3 Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Bersempena Aidilfitri yang bakal menjengah tiba,

Gua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Malaysia,

Maaf Zahir dan Batin jika,

  • Terkasar language
  • Terpincang grammar
  • Terlari accent

Halalkan segala makan, minum, penat lelah, wang ringgit dan ilmu..





Kalau tersesat di Taiping, datang-datanglah beraya kat kampung gua di

Batu Kurau & Changkat Ibul

lepas hari Sabtu korang boleh cari gua di Damansara... Call dulu beb.. chalo bete




5 5 Hero Omputeh Paling Best kat Planet Bumi

Aku suke usha series dan movie, ini adalah list hero yang aku rasakan cukup cool dan sedikit sebanyak mempengaruhi aku.. Ada sedikit sifat wannabe dalam diri aku, aku akui. Dan aku percaya semua ada sifat wannabe.. Ini list hero feveret aku.. List ini tidak dipengaruhi paras-rupa, harta mahupun anak-anak gadis mereka pun tak pengaruhi gua... Harap Maklum

  1. Johnny ( Gabriel Macht) in Because I Say So
    Sememangnya watak beliau dalam movie ni amat cool. Seorang guitarist di Lounge, terer main gitar (ye r, dah gitaris kan) bermain jazz, memakai suit dan hat. Watak sebagai seorang duda anak 1, hidup sederhana. Johnny seorang yang berpegang kuat pada prinsip dan sentiasa tenang, walaupun awek die (Mandy Moore) ada balak back up.



  2. Dr. Gregory House (Hugh Laurie) in House
    Gua tau, mesti ramai die hard fan House. House ni seorang yang jujur dan sempoi rock abah die. Mata keranjang dan yang best kalo dia main gila ngan boss pmpn dia, ape nama yg agak hot. Harap-harap aku dah kije nnt xde pekerja cam mamat ni... Boleh mendatangkan kemudaratan sih..



  3. Alex Fletcher (Hugh Grant) in Music & Lyric
    Kisah mengenai seorang penyanyi pop 80-an yang kian menurun popularitinya. Beliau adalah seorang komposer yang sempoi pop. Mempertaruhkan kehidupannya dengan music, he is good pretender sebab sentiasa ingin mejaga dan consider hati-hati orang disekitarnya. Sikap professional yang melampau, even dalam relationship dgn Sally (Drew Barrymore), dia boleh membezakan professionalism dan relationship.. lagi satu, home studio die macho..
  4. Tony Stark (Robert Downey Jr) in Iron Man
  5. Tony Stark bukanlah seorang pekerja dobi yang bertugas sebagai penseterika baju, namun beliau adalah seorang tycoon industri. Yang best pasal Tony ni, dengan sikap selamba tenang dugong je dia buat decision. Kadang-kadang dia tak payah berfikir utk decide, carry on je beb...hehe. Walaupun beliau businessman, tapi beliau tetap tak lepaskan hobby berkeretanya. Perfect..



  6. Lt. Horatio Caine (David Caruso) in CSI : Miami
  7. Ni lagi sorang yang cool gile (walaupun ada 'orang' tak suka, apa kisah kan?), sebagai Liutenant bagi team polis yang cool, maka beliau kena lagi kool. Ayat dia ni tajam, dan dia ada kelebihan yg membuatkan org focus kat dia cakap walaupun dia cakap macam radio nak habis bateri slownya. Ni lah watak paling tenang dalam dunia, Hammer die kene bom, die boleh kua dari Hammer dengan tenang dan sempoi. Tak de lari-lari, dia kata dalam hati, insurans cover sume..tenang. Sangat gigih dalam bekerja...focus-focus!!

Bagi gua, inilah hero-hero yang best... walaupun kebanyakan berusia 40 tahun ke atas. namun mereka tetap hero gua..hahaha. Quote best dari hero gua..

We are who we are..
Dr. Greg House

1 Memilih dan Menapai(u) Makanan di Pick n Brew




Tempat Kejadian : Pick n Brew, One Utama
Waktu : Berbuka puasa bagi kawasan Damansara.

Penyertaan : Achan, Deen, Anas, Aiman, Kuyik, Numan, Machai, dan Hakim
Kisahnya Begini :

Kami adalah segerombolan dari geng nasyid/jamming/housemate/usrah/schoolmate, telah bersatu untuk berbuka puasa di Restoran Nelayan pada awalnya. Namun tengkujuh mendatang, Nelayan tak dapat turun ke laut. Dan setelah beberapa peralihan restoran, maka kami mendapat idea selepas tertarik dengan iklan ini.


* Secara jujurnya, gua susah terpengaruh dengan iklan. Namun bukan kali ini...gua memang terpengaruh gila..

Malam itu kami bersepakat nak skip terawih secara berjemaah. Gua direct masuk bab permakanan ek. Makanan yang dihidangkan memang menepati citarasa setiap insan yg mempunyai perut melebihi saiz BMI normal. Gabungan masakan barat dan tradisional membuat iman kami goyah sebentar.

* Ini tisu, bukan sebahagian dari menu. Harap Maklum


* Haa..lap air liur lu. Segan dow orang nampak..


Perancangan awal, nak makan ala kadar, then g solat Maghrib, dah selesai semua baru kami bantai habis-habisan...namun ini terjadi..




* Apakah ini ala kadar?? Ala kadar cara nafsu binatang nie..ish

Menu-menu yang tangkap leleh hari tuh adalah, Ikan Bakar (kembung & pari), roti jala, pelbagai jenis salad, nasi tomato, grilled lamb, kuih-kuih superr, dan pelbagai jeni cheese kek..uihh


* Perhatikan sosok berbaju biru di sebelah kiri, cuba menyorok namun terkantui di bahagian abdomen yang terbonjol keluar.

* Nafsu-nafsu gak beb, ugama tuh jangan lupa beb.. Anas, ko amiklah buku gua ni. Nak amik balik, ko duduk JB..jauh sangat tuh. Simpanlah, jadikan pedoman hidup..hehe

*Wajah tak cukup khasiat dan zat.. Apakah rasionalnya kalau satu restoran, dengan kerusi meja lu gigit..lagi mau klem tak cukup zat..

notakakimakan : Gua nasehat pada semua, len kali g sini bawak Eno beb!! Terima kasih kepada semua..raya ni kita bantai lagi..to Chem and Maaruf..tahun depan insyaAllah kita bantai lagi..

2 Lagu Hari Ini



Beberapa tahun dahulu, ketika gua berada di zaman-zaman SPM, gua jatuh gila kat The Beatles. Memang bagi gua, ini adalah satu fenomena besar dalam music. Kebetulan gua dapat masuk UTP, dan Information Resource Centre (IRC) di UTP adalah sebuah gedung buku yang super. Time foundation, budak-budak lain dok gigih pinjam buku Business Admin dan segala macam buku akademik. Gua tenang je pinjam buku-buku hal ehwal The Beatles.. Kini demam Beatles datang kembali..

Hey Jude is the 1st single from 'Hey Jude' album in 1968. This song was composed by McCartney and it's dedicated to Julian, Lennon's son. The original title is Hey Jules, then McCartney changed it to Jude...ni adalah live version..layan~

4 Di Antara Populariti, Setar-Bak Kopi dan Pelita Ayam

Tarikh : 23 Ramadhan 1429

Masa : Sepenamatnya salam rakaat ke-8 solat sunat terawih.

Tempat : Sekitar Damansara

Pelakon
: Achan Sinclair

Al-kisah
:

Seperti beberapa minggu lepas, sepenamatnya sessi terawih bersama qariah Masjid Sek. 5, Kota Damansara, gua mengambil langkah inisiatif iaitu meminta diri dulu. Selepas bersalaman dengan uncle-uncle di sebelah kiri dan kanan dengan harapan mereka tertarik dengan budi-bahasa gua lantas memperkenankan gua menjadi bakal menantu mereka, gua capai Selipar Paling Selesa Dalam Dunia® atau lebih femes dengan panggilan selipar cap Asadi. Gua sarung selipar, gua cabut cari kereta Lamboghini pakai body-kit MyVi hak milik gua.

Perderas gua balik rumah, niat di hati nak lepak mapley Kayu, Sunway Damansara. Gua hari ni nak try 'senjata baru' gua, selalu untuk mengelak dari peminat-peminat wanita gua, gua akan lepak mapley pakai helmet full face. Memang nampak macam pemandu rally car, namun gua tahu ini cara terbaik untuk menjaga privacy gua.

Kali ini gua tamoh pakai helmet full face, gua nak pakai senjata baru. Gua rasa ianya amat efektif untuk mengelak dari serangan peminat-peminat wanita yang fanatik. Dan senjatanya ialah..

