1 Kebenaran itu Keutamaannya

Hari ini adalah hari cuti terakhir sebelum aku akan menghadapi muka-muka gadis comel dan muka-muka yang annoying. Ketika minggu lepas, kita banyak dikejutkan dengan isu-isu politikus yang mungkin birsa merubah hari-hari mendatang. Mungkin selepas ini kita tak boleh berdua-duaan dengan gadis-gadis comel di Mc'D, kerana iaanya tak diterima sebagai Islam Hadhari dibeberapa negeri umpama Kedah dan Kelantan.

Ramai juga lahir para politikusian dari kalangan mahasiswa yang hanya bergantung harap kepada duit biasiswa kerajaan ataupun dari Syarikat Minyak Kerajaan Yang Dikatakan Tak Membantu Rakyat (SMKYDTMR). Mungkin benar niat mereka ini nak berpolitik, tapi kebanyakan hanya membaca blog yang wujud kini sahaja. Kalau benar-benar kau nak menjadi politikusian, pergi belajar Sejarah Malaysia betul-betul. Politikusian..kamu tahu titik inzal tu apa?? Hafal niat mandi junub?? (aku pakar dalam bidang-bidang ini selain music)

Nak dijadikan cerita ketika cuti yang panjang pada minggu lepas, aku di PM (bukan dilantik sebagai PM okey) oleh seorang gadis, beliau bukan ingin mengajak aku keluar atau ingin menempah aku utk...(kisah lain..). Tapi beliau PM aku kerana ingin tahu pendapat aku tentang bagaimana nak jawap kepada seorang ekstrimis Angkasawan Hingga ke Bulan yang aku pasti beliau tak kenal siapa itu Lexi Belle, Maria Ozawa dan Sola Aoi.


Angkasawan Hingga ke Bulan: between ISLAM n MALAY
Angkasawan Hingga ke Bulan: which do u prefer?
Angkasawan Hingga ke Bulan: [demam plihanraya nih]
Angkasawan Hingga ke Bulan: hehe
Si Gadis : boleh pilih ke?
Si Gadis : ooo
Si Gadis : pilihan raya
Si Gadis : ingtkn apa td
Angkasawan Hingga ke Bulan: xdpt ngundi
Angkasawan Hingga ke Bulan: sipi2 pun jadi la
Si Gadis : rasenya dua2 x leh dipisahkn
Si Gadis : alangkah bagus jika kedua-duanya di blend kan bersama
Angkasawan Hingga ke Bulan: yup
Angkasawan Hingga ke Bulan: mmg bagus
Si Gadis : i mean jadi satu mixture yg sebati
Angkasawan Hingga ke Bulan: tp klu satu pihak nk juangkan melayu
Angkasawan Hingga ke Bulan: tp satu lagi juangkan Islam
Angkasawan Hingga ke Bulan: bagi aku la kan
kite kena pilih islam
Angkasawan Hingga ke Bulan: sbb ISLAM di atas segala nye
Angkasawan Hingga ke Bulan: xkire la cina ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: melayu ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: arab ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: islam sentiase kat atas
Aku: Fak kamu angkasawan..kamu tanya orang kamu bidas balik..kamu
memang melayu proto walaupun kamu perjuang Islam


Perlembagaan Tanah Melayu (Perkara 160(2))

"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan-

(a)

yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b)

ialah zuriat seseorang yang sedemikian;



Jadi jika UMNO membidas kata-kata kau dengan peruntukan Parlimen Tanah Melayu, aku jamin Angkasawan Hingga ke Bulan itu pasti terkedu diam seribu bahasa.

Namun bagi aku apa yang angkasawan itu maksudkan dalam ayat itu; Islam itu adalah Parti dan orang-orang di dalamnya dan Melayu itu juga Parti dan orang-orang di dalamnya. Maka di antara kedua-dua manusia itu, Kebenaran pasti diutamakan. Tidak kira kamu dacing, roket hingga ke bulan.

Kedua-dua itu adalah manusia, kadangkala masing-masing pasti ada silap dan salahnya. Aku sebenarnya tak ingin mengungkit kebenaran atau kesalahan. Masing-masing mampu menilai apa yang ada di hadapan.

Adakah UMNO itu benar-benar memperjuang hak orang Melayu secara keseluruhan? Adakah semua orang Melayu dapat merasa laba yang diberi? Adakah tulus Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan di Malaysia untuk pengstrukturan semula masyarakat selepas kejadian 13 Mei? Maaf aku katakan, ini adalah apa yang dapat aku lihat. DEB dilaksanakan secara korupsi dan dijalankan untuk kepentingan individu sahaja.

