7 Weekend Lepas : Best vs Tak Best

BEST :

Khamis lepas gua pulang ke UTP untuk menghadiri satu event silat. Ini kire ujian la untuk mendapatkan Sijil Rendah Persilatanbagi pengamal Silat Cekak Ustaz Hanafi. Gua menanti agak lama untuk join test nie, 3 tahun beb. Akhirnya berjaya gak join..

Pada hari Sabtu, kami menduduki test teori bertulis. Gua mengaku, pengalaman sebagai AJK Komunikasi time kecik-kecik dulu banyak membantu gua menduduki peperiksaan ni. Peperiksaan di adalakan dalam bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan kali terakhir gua menduduki peperiksaan dalam bahasa Malaysia adalah ketika gua amik lesen memandu 5 tahun lepas...hmm. Terima kasih kepada Toyol-toyol belaan gua..hahha

Hari Ahad..ujian praktikal. Lebih kepada sparring la. Kene serang dengan tongkat & parang. Syukur gua dapat atasi dengan tabah dan sukses..

*Kamu tahu apa erti otak lari tune? Gambar ini menjelaskan segalanya.

*Congrates to Amir selaku Project Manager, walaupun baru 1st year namun berjaya menghandle warga-warga emas.


*Masing-masing buat perangai, tak kiralah dari Pelajar Tahun Asas Pertama sehinggalah Bapa Kepada 4 orang anak..


*Gadis-gadis..ganas dan merbahaya!!

TAK BEST :

Pas test...gua bermanja-manja dengan rakan-rakan. Namun nasib tak menyebelahi gua. Ibujari kaki kanan gua lari tune. Maka gua kene bertongkat untuk 3 bulan nie dan may be it takes about months utk fully recover...hmm. Doakan gua rakan-rakan..Semoga gua cepat sembuh. Kaki kanan adalah penting untuk gua duduk tahiyat dalam solat, bersilat, memandu, membawa motorsikal dan memijak pedal efek gitar..

*Korang perasan ibujari gua tune lari?

notakakilaritune : Gua dapat MC 2 weeks..terima kasih kepada semua yang menghantar, mengambil langkah kecemasan dan yang tukang risau..jasamu dikenang..Trima kasih juga kpd Nazir yang membawa anggur tanpa biji untuk gua, walaupun akhirnya anggur tanpa biji tuh habih diratah oleh lu dan awek lu...gua tak kesah...niat tuh penting :)

3 Mungkin Itu Caranya.

Kalaulah, malam itu gua bersendirian di pejabat sehingga jam 12 tengah malam. Kerja-kerja yang menggunung seperti memangkinkan kesibukan si suami hingga anak-anak terbiar tanpa kasih sayang membuatkan gua tak boleh pulang ke rumah. Segala tugasan perlu disiapkan walau apa cara sekalipun. Jam 12.10 tengah malam, gua keseorangan.. Cilake officemate yang lain, lu tinggalkan gua sendirian. Tiba-tiba.. Dari mana munculnya makcik cleaner yang mengelap meja di pejabat gua. Tengah malam.. secara logiknya syarikat pembersihan yang begitu efektif bekerja 24 jam sehari? Gua usha mak cik tuh, rambut die panjang, muka berpaling ke bawah je. Haram..gua dah cuak. Gua terkumat-kamit membaca segala ayat yang ustazah gua ajar time sekolah. Hanya doa makan yang mampu muncul di mulut gua. Tak boleh jadi, gua bukak laptop gua. Search ayat-ayat Quran.. Arghhh.. Laptop gua hank.. Gua ambik laptop tuh, hempas dfilantai dan pijak semahu-mahunya.. Demmmm!!!

Pada keesokkan hari, gua bangun tidur, beli paper, bukak ruangan iklan dan membuat panggilan telefon. "Hello, saya nak mendaftar dalam Kursus Menhafaz Al-Quran Dalam 30 hari!!"

