4 Tunggu la nanti ek..


Tempat : Padi, Cyberjaya.

Masa : Masa makan malam..

Genre : Serius.

Drama :

Achan Sinclair : Gua letak rokok Dunhill Light gua atas meja.

Adeq Nurul : Achan, you smoking?

Achan Sinclair : Aah.. (sambil memandang tepat ke dalam mata Za, sebab die pernah tanye soalan yang sama..hehe)


* Kat kotak rokok ni die tulis rokok membahayakan kesihatan jek, tak de tulis untuk jantina dan orientasi seksual pelanggan.

Adeq Nurul : You smoke rokok pondan la..

Achan Sinclair : Anak gua dah cecah doblas orang nanti, gua datang mengadap you. Sebenarnya rokok tak membawa erti dalam kehidupan realiti (Bermonolog dalaman)

notakakilelakisejati : gua lupe untuk membayar makanan hari tuh..demmm. Semoga orang yang bertanggungjawap tuh membayar makanan yg kita makan...hehe

0 Hari ini 28 Syaaban 1429

Hari ini 29 Ogos 2008 bersamaan 28 Syaaban 1429, kedatangan Ramadhan akan disambut dalam 2 hari lagi. Aku rasa tibalah masanya untuk memainkan lagu ini..





notatkakipuasasetengahhari : Aku ingat nak warm up puasa, 3 minggu pertama puasa setengah hari. Ok tak idea tuh??

6 Hari-hari di Convofair 2008 (Part 1)

Pada minggu lepas gua telah melancarkan holiday secara besar-besaran ke UTP di suatu kawasan terpencil di tengah-tengah Perak dipanggil Tronoh. Rata-rata penduduk Tronoh bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Kenderaan² di Tronoh menggunakan minyak petrol untuk membakaran tenaga, sama seperti di kawasan lain juga. Maka Tronoh adalah sama dengan kawasan² di Malaysia ini, cuma cuaca di Tronoh lebih panas dan di Tronoh ada UTP, tempat lain tiada. Ikutilah kisah menyayat hati gua:

Hari Pertama (22/8/2008)

Sebagai seorang Penganalisis Pasaran yang berjaya, gua meneruskan norma-norma kehidupan tipikal gua bermula seawal 6.30 pagi hingga ke 6 petang. Apabila jarum jam menyengah ke angka 6 petang, dengan tanpa perasaan ragu-ragu gua berkemas untuk pulan ke rumah. Gua cuba instant messaging rakan seperjuangan gua yang sering bermain facebook atau menonton siri² drama di pejabat, Zarith. Namun kekecewaan yang hadir dalam jiwa gua, Zarith dah balik ketika jam 5.30 ptg. Tenang sungguh beliau..

Setibanya gua di rumah, gua mandi-mandi, mendirikan tiang agama dan berkemas beg. Tema gua balik ke UTP kali ini adalah secara berkonvoi, ya.. konvoi, memandu beramai-ramai macam Tengku Makhkota Johor buat setiap tahun tuh. Janjinya bertemu di Restoran Jejantas Sg. Buloh pada jam 8.30 mlm, dan bertolak pada jam 9 mlm. Sebelum gua berangkat ke sana, gua SMS kepada jiran tetangga gua dalam radius 2 km merangkap ofismate gua, Zarith samada nak gua kutip dia ke Sg. Buloh atau tidak. Dia dengan perasaan serba salah dan sedih terpaksa menolak pelawaan bintang ini kerna janji kawannya yang mahu mengutipnya dari rumah. Gua dapat merasai perasaan beliau, pasti seribu kali rugi menolak pelawaan bintang ini..



* Gambar gua tak de, gua kene tolak dengan lebaga gelap pakai spek bernama Ejat.. Cheese, gua dendam kesumat sama lu Ejat!!


Akhirnya ketika aku menunggu di Sg. Buloh, aku mendapat panggilan dari Zarith menyatakan bahawa rakannya tersesat, argh biarkan kamu..haha. Konvoi bergerak dari Sg. Buloh pada jam 10 mlm, arrgghh tekanan akibat lewat. Dan kami tiba di Tronoh dalam lingkungan jam 1 pagi lebih. Kami singgah di kedai mamak lagenda, Farouk & Sithick, namun kami diberitahu Farouk pulang ke kampung halaman di India dan anaknya mengambil alih perniagaan. Selepas memberi nafkah zahir kepada perut gua berbentuk nasi lemak telur goyang dan Milo Ais sedap, gua mencari rakan untuk bergossip di kedai mamak. Gua terserempak dengan Senpai Bono, Senpai SiluManiax, Senpai Mat Le dan Ngek Yang Tidak Kurang Gaynya, selepas bergossip serba sedikit. Gua tiba di UTP tepat pada jam 3 pagi, dan gua masuk bilik Nyamouq lantas gua terus tidur tanpa mengejutkan Nyamouq dan rumetnya, Taufik.

Ketika gua nak melelapkan mata, pintu bilik Nymouq dikuak, gua memang phobia bilik dikuak tengah-tengah malam selepas kejadian kes Anwar dan Saiful ni. Lagi-lagi gua memang tidur di bilik ex-Starian, manalah tahu ada yang mencari service malam² begini. Namun prasangka gua meleset sama sekali, rumet gua, Kamarul@Kamaruddin@Toyon datang melawat. Selepas berpillow talk dengan Toyon selepas hampir 3 bulan tak berjumpa, gua nyenyak tidur di bilik Nymouq..cutenya..