Pembahagian tender-tender DEB adalah berdasarkan direct negotiation, maka tender ini akan diberikan kepada 'Siapa kenal aku rapat dan hulur duit bawah meja paling banyak' maka dialah yang akan memenangi tender. Dapatlah tender projek LRT dari Kota Damansara ke Cheras kepada SCOMI untuk menjadikan ianya realiti. Maka yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

Semalam kita dikejutkan (aku tak kejut pun) dengan demonstrasi warga Melayu di Pulau Pinang untuk memaksa Lim Guan Eng tidak menghapuskan DEB. Walhal mamat tu cakap dia nak menghapuskan “elemen-elemen yang menyumbang kepada rasuah, kronisme dan salah guna kuasa di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).”.

Nak kata orang Melayu Penang ditindas? Come on-lah, Melayu Penang sememangnya dah ditindas sejak dari Gerakan lagi. Orang-orang Melayu Penang hanya menyorok di Seberang Prai dengan kat hujung pulau nun, Balik Pulau. Yang lain sapa conquer? Jawap sendiri..

Habis tu kenapa baru sekarang mereka nak bangun dan memperjuang hak mereka? Eloo.. yang mengapi-apikan itu adalah geng-geng yang bakal hilang profit jika Lim Guan Eng menghapuskan elemen korupsi dalam DEB ni. Mereka risau mereka tidak sekaya dahulu, ada Jaguar, AP beli dari Rafidah AP dan lain-lain. Jadi yang pengikut ni?? Sapa suron angpa ikot depa? ishh...kalut

Yang parti dikatakan perjuang kearah negara Islam ni pulak ape cher?? (apa cerita). Apa yang mereka cerita dengan Negara Islam?? Hukum Hudud?? Qisas?? Masuk Islam potong kote?? atau apa?? Mengapa semuanya adalah hukum-hukum belaka?? Maka dimana yang dikatakan Negara Islam?? Pada hukumnya kah??

Apa yang aku difahamkan, Negara Islam ini hanya perlu memenuhi kriteria-kriteria ini sahaja;
  • Ekonominya Perlu Bagus - Tiada kemiskinan.
  • Aman - Tiada pergaduhan dan masalah jenayah.
  • Rakyatnya Saling Sayang-menyayangi.
Perkara-perkara ini telah distate dalam Al-Quran :

Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan (106:4)
Maka bila perkara-perkara ini dipenuhi barulah ianya memenuhi makna Islam itu sendiri iaitu 'Sejahtera'. Kerana apabila ekonominya bagus rakyatnya kesemuanya kaya, tiada yang miskin. Kerana kesemuanya dah kaya, tak perlu nak kacau orang lain dah. Kekayaan mereka ini sampai diumpamakan Serigala yang masuk Madinah dah tak makan kambing, sebab orang-orangnya semua kaya, makanan yang lebih-lebih diberi kepada haiwan sampai serigala makan makanan manusia hingga dah tak pandang kambing.


Maka bila semuanya kaya, tiadalah kisah-kisah kecurian, pecah rumah etc. Ketika Zaman Kegemilangan Madinah dulu, pernah kita dengar Manusia Terkaya ketika itu Abdul Rahman bin Auf dirompak atau di paw? Tidak!! Sebab masing-masing dah kaya.

Dan bila semuanya dalam keadaan yang kenyang dan aman, kasih-sayang yang akan menentukan kesejateraan berterusan. Maka konsep berkasih sayang ini diambil dari ayat 'Bismillahirrahmanirahim'. Simple tapi sarat dengan makna. Bila lengkap semua ini, tak perlu nak declair ini Negara Islam, minyak wangi lama-lama orang tahu juga mana puncanya.

Bila semuanya dah lengkap, pasti dakwah itu akan menjadi lancar. Siapa yang tak mahu kepada kesejahteraan?

Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun (110:2)

Nanti ada pulak yang bertanya, Hukum hudud, qisas semua tu bila nak guna??

Bila sebuah sekolah itu sudah cemerlang; akademiknya hebat, pelajar dan tenaga pengajarnya mantap, disiplinnya hebat dan infrastruktur sekolah itu sendiri lengkap. Maka perlukah hukuman rotan lagi? Mengapa kita terlampau fokus kepada hukumannya bukan pada bagaimana pelaksanaannya? Fikirkan sendiri adakah ini atau apa yang dicanang oleh mereka itu adalah Negara Islam?