3 Prison Break

Boss gua dah keluar, jumpa client. Gua termengular (tak boleh mengaku sebab ramai ofismate gua mengikuti blog ni) ke McDonalds. Gua beli barang di pasar malam dan melapah makanan tersebut di meja bahagian McD. Nak ke McD, kolestrol tinggi (alasan bila di tengah bulan) so gua mengambil keputusan melepak bersama Nizam, Khairi dan Fattah. Mereka ini suku sakat gua dalam ofis yang sering menunjuk kepada gua yang serong.

Sedang kami melepak, kami story kat Nizam pasal sipnosis Prison Break. Khairi membuka cerita, Prison Break ni pasal mamat Scofield ni nak lari penjara. Then setiap season adalah berbeza tempat kejadian.

Season 1 : Masuk Penjara Fox River, dan misinya adalah untuk keluar penjara.

Season 2 : Sukses dalam misi pertama, sudah lari keluar dan misinya mencari harta pusaka member sepenjara.

Season 3 : Kene tangkap masuk Penjara Sona pulak, misi nya sama.. Lari penjara.. Bukan lari keliling penjara, tapi lari dari penjara.

Season 4 : Berjaya dalam objektif hidup, berjaya menghirup udara segar di luar sana. Tujuan season ini adalah mencari Scylica, sejenis blue print rahsia orang jahat.

"Setiap season nombor ganjil pasti ke penjara, dan season nombor genap pasti di luar penjara," sipnosis yang boleh diberikan."Lu rasa season 5 dia pergi mana ek?" tanya seorang yang tak pernah usha cerita Prison Break.

"Penjara Taiping," gua tenang membalas ayat sambil asap berkepul-kepul keluar adri mulut gua membentuk huruf "K"....

notakakilari : Kalau gua jumpa cerita ni time sekolah, pasti gua jadikan Micheal Scofield sebagai idola gua untuk panjat pagar lari dari asrama..

0 Faktor Biologikal

Biology is the study of life and a branch of the natural sciences which studies living organisms and how they interact with each other and their environment. - Wikipedia


Manusia ini dijadikan sama pada zahirnya, ada dua mata, dua lubang kidung, satu kepala dan pelbagai anggota yang sama jumlahnya. Namun begitu ada yang mempersoalkan, kalau kita sama. Mengapa ada yang berjaya dan ada yang gagal? Jika kesemua faktor zahirnya (biologi) adalah sama, maka yang lain pasti Mind Set dan Attitude.

Jika dihuraikan sememangnya faktor biologi ini adalah cerita pasal tubuh badan manusia. Namun ada yang berpendapat bahawa faktor biologi ini juga salah satu antara faktor dalam kemajuan hidup dan beragama. Faktor biologi ini memainkan peranannya jika dilihat dari sudut agama yang diperturunkan melalui keturunan. Dan sah-sah kalau cakap pasal keturunan ia pasti berkait rapat dengan kekeluargaan dan secara langsung kepada faktor biologi.

The question is.. How biological factor become the restraint factor? Seperti yang diketahui ramai, bahawa kita ini telah dilahirkan dalam Islam. Keluar-keluar terus nama Abdul Rauf, Siti Zaharah dan pelbagai lagi. Maka dari kecil lagi kita telah dididik dengan Islam, dan akhirnya ia "sebati" dalam hidup kita dan kita jadi lali dengan hal-hal keIslaman. Dan akhirnya Islam itu menjadi instinct dalam hidup kita.

Dan bila ianya menjadi instict, perkara-perkara yang dilakukan bukan lagi menjadi ibadat tetapi menjadi adat. Apa yang dilakukan adalah atas dasar kebiasaan. Apabila ia menjadi kebiasaan, perkara itu diambil enteng dan tidak difahami, sebab dan hasilnya. Apalah guna makan Pizza tanpa tahu menikmati kelazatannya, kenyang aja yang kita dapat. Rugilah. Jadi ibadat yang dilakukan adalah sebagai pelepas kira asal buat aja.

Sifat yang berbeza ditunjukkan oleh mualaf, kebanyakan mereka amat menghargai ibadat itu sendiri. Ini disebabkan mereka yang dahulunya kafir, dan diberikan hidayah dan mereka tahu nilai hidayah itu.