Hari Kedua (23/8/2008)

Gua bangun pagi dan buat apa yang patut. Jam 10 pagi gua mengorak langkah ke Cafe V4, suatu kawasan yang pernah memberi gua kekenyanag dan hidup aman selama 4 semester pengajian di UTP. Dengan langkah yang yakin, gua melangkah demi untuk bergerak kehadapan, ye la takkan gua nak berguling untuk ke Cafe V4, jauh tuh. Gua ternampak dengan pasukan demo Cekak Hanafi, ya gua pernah menjadi salah seorang dari mereka suatu ketika dahulu.

Gua lepak² dengan mereka, ada dikalangan mereka yang memang gua tak kenal, cheese..senior sungguh aku. Kemudian gua menemani mereka untuk membuat demo bersempena dengan Convofair 2008. Gua usha, gua komen, kutuk belakang dengan saudara Ajoy yang merupakan sahabat gua dan juga Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi UTP, sama macam jua gak, cuma gua hensem lagi la.

Sepenamatnya demo, team demo minum-minum di booth makanan kepunyaan final year student. Kami bernasib baik kerna akak manis yang menjadi waiter kami, selepas tamatnya mengorat dan minum-minum. Gua dan team demo meneruskan langkah bersiar-siar di tapak konvo. Secara jujurnya, 1st expectation gua convo kali ni tak seberapa meriah. Mungkin sebab tak berapa banyak booth dan tiada variasi dalam pilihan.

Kemudian pada akhirnya, team demo yang berbelas-belas orang itu hanya tinggal Dayah, Mel, Qilla, Tiqah, Rizal, Ajoy dan Iffat. Yang lain?? Mungkin menerima nasib yang sama seperti kisah Rosewell. Kemudian gua nampak satu booth yang unik, ada pool kanak-kanak di dalamnya. Ada duyungkah dalam pool tersebut?,monolog gua sendirian. Gua memberanikan diri (atau memberahikan diri?) untuk melawat booth tersebut, mana tau ada Maya Karin ke. Namun jangkaan gua meleset terus apabila gua ternampak Gara Furra Fish atau dikenali sebagai Dr. Fish yang digunakan untuk foot massage. Gua gatal, gua nak try.. RM10 untuk lebih kurang 20 minit. Perasaannya, geli yang teramat sangat namun perasaan itu masih jauh untuk membuat lelaki yang kuat batinnya dari inzal, hanya mereka yang lemah saja mampu di inzalkan oleh ikan..ish2..Memang gua berdendam dengan Dr. Fish dan akan gua pastikan Dr. Fish bertukar kepada sambal bilis untuk breakfast keesokan harinya. Hasil Dr. Fish?? Kaki gua lebih lembut dan licin dari muka pembaca semua.



*Kaki dikunyah ikan


Lunch.kisah peribadi.

Pukol 3, gua balik bilik Nymouq dan melelapkan mata, untuk pengetahuan pembaca yang dikasihi. Ini adalah kali pertama penulis tidur tengahari semenjak 2 June 2008, nikmat tak terkata. Tak lama kemudian, katil empuk bertilam spring milik Nyamouq telah dihiasi tubuh lansing milik gua. Tidur gua indah, mimpi gua pun indah.

Gua bangun apabila matahari sudah sayup-sayup kelihatan di kaki langit. Selepas maghrib gua meneruskan perjalanan ke tapak konvo sekali lagi. Kali ini untuk dinner, gua mengambil santapan Char Kue Tiaw tamau kerang sebagai pembuka selera. Sepenamatnya char kue tiaw tersebut, gua ke pentas utama menonton teletah Nabil Raja Lawak. Arrgghh, lawaknya tak menjadi, dengan keadaan hujan lagi. Gua tensyen..gua balik bilk Nyamouq, bergossip, gua tidur kembali..

bersambung...

3 Pekik pada Sang Bidadari tadi.

Kekok akal ini
dalam ingin
menafikan segala manjamu
tiapkali
hanya tinggal jemu
kerana debaran penantian
membunuh masa, merosakkan malam,
menambah runsing dalam rongga benak
namun gelora ini
masih setia menanti

sedang Syaitan telah mengorak
langkahnya
telah sarat
dengan hiba
ditambah kecewa dan sekali lagi
bingungan di kepala
menjerit-jerit,"PERCAYALAH INI BUKAN YANG TERAKHIR!"
menarik aku mendakap resah

perempuan,
ungu tubuhmu
adalah bukan lagi keinginanku
tapi cela dalam hasrat hati
tidak lagi akan jadi
racun dalam mimpimu
kerana aku, wahai perempuan
telah lama berduka dengan selesanya
kehidupan.

0 Song for Petang yang Sayup

I just came back from my uni, tomorrow i gonna work dude...lemau. Petang ini sayup, gua drive dengan sayup maka I choose sayup's song for this week. Mati Hidup Kembali by The Legendary Band Butterfingers, this song is the last track in the lattest Butter's album, k e m b a l i. The original melody is by P. Ramlee in his song, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, then those guys make a few changes in music arrangement and lyric to make it Butter's feel..enjoy~


Mati Hidup Kembali.mp3

4 Misteri Palang Basikal

Genre : Seram, (kalau dipanjangkan cerita ni mungkin boleh menjadi filem aksi)

Pelakon : Awek, Pak Cik dan Basikal,

Drama :

Ada satu malam ni, ada sorang awek ni tengah tunggu nak balik rumah daripada kerja. Waktu dah malam & public transport semua dah abis. Awek ni pun dok la melangut sorang2 dok pikir macam mana nak balik.