*Senjata Rahsia : T-shirt berharga RM 15.. cukup untuk menghancurkan hati-hati gadis di luar sana.


Gua beli baju ni semata-mata tujuan pertahanan diri sahaja. Kalau ada awek chun datang, gua terus buka baju dan menafikan bahawa itu baju Abah gua. Badan gua sexy, tak berbulu, gua tak kisah..hahaha.

Selepas gua percaya dengan ilmu kebal gua yang baru dimiliki, gua memandu dengan kelajuan optimum ke Kayu. FYI, Kayu adalah sebuah restoran mapley yang amat memenuhi citarasa gua. Harga sedikit mahal, tapi makanannya tip-top, ye la mahal.. mana lu jumpa kedai mamak ada lif, gua rasa Kayu ni aja satu-satunya kedai mamak berlif kat dunia ni.

Tapi seelok gua lalu depan Kayu je, kereta full beb. Timing lari beb, golongan manusia kelaparan sudah memenuhi di sepelosok restoran. Gua sebenarnya keluar untuk menyendiri dalam keadaan tenang. Atau dalam bahasa arab dipanggil khalwat (kalo tak silap gua la, sekolah menengah dulu gua rajin skip kelas arab beb..sorry ustazah). Gua berkata pada diri gua sendiri, " Tak boleh jadi ni, mahu supper gua kali ni menjadi supper terakhir semata-mata nak berebut tempat". Gua ambil jalan mudah, gua chow.


* Gua tak kenal sapa ni, yang pasti dia bukan owner Kayu. Adakah mungkin beliau daya penarik di Kayu?? hmm

*Ada berani? Makan kedai mamak ada chandelier.. Sebagai VIG (very important guest) pun gua tak pernah makan kat dalam bilik ni...ish


Gua blah ke kedai row belakang yang menempatkan Kedai Kopi Mampu Milik Ketika Bergaji atau dikenali sebagai Starbuck Coffee. Gua usha kiri kanan, cari waitress yang sama standard dengan Ija, Waitress Manis Starbuck The Curve. Gua hampa, muke gua berubah kepada kaler hijau malap, sumer jantan belaka. Gua order ice blended perisa baru, Coffee Jelly selepas dipujuk rayu oleh waiter yang mungkin baru habis SPM. Gua jalan jek, rasa sebijik macam Kopi Ais campur Lengkong (cincau) yang manis, tapi sedap banyak la dari kedai mamak berhampiran. Gua berkhalwat bersama sekotak Mild Seven dan beberapa majalah bulanan gua, tak termasuk URTV dan Mangga. Gua lepak hampir 2 jam, then gua usha muka waiter tuh dah macam ada tertulis 'Sila Keluar, Gua nak balik tidur!'. Gua pun pulang ke rumah selepas kepuasan..

*Starbucks yang merabak.

Rumah gua, rumah berlapis je sebab mak bapak gua jek duduk situ, adik-adik gua sume kat U lagi. Namun gua bersyukur, gua ada rumah yang boleh dikatakan sempurna ada letrik dan air percuma untuk 20m³ pertama. Sebenarnya hari ni gua baru pasang pelita, apa lu ingat rumah lapis tak ada tepat ke nak cucuk pelita. Rumah gua ground floor dan corner lot, maka space tanah agak luas. Boleh bina sebuah dewan serbaguna lagi lah..

* Pandangan 45 darjah rumah gua dengan menggunakan kamera resolusi rendah. Background pelita yang menggunakan diesel sebagai bahan api. Pokok-pokok bunga adalah hasil kerjasama gua dan Mama gua.

Kisah pelita ni bergini, semalam lepas gua gayut, gua menuju ke Tesco beli nugget. Family gua memberontak tak nak sahur beb kalau tak ada nugget tempura cap Ramly. Bersama itu gua mengambil langkah bijak mencari minyak tanah atau nama saintifiknya kerosin sebagai sumber api pelita, raya dah dekat. Gua mintak kat promoter Tesco, mula-mula dia bagi Butana, gua rasa nak Ong Bak dia dah, gua nak kerosin!! Then dia promote belilah Tupertine, gua dah tak tahan. Tetapi gua ingat ungkapan 'Sesungguhnya aku berpuasa', maka gua sabarkan diri.

Kemudian dari mana datang sorang brader tanya tujuan gua gari minyak tanah, gua cakap sebagai sumber api pelita. Beliau gelak besar seraya berkata, "Bro, sekarang ni minyak tanah ni kire barang rare. Kat pekan ni, kalo nak pakai pelita kita pakai diesel jek ganti minyak tanah".

Uish..biar betik. Gua lari ke stesen Petronas berhampiran, gua beli diesel RM4. Demmit.. diesel kaler kuning fresh oren, 20 tahun lebey aku ingat diesel kaler hitam. Ini sumer salah Petronas, ajar gua buat programming, akaun sume. Tapi kaler minyak diesel dorang tak mau taruk dalam silibus plak..hampeh tol. Tak pa, gua balik buat muka tenang sebab gua dah tahu minyak diesel kaler apa sebenarnya.. korang tahu tak? hehehe

notakakirayau : Gua nak tunggu Penyimpan Mohor DiRaja umum tarikh hari raya, harap-harap dia umum harga minyak turun jugak.. 2 in 1. Minyak including petrol and diesel, sebab skang gua consume diesel untuk pelita.. :)

1 Gembiranya Mereka Dapat Berbuka Bersama Selebriti Ternama


*Gembiranya mereka dapat berbuka puasa bersama selebriti kegemaran ramai, Achan Sinclair. Mereka teruja apabila
melihat Achan membayar bil menggunakan kad debit. Tapi kena bayar balik tau~

4 Review Metallica - Death Magnetic


* Resolusi rendah seperti biasa.

Tahniah kepada Metallica, korang berjaya membuat aku beli album korang. Semenjak album terakhir Metallica yang agak mengecewakan aku, St. Anger dirilis pada nak SPM kot ini mungkin sebuah pembalasan yang memuaskan kebanyakan pihak. Metallica kembali ke jalan yang sepatutnya mereka berada dan album ini sangat banyak memberi deja vu aku kepada Black Album. Lepas gua layan album nie, gua memang bersetujui dengan idea seseorang..

Kesimpulannya, Metallica telah kembali di atas landasannya. Ianya bukan album terbaik mereka tetapi sekurang-kurangnya aku boleh melupakan Load/Reload/St Anger seolah-olah itu album Metallica yang tak pernah terjadi. Dari Black Album terus lompat kepada Death Magnetic.

Mr. Ibrisam bin Akhbar, Pensyarah Program Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi PETRONAS
Sumber : KRENMAUT


Ikutilah review gua terhadap album yang memuatkan 10 track nie.

1. That Just Your Life

Permulaan yang agak perlahan dalam lagu ini, kemudian beranjak kepada clean-picking perisa Sanitarium. Kemudian boomm!!, kesemuanya meletup secara mendadak. Bunyi kerinduan terhadap Metallica, best feel bile dengar melody lagu ni. Kelajuan rhytm guitar yang menggila selari bersama suara Heitfield yang menggile. Inilah bunyi Metallica!!

2. The End of The Line.

Korang patut layan debut 'The Other Song', lantas korang bersetuju dengan gua bahawa riff-riff lagu ni berbaur debut tersebut, aku pun baru dengar debut tuh. Namun lagu ni berjaya menunjukkan skill Hemmet yang bisa mengigilkan aku, he brought his wah-wah together inside it. Drum attack yang mantap dan cukup energetik untuk membuat gua hayun kepala berulang-ulang kali.

3. Broken, Beat & Scarred

Lagu heavy tetapi simple dan mengungkit semangat Black Album. Sebuah lagu yang dinamik dan punchy, vocal Heitfield jelas meningkatkan mode lagu yg kedengaran agak simple. Ketukan drum Lars Ulrich dengar agak familiar ek..hmm

4. The Day That Never Comes

Ini betul-betul 'Fade to Black 2', perasaan dan music arrangement ada persamaan yang tinggi dengan Fade to Black. Semangat lagu ini sama sekali tak sama dengan 3 track terawal, kali ini lebih mellow dan ballad. Gua bersetuju dengan Bentara, solo Hemmet agak repetitive dalam lagu ni. Ulrich's drum bunyi ketuk plat besi beb, lu taruk boom mic kat snare ke? Namun lagu ini mempunyai kekuatan untuk memanjat carta-carta musik, percayalah!! Predict-predict chart ni adalah kemahiran terhebat gua..hehe

5. All Nightmare Long

Gitar menjadi pendominasi utama lagu ini, dan kelam sedikit lagu ni. Ini adalah gabungan bersama bunyi The Black Album dan Justice for All, jelas pada lenggok Heitfield. Solo Hemmet yang chaotic dan energetik memang ngam dengan lagu ni.

