0 Tak Mahu Kerja

Weh..aku benar-benar mahu menitiskan air mata seniman aku bila usha video ni..aku memberikan markah penuh utk kategori ‘Live Accoustic’.

Betul-betul menguji minda dan kerasionalan seorang pemuzik. Mamat yang main djembe tuh, memang idola. Dia mampu main djembe, nyanyi dan men trombone pakai mulut dalam satu-satu masa. Dan aku boleh main djembe, boleh nyanyi tapi tak bleh sambil ketuk djembe nanti beat lari, boleh main trombone tapi kene pakai trombone, bukan pakai bibir. Tu lah perbezaan di antara aku dan djembefola tersebut.





Demmit, aku tak bekerja nampaknya hari ni, kepada clients aku sume harap maaf, konsultan anda sedang layan Jason Mraz.

0 Gathering Lagi beb..

Kali ni empayar fan club gua tersebar luas ke Bangi pula, kami makan-makan di Soho..






notakakibangi: Yang berbaju biru itu usah malu terhadap diri sendiri...Terima dan bersyukur seadanya..

0 Rocker

Sebagai seorang rocker berjaya di persada seni negara, gua perasan bahawa gua tak boleh berharap sepenuhnya kat mama gua. Bila gua lapar, gua keluar sendiri masuk hutan cari kayu api buat tanak nasik. Gua kerja siang malam untuk membantu mak gua naik Haji kat Mekah.. Namun itu hanya impian gua yang terus menjadi impian..


Mama...bantal kat mana? Abang nak tidur tak de bantal ni...

0 Satuu.. duaa... tigaaa... mula!!!!

Semalam aku tersedar bertapa berbakatnya aku sebagai seorang pemuzik, dan dari manakah titik permulaan pejalanan musik aku...

Kisahnya begini...

13 tahun dahulu...

Ketika jualan Tamiya melonjak naik dan siri kartun Dash Yankuro digilai ramai..

"Siapa nak masuk pertandingan nasyid angkat tangan!!!"jerit ustazah kelas aku bertanyakan kepada murid-murid yang berusia rata-rata 9 tahun. Ya..semua masih suci dalam debu lagi beb..

Aku dengan perasaan yakin di dalam dada berbekalkan lirik Iman Mutiara nyanyian kumpulan Raihan yang ketika itu tip-top di persada musik negara, lantas aku mengangkat tangan.. Seorang geng aku pun jugak, atak silap aku nama dia Nuramin bin Abd Wahab.. gua ingat beb nama bapak dia.. Itu modal gua gaduh kat sekolah dulu...muahaha

Dan selepas peringkat saringan yang tak ramai saingan, aku berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.. Suare gua memang bak buluh perindu time sekolah dulu.. chourus Fantasia Bulan Madu tu rilek-rilek je gua tarik..tak kua urat kat kepale pun beb..

Kemudian gua dengan kehormatnya menyertai kumpulan nasyid 'Jannatul Naim' yang mempunyai ahli seramai 6-8 orang, nama itu bersempena dengan nama rumah kuning gua...perrghh harap-harap nama itu jugaklah rumah gua time meninggalkan dunia ni..amin..

Tiap-tiap hari training selama 2 minggu, memang syiok dow tak gi kelas.. kitorang trening rak de la macam kat Akademi Fantasia tuh, kitorang tak buat bubling...brrrrbrrrr... Ustazah gua pun tak pakai piano untuk menentukan key suara yang betul... Perkataan flat ketika itu hanya merujuk kepada rumah yang lebih 2 tingkat...itu lah flat..

Kitorang bawak lagu Hijjaz, Ya Rabbi Al-Mustaffa.. perrghh..mantap beb... Kalau Munif Hijjaz dengar memang lagi Kasih Kekasih tu dia tak bagi kat kumpulan In-team.. Semestinya cover album tuh muka kitorang sekor-sekor...indah-indah..

Pumm..pang..pum..pang..Selepas berhempas-pulas berlatih.. Ustazah pun dah bagi kata-kata semangat umpama Dr. Fazley Asmara Ini.. Hari pertandingan yang dinanti telah tiba.. Aku bangun awal nak pertandingan...namun itu tak berlaku. Aku bangun lewat, then aku down. Kemudian mak aku pulak ajak makan kenduri, maaf ustazah, amanahmu tak dapat aku sempurnakan... Sory Jannatul Naim's buddy...

Esok aku pergi sekolah dengan harapan rakan-rakan aku dapat memaafkan aku. Aku korek rahsia, apa keputusan pertandingan tanpa kehadiran aku??

"Kumpulan kau 2 orang je datang, terus kalah.. ada balik kampunglah, demam lah..bla..bla ," ujar rakan sekelasku...

"Weh Jannatul Naim.. ape cerita ni??"

Behitulah titik permulaan aku dalam bidang musik...

0 Gathering Acan's Fan Club

Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat aku yang sanggup bertungkus-lumus mengadakan gathering untuk menyambut kedatangan harijadi aku yang ke-12 di Kafe Resepi Rahsia, Mont' Kiara (tingkat bawah ofis gua), siap ponteng montly meeting lagik dan siap ade yang datang dari Damansara Utama lagi semata-mata nak join us together...I terharu, airmata jantan I hampir menitis..tahan2... Aah...aku muda lagi, masih belum matang untuk ditumbuhi bulu-bulu dibahagian betis. Aku tahu ramai diluar sana yang kechiwa teramat sangat kerana tidak dapat meraikan harijadiku. Tak apa, peluang masih terbuka.. Sebagai rising star berwajah pan asia, aku masih tak mampu memiliki Lexus LS Hybrid yang berharga RM408, 000 (on road). Dan jika ada dikalangan peminat-peminat yang bermurah hati nak mendermakan kereta tersebut sebagai hadiah harijadiku, nyiru tapak tangan aku tadahkan.. Uhh..lupa majlis ini juga dihadiri oleh beberapa mulut dan perut dari syarikat konsultan yang mempunyai seorang staff berwajah pan-asia; Frost & Sullivan. Terima kasih kepada semua...





notakakikanan : Hepy belated birthday to Eijan, Keyrol and farewell to my ex-classmate; Lydia ^____^