Tiba-tiba, lalu seorang pakcik dengan basikal tua beliau. Dia pun berhenti & tanya awek ni mana nak pegi. Awek tu pun bagitau dia nak balik rumah tapi bas, teksi semua dah abis. Pakcik tu pun offer untuk hantar. Masalahnya cuma basikal pakcik tu tak berpelantar. Yang ada cuma palang. Pakcik tu kata, kalau nak duduk atas palang boleh la. Memikirkan dia dah tak de pilihan, dia pun setuju. Pendekkan cerita, selamat la awek tu balik rumah malam tu.

Esoknya, masa awek tu tengah tunggu nak pegi kerja, pakcik tu lalu depan dia sambil tersengih2 atas basikal dia. Perati punya perati, awek tu baru perasan, basikal tua tu TAKDE PALANG sebenarnya. Abis tu, semalam dia duduk atas apa???

notakakitakdekaki : demm...misteri..misteri..hahaha

2 Dasar Arpathied


Lokasi : Village 5, Universiti Teknologi Petronas.


Pelakon : Achan Sinclair, Nyamouq


Genre : Perpaduan Ummah Tunggak Kejayaan.


Drama :


Nak dijadikan cerita, gua pulang ke UTP untuk 17 jam sahaja. Setelah gua menunaikan apa yang patut di sana, malam itu gua berehat dan berhibernasi di bilik Nyamouq. Gua dah 10 bulan tak hjumpa Nyamouq, rambut dia dah macam M. Rajoli muda-muda dulu. Kalau gua dah bertemu Nyamouq, memang ada suatu aktiviti yang mustahil untuk gua miss..ade r..mane leh bgtau.. Ikutilah siri drama yang menyayat hati ini... (Maaf, drama ini berlaku dalam mode accent utara yang pekat)


Nyamouq : Achan, aku rasa len macam usha kulit ang.


Achan : Awat?? ang mesti jeles usha kulit aku selembut bayi..


Nyamouq : Tak aih, bila aku compared kulit ang ngan kulit aku memang jauh bezanya. Macam Mexican (merujuk kepada dirinya sendiri) dan Alaskan (lebey kureng r..)


Achan : Arpathied!!


notakaki6nyamouq : Kepada mana-mana syarikat kosmetik atau barangan kecantikan yang sedia untuk mengambil nyamouq sebagai bahan uji kaji bahan anda..sila hubi beliau di blog ini..

0 Kepura-puraan..


Lokasi : U-Bowl One Utama, Damansara Utama.

Pelakon : Achan Sinclair, Zarith Nadia, Kavan ( Director Frost & Sullivan )

Genre : Feminism.

Drama :

Zarith : Weh, macam mana nak pilih bola boling ni?

Achan : Ko bla..bla..bla..

Zarith : Pegang boling macam mane ek?

Achan : Bla..bla..bla..

Zarith : Lupe la nak balik boling macam mane…

2 jam kemudian.

Kavan : The best female bowler is.. Zarith Nadia..

Achan : Dunia tidak adil. Zarith!! Balik jalan kaki…


notakakiboling : Walaupun aku berjaya melongkangkan bola lebih dari hatrik berturut-turut.. Namun masih ada hati untuk berdebar ketika nama The Best Male Bowler diumumkan..bajet ade chance nak menang r tuh..haha

4 Awat Jadi Lagu Ni!! The Movie

Lokasi : Bilik kuliah, Universiti Teknologi P*tronas

Genre : Cinta, Sedih dan Aksi

Masa : Selesai sudah kuliah.

Pelakon : Brunet Augustine & Gadis I.

Sipnosis :

Brunet Augustine, seorang teruna yang mengamalkan norma-norma kehidupan melayu sejati berasal dari utara tanah air sedang memberikan fokus sepenuhnya terhadap skrip yang disusun atur sejak malam semalam. Hari ini, hari penentuan!! Apa nak jadi..jadi!!

Selepas lama memendam rasa, Brunnet ingin menyampaikan isi hatinya selepas tamatnya kuliah ini. Berbekalkan keberanian semenjak pengalaman berjalan seorang diri di sekitar kampus dan sekeping skrip yang tersemat kemas di dalam poket kiri seluar jeans bundle terbaik yang dipilih khas untuk misi ini. Misi Brunet jelas!!

Brunet menunggu di luar pintu, sambil terkebil-kebil membayangkan masa hadapannya. ‘Ohh..indahnya tika bersama mu’ bait-bait lirik lagu kumpulan Spring yang menjuarai carta-carta radio tempatan 13 tahun lepas bermain-main di dalam minda Brunet.

Lambat pula Gadis I nak keluar kelas,” Brunet bermonolog sendirian. Tanpa dijangka-jangka umpama bintang jatuh dari langit, Gadis I terpacak di depan mata. Gadis I tersipu-sipu malu menunjukkan sifat gadis melayu terakhir apabila berhadapan dengan Brunet yang juga merangkap Juara Man Hunt peringkat daerah Sungai Petani 2 tahun berturut-turut.

Dalam susunatur skrip Brunet yang disemat dalam poket seluar jeansnya berbunyi,

Hi, apa khabar? Mesti sihatkan, tengok sekarang nampak makin berisi jek”. (Lebey kurang laa).