6. Cyanide

Pace lagu yang slow, dan drum attack yang menjengkelkan. Aku tak gemar. Mungkin bagi aku ni lagu paling tak best..

7. The Unforgiven III

Sebuah lagi siri dendam Metallica, dan 3 episod beb. Kemaafan masih tak diberikan, hampir menjengkelkan pulak, Permulaan dengan mournful piano yang beremosi dan strings (violin dan cello), seterusnya semangat ballad ala-ala Unforgiven timbul. Aku tertarik pada vocal Heitfield, lenggok rock yang beremosi. Mantap gak beb!

8. The Judas Kiss

Uih, duration yang cukup membuang masa. Panjang gile beb.. Yang aku respek dalam track ni adalah dinamik speed um dan slow down. Vocal perisa Master of Puppet sket ek.. aku suke gak verse time verse kedua. Sedap.. Lagu ni memang classic rock sound, Iron Maiden, Kiss dan yang paling nyata Lepard..

9. Suicide & Redemption

Ini benar-benar tribute to Justice ke beb?? Memang ni 1st instrumental song after 20 years. Ingin mengungkit semangat Orion dan To Live is To Die?? Bass Robert macam tak kena... apa masalah ek...hmm

10. My Apocalypse

Ending yang mencengkam, memang perisa trash yang tebal. Attack yang betul-betul kaw dan tangkap. Lagu yang pendek dan bersama music arrangement yang betuk-betul fit. Drum dan guitar selari kekuatannya.

notakakimetallica : Memang layan beb..boleh replace lagu Ahmad Jais time raya nanti.. :D

3 Goyah?

Semalam gua menunaikan rukun Islam ke -4. Membayar zakat fitrah, seperti biasa bayar untuk diri sendiri beb. Gua fikir, sampai bila beb gua dok baca akad untuk diri sendiri ni gamaknya..hmm

Gua sembang perkara ni dengan pelajar-pelajar silat gua yang kesemuanya, berusia 30 tahun ke atas dan memiliki cahayamata. Ya kesemuanya!!! Gua cikgu muda beb!!

Seorang brader ni tanye, "Chan, time ko bayar zakat. Time amil tuh henjut tangan ko waktu akad tuh ape ko rase?". "Agak goyah," pendek dan padat balas gua.

"Hahaha. Tu baru amil beb, belum tok kadi. Mau histeria ko time tuh," balas brader tuh balik. Ramai-ramai dok pakat gelak kat gua. "Demmit, Jangan sampai malam ni aku tunjuk kat korang macam mana nak menyerang musuh yang ramai secara sendirian," gua bermonolog dalaman..

11 Tahniah Kepada Trafik Bahagian Kuala Lumpur

Genre : Konflik

Masa : 8.50 am

Tempat : U-Turn, Sri Hartamas

Pelakon : Achan, Polis Trafik 1 dan Polis Trafik 2.

Drama :

Seperti hari yang biasa, gua bangun pagi dan bersiap untuk ke pejabat. Gua berhenti seketika di depan kaca TV, menonton Malaysia Hari Ini sudah menjadi lumrah hidup ku. Tepat jam 8.30 pg gua angkat briefcase meninggalkan rumah.

Memandu diiringi album terbaru Butterfingers menjadi sebatian penting dalam hidup. Kota metrolitan yang dipenuhi kapitalis berasak-asak mencari harta. Gua pun sama, tapi terus terang gua suke zaman belajar lagi beb. Hidup tenang...setenang-tenang hidup. Macam mana la korg nak countdown tunggu pencen...arrgghh

Perjalan ke opis gua mengambil masa 20 minit tanpa apa-apa halangan. Kalau ada kucing melintas atau lain-lain hazard, maka tune gua pasti lari.

Gua sampai diperkarangan Hartamas, gua terpaksa u-turn untuk ke Plaza Mont Kiara. Seelok je gua u-turn, Polis Trafik 1 yang menyorok di balik jalan mengangkat tangan tanda dah jumpa mangsa.

Demmit, gua lupa pakai seat belt. Mengapa sixth sense gua lemau hari nie...argghh... Ikuti perbualan gua dengan Polis Trafik 2.

Polis : Boleh saya saman kamu?

Achan : Tak boleh.

Polis : Kenapa tak boleh?

Achan : Dah encik tanye saya, saya jawap la tak boleh. (Buat muke ganas)

Polis : Kenapa tak pakai tali pinggang ni?

Achan : Ni (Sambil tersenyum dan memegang buckle tali pinggang Polo yang gua beli kat OU time MegaSales harituh)

Polis : Diam..sambil mengusap-ngusap pemegang pistol revolver disemat rapi di tali pinggangnya yang disediakan untuk ditembak kepada mana-mana penjenayah yang engkar.

Achan : Gua sedikit goyah apabila melihat situasi tersebut.

Polis : Kenapa tak pakai tali pinggang keledar? (Tanya dengan nada sedikit tinggi)

Achan : Maaf encik, time sahur tadi saya terlajak makan pulak. Nak tarik seat belt tak sampai..Sorry lah encik..

Polis : Bak lesen....

Achan : Tekan minyak then tekan NOS...cabut dari polis..

notakakisaman : Kan best kalau gua bertindak macam tuh pagi tadi.. Kenapa gua baik hati bg lesen kat polis tuhh...eerrgghh..melayang RM200 kat raya nie...

3 Sapa lagi patut gua layan??

Semenjak dua menjak ini banyak kejadian aneh berlaku pada blog gua. Gua detect ada beberapa org mengoogle topik tersebut tetapi menuju ke blog gua secara langsung. Antara topik hangat ialah:-

  • Resepi karamel telur susu kukus
  • Maria Ozawa (bulan pose ni beb)
  • Dan yg menarik perhatian gua "sikap orang melayu dalam mencari pekerjaan".

Kpd semua, welcome to my blog.

Sebenarnya sekarang ni gua sedang mencari idea-idea bagi material² untuk band gua Scrow Toom (ex-Schoolmate gua cakap nama band gua jijik..demmit). Band ini adalah band ke-3 gua semenjak menapak dalam bidang musik keras ni. Puas bermain grunge, gua beralih ke metal dan kini gua sedar, kiblat musik gua adalah ke arah grunge sound.

Dalam perancangan, insyaAllah gua akan perform dengan band baru ni pada tahun depan. Maka gua nak pastikan kami keluar dengan keadaan yang fresh. Mungkin ada yang berpendapat musik grunge dah ketinggalan nun di sana. But we are who we are..

Gua telah mengkompos beberapa lagu, namun gua tak tau. Apa ke sentimental jiwa gua skang ni. Bunyi-bunyian yang keluar agak mellow dan sentimental, bunyi yang lebih kepada Seven Collar T-Shirt. Mungkinkah semangat Fender milik Duan dan Ham meresap dalam gitar gua? (Gua dapat tau gitar Ham sakit, semoga cepat sembuh ek..)

Dan kebelakangan ini, gua mendengar lagu² dari artis-artis tersebut, lebih untuk memberi gambaran yang lebih cantik utk material gua. Artis pilihan gua minggu ni..

  • Alice in Chains
  • MudHoney
  • Presidents of USA
  • Stone Temple Pilot
  • Soundgarden
  • Temple of Dog
  • Nirvana
  • Pearl Jam
  • Norah Jones
  • Muck
  • Jason Mraz
  • Butterfingers
  • Mirwana

Ohhh...idea. Datanglah kau!!!!

notakakipelupa : gua lupa nk tulis notakaki..dan gua terlupa nak taruk satu lagu ni dalam list pendengaran gua..gua rase nilai sentimental dlm lagu gua dibawah pengaruh lagu ni r.. Click Five - Empty...hehehe

5 Hebat Namun Tak Cukup Menghairahkan

Top 100 Sites in Malaysia



* Dr. M kalah kepada Adult FriendFinder

Sumber : Alexa

Nampaknya naluri rakyat Malaysia lebih memihak kepada Adult FreindFinder dari bekas Perdana Menteri.

notakakiinternet : Quote from officemate, Reuben " Politic is important, but sex is more important".

5 Pincang Ekosistem Angkara Perbuatan Kami

Genre : Aksi, Kekeluargaan dan Keagamaan

Masa : 14 Ramadhan 1429, Sekitar Maghrib.

Lokasi :
Sunway Piramid (SP)

Pelakon : Achan Sinclair, Haniff Mustafa Amin (Ajak), Zulfadhli (Ajoy), Faiz, Faruq, Fazree dan Hazwan (Juwe).