Berbalik kepada kebenaran, adakah perlu kita menolak kebenaran? Terimalah kebenaran itu walaupun datangnya dari yahudi dan tolaklah penipuan walaupun datangnya dari kalangan kita. Kerana disebalik kebenaran itu ada hikmahnya, macam Kisah baju Besi Saidina Ali dan Pencuri Yahudi, akhirnya Yahudi itu mengaku kebenaran Islam itu sendiri.

Dan untuk menilai kebenaran, kita tiadak boleh bias atau berat sebelah. Kita perlu naturalize diri kita dan membuat analisis yang lengkap tanpa dipengaruhi persekitaran. maka diantara dua itu yang pastinya adalah KeBenaran. Dan Islam sebenarnya lahirnya dan amat mementingkan keBenaran. Dan kita disuruh untuk mentaati kepada keBenaran itu sendiri untuk mengelak dari keRugian.

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati keBenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.(103:3)


p/s: Bismillah itu adalah menyatakan Allah itu sememangnya Benar lantas Dia memBenarkan kita melakukan apa yang dihajati. Telan lah kebenaran walaupun ianya pahit. Mungkin Angkasawan akan Terdiam bila membaca tulisan ini?hehe

0 Berlari ke Masjid


Mungkin ada di antara korang yang pernah menonton filem "Berlari ke Langit" arahan Bade Hj. Azmi. Mungkin filemnye ala-ala sedih dan bisa meruntun jiwa akak-akak yang mencari alternatif kepada drama bersiri Sembilu Kasih (arrghh..aku tensen dengan citer sembilu kaseh). BKL mengisahkan si nelayan yang compang-camping dan miskin-hina yang memerlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Arghh.. story line yang tak membina minda.

Namun pernah kau medengar kisah " Berlari ke Masjid ", filem ini rare dan hanya ditayangkan pada setiap hari Jumaat selepas Khutbah kedua sebelum angkat Takbir untuk Solat Jumaat. Ketika itu kau akan dapat tengok ramai si mangkuk-mangkuk yang terdiri dari bakal-bakal engineer dan pakar IT berlari-lari menuju ke Masjid An-Nur, Tronoh untuk mengelak dari terlepas rakaat pertama.

Kutu-kutu yang terdiri dari warganegara Bolehland selalunya akan mengambil inisetif untuk bermotorsikal ke masjid. Pastinya mudah parking dan boleh memecut laju ketika lewat sampai dan memecut laju untuk balik cepat. Sememangnya kamu hebat dan Hadhari.

Manakala kutu-kutu imported, pastinya bukan Proton Persona menjadi pilihan. Kenderaan Cap Kaki adalah kenderaan utama mereka. Dan berjalan ditengah-tengah bumi Tronoh yang panas. Memang deme ni Zuhud Dunia, tapi mereka masih berharap kalau-kalau ada warga BolehLand yang berkereta menumpangkan mereka menuju ke jalan kebaikkan. Dan ayat wajib yang pasti keluar dari mamat-mamat Sudan ni, "Apa khabar?". aku dah nak muntah menjawap soalan tuh. Fak kome..

Dan ada Qariah Minimalis yang memang kamikaze keluar bilik lepas dengar iqamah, setibanya di depan masjid Qariah Hadhari lain sudah mula keluar, dan Qariah Minimalis ini akan buat rileks seakan-akan nak join balik sama, walhal baru sampai.

Selepas Solat Jumaat adalah waktu yang best untuk PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) beramah mesra dengan padi-padi yang lain. Bila dorang mula shakehand, bunyinya kuat seakan-akan 'Give me five,dude'. Papppp!.. Korang boleh tengok demografi sebenar PADI di Universiti Tengah Panas. Sudan, South Africa, Turmenistan, Pakistan, Bangladesh, Mozambique dan yang paling aku anti..Egypt.. Fak mereka pulak.