Dan kini tibalah masa yang dinantikan…ikuti kisah Brunet.

Dup..dup..dup..bunyi jantung Brunet boleh didengari dari jarak 2 ela setengah. Brunet menunding jari ke wajah ayu Gadis I.

Brunet : Bulat!!!

(Brunet mengambil inisetif untuk membuat rumusan dari skripnya yang panjang lebar tanpa diketahui akibatnya)

Gadis I : Kuang hajaq!!!

Gadis I beransur dengan perasaan marah dan geram. Kalau diikutkan, mahu saja die Ong Bak kepada Brunet. Namun oleh kerana peratusan lelaki kepada perempuan adalah 1:2.8. Maka difikir balik takut susah mencari calon suami di masa depan kelak, Gadis I membatalkan saja niat murninya itu.


- Tammat –

notakakiBrunet : Kisah ini diadaptasi dari novel, Awat Jadi Lagu Ni?? nukilan saudara nyamouq. Sedikit perisa tambahan dikenakan untuk menambah kecenderungan minat pembaca.. Good Luck to Bo..upss Brunet. :D

0 Lagu Minggu Ini



I started listen to Plague of Happiness since I in secondary school..agak oldskol. Bagi aku POH adalah band yang berwawasan!! This song is damn catchy and nice...

1 Review of B u t t e r f i n g e r s - k e m b a l i


k e m b a l i....


Ini merupakan album ke-6 dari band yang tak asing lagi di bumi Malaysia yang bertuah ini, Butterfingers. Ayuh aku me'review' album ini semampunya..

1. Joget Global - Intro lagu yang mengabungkan rima syair dan accapella serentak, riff gitar pada awalnya dan solo mengingatkan aku kepada Bohemian Rhapsody by Queen. Namun apabila lagu ini diteruskan, sememangnya lari dari jangkauan minda aku. Tak silap aku 3 kali mereka menggunakan bridge yang berlainan rima. Lirik yang sememangnya mendalam, menyaran kepada perubahan. memang kisah permainan jiwa...bait 'Pada setiap masalah, ada penyelesaiannya' mengungkit memori aku sedikit..hehe

2. Bebas - 'Enjit-enjit semut' yang menyenangkan hati. Lagu ini mungkin berpotensi menjadi mainan kepada stesen-stesen radio di Malaysia. Bagi aku ianya masih berbaur High N Dry by Radiohead. Namun pada plot lagu, ianya superb. Memang berkonsepkan sing-a-long song. Catch dan relax..Lirik mengenai kehidupan di zaman moden...how to survive in this world!!

3. Maharani - One of my favourite song. Kamu tahu Emmett adalah seorang pemain violin hebat yang pernah mengiringi Ella dan Abot? Yea, lagu ini adalah gabungan Violin emmett dan electro guitarwork oleh monoLoque. Sebuah lagu cinta tegar yang beremosi. Lirik yang catchy dan deep.. Korang patut g usha Emmett tarik part 'Maharani....'. Argghh..you rock dude!!

4. Terus-terang - Kisah cinta yang bersambungan dari siri Maharani, intro yang Melayu Asli classic dan bila part vocal, fresh!! Teknik permainan guitar plucking oleh Loque membuatkan lagu ini kedengaran tenang. Solo gitar pula sememangnya mengungkit kenangan Transcedence dan sedikit unsur asli pada hujung solo. Lirik mengenai cinta sederhana yang cukup riang dan happy.

5. Air Liur Kuala Lumpur - Keji gila tajuk lagu - Bandmate Scrotum..hahaha. Memang lagu grunge terbaik untuk album ni. Part chorus 'Pernahkah dikau, hati hancur lebur' sememangnya catchy. Loque mengajuk bait-bait 'Vio Pipe' pada part bridge dengan petikan-petikan gitar sarkastik. Lirik yang bersifat antonym dengan melodi..

6. Lengkap Semula - Intro akustik yang cukup menenangkan. Dan permainan dayuan minor vocal oleh Emmett mengimbau kita zaman-zaman muzik remaja mereka. Lirik ini mungkin mengenai seorang yang begitu hebat ataupun ianya boleh diadaptasi kepada lagu berunsur ketuhanan. Lagu ini juga mengandungi cebisan-cebisan melodi dari 'Terkenang Masa Dulu' by Allahyarham R. Azmi yang merupakan pemuzik idola Loque. Strumming guitar yang berbaur complicated, dan aku memang salute dengan gabungan muzik-muzik dalam lagu ni..lagu tergenius dalam k e m b a l i... Ada yang berkata Butter nak lawan Craig David dalam penciptaan lagu yang berkaitan dengan hari-hari salam seminggu..

7. Merdeka - Keroncong..I love keroncong. Aku cakap dekat Loque, bila dengar lagu ni aku teringat 'Keroncong Kuala Lumpur' oleh P. Ramlee. Dan secara tiba-tiba imej Tugu Negara muncul dalam minda..Loque gelak..demm. Lagu yang happening sentuhan Pak Kassim Masdor, lagendary dari band Panca Sitara yang turut dianggotai P. Ramlee, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Normadiah. Ending die, tarikan violin yang sungguh menyentuh jiwa...sedey..sob..sob..

8. 1000 Tahun - Manusia mana tak dengar lagu ni lagi? Guitar work yang menarik seakan-akan sapir sarawak. Memang catchy lagu ni, senang sing-a-long..malas nak type...dah dengar 1000 kali..