The question is,

why..? Kenapa mereka lebih berpegang teguh dan sungguh2 berbanding
kita yang lahir2 je terus Islam? Kenapa mereka yang tempohnya tidak selama kita
memeluk Islam, mempunyai pemahaman yang jauh lebih tinggi dan hebat berbanding
kita yang memeluk Islam secara bilogi? Kenapa bila aku tgk Shah Kirit (sorang
penceramah time SeminarPengukuhan Akidah), cara penyampaian, dressing dan
pertuturannya jauh melebihi ‘up to date’ daripada orang2 yang aku pernah nampak
di masjid2?

Jawapannya


kerana mereka adalah "pencari" kebenaran (seeker). Dan setelah bersusah-payah berhempas-pulas tunggang-terbalik terkapai-kapai terkontang-kanting bergolok-gadai mencari jawapan, akhirnya mereka bertemu apa yang dicari, lalu MENGHARGAI kebenaran tersebut (teramat sangat punya beb.. bukan menghargai cikai2 je..) kerana itulah harga yang sangat mahal yang perlu mereka bayar semata2 untuk memperoleh kebenaran tersebut.


Dan apabila mereka telah berjumpa kebenaran yang dicari, mereka pastinya memperdalami,
mengkaji dan betul2 berusaha untuk memahami setiap yang berada di dalam kebenaran tersebut.


Kire kasi example sket, lu bandinglah kalau lu kumpul duit bagai nak gile beli kete. Pastinya lu lebey menyayangi kete tuh seumur hidup lu. Pantang beb kalau member lu cap jari kat tingkap, boleh putus pertalian persahabatan. Kalau kete lu kene guris ngan mat parking? Memang lu bersumpah darah untuk menghapuskan mat parking tuh. Ini disebabkan lu tau apa nilai kereta tersebut.

Berlainan pulak kalau lu anak lot, tau-tau bapak lu kasi kete. Calar terbakar pun lu xde la efek sampai berkurung dalam bilik. Sebab lu tak melalui kesusahan untuk memiliki kete tersebut. Pendek kata lu tak reti menilaikan nya.

So, kesimpulannya, biologi pun memainkan peranan jugak kalau kita melihat dalam konteks yang sedemikan. Barulah kita sedar bahawa kebanyakan kita yang lahir2 dah Islam ni lebih bersifat menelan kebenaran bulat2 tanpa nak cek sama ada ada tulang ke tak. Last2 tercekik sebab tak faham. Berbanding mereka yang takde apa2, kemudian berusaha mencari, mengkaji, membasuh, memasak sendiri, menghidang, mengunyah dengan cermat dan barulah menelan kebenaran tersebut, maka mereka lebih faham mengenai Islam. Apabila mereka lebih faham, maka merekalah yang lebih maju...fikir beb.

3 Tagged : Aku benci pakai name tag ketika bersekolah

Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


Aku telah di tag oleh keyrol, NymQ & Rizza. Oleh kerana aktiviti tag-men'tag' ini tak menyalahi hukum syarak dan tabii manusia, maka gua layan jek. Gua pilih tag terbaik untuk dijawap. Ini pun kira ok lah, gua jama' sume skali..

7 Perkara Ajaib Tentang Sinclair.

  • Mungkin ramai yang mengenali gua sebagai seorang penggemar muzik rock tegar. Namun tak ramai mengetahui bahawa gua juga seorang penggemar nasyid tegar. Gua ada kumpulan nasyid sendiri yang bergiat aktif di arena UTP dan sekitarnya. Kami pernah mengondol kejuaraan di Pertandingan Nasyid UTP beberapa kali dan tak mengondol apa-apa pingat dalam Pertandingan Nasyid Malaysia MMU 2005. Uhh.. nama group nasyid gua Zaufan atau nama panjangnya Zikrullah For An-Nas...
*Taufan..
  • Gua juga seorang penari yang cekap ketika bersekolah. Lagu ape beb? Inang? Masri? Zapin? Meh bagi gua lagu, lu ingat rockers tak reti menari??.. Dan kali terakhir gua menari lagu-lagu asli adalah di bulan Mei, gua menari bersama housemate gua yang agak lembut pada genetiknya.. Sumpah kami menari je, tak lebih dari itu!!