Drama :

Semalam yang tenang, ku langkahkan kaki keluar dari daerah penuh ranjau ini.

Menuju nun di Bandar Sunway, bukan mencari ketenangan, namun mencari makanan.

Kami selaku pemuda harapan bangsa, tunggak negara merancang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Hartz, Sunway Piramid. Rancangan yang sering terganggu akibat propaganda yang diwujudkan atas dasar ingin melayan perasaan malas masing-masing.

Setibanya di SP, jam tepat menunjukkan pukul 6.30 pm. Maka berlari-lari anaklah para pemuda yang gaya seperti bapa kepada 3 orang anak. Perasaan gusar bermain di benak, risau makanan habis, meja penuh dan segala pemikiran negatif sahaja, tak terlintas langsung idea positif umpama kalau datang cepat mana tahu ada rezeki dapat makan semeja dengan Fara Fauzana, tiada langsung!!

Kami separa sesat di SP, mujur ada seorang staff kaunter pertanyaan tetapi tiada kaunter. Kami bertanya nombor telefon..uhh, silap. Kami bertanya arah Hartz, dan kemudian kami mengikut arahan yang diberikan. Mak aih.. Pengalaman seperi buffet di Ikea, orang ramai sanggp bertumpah darah semata-mata sesuap nasi. Adakah Hartz memang masyhur dikalangan masyarakat setempat?

Banyak dari golongan pelanggan mengadakan gathering yang mungkin melibatkan pejabat atau sekolah, maka terjumpalah dengan awek lama time belajar dulu, uhh..syahdunya bila melihat ex-awek kita berjalan bersama-sama 4 orang anak lambang kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tercinta.

Selepas melihat kesesakan berlaku di Hartz, kami mengambil inisetif untuk berbuka ala kadar dan solat dahulu, kemudian barulah kami kembali ke Hurtz untuk menikmati juadah. Bersiar-siar di sekitar SP menjadi pengubat duka. Bila masuknya waktu Maghrib, berdegar-degar kami berlari menuju ke Smoking Bay. Berbekalkan doa buka puasa yang dihafaz sehari sebelum Ramadhan, setin air tin dan kurma berperisa tak berapa kurma berharga RM3 wakaf oleh Juwe, kami pun berbuka puasa.


*Hotel yang berjaya mencapai taraf 6 bintang.. macam Sinaran Pasport Kegemilangan sih..main bintang-bintang

Sememangnya pemandangan indah mengadap taman tema air Sunway Lagoon dan resort bertaraf 6 bintang, Sunway Resort menjadi saksi kami berbuka puasa. Sesudah mengambil yang wajib, kami mengambil yang makruh pula. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutku angkara menyedut nikotin dari rokok berjenama Mild Seven.

Memang sukses projek pembangunan yang diusahakan oleh majikan Juwe, Sunway City. Dengar kata CEO nya ada rumah banglo 6 tingkat, ini dah melebihi ketinggian rumah-rumah flat disekitar Lembah Klang. Hebat!!

Selepas keperluan jasmani dikemaskini, kami menuju menunaikan Rukun Islam ke-2, apa cerita Rukun Islam ke-3 jalan, yang ke-2 tinggal?? Umpama bumbung tak bertiang lah. Kami menuju surau SP, maaf keaadannya tak kondusif untuk bersolat, baunya hapak. Pihak pengurusan sila ambil serius hal ini!!

Selepas diugut bunuh oleh qariah setempat, aku dipaksa mengimamkan solat Maghrib. Bacaan simple-simple, kalau baca Al-Baqarah mungkin ada yang terpaksa solat baring.

Selesai solat kami melangkah ke Hartz kembali, keadaan tidak berubah. Penuh beratur di luar, pemuda-pemudi berwajah Melayu tulen yang setia memakai kot di negara bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun masih memenuhi di setiap sudut Hartz. Kami bertamadun, dan buktinya kami beratur menunggu giliran. Kami beratur di belakang gadis-gadis yang dilihat dari gayanya mungkin dari Pelajar Tahun ke-2 di IPTA berhampiran.

Selepas beberapa ketika kami beratur, kami mengorak satu langkah ke belakang atau pendek kata barisan masih tak kehadapan. Mungkin ini adalah helah politik yang digembar-gembur semenjak ketika ini. Lelaki berbadan gempal, berbaju ketat dan bertocang macam Jin Ifrit diberi masuk dulu. Tak adil!!

*Malu-malu dengan masyarakat setempat.

Selepas berpenat lelah beratur, akhirnya kira-kira jam 8.20 pm kami dapat menikmati juadah di Hartz. Aku dan Juwe mengambil inesiatif untuk warm up perut dengan memakan buah-buahan dan salad, yang lain-lain terus ke main course. Ajak kembali dari mengambil makanan, 3/4 ekor ayam ada didalam pinggannya. Faruq, Fazree, Faiz dan Ajoy, semuanya mengikut jejak langkah Ajak. Kemudian baru disusuli oleh aku dan Juwe, sememangnya malam itu kadar kolestrol kami naik akibat penangan ayam goreng (perisa asli dan pedas), ikan crispy, mashed potato, pasta, macaroni, nasi, sup dan arghhh terlampau banyak.


*Comelnya kanak-kanak berbaju hitam tuh, memang kena dengan slogan Fun, Happy and Healthy

Tepat jam 9.40 pm kami keluar dari Hurtz selepas dipandang serong oleh Penyelia bertugas, mungkin akibat kadar pengambilan kami umpama tak pernah buka puasa selama 14 hari Ramadhan. Selepas ini mungkin poster bergambar wajah kami diedarkan kepada cawangan-c awangan Hurtz di Malaysia. Tak dibenarkan masuk!!

Namun keseluruhannya, kami berpuas hati malam itu. Spesis ayam mungkin mengalami kepupusan akibat sukar untuk meneruskan kemandirian spesis. Ye la lebih kurang 2 reban ayam tumpas dimeja makan kami. Pincang ekologi dan rantai makanan semulajadi. Memang aku thumb up kalau korang nak mencuba di Hartz. Selamat menchuba!!

notakakiayam : Apa selepas ini? Restroran Nelayan pula? Kita pincangkan ekosistem hidupan laut pulak!! Setuju semua??

4 Death Magnetic Tapi...

Gua nyenyak dibuai mimpi di rumah Ajak yang terletak di Kampung Kerinchi. Kemudian gua dikejutkan dengan panggilan dari bapak gua. Buih-buih mimpi gua pecah dicucuk jarum, pendek kata potong steam. Bapak gua g shopping ngan adik-adik gua kat KLCC. Gua kirim kat bapak gua, kain baju Melayu warna Biru signboard jalan atau bahasa mudahnya Royal Blue. Namun bapak gua kata, sumer tukang jahit dah tamoh amik tempahan, melainkan gua boleh jahit sembat sendiri baju Melayu gua. Nampaka gaya gua pakai baju tahun lepas la beb.

Bapak gua suruh gua pecut pergi buat reservation kat Restoran Santai, Mutiara Damansara. " Order tomyam seafood, sup ekor, paprik campur, udang petai, kailan ikan masin, kerabu perut dan kerabu mangga." ujar bapak gua. Mak aih, makan 4 orang je beb.. Tak pe, bapak gua baru dapat bonus yang membuatkan dia mampu beli Proton Waja dan Perodua Kancil secara tunai. Kesempatan perlu di ambil beb.. Kalau bukan kami (anak-anak) yg perabihkan harta orang tua, sapa lagi kan??hehe..

Memang kucar-kacir gua drive dari kerinchi ke Damansara. Kalau kete gua boleh bernafas, korang boleh usha berombak dada dia. Santap-santap, then gua mengambil inisetif untuk ke The Curve. Gua pit stop kat surau kat Cineleisure jap (surau die memang class), solat sepam then berehat jap (take nap, gua pantang jumpa tempat sejuk-sejuk ni.hehe).

Then gua pergi shopping baju raya. Mak gua kate die payah nak cari baju gua, sebab taste dia memang tak kena ngan taste gua. Abah gua lain, dia pernah belikan gua baju Rastafari..macho beb. Gua jalan-jalan kat The Curve, dan berhenti di Kedai Wajib Beli, Giordano. Seperti biasa promoter tuh dah kenal gua, gua angkat t-shirt beberapa helai dan kesemuanya berwarna hitam. (Hidup gua sume kaler hitam Baju, gitar, kete, payung, jam dan bekas air sekalipun). Sebagai abang mithali, gua angkat sehelai t-shirt untuk adik gua yang muda setahun tuh (kaler putih sebab personaliti kami amat kontra).