9. Gelombang Cinta - Kurang hajar la gabungan Loque dan Emmett ni. Korang membuat aku gila kat lagu ni. Apahal sedap sangat nie?? Intro mungkin pakai harmonium, tak kan melodian kan? Intro membuat aku kene hon kat tol tadi sebab tak nak gerak..Teknik nyanyian Emmett yang menyentuh jiwa. Riff-riff bass Kadak sememangnya terbaik dalam meningkatkan emo lagu ni. Lirik yang deep gila..demm...sedey balik..

10. Mendaki Menara Condong - Tajuk yang abstrak, sama dengan lagunya. Lagu yang paling exprimental bagi aku. Mungkin ini adalaha terlalu berbaur monoLoque, buka Butterfingers. Sememangnya padat dengan permainan delay guitarwork oleh Loque. Drum..hmm drum machine yang terlampau dengar. Plot lagu yang menarik juga..

11. Mati Hidup Semula - Demm..pehal sedap sangat piano nye part dalam lagu nie? Untuk pengetahuan, lagu ini dimainkan bukan dalam studio. Tapi piano telah dimainkan oleh Loque di Boston dan dihantar ke Malaya untuk ditambah perisa oleh members yang lain. Lagu ini juga adalaha lagu DUET PERTAMA Butter diantara Emmett dan Loque..Lagu pendek sangat, tak puas. Lagu yang sangat syahdu pada melodi dan liriknya.. Ending TERBAIK dari Butter...congrate!!!!

Overall : Sejak album Malayneum muzik Butter sudah berubah menjadi lebih matured, Selamat Tinggal Dunia; album Melayu pertama Butterfingers memberi impak besar kepada pengikut-pengikutnya.

Kini album kedua k e m b a l i muncul dengan 11 tracks yang bisa memukau pendengar-pendengar. Menurut Roslan Ishak atau Emmett, album ini adalah contributer of STD. Dan kedengaran tiada lagi eksperimen, namun ini adalah hasil bersama!! Album Malayneum menunjukkan kematangan musik mereka, kemudian dimatangkan dengan STD...kini kematangan Butter melangkaui zaman..

Loco hanya bermain MIDI drum untuk album ni tak silap aku..hmm..mungkin lebih sesuai gamak nya, sebab musik dalam album ini lebih bersifat statik. Permainan bass Kadak adalah di tahap terbaik, aku usha Kadak main..bukan slap style, pakai pick pun tak juga..nampak macam strumming bass..pelik, unik dan hebat..

Loque, rakan chatting gua cum sumber gua nak bertanya mengenai musik telah mengeluarkan single-single atas nama monoLoque..electro bunyinya. Dan kesan permainan itu juga telah diserapkan dalam album ini. Delay guitarwork yang agak panjang dan banyak umpama di Track 11 sehingga 7 minit bisa meningkatkan darah gua..lame sangat beb..

Dari teknik vocal Emmett tak perlu dipertikaikan lagi. Permainan vocal minor dan falsetto yang terbaik dari beliau. Penghayatan tak payah cakap lah. Korang pergi gig len kali memang kene bawak condom, memang steam r kalo die tarik..hahaha (nasehat oleh Pidus Retrodelic)

Album ini mungkin adalah termudah dan tersusah dari Butterfingers, termudah dari segi sing-a-long melodi dan lirik. Namun ianya mungkin sukar diterima mamat-mamat grunge tentang lagu-lagu rakyat umpama keroncong, syair dan gurindam. Walaupun padu dan teratur, mesej kerakyatan dan pengembalian identiti orang kita seperti yang dibawa oleh Butterfingers agak puitis dan berlapik, jadi terpulanglah kepada kita untuk menginterpretasikannya.

Muzik, olahan dan nyanyian “demokrasi” sebegini progresif dan perlu untuk Butterfingers dalam menyiarkan tema-tema cinta dan konflik keaslian-pemodenan.

Sememangnya lagu-lagu Butterfingers dalam album ini menunjukkan bahawa komposernya Loque sedang angau dilamun cinta..hehe.. Patutlah online sampai tengah-tengah malam mamat nie.
Tiada yang lebih terpampang daripada bait-bait lirik yang berbunyi: “Cinta sejati, memang boleh dibeli, tapi tak mungkin, ditukar ganti” (“Maharani”) ataupun “Gelombang cinta, hilang kuasa, jika penyiar tak menerima, tolong hubungkan saya dengannya” (“Gelombang Cinta”).

Peribahasa silam kebudayaan kita juga kemas ditapau oleh Butterfingers melalui lagu-lagu baru ini: “enjit-enjit semut”, “lat tali lat tali tamplum”, mahupun “satu, dua, tiga, empat siapa cepat dia dapat” semuanya menjadi lirik dalam album ini.

Dan apa yang aku pasti dalam album ini, Butterfingers benar-benar kembali!!!

0 Ketat beb~

Opah ngan Tok Wan gua serang rumah gua. Mak gua pergi Jakarta, maka keadaan semakin sulit. Korang pun tau, gua kalau cari benda mustahil nak jumpa. Dengan berbekalkan ikhtihar dan sifat kasihan kepada opah gua dari kampung tuh, gua cari gak koordinasi bagi teh dan gula. Gua bancuh Teh O'..perrgghh...power!! Gua ade talent kije kat mapley kalo terdesak.