  • Gua juga adalah seorang Ketua Pengawas Perpustakaan ketika bersekolah dahulu. Maka gua agak kaki buku sebenarnya..Sekarang mungkin sukar sikit gua nak menghabiskan sebuah buku akibat masa yang terhad. Namun gua masih ada waktu membaca buku-buku feberet gua untuk ke-2000 kali.

  • Baju-baju gua 85.34% adalah berwarna hitam.. Gua bukan black metal. Gua tak minum darah kambing, dan gua tak makan kambing. Azlanthor Langsuyr makan kambing, dia cakap time kat Rock The World 2006..

  • Hmm..ini mungkin sulit sedikit untuk gua dedahkan, tapi gua ketandusan idea. Sebenarnya...gua kaki drama Jepun & Korea..hehe..lu jangan cuba cakap gua jiwa halus. Gua hantar santau angin baru tau.. Dan gua mampu menghabiskan 10 episod citer berkenaan dalam satu hari..hehe

  • Fakta ini disebabkan oleh mak gua dulu bukak Tom Yam, maka gua boleh memasak dengan agak amatur. Setakat nasi goreng kat tom yam sume tuh, gua dah khatam. Terima kasih kat chef gua, Chef Chek..

  • Gua benci sayur, benci gila.. Terima kasih Cik tukang-perhabis-sayur-kalau-makan-dengan-gua..

Gua nak kasi tag sama Che Det..lu rasa die jawap tag nie?Maka gua tag blogger bawah 25 tahun

  • Jali Bajet
  • Adek
  • AtoZ
  • Ijat
  • Iman
  • Zhee
  • ntah..tu je yg hadir dalam idea aku..
yang berkenaan sila ambil perhatian..gua malas nak link2..

1 Bintang Kecil

* Bintang yang kian menyinari bidang peragaan dan hiburan dewasa.. Pan-Asian kan?

Gambar Credit to Ajoy
Lokasi ditaja oleh Pak Li Kopitian@Sunway Damamsara

notakakiperaga : Cheese..kat tepi kanan bibir gua ada cendol terlekat pulak...spoil gambar..tak pe nobody perfect kan2??

5 Keganasan Berlaku Di Mana-mana

Student who kicked teacher suspended for a week


KANGAR: A Form Two student who allegedly kicked her teacher following a minor argument is facing a week-long suspension, pending investigations by the Perlis Education department and the police.

In the 10am incident Thursday, physics teacher Azhana Ibrahim, 27, was kicked in the belly by the schoolgirl when she asked the teenager to explain the words, “gila babi” (crazy swine) written in her class project report.

Perlis Education Department director Mansor Lat said the department would investigate the incident first before the police takes over the case.

“I was made to understand that initially there was only a minor argument. The student was dissatisfied with the teacher who sought an explanation on the nasty words written in her report,” he told reporters here on Friday.

Mansor said the incident had reflected the girl’s bad behaviour towards her teacher.

Following the incident, he said, the school management gathered information from its students to get a clearer picture of the matter.

It is learnt a meeting between the state education office and the school’s disciplinary committee scheduled Friday, was called off due to protest by the student’s parents who blamed the teacher for the incident. - Bernama

Keratan akhbar tersebut sememangnya menaikkan tekanan angin gua beb!! Murid bantai cikgu, ape cerita beb? Gua setuju kadang-kadang perbuatan dan perlaku tenaga pengajar membuatkan kita tidak berapa setuju. Tapi inikah balasan kita kepada cikgu? Dah la pergi sekolah pun tak payah bayar yuran, tak puas hati lu pukul cikgu lu pulak?

Minggu lepas gua balik ke Klang, gua lepak dengan guard asrama gua, Pak Zain. Pak Zain memang seorang pak gad yang tulus. Lu lapar, stok dah habis..lu kasi tau dia, dia kasi lu keluar dengan senang-lenangnya. Kalau lu panjat pagar, uncle ni lah yang mencari lu ke lubang cacing. Macam-macam cara buat kasi student tak panjat pagar, taruk minyak kasi pagar licin?? Tak jalan, kaki gua dah boleh mencengkam pagar. Biak kerengga dekat pokok sebelah pagar (mana ntah die rembat induk kerengga), ingat gua tak ada Ridsect? Maka demikianlah Pak Zain dan tekni-teknik beliau menghindari kes panjat pagar asrama.

