4 Lost dan Faun : Filem Hiperbola dan Sarkastik


Los dan Faun, agensi spy cari barang yang terkemuka pada tahun 2008. Bakat terpendam kedua-dua orang anak Melaka ini terserlah ketika mereka berjaya mengesan wallet milik bekas Manager mereka di Kedai Pakaian Dalam Wanita.

"Tahun ini jangan takut kalau hilang barang" - www.losdanfaun.com

"Hilang akal pun diorang boleh cari" - www.losdanfaun.com

"Hilang pertimbangan je diorang tak boleh cari" - www.losdanfaun.com


Terus terang aku katakan, memang mengigil-gigil aku gelak dalam panggung time usha citer ni. Benda yang keluar dari kepala gua lepas usha citer ni adalah ini lawak hiperbola dan sarkistik terbaik yang pernah gua tahu dalam bahasa Melayu.

Hiperbola yang tentang kekayaan Jasmin, isteri kepada jutawan Sofar Al-Sogud pergi pasar. Rumah pasangan ini dah serupa dengan Disneyland meriahnya, cuma ianya terletak di Sg. Penchala. Tu je lain.

Faun (Adlin) : Mana cik Jasmin?

Pak Gad : Beli barang dapur.

Faun : Ooo...supermarket?

Pak Gad : Tak.. Cameron Highland. Ehh..tu dia dah balik. (Menunding jari ke sebijik helikopter)

Faun : .....

Pak Gad : Lesen kereta dia dah expired.

---------


*Ini bukan Amran, ini adalah mapley di NZ yang menyokong penuh LnF.

Watak Amran, penyiasat insurans pula dibawa dengan jayanya oleh Khir Rahman. Watak yang cukup sarkastik dalam kehidupan seorang melayu. Suka pergi karoeke dan menyanyikan lagu Hattan dan Scoin (Sila klik sini). Teknik percakapan yang menyerupai seorang personaliti yang menjadi ikutan. Memang hebat.

Tu belum campur kisah bapak Faun yang amat minat cerita kobi, biasalah ni kan hobi pak cik2 zaman dolu-dolu. Tapi malang tak berbau. Dia terpinjam CD Brokeback Mountain (klik ini), dari peminat John Wayne, beliau dihantui watak koboi gay lakonan Heath Ledger. Hilang mood terus nak usha koboi.

Dan gua nak highlight kan. Ini adalah cerita MELAYU PERTAMA YANG ADA ADEGAN GAYUT KAT HELIKOPTER. Los dan Faun, padat dengan hal persahabatan, kehidupan, impian, cinta, mak bapak, aksi dan kebengapan. Maka gua sarankan, WAJIB USHA - Bintang 4.9/5

notakakiHilangBarang : Gua dah HILANG sabar tahan gelak cerita ni.. demmit!! Kepale hotak lah lu Afdlin, buat cerita macam nie.

4 487 batang pen patah:

Zulheiry Fahmie Zulkifli berkata...

ahahaha... aku sokong pendapat ko acan.. syabas kepada Afdlin, movie beliau tidak pernah menghampakan.. ehehe~ tapi kali ni mmg parah kepala otak aku gelak.. saket perot aku nengok nyer..

Bapak : Mak nye, mari la tengok cerita koboi ni..
Mak : Nanti la dulu, nak mandi hadas besar sekejap..

(aku : wat the ???)

ahahaahha

AlexAlabasta berkata...

Nak gie tengok Stephen...(blush)

Achan Sinclair berkata...

Boy

Abah : Nak ayah bagi tau rahsia malam pertama?

------------

NymQ

I knoe you're blushing with me..aww~

vidadarisakura berkata...

aku x ingat dunia tym tengok muvie tu..haha
besh2!!!!!!!