Pas tu takkan nak hidang Teh O jek. Gua perlu menunjukkan gua adalah cucu yang cemerlang, gemilang dan akan menjadi terbilang apabila opah gua riuh kan kat kampung bahawa gua ni bersopan-santun. Gua ingat nak buat Lamb Chop, pikir balik opah gua dah la strok. Lamb Chop ni umpama memberi dia makan racun rumpai, lagi pun nak cari gula pun terhegeh-hegeh inikan lagi gua nak cari daging kambing.

Gua amik jalan mudah, gua pergi Restoran Gulam Mee kat seberang jalan order 3 bungkus mee goreng...lazat beb...

Satu jam berlalu...

Gua tak dapat mee lagi beb!!! Gua buat muka ketat...seketat-ketatnya.. Pendek kata, muka paling ketat dalam sejarah peradaban manusia la. Sampai abang askar kat depan gua dah tak senang duduk, mak cik kat belakang gua dah bisik-bisik. Apa peduli gua, mee gua tak sampai lagi nie. Then gua panggil waiter tuh.. "Bang, saya order mee goreng 3 bungkus, rasa-rasanya dalam tahun nie boleh siap tak?"

notakakiGulam : Maa..balik la cepat~

0 Jejari Mentega Siaran Lansung di Laundry@Bar

Semalam apabila jarum jam gua tepat menunjukkan pukul 6 petang, tanpa perasaan syak wasangka dan ragu-ragu gua terus touch ID card gua untuk memastikan gua balik ofis secara sah melalui pintu, bukan ikut tingkap. Gua rushing gila-gila la..gua turun opis ternampak Zarith Nadia.. dia tak ada kaitan dengan cerita ni pun sebenarnya. Iklan jek, gua tau die bace entry ni..hehe

Gua sampai rumah, gua mandi. Badan dah tip-top, bau pun macam kilang Johnson&Johnson. Gua pergi mendirikan tiang agama selari dengan tuntutan agama gua. Bersempena malam Jumaat, sejak sekolah menengah lagi gua disarankan membaca Yassin. Time ni lah gua dah review balik hukum-hukum tajwid yang diajar ketika dibangku sekolah dulu.. Gua pun tak paham kenapa di bangku sekolah, walhal ustzah gua tak ajar kat tajwid di bangku sekolah, dia mengajar di dalam kelas..abaikan..

Then gua menunaikan solat Isya' dengan penuh tawwadu'. As usual, gua cari seluar jeans grunge gua namun tak jumpa. Talian hayat diperlukan, gua seru nama mak gua dan nama barangan yang dicari. Pasti jawapannya tepat, ringkas dan ditambah dengan sedikit maki-maki oleh mak gua. Never mind, gua rock.

Dengan cekapnya gua menyarungkan seluar grunge gua. Perrghh..semenjak bergelar konsultan, gua memang tak pernah pakai seluar grunge ni lagi. Mak gua panggil, die nak gunting benang-benang kat seluar gua. Perrghh..mama, benang-benang ini lah yang meningkatkan nilai seluar nie. Then gua nak keluar, gua salam mak gua, mintak izin. Gua nak pergi gig, mak gua izinkan. Kalau gua ejas sket mintak kebenaran nak pergi Laudry Bar, insyAllah mak gua tak benarkan dan tak merestui pemergian gua.

Setibanya gua di Laundry, bersepah budak-budak sekolah menengah. Weh..balik..esok ade ujian pertengahan tahun la woi. Time tuh band Bunkface sedang bermain. Budak-budak ni dari Klang, time gua kat scene Klang. Budak-budak ni tak masuk sekolah menengah lagi. Tapi skang gua salute la. Main clean beb, showmanship memang kaw. Ni first time gua usha show dorang. Memang Blink la beb..konfem boleh pergi jauh..walaupun guitarist die pakai gitar cutting Les Paul cap SX..hehe..jgn mara~ Memang budak-budak Bunkface ni menguatkan alasan budak-budak perempuan sekolah menengah untuk datang ke bar tengah-tengah malam macam tuh.

Kemudian sessi baling-baling CD, gua tak layan baling-baling CD ni. Kalau main baling Lamborghini Reventon, memang gua take part la. Baling-baling Maria Ozawa pun tak pe, memang die pun suka dibaling-baling...hehehe..

Pas tu band post-punk Oh Chenta ku mengambil alih perhatian para crowd. Perrgghh.. crowd cam syaitan kena azan, mengelupur atau dikenali sebagai bagging. Lelaki-lelaki kurang bijak cuba membuat body slam dikawasan sebesar 10x10 tuh. Memang tak kan sampai kat gua la. Kalau awek len r, tak kan sampai kat tgn org lain..hehe.. Akibat kesan dari kejadian bangging tak tentu arah tersebut, gua dah dapat tempat depan stage tengah sekali. Terima kasih semua!!

Kemudian gua menanti sesuatu yg pasti, tapi tak mari-mari lagi. Ape cerita beb?? Then gua ditepuk di bahu.. Excuse me.. Uhh, gua halang jalan stage rupanya, patut la strategik lain macam tempat gua berdiri. Gua toleh..hmm..ini yang gua nanti-nantikan. Butterfingers!!!!

Posisi gua memang gile strategik, depan dan tengah stage. Batang idung gua dah nak kene batang idung emmett dah. Korang bayangkan strategiknya posisi aku. Aku dah tanye detail pasal performance malam tuh kat Loque, as expected Loque tak de. Die kat Boston, mustahil la die datang malam tuh pas tu balik hari ke Boston. Maka aku tanya Loque malam ni Butter nyanyi pakai minus one je ke?? Agak kurang hajar soalan aku...hahaha.. Loque kate those guys ade..ngeh2..