Dia mula cakap sekarang ni student dah tak berdisiplin. Yup, gua akui, gua pernah diambil tindakan disiplin atas kesalahan-kesalahan normal. Tetapi gua memang respek cara Penguasa gua, Ustaz Zohdi mendidik student. Rotan?? Lapisan punggung gua dah kalis rotan namun tak kalis rabaan. Pelempang?? Pelempang Barisan Senior Kaki Pukul jauh lebih menggerunkan. Penumbuk Tepat Di Ulu Hati.. Semenjak hari tuh, gua ponteng sekolah tak lepak kat asrama dah, gua lepak luar..lagi best nak isap rokok tak payah duduk diam-diam dalam bilik basuh..Taubat. Maka berkesan lah cara beliau.. Sekarang gua menjadi lebih berdisiplin, bukan lebih..jauh berdisiplin..TQ ustaz

*Gate depan asrama ni? Gua tenang jek panjat time SPM dulu..

Pengurus Asrama kini seorang manager dari HQ Yayasan Selangor, maaf cakap. Teknik pengurusan beliau memang tak jalan. Tangkap student buat salah, slow talk.. Lain kali jangan buat lagi ek. 20 000x budak tuh buat benda yang sama. Serius!! Pernah ustaz baru asrama gua rotan student form 4, jadi kes polis beb. Pengurus tak defent staff dia pun..hampas..

Apa kes lu budak form 4?? Tak kan la ustaz tuh nak rotan lu saja-saja jek kalo lu tak buat salah. Berani buat, berani tanggung..tu nasihat gua kepada 'kapla' di luar sana. Gua dulu kalo lambat turun Maghrib kena sepam dengan Barisan Senior Kaki Pukul, pas tu lagi sepam dengan Encik Zohdi bin Ishak di hadapan khalayak ramai termasuk adik-adik perempuan junior yang comel. Bro.. bukan nak kata beb, senior gua chinese pun turun maghrib lepak kat tepi surau. Lu tau macam mana penangan ustaz gua time tuh. Polis? Dah lali nak tulis nama Zohdi bin Ishak sebagai defendan.

Budak sekarang!! Lu bikin salah, lu takut terima hukuman. Cikgu maki lu, lu pergi pukul cikgu. Apa cerita beb? Gua emosi nie...ni nak tukar kaler jadi hijau & saiz pinggang makin membesar. Jangan buat gua hijau, esok ada 2 open house gua nak cover ni nanti tak muat la seluar gua beb..

Kami dulu memang perangai, namun kami sedia menerima apa yang diberikan. Tapi kalau boleh jangan la kasi kantoi.. Tak pro beb kalau panjat pagar kantoi..Gua menulis entry ni diiringi lagu Terima Kasih Guru by Mirwana..suara Akmal time baru pecah sore...hahaha

notakakifly : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Prinsip gua time sekolah dulu, maka gua berjaya mencari 'jalan-jalan alternatif' untuk keluar asrama pada waktu malam...Selamat Pengantin Baru Rizza Abas (beliau bukan geng panjat pagar, tapi beliau adalah senior gua kat UTP dahulukala)

2 Lagu Pagi Ini




Gua baru bangun 30 saat lepas, keadaan memang huru-hara. tune rambut dah macam David Arumugam, kain pelikat gua lagi lah, kalau pihak jabatan kebajikan nampak memang boleh kene tahan masuk wad sakit jiwa. Tapi lagu ni memang best. Versi unrelease, jangan tanya mana gua dapat. sekian...wasalam

5 Gua Jawap Quiz : Tak Pakai Push Up Bra, Thongs dan Gua Hot Tempered Namun Friendly... Inikah balasannya?

Your results:
You are Green Lantern
























Green Lantern
85%
Superman
75%
Spider-Man
65%
Hulk
65%
Iron Man
65%
Robin
63%
Batman
60%
The Flash
60%
Catwoman
60%
Supergirl
53%
Wonder Woman
53%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.





Gua tak suke kaler baju ijau..macam mengkarung!!