Then gua meneruskan perjalanan ke Rock Corner, niat yang tersemat rapi dalam hati kecil gua nak angkat Metallica - Death Magnetic beb album ke-9 nie. Dengar kata style album ni macam Black album, dengar intro kat YouTube pun dah padduu beb.. Tak tahan nie. Gua tawaf Rock Corner tuh beberapa kali, tapi tak jumpa jugak. Gua tanya amoi promoter, dia cakap album tak sampai lagi 15hb baru sampai. Chilakak...Uih, gua baran.. Rasa nak lontar jamrah selepas tawaf kat Rock Corner.

*Magnet Kematian!!! Seram tak?

Tak pe, ni bulan puasa, gua kuatkan keimanan dan kesabaran gua. Gua pusing lagi Rock Corner. Gua jumpa album The Best of No Doubt 1992-2003, gua dah ada dah tape dia dulu. Tapi sekarang ni tape tuh dah tak muat masuk CD player kete gua, rase macam nak angkat.. Hmm tak pe dulu lah.

Pusing sepam lagi, jumpa album baru Jason Mraz, We Sing We Dance We Steal Things. Uih gua memang layan gila Jason Mraz ni, gua kan accoustic-man. Pas tu gua usha track list, ada lagu Lucky feat Colby Callat, lagu pop gua untuk tahun 2008. Tak boleh jadi nie!!


*Huduh betul lukisan ni, Cikgu Pendidikan Seni. Sila ambil serius kes begini!!

Gua round lagi, gua nampak satu album kompilasi Beautiful Songs. Usha track list Jason Mraz (lagi), Craig David, Norah Jones (woooaa), Josh Groban (dashat2), Ryan Cabrera dan beberapa nama besar lain. Usha la theme album ni.. "Finest Collection of Timeless Love Songs".. err.. Tak pe, gua angkat jek.. Sebab gua percaya, pasti banyak lagu yang akustik feel... (alasan gua jek)..hehe


* Takde gambar kat tenet, terpaksa gua amik gamar pakai HP beresolusi rendah ni.

Time bayar tuh, cashier tuh usha len macam kat gua. "Muke ganas, baju ganas, gaye ganas.. tapi angkat CD Jason Mraz ngan Beautiful Songs...hahaha", gua rase lebih kurang la kot kata hati kecik cashier tuh. Gua buat muke comel untuk mengelirukan beliau.. biarlah lu nak kata apa.

Ini sudah melawan prinsip gua ke Rock Corner, nak pergi angkat Metallica, namun kini...err.. biarkan. Gua pergi ke Starbuck kat The Street, happening sikit nak compare dengan Starbuck The Borders. Awek pun ramai beb..hehe..

Tujuan gua ke Starbuck adalah untuk membuat review awal tentang album-album yang gua angkat. Gua g kaunter nak order menu tipikal gua Frapuchino Choc Cream Chip, sekali.. Gua usha cashier die, uihhh 5 star beb. Gua speechless, die tanye order, gua mintak Nescafe tarik satu. Gua jadi hilang pedoman kejap, usha name tag die, name Ija. Usha kejap jek, sebab kalo usha lame-lame takut disalah tafsir bukan usha nametag..bahaya..

*Tak boleh diamalkan selalu kegiatan ni, pasti akan mengikis hebat baki simpanan akaun anda

Then gua dapat port baik, view cantek. Gua keluarkan album-album gua. Bace cover sampai khatam.. Sekali, Ija keluar menonjolkan diri di khalayak ramai. Gua hilang pedoman sekali lagi, gua terminum air orang meja sebelah. Namun gua sedar, tuh sume cubaan je..

Gua singgah Tesco jap, mak gua pesan Nagget untuk sahur esok. Gua balik rumah dengan tekad malam ni nak habiskan 2-2 album!!! Nanti gua review beb.. Jason Mraz, Beautiful Songs dan Ija Starbuck..hehehe

*Lalu Saliha meneruskan perjalanannya ke Tesco melalui Ikea.

notakakimapley : Akan ku rajinkan diri untuk ke Starbuck The Street..hehehe. Tak pe Ija, nanti next week time gua nak angkat Death Magnetic, gua singgah gerai lu lagi..Kpd yg berkenaan, gua hanya suke usha jek beb..

0 Salam Aiskrim Nestle Drumstick di Tengahari Ramadhan

Salam Ramadhan..

Pagi ini gua mendapat call, panggilan duit RM90 untuk bercakap selama 2 jam. Hish, bercakap je beb, memang gua suka betul tawaran-tawaran macam ni. Sebenarnya ini adalah lebih kepada market survey untuk aiskrim Drumstick (at first aku ingat Cornetto, dah puji-puji Cornetto then dia bagitau market survey ni untuk Drumtick..hehe).

Ok la, gua pun seorang market analyst yang berwajah pan-asia tapi tak berapa nak sukses dalam kerjaya, kena gak r market survey dengan kerjaya gua. Cuma lain bidang je, gua layan CCTV, kali ni bidang ice-cream plak..hehe

Beberapa manusia lagi turut bersama dalam market survey ni, kami di minta untuk memilih quote yang ngam dengan identiti Drumstick. Dan pemilihan jalan cerita iklan TV untuk Drumstick juga dijalankan sekali gus. Kira iklan tak keluar TV, gua dah tau la jalan citer die..hhehe

Selepas memberi idealogi-idealogi yang agak bernas gua di bayar sebanyak RM90. At first gua ingta dorang nak bagi gua rasa aiskrim, gua tarik diri la beb kalo cam tuh. Selamat hanya bercakap jek. Gua balik rumah Ajak. Gua tidur nyenyak untuk 3 jam, memang masyuk beb!!

Dan planning gua, dengan duit tuh gua nak angkat album baru Metallica.. Death Magnetic...yeaagghhh!!! Terima kasih Nestle Drumstick :D

notakakiaiskrim : Salah sorang volunteer adalah seorang amoy yang sangat comel!!!! Gua menyesal tak menyusun ayat dengan frasa-frasa ala Sonnet 18...

4 Berbuka Puasa di Ikea, Mutiara Damansara

Bapak gua sms, bilang beliau pulang lewat hari ni. Maka jatuhlah harta pusaka upss..jatuhlah amanah kepada gua untuk membeli makanan untuk berbuka bersama mak gua balik opis nanti nanti. Gua sebenarnya dah naik jelak ke Bazaar Ramadhan Sek. 6, Kota Damansara, Selangor ni.

Asal gua bukak mata jek, nasi dagang, ayam guling (ke golek..pedulikan), murtabak dan pastinya air yang belum tentu manis rasanya. Weh gua nak story sket, beberapa hari lepas gua beli air epal kat bazaar ni. Time berbuka gua minum (ye la kantoi r kalo gua suruh abang tuh cucukkan straw time pukul 5 petang tuh), skali gua hirup, bajet padduu.

Sekali perrghh, kalo korang minum air yang boleh mengakibatkan diabetis tuh kira normal, ni gua minum boleh kasi hipertensi atau bahasa senang difahami boleh mengakibatkan darah tinggi.. Masin tak terkata, kalo brader bancuh air pakai air paip gua boleh accept lagi, ye pun nak jimat kos lagi jangan lah bancuh air pakai air laut beb. Tau la air laut free, hampes tol.

Gua bajet nak kasi anjakan paradigma la kat mak gua, ajak dia berbuka kat Ikea. Gua sampai rumah, men gitar dalam 20 minit. Then 6.20 gua kua rumah, 6.30pm sampai Ikea. Cari parking yang chun, gua park MyVi hitam pemberian Abah gua.

Inilah pertama kali mama gua melangkah ke Ikea bukan bertujuan mencari meja makan, sofa TV mahupun rak kasut. Tapi misi beliau hari ni, nak makan beb!! Sekali tercangak sih mama gua dengan gua sekali, restoran penuh beb. Hampa dan kechiwa.

Kemudian ada waiteress tuh datang membawa harapan, mungkin beliau terpersona dengan sifat gua sebagai anak mithali bawak mama gua makan. Seraya beliau berkata, "Nanti abang datang pukul 8 ek, time tuh ramai orang dah beransur". Cheese, mana gua nak lepak 40 minit nie?

Elok gua angkat kaki, ada annoncement masuknya waktu berbuka bagi Ikea dan shopping complex disekitarnya. Tak kan gua nak bukak puasa korek idung kot, tak civilization langsung. Gua lari ke bawah, beli air soya bean. Layan kat depan kedai kad dengan mak gua. Kelip-kelip, masa bergerak pantas. Gua solat sepam. Gua pergi mengadap pintu masuk cafe tuh balik.


