain-lain.

Langkah 2 :

For first time login, korang dikehendaki mengisi ruangan registration New Student. Ok-ok, anda boleh pakai emel personal anda macam abg_macho_berbulu_dada@yahoo.com.

Langkah 3:

Lengkapkan butir-butir peribadi anda. Dan tekan button create account.

Langkah 4 :

Anda login pakai email (XXX@utp.edu.my) dan password baru (bukan password utp mail) anda. Dan anda terus dapat view portal.

Langkah 5 :

Check nama dan no matrik anda disebelah kanan skrin. Pastikan itu nama anda dan bukan nama musuh ketat anda.

Langkah 6 :

Tekan Registration Course. Dan taruk nama subjek yang anda nak belajar untuk semester depan. PERHATIAN!! Untuk part section, sila isikan A untuk semua subjek (Arahan registration Dept. mungkin ianya adalah signifikan terhadap target skor anda untuk subjek tersebut)

Langkah 7 :

Tekan next dan submit.

Langkah 8 :

Sila tunggu semester hadapan untuk belajar subjek yang anda register.

Credit To : En. Nizar & Cik Zubaidah.

Brought To You By : Achan Sinclair, Ex-MPPUTP 2005/2006..hehehe

Selamat Mencuba dan Selamat Study Kepada Semua Pelajar UTP.

1 Series House MD dalam versi Melayu : Dr. Horse

Selepas beberapa hari gua bertongkat, David Shore ada call gua. Dia offer gua berlakon dalam series kegemaran ramai, House MD. Katanya Hugh Laurie, selaku hero cite House menyatakan bahawa gua lebih sesuai memegang watak Dr. House dari beliau.

Gua try lepak dengan Rosyam Nor dan Dato Yusuf Haslam untuk meminta pandangan mereka tentang perkara ini. Fasha Sandha ada SMS gua suruh fikirkan betul-betul mengenai tawaran ni. Hmm..apa yang patut lakukan ni??

* Ada mana-mana gadis comel yang nak membawa watak Dr. Cameron?

3 Honda Wave Gua Untuk Dijual




1) Cap: Honda
2) Nama Model: Wave 100
3) Keupayaan Enjin (cc): 97cc
4) Warna: Maroon.
5) Tahun Pendaftaran :2004
6) No Pendaftaran: WLN ****
7) Pemilikan: Tahniah Anda pemilik ke-2
8 ) Kondisi Motor : Keadaan masih ayu, Bebas kemalangan, enjin standard, Sport Rim depan belakang. Tayar Belakang Tubeless ( 3 minggu ), Tayar Depan Bertiub ( 1 bulan ), kurang dari 5 orang awek pernah bonceng motor ni, so tak dak HIV.

9)Kegunaan Dahulu : Sumpah gua tak bawak pergi race, gua bawak pergi kelas, pergi masjid (seminggu sekali), usha-usha awek dan mengendeng-ngndeng di sekitar kampus dan pernah digunakan oleh Daniel Craig dalam pengambaran Casino Royale.
10) Sebab Motor hendak dijual: Sport injured, tak mampu nak pijak brek kaki dah. Angkat kayak plak.
11) Lokasi: Lembah Klang
12) Batuan (mileage): 23k ++
13) Harga: RM2900


Pembeli yang serius boleh email ke greyorchid@gmail.com


notakakimotor : Kalau lu nak trade dengan CBR 600...nyiru tapak tangan gua tadah kan~hehehe

0 Intervention Injection

When a friend gets engaged, there's only one appropriate response: PANIC. Engagement is often the gateway to marriage; the leading cause of monogamy. As a friend, it's incumbent upon you to prevent this calamity, but should the traditional methods of intervention (booze, strippers, more booze) come up empty, you may have to resort to a more personal and heartfelt tactic: reading him the most heartfelt of letters.

* Format for KBSR essay. (Click to enlarge)

0 Hide & Seek


* Ini department gua kat opis, meliputi opis Tanah Melayu, Temasik dan India. Cepat cari...mana gua..hehe

4 Perkara Yang Mustahil Gua Lakukan Dengan Keadaan Sendi Engsel Yang Cedera

Seperti anda maklum, gua MC 2 minggu bermula Isnin lepas akibat perbuatan sendiri. Disini gua melahirkan perasaan kerugian akibat tak boleh buat perkara-perkara berikut diakibatkan jari gua nak putus. Antaranya :-

  • Menaiki motorsikal - Gua seorang yang gemar jalan-jalan naik motorsikal. Tampak lebih cool mungkin. Kini gua tak boleh nak main gear songket, atau gua songket gear ke atas, jari gua terkulai ke bawah.
  • Bermain tenteng - Gile lu..mau tertinggal jari gua kalau gua terpaksa melangkau 3 petak dalam permainan tersebut.
  • Main pijak-pijak kaki - Kakimu diatas kaki ku? Kaki ku pasti di atas muka mu...percayalah!!
  • Bersilat - For sure, Im gonna miss this thing....sob...sob..sob..gua tak boleh nak ckap apa dah nie...sedey.
  • Duduk antara dua sujud - wooo...percayalah bunyinya..wooo...
  • Naik Tangga Laju-laju - Gua ada feberet, naik tangga langkau 3 anak tangga sekaligus sebab kaki gua panjang. Kini gua bertongkat.. Kalau naik tangga, ada ibu mengandung sarat di belakang gua pun boleh sound. Woi laju lah sket!!

notakaki : Gua mampu menulis notakaki lagi~ yezza...hahaha