4 Lu Tak Pernah Usha Orang Hilang Mata Hitam Lagi Beb..

Lokasi : Klang

Masa : Hari Raya ke-12

Al-kisah :

Gua raya rumah classmate gua time sekolah dulu. Ketika kami leka bersembang, tiba-tiba seorang kanak² comel bertatih ke arah kami. Lantas beliau memeluk kaki member gua...

Budak : Babah..

Shah : Salam Uncle..

Achan Sinclair : Erk...

Shah : Lu bila lagi? (Sambil tersenyum sinis, tak lupa kening naik sket )

Reaksi Achan Sinclair :

  • Gua terkutil-kutil mengira duit simpanan gua.."Err...tadi pak long bagi RM5, kalau campur duit raya hari tuh adalah dalam..." monolog dalaman.
  • Mengingat balik umur gua akil baligh...hmm
  • Fikir kawasan mana banyak pasir untuk dijadikan penempatan famili gua, ye la nak bagi anak bini makan pasir...
  • Ija Starbuck The Curve...uish~

notakakidipelukkanak² : Selamat Pengantin Baru kepada Rizza Abbas yang bakal naik pelamin this weekend. Lu dah jadi laki orang, sikit taun lagi lu jadi bapak orang...yeaarrghh~ hahahaha

8 Review EP : Radiostar - Dua

Petang kelmarin, dalam mengharungi kesibukkan traffic di Sri Hartamas ketika pulang dari office, muncul idea untuk hang out di Triple B Studio di Sri Hartamas. Gua nak rembat EP Radiostar - Dua, itu nawaitu asal gua. Tapi elok je gua masuk, gua disambut mesra oleh Mahfuz (Composer, Keyboardist) dan kemudian Bakri (Radiostar, ex-Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Republic of Brickfield & Meet Uncle Hussin) keluar menonjolkan kepala.

Gua leka kejap layan Mahfuz, pas tu gua teruja beb nampak Fender Strat yang oldskul habis, 1971 beb, gua tak tanya harga sebab gerenti boleh pergi haji beb.. Bapak gua baru masuk Form 1..hehehe. Blablabla..gua sebat EP, gua chow

Kisah Radiostar...



Gua percaya, Radiostar bukanlah sebuah band yang terkenal seantero Malaysia umpama Hujan dan Meet Uncle Hussin (adik gua yg kecik pun hafal lagu MUH). Tetapi band ini ada kekuatan yang tersendiri dengan membawa lagu nu-jazz dengan gaya tersendiri. Band ini diterajui oleh Pot Amir (vocal, ex-Innuendo so what do u expect with his vocal?), Mahfuz (Music Director, Keyboardist, Guitar, & Drum), Abrar (2nd Guitar), Bakri (Drummer) & bantuan beberapa rakan di posisi bass, Pacai, Cikgu Asma & Eday..

Kisah EP..

*Logo Radiostar

*Sah-sah ini CD, bukan spoket motorsikal

Ini adalah EP kedua dari Radiostar, memuatkan 7 lagu official dan 3 hidden tracks. Secara totalnya, gua memberi 8/10 untuk EP ni. Music arrangement yang menarik dan cukup padat. Permainan yang clean gile, mak cik-mak cik cleaner tersenyum lebar dengar EP ni. Gua dah tak tau nk tulis ape..sebab memang dahsyat beb.. Ikuti ulasan dari track ke track..

1. Pada Senyummu (3.25)
Lu kata lagu Diari Seorang Lelaki, lagu acid jazz yang tebaik?? Ini lagu tahap ^&&%@.Gua tak tau nak cakap ape dah lagu ni, sebuah artwork yang perfect. Lagu ini composed by brader yg slalu emel macam cikgu BM, Pacai dan Aji, deme juga memainkan instrumen masing-masing untuk track ni. Serius, bila korang dengar lagu ni senyum lu sorang-sorang mcm orang yang tune nya lari. Intro yang cukup membuatkan orang nak dengar sampai habis lagu ni. Music yang berbaur nu-jazz/acid jazz, tetapi teknik nyanyian Pot ala ballad dan lirik yang sweet..lagu yang mempengaruhi emosi.. 10/10