Aku usha malam tuh lead guitar dimainkan oleh sorg mat salleh bernama start dari 'H'.. Macam URTV lak, pakai nama Mr. H..hehe. Malam tuh Butter berkonsepkan Accoustic. Waahh..aku memang mamat akustik, sentimental beb..hahaha.. Butter memainkan beberapa lagu; Cuai, Joget Global, Bebas, Maharani, 1000 Tahun..

Walaupun terdapat masalah teknikal pada gitar Emmett, namun persembahan yang diberikan oleh Butter memang menusuk kalbu. Encik Kadax bermain bass dengan begitu groovy skali..dasat2. Dan aku terperasan riff-riff lagu dalam track 'Joget Global' ada persamaan dengan lagu Queen - Bohemian Rhapsody. Tapi Butter adalah Butter!!!

Habis gig..gua sembang-sembang sket ngan Emmet..gua sebat album baru dorang k e m b a l i ..then gua tidur..mimpi indah!!!


notakakibermentega : Janji-janji loque ternyata benar,,,gua tidur malam tuh senyum jek...mak gua musykil!! sory post ni lambat publish, opah gua datang serang umah gua. Die bawak banyak buah, gua tak leh tahan nafsu buah-buahan ni =)

0 Speechless

Lokasi Pengambaran : Frost & Sullivan (pronounce Su-Li-Van), Mont Kiara

Genre : Seram

Pelakon : Acan Sinclair

Sipnosis :

Gua jalan-jalan nak pergi tempat duduk gua. Untuk sampai ke tempat duduk gua, gua kena melalui meja boss dulu. Then gua nampak ada satu quote kat meja boss gua...

Working Hard Never Kills Anyone

Acan Sinclair : Glupp... (menelan air liur)

notakakiboss : I don't want to be the first one...speechless..

4 Peeewwwiit~

Semalam gua balik kerja pun pukul 11 malam, parents gua ajak pergi Tesco shopping. Gua decline offer dorang sebab memang tune gua dah lari beb, kerja dari pukul 9 pagi sampai 11 malam. Apa cerita bro? Nak cari promotion jadi CEO ke?


Then on the way nak balik rumah, mak gua call ajak makan luar. Dia boikot memasak ujarnya, gua follow je. Perut dah starving mengile, tak adanya keroncong-keroncong. Mau-mau lagu Fade to Black by Metallica jugak bunyi perut gua. Mak gua ajak ke Restoran Kayu Original kat Sunway Damansara, gua pasrah je ikut.


Setibanya gua di kedai mamak tu, tanpa berlengah lagi gua order Kopi O sepam ngan IndoMee double shoots. Perghh.. padu beb. Sambil makan, sambil main SMS ngan cik gadis. Ye la, gua nak sembang ape ngan mak bapak gua? Tak kan nak buat siri perbincangan ekonomi macam The Exchange kat TV3 tuh. Tak kena langsung dengan jiwa gua. Jadi gua men SMS r, itu jalan penyelesaian yang gua ambil.


Layan punya layan, tetiba gua keras. Sape lak tepuk belakang gua nie? Sejak-sejak kes-kes orang-orang kenamaan dituduh mengamalkan anal sex ni. Gua jadi lebih sensitive dengan isu tersebut. Gua tak mahu bangun-bangun tidur, ada kaki berbulu di posisi belakang gua. Ataupun gua mengalami buasir..tidak-tidak..gua traumaa beb dengan kejadian begitu..


Kemudian gua usha siapa yang berani berniat onar terhadap gua, skali usha.. Amy Search beb..IndoMee double shoots gua tak layan, kasih-sayang terhadap ibubapa gua terabai sebentar, SMS cik gadis gua tak reply, betis-betis awek Damansara gua tak usha dah. Terkesima beb…ini Amy Search.. kalau gua jumpe Meet Uncle Hussin…hmm..belum tentu gua kenal dorg selain Bakri. Silap-silap mau mereka yang terkesima bila jumpa gua..Tapi ini Amy Search!! Gua salam dia. Pas ni seminggu gua makan pakai kaki. Jangan tanya kenapa!!


notakakiFantasiaBulanMadu : Amy Search sebenarnya duduk di neighborhood gua gak..hehe..kenali jiran anda!!

0 Mari Cari Mencari

Lokasi Pengambaran : Ruang tamu penthouse gua.

Genre : Thriller, Seram & Aksi

Peneraju Utama : Acan Sinclair & Mama gua.

Sipnosis : Pagi-pagi gua cari charger handphone, bateri kong takut nanti ade orang call nak suh wat show. Then gua cari tak jumpa..maka berlakulah skrip ini...

Acan Sinclair : Ma..nampak charger handphone abang?

Mama : Ang cari kat dalam raga atas bangku tuh..

Acan Sinclair : Tak dak pun (serender lepas cari tak jumpa)

Mama : Sat..mama cari (Sambil memunggah bakul tersebut)

Mama : Ni apa ni??? ( sambil menunjuk-nunjuk charger gua yang dijumpai dalam bakul tersebut)

Mama : Ang cari benda suma tak pernah jumpa.

Acan Sinclair : Tapi ada la something yang abang senang jumpa..dan abang senang utk menjumpainya.

Mama : Apa??