Dan bagi warga BolehLand, lepas Solat Jumaat bermulanya syurga..kami tidur sampai ke malam, mungkin cukop Solat Jumaat untuk cover Asar dan Maghrib..err aku cakap kami ek?? =)

p/s : Bile kali terakhir aku ke masjid menunaikan Solat Jumaat ni...err ada lagi satu kuota kot~

0 Habis Demam Pilihanraya

Kini berakhirnya demam pilihanraya, dan keputusannya agak mengejutkan semua pihak. Kuota 2 per 3 tidak dapat dicapai oleh pakatan BN ( selalu newspaper guna ayat pakatan untuk pembangkang, tapi aku nak guna utuk kerajaan pula sebab kerajaan pun ada dok pakat-pakat jugak ). Beberapa negeri telah bertukar bos, antaranya Selangor (keAdilan), Penang (DAP), Kedah(PAS) dan Perak(PAS & DAP??). Pelbagai faktor yang mungkin menyumbang kepada kekalahan BN... Namun kita cuba melihat kepada Kerajaan Campuran yang dicipta pada penggal ni.. adakah efektif mereka?? wait and see...


Mungkin juga pakatan Bersih berjaya untuk menjadikan Pilihanraya Umum kali ini cukop Bersih??






0 Pejuang Muzik Rock Progresif Malaya!!

Sememangnya kami adalah di antara pemuzik yang bersemangat patriotisme

Aku kini cuti dan berehat dari Band Jamen di atas sebab-sebab kesihatan..Haha.. Acah aje. Kini aku cuba berjinak-jinak kembali dengan muzik progresive rock secara amnya dan muzik-muzik grunge secara khususnya. Bersama Mr. Muhamad Nazir bin Hussin, seorang gitaris berjiwa lembut dan romantis dari kugiran Lazybone aka Berat Tulang..haha..kami asyik berjamming lagu-lagu yang ketinggalan 10 tahun di belakang ( tapi kami tak main ikut jalan belakang, Nazir dah ade awek, dia normal ). Namun, sukahati aku la, aku yang bayar sewa studio. Kami selalu tercari-cari drummer dan bassist, tapi drummer kat UTP ni bersepah. Kami sukar mencari bassist yang groovy dan jambu. Konsep kami 'Play for satisfaction, not perfection', sebab kami dah memang perfect. Kalau anda seorang bassist yang jambu dan ingin jamming bersama kami, sila e-mail kan resume anda kepada alamat tertera di sebelah..


TQ

p/s : esok aku ade test..mengapa aku sempat menulis lagi..fak!!

0 Antara Debu Taj Mahal Dan Bumi Piramid

Pada semilir bisu
Daku titipkan indah rindu
Yang mendesah dalam dada
Tiap saat yang berdetik
Kurasakan bertahun lama
Lenguh daku berkirim salam
Pada pemilik cintaku
Di tanah bersejarah Musa dan Harun
Yang pernah tersaksi kejam Firaun
Dan setia cinta Cleopatra..
Masih bersisakah rindumu kasih, padaku yang kejauhan ini?


Disini aku sayang
Antara kagum dan asyik
Merenung tegak Taj Mahal
Mengirai agung cinta Shah Jahan
Pada ratu hati, Mumtaznya..


Daku sedang menghitung, kasih..
Berat neraca kasih kita
Daku sedang mencari, kasih...
Lautan manakah yang mampuku himpun
Gambaran kasih sayangku untukmu
Dan tinggi piramid mana..
Antara sekian banyak di Giza itu
Yang mampu kubangun
Lambang tinggi setiaku




Namun tiba-tiba aku tersedar
Akan kelemahan diri ini
Maafkan aku kasih...
Atas kedaifan milikku
Tiada lagi aku termampu
Membangun monumen cinta buatmu
Tanda tulusnya kasih sayangku padamu...
Yang ada kini padaku, kasih
Cuma setitis rindu
Dan secangkir setia
Yang rela kubiar kau hirup
Agar lepas dahaga
Lepas jauh musafir hatimu berkelana...
Mencari daku...


Daku merenung mahkota yang mahal
Tersergam gagah di depan ku ini
Walau taj itu bukan milikku, kasih
Dan mahligai itu bukan terbangun kernaku
Dan aku bukanlah shah jahan itu...
Aku cuma lelakimu..
Namun aku tak jemu merenung taj itu..
Kalih pandanganku..
Terbias pada kali mengalir di bawah bumi
Indahnya ia di bawah sana..
Walau banyangan cuma


Aku percaya kasih..
Bayangan yang terlukis
Di bawah sana, adalah milikku..
Cintamu mungkin tiada semahal cinta Mumtaz..
Namun..
Tulusnya.. kukira mungkin lebih dari itu..
Taj mahal itu.. adalah biasan cintamu..
Padaku..!!!!!!!