*Orang ramai bertempur untuk sesuap nasi


Bayarlah RM15.90 per kepala, maka gua ngan mama gua ditempatkan di kawasan strategik di tepi tingkap. Mama gua suruh gua beratur amik food dulu, kang kalo 2-2 bangun seat kene kipnap lak.

Gua gerak ke kawasan mengutip makanan, mak oih. Pertumpahan darah berlaku semata-mata nak amik makanan. Macam rusuhan kaum ada jugak sikit-sikit. Gua angkat plate gua kayuh nasi sket, wantan sket, ciken wing banyak sket dan ketam banyak maksimum. Gua malas nak beratur panjang dah, 1 round je niat gua.


*Gua no comment gambar yang nie ..hehe


Then mak gua mengambil alih posisi gua dalam beratur. Gua lepak kat meja tunggu mak gua. Skali dia datang.. meriah gile. Sereban ayam kehilangan kepak disebabkan mak aku. Ye r, tau la anak die nie tak cukup khasiat. Ye pun ganas sangat tuh. Kayuh slow-slow, then habis gak. Layan gak r buffet die, ramai je non-Muslim berbuka sekali. Bagi gua worth la untuk nilai RM15.90 tuh. Skang gua terkandas atas katil, tak mampu kemana-mana dah..hehehe

notasyurgadibawahtelapakkakakiibu : Gua heppy sebab mama gua hepi..lu bayar RM15.90 tunggu meat ball memang tak dapat beb sampai Syabaan sekali lagi. Chuba berfikiran waras dan logik nilai makanan yang mampu milik dengan 15 hengget tuh. Target wiken ni, Restoran Nelayan!!! :D

2 Lagu Hari Khamis



Peringatan awal, gua dah beli album ni kira-kira sebulan lepas. Tak main la download beb. Tiap-tiap hari gua pasang lagu ni time drive nak g opis, memang addict kat intro die yang pakai accordion. Lagu yang sayup-sayup, perisa lain dalam Butter's sound. Lirik dia mampu bikin lu senyum sorang-sorang. Lupa nak bagitau lagu ni bertajuk.

Gelombang Cinta by Butterfingers

paaadduuuu... - Loque

4 Resepi Puding Karamel =)

Gua dipengaruhi oleh blog Bentara dan isterinya, Puan Suzi. Kemudian dibakarlagi oleh Nazir selaku bandmate gua. Post kali ini mungkin sedikit rare, untuk pengetahuan kalian selain dari bidang musik, gua juga adalah seorang pemasak tegar. Dan resepi yang gua nak reveal hari ni adalah puding karamel. harap-harap lu orang try la sempena bulan Ramadhan ni. Brader-brader grunge kat luar sana, lu kasi surprise kat mak lu..

* Gua tau lu leleh punya, sabarlah Sabariah.

Bahan-bahannya.

Puding

Tiga suku tin susu cair/susu segar
3 biji telur ayam (sape taruk telur puyuh aku rembat kepale die)
2 biji kuning telur ayam (bukan kuning telur penyu!!)
1 cawan gula halus
sehujung sudu esen vanila

Karamel.
2 satu per dua sudu nasi gula kasar

Peralatan

1 loyang
1 mangkuk besar
1 pengadun
1 dapur gas
Gas memasak secukup rasa.

Cara Memasak.

1. Lu tuang susu dengan sesen vanilla kat dalam satu bekas, lu kasi panaskan susu tu sehingga suam-suam kuku suhu dia lebih kurang 68 darjah celcius, sorry kat dapur gua tak ada termometer. Jangan sampai mendidih, kalo mendidih lu repeat step no. 1. Panas pakai api, bukan secara teknik lain macam duduk atas kotak susu dan lain-lain.

2. Then lu campur telur, kuning telur sama gula. Lu adun sama rata, lu kacau-kacau. Kacau lama-lama, timing dia..hmm. selalu gua tinggal g usha Jejak Rasul dulu. Tu timing gua, pastikan lu usha Jejak Rasul jek, takut kalo lu usha citer lain timing lari nanti, tune dah kacau la.

3. Skang ni gua nak ajar camne wat karemel lak, lu amik loyang, campak gula dalam loyang. Then panaskan loyang, kacau sampai dia perang sikit jek, then terus angkat. Tak perlu tunggu sampai perang semua, sebab loyang masih ada haba pendam. Kalo karamel hangus tak layan, pahit. Tak padduuu bak kata Loque Butterfingers. Ok then biarkan karamel membeku, pergi buat kerja lain.

4. Sementara adunan telur tadi masih bergerak, lu masuk susu yang suam kuku tuh sedikit demi sedikit kedalam adunan telur. Biarkan sebati. Masuk susu suam kuku, bukan masuk kuku lu.. vodoo..

5. Lu angkat adunan susu dan telur tadi masukkan dalam loyang berisi karamel tadi. Dan tutup permukaan loyang dengan alumium foil, kalo lu nak pakai kuprum pun gua tak kisah. Then kukus adunan tadi selama 30 minit di atas api dunia. Kalau api di sana gua tak tahu, wallahualam.

6. Dah 30 minit, lu tutup api untuk mengelakkan lu beraya dengan rumah hangus disambar api. Then biarkan loyang sejuk selama 5 minit baru bukak foil. Then lu campak loyang masuk peti sejuk, dah sejuk keluarkan, tunggu azan dan makan.

Selamat mencuba ye puan-puan..

Kalau tak jadi, pergilah ke Bazar berdekatan dan dapatkan dengan harga RM2 sepotong, Damansara rate.

notakakimasak : Kepada gadis-gadis di sana, gua nasihatkan korg g berguru dengan orang rumah Bentara. Masakan beliau memang tip-top, tiap-tiap hari gua follow blog beliau. Lihatlah anak-anaknya comel belaka, tak lupa suaminya juga =)

3 Convofair Season 2

Sebelum memori gua pasal Convo 2008 hilang, baik gua arkibkan dalam blog ni.

Ahad


Gua memang planning bangun tengahari beb. Kat rumah tak dapat nak extend tidur, kurang-kurang pukul 9 kalau gua tak bangun lagi memang mama gua merusuh kat bilik gua. Tak sanggup! Gua bangun bukak mate mandi-mandi, then NymQ and geng ajak gua ke tapak convo.

Dengan perasaan berkobar-kobar kami melangkah ke treler Sauber, dengar kata banyak benda-benda best terutamanya promoter² yang berwajah ala-ala pembaca berita, hot woo. Bersama gua adalah Kong, seorang jejaka berasal dari Pulau Mutiara, seorang yang amat obses terhadap wanita hot. Jatuh hukum mandatory (bukan compulsary) untuk Kong menghadirkan diri ke booth tersebut. Kami bersiar-siar dalam treler tuh, usha-usha akak promoter, pilih yang terbaik dan ambil gambar. Nak beli baju, hmm.. gua tak berminat sukan pemotoran nie.

Gua ada janji lunch dengan adik kecil gua yang lain mak dan ayah, Nema. Tapi pagi masih tak bertukar menjadi tengahari, maka gua mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dengan NymQ. Sedang kami bersiar-siar, gua ternampak orang tengah carving buah. Gua percaya, gua berdarah seni dan NymQ, baru malam tadi gua usha beliau melukis hentai. Dengan keazaman yang berkobar-kobar, gua propose kat NymQ utk participate dalam fruit carving.

NymQ ukir, gua potong, gua makan. Kegiatan tersebut berulang-ulang selama 1 jam. Memang badan gua berkhasiat la hari tuh. Dengan pengalaman gua bermain musik selana 8 tahun, gua tabahkan diri menempuh 1 jam penuh penderiitaan tersebut. Tema yang gua pilih adalah bangunan dan flora fauna. Hebat tak kami mengabungkan dua elemen dalam satu arca seni. Peserta yang lain semua lebih kurang ayam macam gua cuma beberapa peserta yang outstanding iaitu pasangan mak cik dari Persatuan Penyedia Makanan Perkahwinan Daerah Perak Tengah, demm.. mana adil dow, mak cik tuh dah standard mak andam but nak lawan gua yang hanya berkemahiran tinggi dalam mengupas kulit limau mandarin, sah-sah die menang. Dan lagi satu pasangan lelaki yang siap bawak anyaman dari daun kelapa lagi. Tema dia Masjid UTP, tapi gua usha saling tak tumpah dengan Pusat Sains Negara kat ofis gua tuh.


*Kegigihan gua terserlah

*Terima kasih kepada NymQ (bertopi) dan penyokong yang setia bersama kami.

* Hasil karya pemusik Grunge dan pelukis hentai.