2. Cinta II (4:54)
Intro lagu ni macam Bon Jovi pun ada, tapi lama gila beb 53 saat aje intro. Lagu yang atas sikit dari level biasa-biasa. Music arangementnya pun ok la, not really impresive sebab banyak repeating. Korang pernah usha iklan rokok Salem dulu-dulu yang ada nyanyi² tuh, lagu tuh feel die hampir sama la. Guitar work yang penuh tapi rhytm yg buhsan. 6.5/10

3. Hanya milik Dia (4:25)
Rasa gembira jek intro dia, hepy tak memasal la orang kata. Lagu ni duet dengan Ana Raffali, gua tak kenal. Tapi suara dia bulat, macam Liza Hanim. Sesuai nyanyi jazz kat lounge-lounge sekitar lembah Klang. Unsur-unsur classic jazz amat kuat dalam lagu ni pada music arrangement, ada trumpet, guitar solo dan pengunaan piano yang optima.. 7/10

4. Kaseh (4:45)
Gua terasa macam lepak kat lounge plak dengar lagu ni, relax dan beremosi pada intronya. focus pada vocal Pot yang lemak. Pada 2nd bridge, feel dah bercampur baur dengan tradisional pulak..macam mane tuh?hehehe.. Ramli Mohram bermain rebana untuk lagu ni, so secara totalnya best dan unik. Tak buhsan..main emosi sih... 8.8/10

5. Satu (4:53)

Sebuah lagi lagu cinta yang cukup garam gula. Melodinya umpama penyambung dari track sebelumnya. Namun lagu ni lebih simple, vokal dan piano. Sesuai untuk dengar malam-malam sambil nak pejam mata. Chorus yang kuat, vocal Pot siap ada vibrator lagi time korus..dahshat bagi range suara tenor nak buat vibrator, gua salute.. 9/10

6. Masih (5:17)

Hehe..guitarnya mengabungkan wah dan delay effect untuk menjadikan lagu ni berwarna. Keyboard yang cukup catchy, cukup jazznya. Beat drum Bakri?? Mamat ni antara idola gua time gua main drum 5 tahun lepas..hehe. Solo guitar yang ala-ala vintage..Lagu ni feel nye macam lu nyanyi part 'Kau masih di hati', sambil tersenyum dan menunjuk kat awek or orang rumah lu 8/10

7. GULAGILA (3:20)
Sebut berulangkali dan laju-laju. Itu lah feel lagu ni. Intro dia macam lagu intro Cathay Production kat Jalan Ampas zaman P. Ramlee dulu. Lagu ini adalah sebuah lagu ska dari mereka, lirik memang agak merapu. Tapi music memang full dan catchy, siap ada suara perempuan menjeit, bunyi brek kecemasan dan ambulans. Lagu ni adalah sebuah lagu sing-along.. 9.5/10

8. Hidden Track 1 (0:09)

Sunyi...

9. Hidden Track 2 (0:09)
Sepi...

10. Hidden Track 3 / Satu Take 5 (4:12)
Lagu ini adalah salah satu lagu dari 1st EP deme, versi lain bagi lagu Satu.. Menggunakan classical guitar dan vocal sahaja, ada sedikit bunyi shaker kat belakang. Best dan cukup berjiwa. Cukup perisa jazz dan pop nya.. 9/10

11. Hidden Track 4 (4:53)
Lagu ni lagi gila dari GULAGILA..Verse awal bunyi ala-ala Innuendo gitu, memang pop. Sudenly deme buat perangai kat chorus bunyi harmonika cam siot, dorang nyanyi lagu OST DoReMi - Hai Obat versi chilake. Part yang 'Ubat Batuk Kering, Batuk Basah' tuh memang sapa ntah nyanyi macam berpenyakit batuk kering yang kritikal sangat bunyinya. Bukan tahap squid, tapi cam syial...hahahaha...pas tuh masuk lagi ala Innuendo balik..memang sengal.. 7/10 kerna berjaya buat aku gelak..

