2 Lagend....dary

Ketika dunia tengah dok kecoh pasal Y2k, orang kaya sana-sini sibuk keluarkan duit dari bank sebab takut akaun bank akan reset balik apabila tarikh 01.01.00. Musnahlah segala kekayaan dikumpul, nak beli kereta yang memerlukan AP dan bungalow di tebing bukit. walaupun sudah terbukti diharamkan berkali-kali sejak kejadian Highland Tower pada 1993, babi pun tak diharamkan berkali-kali beb.



Pada alaf bari itu jugaklah gua mula berjinak-jinak dalam bidang Brass Band dan orkestra, dan hari ni gua post lagu yang merupakan antara lagu awal gua belajar untuk main drum. Lagu dari filem Penarek Becha, nyanyian Tan Sri Dr Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai Seniman P. Ramlee.



Time gua main lagu ni, gua lower form lagi. Memang 'berat' la ketika itu, main tanpa penghayatan. Tak tahu langsung keindahan lagu ni. Kini selepas hampir 9 tahun, gua post lagu ni untuk sama-sama kita menghayati keindahan lagu ni.

notakakiPenarekBasikalRacing : Apahal ayat gua dah macam menulis ruangan Rencana dalam akhbar Utusan Malaysia kelolaan Mohd Fahmi Abdul Khir. Mungkin Zali sebagai pemain sax ketika bersama gua dlu boleh bg pendapat, lagu ni banyak solo sax.

2 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Ko ni Acan memang suka mengembalikan nostalgia lama. Lagu ni memang antara lagu kegemaran aku sebab banyak menampilkan solo sax. Muziknya sudah semestinya menarik. Cuma masalahnya masa tu aku dengan Achan main lagu ni untuk marching band. Jadi dia punya tempo dengan struktur lagu memang banyak berubah daripada lagu asal. Sekian.

Achan Sinclair berkata...

Haha..sebenarnya lagu tak pernah dibawak marching. Kita main lagu ni utk orkestra form kan? Haa..syok2..