Acan Sinclair : Calon menantu mama.. :)

Mama : (Menkarate sofa rumah laju-laju)

notakakiibu : Usah menderhaka dengan ibu kamu, sesungguhnya syurga itu di bawah kaki ibu..zaman-zaman orang duk bising kes buang anak nie..kang gua risau gak, kang mak gua buang gua mana gua nak merempat beb..hehe..peace mama~

0 Cinta Bajet

Ketika gua masih menuntut ilmu di bangku sekolah, bakat semulajadi gua semenangnya dah terserlah sebagai seorang penghibur bertaraf professional. Time tuh, kalau gua jalan gi kantin awek-awek, cikgu-cikgu wanita dan kadang-kadang mak cik kantin itu sendiri asyik swwit2 kat gua. Lu paham la, kulit orang pan-asia macam gua ni kan putih. So bila blushing gua akan bertukar menjadi merah dengan pantasnya. Ini introduction yang tak de kaitan dengan citer gua ni..saja nak bangga diri, tu je tak lebih dari tuh.



Sebenarnya gua ada member, nama die Zali (aka Bajet). Beliau adalah bedmate gua time kat asrama Klang dulu (katil atas gua). Time form 4 beliau pandai sket, maka dapat melanjutkan pelajaran ke MCKK. Dan gua terpaksa dibuang sekolah atas alasan-alasan Pengetua gua admire kat gua, then die anta surat pakai posmen dak junior. Then gua tak reply siap gua suh posmen tu bagi tau Pengetiua, hubungan antara gua dan dia hanay umpama guru dan murid aja, tak lebih dari itu, pas tu dia forward surat buang kat gua..perrghh..camni r lu. Tapi gua tak kisah, sebab gua dipanggil balik masuk sekolah tu sebab protes dari warga sekolah tuh yang majoritinya ahli berdaftar Acan Sinclair Fan Club. Sambung cite Zali; pada waktu ketika gua melanjutkan pelajaran ke U**, Zali pun diterima masuk sama...jodoh beb..

Bajet dengan hobinya sejak sekolah menengah.


Tatkala gua sedang gigih belajar selepas bajet insaf kene terajang sekolah, gua ada member ngan sorang awex nama dia, Nurul Syamimi bt Sajali. Dia ni muda-muda dulu orang kuat dalam pergerakan fan club gua r. Kitorang classmate dari form 1 sampai form 5, kecuali form 3 sebab time tu kehidupan ala Kurt Cobain menyebabkan kualiti pembelajaran gua sedikit terabai dan gua jatuh ke kelas 2nd last..ngeh2.. Syamimi terkenal dikalangan clan-clan aku sebab beliau memiliki kasut yg blink-blink dan syilauu~




Dari kiri : Syamimi (Mentee), Sue(mentee) dan Acan Sinclair (Mentor) dan beg hijau yang gua pakai sehingga kini.


Nak dijadikan cerita, selepas tamat zaman ke'SekolahMenengahan', kedua-dua rakan membesar gua ni couple..pergghh..tangkap leleh beb..hehe

Kini Syamimi sedikit advance dari gua, die blaja kat Universitas Kristian ape ntah kat Jakarta amik medik (bajet kisah cinta lu macam siri drama melayu Cinta Medik ke?? ). Dan beliau nak blah ke Jakarta pada minggu nie. Semoga dorang bahagia dan Syamimi balik seberang dengan selamat. (baik-baik g sane, kartu mue dah expired)..hehe..


notakakikasutsyilau: bawak balik Shandy Aulia kat aku nanti ek...sebagai buah tangan dari seberang..apalah sangat Shandy Aulia tu kalau nak dibandingkan dengan nilai pesahabatan kita..(skrip Cinta Medik). :P

4 Kesian Cikgu Sains Darjah 4 dia..

Tempat Kejadian : Plaza Mont Kiara.

Masa Kejadian : Di hujung-hujung lunch hour (atau mungkin dah terlebih)

Latar : Kolam ikan kap yang sering lompat-lompat macam Free Willy (mungkin ikan kap tersebut hilang ingatan, dan beliau menganggap dirinya seekor paus Orca).

Genre : Seram & Komedi

Pelakon : Acan Sinclair & Keyrol.

Drama :

Acan Sinclair : Ikan-ikan kap ni tak bertelur ke? (sambil memerhati kearah kolam ikan)

Keyrol : Ehh..ada berudu-berudu banyak jek dalam kolam tuh.

Acan Sinclair : Haaa???

Keyrol : Berudu tuh anak ikan la kan??
Acan Sinclair : .........................




Di sini aku mengepilkan carta aliran 'Kehidupan Seekor Katak' untuk tatapan dan ulangkaji semua.






info: Keyrol merupakan seorang Trainee Engineer yang bekerja dengan sebuah syarikat Perancis, dan insyAllah akan terbang dan memulakan hidup di Perancis tak lama lagi.


notakakiberudu : Perhatian kepada guru-guru matapelajaran Sains darjah 4, sila ambil serius kejadian seperti ini.

0 Dadah?? Bahaya tuh..


Suatu hari, ketika di ofis..

Malas bekerja..lepak-lepak..tenang-tenang..


Gadis Z : Acan..

Acan Sinclair : Ape die??

Gadis Z : Kau hisap dadah ke?

Acan Sinclair : .....................



notakakikepadagadisberkebayaorenkasuttumittinggi : Artis yg meningkat naik memang sentiasa dihujani gossip-gossip panas... I tak kisah.. :D