Overall = 8/10

notakakiAcidJazz - Gua tunggu EP Stonebay free pemberian officemate (merangkap rakan perokok) baru gua, Velen (Drummer Stonebay). Ye r dengar kata single dorang siap masuk Campur Chart kat Fly.fm. Meh sini EP kasi gua review...hehehe

4 Mimpi Gua Untuk Malam Ni


* Malam ni gua tidur nak mimpi Maya Karin jugak...tak kira..tak kira..nak jugak!!!

3 Perjumpaan Persatuan Bekas Pelajar² Comel (Hanya seorang yang masih comel bergaya hingga kini)


Tarikh : 28 Ramadhan 1429

Masa : Waktu Berbuka Puasa

Tempat : Hartz, Time Square

Kisahnya Begini :

Gua organize sendiri Majlis Berbuka Puasa nie yang melibatkan bekas student Yayasan Selnagor Klang batch gua, dan Alhamdulillah penyertaan agak mengalakkan hampir ke 30 orang (batch gua time form 5, 12 orang je laki..bek lu senyap!!).

Ramai dari pelajar haluan kiri yang menyertai perjumpaan ini, yea sebab organizer adalah bekas pelajar berhaluan kiri paling kiri sekali time sekolah..hehe



* Dari kiri : Daeng Mohd Arafat bin Mejar (B) Mat Tap..hampir 8 tahun tak jumpa mamat ni, Skin..setiap weekend jumpa & Achan Awesome

*Masing-masing telah meninggalkan rambut pink dan hijau polis trafik. Tindikan di bahagian muka, seluar kaki kecik dan kasut-kasut funky. Yang pakai hat macam pemain trumpet plak gua usha.hehehe.

*Ini adalah barisan kaki panjat pagar sekolah..hehe. Tak da, dorang ni adalah penyokong dan tulang belakang kejayaan kami sebagai pelajar-pelajar comel (banyak) + nakal (sedikit)


*Gua masih tak boleh terima Amali (paling kanan), diterima sebagai juruterbang TUDM walaupun alignment matanya jelas lari tune walaupun dari pandangan mata kasar manusia normal. Harap-harap tak senget sebelah kapal terbang tuh..hehehe

notakakipontengsekolah : Terimakasih kepada semua yang terlibat, dan gua berharap kita boleh buat lagi dalam 5 tahun lagi...bawak anak masing-masing!!hehehe..

notakakispesialtoBajet : Aku membuat kesilapan besar tak ambil gambar ketika kau dan ***** sedang ber******...hehehe

0 Lepas Raya

Bulan Ramadhan : Gua dah bangga dengan ofismate, bukan Frosties saja, namun semua warga Mont Kiara. Lubang tali pinggang gua berpindah satu ke arah dalam.

Lepas Ramadhan : Lubang itu kembali berpindah ke tempat asal..

Sipnosis : Suatu tindakan drastik perlu diambil untuk mengelakkan lubang itu terus berpindah ke arah luar...

0 Sila Tinggalkan Pesanan Suara Selepas Nada Ini.. Beep

Gua discover something interesting. At first I realized this thing happen to my mum only. Suddenly, during this raya gua discovered bahawa saudara perempuan belah mama gua pun ada habit yang sama. Mungkin faktor genetik.

Mama gua selalu meninggalkan memo (pesanan suara) dekat gua time gua tidur. Antara pesanan stereotaip adalah seperti berikut :

  • Bangun nanti, makanan ada kat bawah tudung saji.
  • Mama nak keluar, sliding door tak kunci.
  • Mama nak keluar pergi...bla..bla..
Tetapi sejak raya lepas, gua perasan cousin gua dan untie gua dah mula meninggalkan pesanan suara ketika gua tidur. Mungkin kat dahi gua tertulis ' Gua tengah tidur, Sila tinggalkan pesanan suara anda selapas nada ini. Gua akan contact later on'.

Namun gua ada jugak sistem automatik menjawap memo. Setiap kali pesanan berakhir, gua akan menyahut dengan nada 'Hmm' secara separa sedar. Kadang-kadang gua ingat memo tuh, kadang-kadang lost. Memori RAM gua kecik.. 250kb jek.. Maka kepada yang berkenaan, len kali sila tinggalkan pesanan suara dengan ayat yang pendek dan padat. Macam Frost ajar gua nak lepas mesej kat voicemail...