2 Ulasan : Rock The World 8



Salam Sejahtera,

Gua tahu mungkin ada yang bersuara, tak troo la pergi Rock The World. Tetapi gua tetap tak pedulikan apa korang cakap. Gua tetap meneruskan tradisi gua untuk ke RTW sejak zaman gua sekolah dahulu kala. Tapi setengah dekad dahulu populasi umat gigger tak seramai kini. Dan gua tetap menyalahkan cerita Kami dalam hal ini..hehe

Ok briefly about RTW. RTW is the biggest rock concert in Malaya, and I was organized by Jason Lo and gang since last 9 years. They try to make the 'Woodstock' in Malaysia version, yeahh..lebih lembut gayanya. Hence RTW is the biggest rock concert in Malaya, maka crowd pun pasti datang dari seantero Malaya dari Perlis sampai ke Sabah. Selangkah gua ke 'Taman Rahsia', pelbagai fesyen gua usha.

Antara perkara menarik yang aku perhatikan ketika RTW ini adalah kelengkapan baru untuk menghadapi 'R-Day' ini. Di antara nya adalah kasut converse baru...yearrrgghhh...kasut kaler putih kalo baru kan die kaler biru2 nila..hehe...lu tunggu gua pijak kasut lu time moshing!! Then gua usha rambut baru dye...peerrghh...pekat lagi kuning die. Gamaknye kalau ujan lebat tuh, mengalir air kaler kuning dari kepala die..freshh!! Dan yang paling syok....telinga baru pierce!! Wow...merah berdarah lagi, cuba kalau aku jentik cuping die...perrrgghh..hahaha

Gua datang RTW dan telah sedia terhidang band dari Klang yang agak familiar dengan gua, Zip Zieller. Band ini datang dari Simpang 4, Kg Delek. Peerrggghh..gua menanti dorang sound check sampai naik gila. Dekat setengah jam beb!! Siap gitaris pergi jamban sat lagi...sempat je. Bila dema start je petik gitar. Gua dah rasa aura dia, yeaargghh. Rock n Roll versi Jimi Hendrix!! Dengan suara vokalis, Narkarago ada iras-iras vocalist The Jet. Memang raw beb!! Riff-riff rancak psychedelic sememangnya layak mengantikan tarian pocho-pocho untuk warming up para crowd. Oh yea...kibodis mereka Yanti, memang comel!! Pengakhiran band ini, vokalis campak gitarnya ke arah penonton. Marah sangat nampak brader.

Band Komplot semangnya berjaya berkomplot diantara satu sama mereka dengan baik. Terus-terang gua hanya tau lagu Konflik. Komplot memang meria di atas stage, selain alatan-alatan basic, mereka juga turut menempatkan pemain sax dan djembe/perkusi. Walaupun dengan pelbagai variasi music instrumen, namun sound Komplot tiada berkompromi, penuh dan tak pelik. Satu salute kepada djembefola Komplot!! Gua tau lu main agak tibai, tapi memang cool beb!! Beat sense lu kuat..mereka membawa 4 lagu iaitu, Konflik, Norazain, Disko Tanpa Risiko dan Enter The Kosmos. Musik mereka agak ke Rock Disco, meriah dan orang ramai mampu berdansa!!


Bunkface

Bunkface...hmm..anak-anak muda Taman Sri Andalas ini memang chill beb. Ramai gadis yang menanti saat indah mereka menonton Bunkface beraksi di pentas...awww!! Bunkface sememangnya pakar dalam permainan yang clean dan catchy. Vox mereka, Sam semenangnya mempunyai pakej yang lengkap dari segi music skills, ruma dan showmanship...1st class!! Dan hasil band yang pernah menyertai battle of the band, Blast Off ini sememangnya antara band yang mempunyai peminatnya tersendiri.


Estrella

Estrella...wow!! Comelnya vox dia, Liyana. Dengan membawa akustik gitar yang besar, memang comel..oh yea mulut kecil...aku suka juga!! Permainan memang clean habis, suara yang unik dan memang ngam dengan music mereka yang ke arah jazz akustika. Lagu Ternyata dan Stay sememangnya mencuri perhatian crowd. Ohh, pemain perkusi memang hebat!! Congrate to Wan. Uhh, ada yang kata Yuna dan Estrella adalah entiti yang sama, maaf, mereka totally different.


Aru dan ROB

Entiti berambut jagung ini sememangnya menghantui crowd RTW. Aru dan Republic of Brickfield. Lagu Legalize dan Uptown membawa kenangan gua kepada zaman gua baru habis sekolah dulu. Time ni gua skakin..jangan banyak cakap!!

Mooky!! Satu entiti besar yang berlompat disana-sini diatas stage RTW. Beliau adalah frontman One Buck Short yang memainkan peranan penting dalam mengaktifkat crowd agar berlompat bersama. Band yang comel ini sememangnya hyperactive dan sesuai dengan genre Punk Rowk veri mereka. Rahul selaku guitaris dan Izal di posisi bass sememangnya menggila, Izal siap pakai wireless cable lagi!! Nak melompat punya pasal. Anyway, ini feedback aku dapat dari member gua, Ajak. Even korang tak pernah dengar lagu OBS, when you start listening them and you'll be crazy just like us!!

