2 Lagu Tahun Baru Hijrah

Last week gua usha Carta Nasyid kat TV9, dekat di hati. Emcee yg pempuan tuh memang comel, dan artis jemputan minggu tuh adalah kumpulan Algebra. Dan yang gua culture shock sket, gua nampak Ahnaf, kenalan gua. Gua pergi Akademi Nasyid ngan Ahnaf, Din dan rakan-rakan, muda lagi beb mamat nie, jauh lebih muda dari gua, apa ntah lagi Deen yang lebih tua dari gua. Tup..tup deme kuar album. Dan yang syoknya semua lagu dalam album Algebra ni adalah hasil tangan Dr. MAZA (Asri), ex-tok mufti Perlis dulu

Siapa Algebra?

Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com.

Band Nasyid Pertama

Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapatsegelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan tidak islamik. (gua pun tak tau apa unsur alat muzik Islamik, ada bentuk kubah dekat head guitar ke apa?)

Sumber : Nasyid.com

Dah dekat awal Muharam yang bakal menjengah ni, gua dendangkan sikit single pertama Algebra bertajuk 'Aku Rela'..





aku rela ALGEBRA.wma -

2 487 batang pen patah:

ejat berkata...

kumpulan teorem pithagoras xde ke?wakakakaka

Achan Sinclair berkata...

hampas lu...deme masuk melodi beb minggu ni...lagu kene gam..sian