Gua amat berterima kasih kepada kelab penyokong² gua, walaupun selepas kami hantar hasil, kami terus lari...segan kate Kong.hehe. Then gua ke booth Ayamas untuk santapan tengahari bersama Boy, Rizal, Iffat, Ajoy, Nema dan Dayah. Makan dan kenyang..balik singgah booth Saubert sekali lagi then tidur mimpi indah!!

Gua planned ngan Dayah nak g memanah petang tuh, bajet macam Robin Hood la. Tapi apakah daya, gua bangun dah pukol 6. Gua tak mau mempersia-siakan hari gua di UTP. Gua ajak Toyon dengan Bob ke Taman Maju. Gua open table cendol pulut. Layan beb walaupun gerimis mendatang..

Pas kenyang dilanda cendol, gua mengambil keputusan untuk pulang ke UTP. Balik mandi dan buat apa yang patut. Boy sms ajak dinner, gua on. Gua keluar berbekalkan payung hak milik NymQ. Malam ni M. Nasir beb, hujan petir pun gua harungi dengan tabah. Pas dinner lauk bihun sup utara, gua bersiar-siar dulu. Kemudian dari jauh gua dengar bunyi bass yg groovy.

Secara logiknya mustahil untuk kanak-kanak Africa menari diiringi bunyi bass yang groovy, instict gua kuat menyatakan M. Nasir dah start. Tanpa melengahkan masa, gua berlari bapak ke stage.

Demm..ramai gile. Warga UTP dan Tronoh berebut memenuhi depan stage. As usual, segrate antara muslim dan muslimah..hehe. Lagu 1st, Raikan Cinta, gua layan jek. Lagu 2nd, Sentuhan Listrikmu, waaaa..ini lagu feberet aku sepanjang hayat. Ini adalah 1st konsert M. Nasir yang bawak lagu ni, before this tak de. Memang rezeki beb. M. Nasir perform memang layan sampaia mamat2 arab pun dok head banging.

Time lagu Semerah Padi, gua ngan Iffat ingat nak buat demo silat dah. Crowd jadi tak tentu arah, sume naik gile, pertumpahan darah berlaku. Sume layan..

Habis M. Nasir, gua jalan-jalan last kopek, mana tahu org wat sales. Jual Dr. Fish ke, nak gak aku angkat seekor dua buat jadi haiwan peliharaan. Pusing-pusing, then wat hal peribadi...hehe.

Gua balik, layan asam ngan kacang rebus then tidur nyenyak akibat alunan M. Nasir.

Isnin.

Gua bangun dah tengahari, pukul 12.30 gua lunch ngan Alen, sampai kol 2.30 pm. Last kopek beb..hehe. then lepak bilik Kaled, sembang sampai lebam ngan Bosh, Kaled dan Silu. Gua lepak situ sebab NymQ kunci bilik..demmit, lari jadual kehidupan gua.

Jam 5 gua pulang..jam 8 gua sampai rumah..

notakakipemandutegar : Tahniah kepada member-member yang grad, akhirnya selepas hampir 7 tahun pengajian di UTP.hehe. dan rakan-rakan yang on track.. TQ to NymQ dan Toyon kerna baik hati meminjamkan bilik kepada gua.




4 Kisah Kaisara

Time gua belajar kat UTP dulu, gua memang syiok layan series. Antara series-series yang menjadi pilihan gua, Prison Break, How I Met Your Mother, Series Korea-Japan (gua memang jiwa romantis beb) tak lupa juga Kisah Kaisara.

Kisah Kaisara.. gua lama dah tak usha. Malam tadi gua usha, ada watak Haris iaitu ketua kelas Kaisara. Rambut cacak, muka jambu, wajah Pan-Asia dan admire kat Kaisara. Demmit, memang semua ciri-ciri seorang Haris yang gua kenal. Wajah, rupa, nama dan siap admire kat Kaisara lagi. Aziz M Osman, lu kene cari gua. Bayar royalti dekat gua beb.. lu adaptasi watak gua dalam citer lu..ish..



*Dari kiri, gua tak kenal, Kaisara (bertudung) dan gua tak kenal. Kiri kanan lu memang tak ade efek langsung kat hidup gua. Ini Kaisara, kalau macam ni comel gua berhadapan dengan iklan tuala wanita sebagai sponsor gua tenang je.

4 Oit Penduduk Penduduk Palma Puteri, Kota Damansara.

To : Kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk,
CC : Brader Yus@Pak Guard rumah gua.

Subject : Ini suatu ugutan!!!

Body :

Malam ini amplifier gitar aku akan sampai. Maka berhati-hatilah kalian semua dengan kebingitan gitar baru gua. Gua baru nak try gitar gua, rasakan penangannya. Pak Bilal di surau menjerit-jerit untuk azan semata-mata untuk melawat kebingitan gitar gua, anak-anak kecil yang puasa setengah hari akan layan 'head bangging', ibu-ibu yg letih memasak seronok layan body slam bersama famili tercinta dan bapa-bapa yang baru menghabiskan moreh di masjid sedang asyik berskakin sesama qariaah masjid. Ini semua adalah berpunca dari alunan dari gitar gua, dan bunyi ini akan di sampaikan melalui medium gua iaitu Roland Micro Cube 5".

Sekian Terima Kasih.



*Senjata pembunuhan

5 Aku baru beli sebijik Jaguar

Wahai peminat-peminat ku di luar sana..

Kalian usah risau, gua sudah pulih sepenuhnya, comel dan lovely seperti sediakala..

Semenjak beberapa hari ini, gua berkhemah di kedai-kedai gitar di sekitar Lembah Klang. Tujuan gua satu jek, nak cari Epiphone LP-100.

Kemudian gua dikhabarkan berita sedey, LP 100 dah tak diseludup masuk Tanah Melayu lagi. Maka gua beralih arah, kepada Telecaster. Namun ketika gua di Bentley, ada suatu entiti yang menarik pantas perhatian gua. Gua lirikkan mata gua ke entiti tersebut, Fender Squier Jamaster (Jaguar).

Maka hari ini, gua berkhemah setengah hari di Bentley Mutiara Damansara lagi selepas dihalau akibat melebihi had masa semalam. Hari ni gua lebey dalam mencari gitar, sebelum keluar rumah, gua training riff-riff lagu terbaik yang mampu gua main. Ye r kat Bentley karang segan la gua main lagu Jingle Bell, gaya kene ada beb.

Setapak gua langkah keluar rumah, hati gua yakin berkata "This is the time!!". Gua memandu kira-kira 8 minit dari rumah gua ke Bentley. Gua parking kat Tesco sebab mama gua kirim sabun basuh baju 1kg. Masih terngiang-ngiang pesanan mama gua di gegendang telinga gua.

Bentley terletak berhadapan dengan Tesco, maka gua kena melintas jalan. Pesanan iklan TV3 agar berhati-hati ketika melintas tuh pun gua ambil peduli. Gua nak main gitar mahal, bekeluarga dan bekerjaya seperti orang-orang di luar sana. Maka gua menitik beratkan keselamatan diri gua.

Berbekalkan ilmu di dada dan duit di poket, gua memberanikan diri mencari Hafiz, seorang promoter Bentley yang gua baru berkenalan ketika perkhemahan semalam. Dengan perasan ego dan bongkak gua mintak kat Hafiz, gua nak try Jagmaster dengan Tele. Selepas mengoreng-goreng riff yang gua refer kat internet pagi tadi, gua menggunakan kembali riff tersebut untuk memastikan kehebatan kedua-dua gitar tersebut. Gua kena tenang untuk membuat pilihan, ini bukan main-main, ini hal 4 digit duit simpanan gua, boleh pergi umrah beb. Gua berfikir selama 3 jam tanpa gerak disuatu ceruk di Bentley (serius),

Gua decide..gua pilih Jagmaster..



* Gambarajah gitar baru gua yang mungkin gua namakan sebagai Borhan.

Ini adalah detail pasal gitar gua..