Koffin Kanser..gelikan? hehe


Koffin Kanser bawaan Encik Aru menjengah stage bersama brader-brader berambut dreadlock, Aru di posisi guitar diiringi Vox Pure Vibration (maaf lupa nama dia, Din tak silap aku) empat orang pemain djembe, bassist dan drummer. Semuanya bereambut dreadlock dan Aru menyatakan band ini membawakan music berirama Dread-Rock & Roll!! 3 lagu pertama berbaur Core, dan aku boleh terima sambil pusing kepala. Lagu ke-4, memang lagu eksprimental diiringi alat tiupan kaum orang asli Aussie, maaf aku lupa lagi nama dia!! Memang aku sukar diggest musik tuh!! Anyway KK, memang menggile sambil sume band member head bagging berbekal kan dread lock..unik dan...geli!!! aww~


Naza The Times


Band pecahan dari OaG, The Times dengan musik ala-ala Brit Rock memang kacip dengan brader-brader pakai t-shirt dengan logo Mod. Aku ada 1str album mereka Soda Rock n Roll. Dan aku hafal jugak la lagu The Times ni. Musik mereka memang cool dan gitar Explorer merah milik Naza memang cun. Crowd lebih ke arah layan lagu ini dengan perasaan yang tenang dan teringat (cuba mengingati) wajah awek masing-masing...ahaks


Revenge dan Costum Party


Revenge, gile beb!! Ini band rock kapak. Zaman-zaman White Snake ni beb. Ini first time aku menonton Revenge depan mata, pembawakan Heavy Metal 80's. Gua menamakan band ini sebagai band paling meriah dari segi pemakaian dan yang menarik perhatian gua lead guitar yang berpakaian ala Kiss dan menjelir lidah gaya Gene Simmons, tapi lidah mamat ni tak sepanjang lidah Simmons dan seorang lagi gitaris macam Kid Search 15 tahun lepas. Sound?? Mereka ni antara finalis ROTTW Soundstage, agak advance bagi amatur. Permainan music yang clean dan bergaya dengan tarian...serius!!

Cloasing act!! Butterfingers, yearrgghh. Sememangnya ramai lagi RoyalButter, walaupun mereka dah beralih ke musik yang totally lain dari 1.2 miligram. Emmet memulakan proLoQue, walaupun Loque tiada dan digantikan oleh Greg Henderson. Aku dapat merasakan show kali ini penuh dengan kejutan!! Butter mula bersiaran dengan single pertama mereka 'Joget Global' dari album kembali. Sememangnya ini adalah track #1, dan umpama kata alu-aluan kepada pendengar Butter, deep memang deep beb!! Bass Kadak memang terrbaik untuk lagu ni.

Tanpa sebarang nafas, gitar akustik Emmet terus dipetik dan terus diisi dengan single 'Kembali'. 'Kabus Ribut' pula mula melanda crowd RTW, single mellow dari album 'Selamat Tinggal Dunia' merupakan satu-satunya single yang disiarkan video clip nya di MTV tempatan. Crowd sing a along, syok menggile!! Emmett tukar guitar akustik yang lebih vintage, dan memulakan struming dan hasilnya The Chemistry. Gua dah nak menangis beb!! lama dah lagu ni gua tak dengar, dan memang gua tak tau nak cakap apa dah.. Loco bergerak macam drum machine.

Kemudian Emmet mencapai Fender Strat dan memulakan versi Royal Jelly. Sumpah air mata gua dah nak bercucuran di pipi gebu ini, gua tahan kan saja, macam gua usha drama jepun yang sedey. Gua percaya ramai crowd menantikan saat-saat ni. Gua usha Kadak pun dah berevolusi menjadi lebih energetik, yea memang boleh nampak jiwanya sememang nya pada music grunge 90's. Penamat, Emmet melayangkan gitarnya di udara!!Yeaarrgggghhhh....Strat tuh!

Kemudian Butter mengucapkan kata-kata akhir dan chow. Jeritan we want more, diambil endah-tak endah aje. Selepas dah beberapa minit, Emmett naik stage balik dan bersetuju untuk melayan kerenah crowd. 'Maharani' menutup persembahan hebat mereka, Emmet mem'body slam' kan badannya ke crowd, abang-abang security sakit kepala.hahahaha.. dan begitulah penghabisan RTW. Tahniah kpd Greg kerana berjaya mengadakan riff-riff yang sempura dalam persembahan tersebut. Penuh Nostalgia.

Dari segi pemilihan band, aku menyatakan sememangnya pemilihan adalah terbaik. Band yang dipilih mempunyai kekuatan masing-masing dan memang layak mereka berada di atas pementasa RTW. Namun dari segi vanue, aku rasakan Secret Garden tak sesuai untuk event begini, kalut. Dan Stadium Merdeka lebih sesuai untuk menampung kapasiti crowd yang mega ini. Crowd pula tak ramai sangat budak sekolah, mungkin sebab gig berbayar dan habis lewat malam, mak marah pulak. Sambutan semakin hangat walaupun hujan rintik-rintik!! Ohh, ya review band yang tak ada tuh disebabkan aku tak ada ditempat kejadian macam OAG, aku pergi solat Maghrib kat Jalan Hang Tuah, jauh gak tuh dan lain-lain sebab (Masjid kosong beb...gig-gig jugak..solat jalan gak beb). Ini adalah pandangan individual peminat musik!! Sekian. Semoga berjumpa kita di Rock The World 9..insyaAllah

notakakiRTW : Enjit-enjit semut, sape sakit naik atas. Maaf kepada sesiapa yang body slam atas kepala aku, memang aku campak je korang hidup-hidup...

Sumber Gambarajah : Seir ROTTW

2 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

best best... band Metal kental takde pulak eh...

Geng Metal berkata...

wa ada gak tgk bang revenge kat u-tube, kira oklah rock dia...