Model Name Jagmaster™
Model Number 032-0700-(Color#)
Series Vintage Modified Series
Colors (506) Black,
(Polyurethane Finish)
Body Alder
Neck Maple, C-Shape,
(Polyurethane Finish)
Fingerboard Rosewood, 9.5” Radius (241 mm)
No. of Frets 22 Medium Jumbo
Pickups 2 Duncan Designed™ Humbucking Pickups
Controls Master Volume,
Tone 1. (Neck Pickup),
Tone 2. (Middle Pickup)
Pickup Switching 3-Position Toggle:
Position 1. Bridge Pickup
Position 2. Bridge and Neck Pickups
Position 3. Neck Pickup
Bridge 6 Screw Mount Synchronous Tremolo
Machine Heads Standard Die-Cast Tuners
Hardware Chrome
Pickguard 3-Ply Parchment on: 06,
4-Ply Tortoise Shell on: 00
Scale Length 24” (610 mm)
Width at Nut 1.650” (42 mm)
Unique Features Large ‘60s Style Headstock,
Gold and Black Squier Logo,
Engraved Neckplate,
Black Plastic Parts,
Dot Position Inlays
Strings Fender Super 250L, (.009 to .042) Nickel Plated Steel p/n 073-0250-003
Accessories None
Introduced 5/2000
Notice Product Prices, Features, Specifications and Availability Are Subject To Change Without Notice

Semoga gua makin sukses dalam apa yang gua minat..insyaAllah..korang pun same beb!!

notakakigitar : Bapak gua dapat gitar gua, boleh beliau try lagu Rod Steward. Ish..abah, ni gitar Kurt Cobain..

amarankepadagitaris : Barangsiapa nak beli Amp Micro-Cube dengan harga menarik, sila hubungi gua. Sementara stok masih ada..

3 Mana Pisang??

Masa : Masuknya waktu Zohor bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan² yag sama waktu dengannya.

Tarikh : 5 Ramadhan 1429

Tempat : Masjid INTAN, Bukit Kiara

Pelakon : Achan Sinclair & Pisang.

Drama :

Rutin mingguan ke masjid menunaikan solat Jumaat perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Macam biasa hari Jumaat perkara wajib mesti ada kat masjid, selain khutbah Jumaat ialah pisang wakaf kepada jemaah, memang lazat. Setibanya gua di masjid...

Achan Sinchair : (Monolog dalaman) Weh, mana pisang ni?? Sapa sorok pisang nie?? Gua straving ni. Dorang tukar port pisang ke?

Gua pun keliling masjid beberapa kali mencari pisang. Gua bajet Tok Khatib dah sorok kat mimbar, simpan untuk kegunaan peribadi dia jek. Gua dah ugut Tok Khatib tanya piasng kat mana, dia tak ngaku. Tak pe...

Achan Sinclair : Deemmm..hari puase, sape lak nak sedekah pisang!!

notakakirembatpisang : gua masih tak sebati dengan Ramadhan lagi ni. Selamat pisang, bukan Pizza Hut.

2 Bercahaya Sinar Keikhlasan Dalam Matanya.


*Walaupun matanya dijangkiti kuman, namun wajahnya masih saling tak tumpah dengan iras wajah hero Dark Knight, Christian Bale.

notamata : walaupun beliau tak sanggup berhadapan dengan masyarakat di luar sana akibat perubahan ketara pada matanya yang biru. Namun beliau amat berpuas hati dapat MC 2 hari..hehe

0 Lepas Merdeka

Gua balik rumah drive kete MyVi berenjinkan Roll Royce milik gua, setibanya di Sunway Damansara ada roadblock. Apa kes malam merdeka ada roadblock, ini tak lain nak menangkap anak-anak muda Melayu yang sedang mengujikaji had kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh motor mereka.

Dari jarak kurang dari semarlhan gua nampak dah lampu biru, lip-lap-lip-lap. Gaya pemanduan gua jadi berhemah serta merta. Gua tarik seat belt, sangkut. Cheese, time ni la nak sangkut. Gua tanye kat penumpang kete gua merangkap famili gua, "Molokov cocktail, C4 dengan AK47 tadi dah sorok elok-elok?".

Gua kene tahan, uncle Polis usha kerek. Seat belt dah tersemat rapi, roadtax pun telah dihidupkan. "Ok, jalan", ujar uncle Polis.

Ekele..ape cabaran roadblock check seat ngan roadtax jek. Gua jalan kedepan, gua buat willey pakai MyVi gua. Dua tayar depan terangkat, jalan pakai tayar belakang jek, baru bergaya cara pemanduan gua.

4 Merdeka

Malam merdeka adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh sekalian belia-belia tunjang negara. Tak kira lah anda seorang mat belia 4B, mat rempit, lelaki Ampang mahupun Skinhead. Masing-masing dengan agenda tersendiri, ade yang mengikuti countdown merdeka peringkat daerah, yang mat rempitnya pasti ada special edition race malam merdeka dan brader-brader skinheadnya pasti ada pergaduhan berlaku di kawasan Bukit Bintang.

Bagi gua semua tu dah menjadi suatu perkara lekeh yang malas gua nak amik kisah, malam merdeka gua angkat satu family g lenjan TGI Friday kat The Curve Damansara. Adik-adik gua memang berbakat besar dalam menipiskan wallet gua, secara lansung mereka telah mengikis RM276..terbaik!!! Tapi gua tenang jek, esok gua g gadai motor Kriss adik gua kasi replace baki akaun bank gua.

Keadaan di The Curve pada malam merdeka adalah kurang enak untuk dinikmati bersama keluarga. Mak gua tanya budak-budak ni nak pergi mana? Tak kan gua nak cakap dorang lepak kat Laundry Bar, maka gua diam je la. Merdeka sungguh negara kita, SPM dah tinggal 2 bulan, korang lenjan g lepak2 main spray. Kalo lu silap spray kat muke gua, memang konfem tubuh lu merdeka dari nyawa lu, dah tak kene jajah dah.

MERDEKA..

Manusia memang gemar kemerdekaan, kebebasan dan hak. Namun adakah benar hak itu milik kita? Cukup merdekakah kita sekarang nie? Cukup British keluar dari negara kita, kita dah boleh isytihar sebagai merdeka?

Ello.. selagi hubungan lu ngan Big Boss kat atas tu masih dibelenggu dengan seribu satu hal dan alasan dunia lu tak payah la isytiharkan kemerdekaan kat diri lu. Kalau nak solat pun dok teringat hal-hal dunia, hampes la lu. Sanggup pergi gig tapi tinggal solat, ape cher? Beb.. rock-rock juga, solat jang lupa.

Kita nie manusia, hamba.. Bila dikatakan hamba, memang class die paling bawah. Kita nie tak ada hak sebenarnya.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku
[Surah Al-Dhariyat : Ayat 56]

Hamba ini bersifat lemah dan tidak mempunyai apa-apa kekuatan, melainkan apa yang dipinjamkan oleh Pemiliknya. Sama dengan jiwa kita sebagai manusia, kosong dan penuh dengan hasutan nafsu yang bergelora. Cabaran dan dugaan dunia yang mendatang seringkali menguji kekuatan kita. Maka untuk menghadapi ujian itu kita perlu perlengkapkan sheild kita iaitu iman dan taqwa.

Didalam kesibukan hal-hal dunia ini, kita perlu mengutamakan dimana yang paling penting dan yang mana yang enteng. Merdekakan hati dari kelalaian dunia kerana sesiapa yang leka pada dunianya, maka dialah yang kerugian pada akhirat kelak.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[Surah Al-Hadid. Ayat 20]


Maka terdapat dua sifat yang perlu hadir dalam diri seorang insan iaitu, zuhud dan qanaah. Zuhud itu bukan bermaksud meninggalkan semua hal-hal dunia, umpama tidak beristeri, sentiasa bersolat tanpa tidur dan sebagainya. Zuhud yang dimaksudkan adalah tidak menamakkan hal-hal dunia sehingga lupa akan Allah.

Rasullullah SAW adalah manusia paling zuhud yang pernah hidup didalam dunia, namun baginda pernah bersabda : Badan kamu itu wajib untuk kamu penuhi hak nya. Maksudnya dalam melakukan ibadah kepada Allah, namun kita perlu memenuhi tuntutan sebagai seorang manusia umpama tidur, makan dan berkeluarga.

Demi Allah, sesungguh nya aku ini adalah orang yang tertaqwa di antara kamu semua kepada Allah dan paling takut kepada Nya, tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku juga bersembahyang ( malam ) tetapi juga tidur, juga aku kahwin dengan para wanita. Maka barangsiapa yang enggan pada cara perjalanan ku, maka ia bukanlah termasuk dalam golongan ku. “

[ Diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim]


Sifat Qanaah pula ialah merasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah, namun pada masa yang sama tetap berusaha. Maka orang yang bersifat qanaah ini sentiasa redha diatas ketentuan-Nya dan sentiasa memotivasikan diri untuk lebih maju kedepan.

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.


(Surah Al-Baqarah : 273)

Maka perlulah kita memusabahkan diri kita, tepuk dada, tanya adakah ada sifat-sifat ini dalam diri kita? Jika tiada berusahalah kepada untuk mengadakan nya.

Bukannya yang di namakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang di namakan kaya – yang sebenarnya ialah kayanya hati.


(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.)