4 Kepada Yang Melarikan Anak Orang

Hari ni gua letey, jalan-jalan pusing Bukit Bintang. Gua ingat hidup tak seperti drama TV, tapi meleset sama sekali perspektif gua angkara beberapa manusia yang mengambil langkah seperti perjalanan sebuah drama swasta di TV3.

Gua hari ni membantu seorang rakan dari utara tanahair mencari adik perempuannya yang lari/dilarikan dari rumah. Letih mencari namun tiada hasil yang nyata. Gua disini menyarankan kepada semua pemuda-pemuda, samada mereka ini Mamat, Azman, Datuk atau Mamat 2.0, kalau lu minat kat mana-mana awek, tolonglah be gentle. Jangan bawak lari anak dara orang, anak dara tuh nak lari sendiri? Manakan bisa pokok bergoyang jika tiada angin bertiup. Main-main kipnap, tiup-tiup kat muka kasi lalok...apa punya game ni? Nak gua libas dengan ekor pari?

Kepada yang membawa lari anak gadis orang tuh, bukan kepada perembat adik member aku je tapi kepada semua perembat anak dara (atau teruna) sila pulangkan mereka ke pangkuan keluarga mereka. Gua serius ni!! Kalau lu tadah muka kat depan gua, memang umpama menelefon Kedai Ukir Batu Nesan dan menempah sepasang batu nesan berukir nama korang sendiri!!

Kepada mana-mana gadis yang membaca cacian gua ni, sila jangan terlampau percaya dengan mana-mana lelaki. Serius!! Termasuk gua. Memang gua hensem, kachak, baki akaun bank banyak dan bermotor baru, tapi gua ada nafsu beb!! Sama aja semua!! Boyfriend korang ajak pergi mana-mana hotel untuk berasmaradana. Cakap saja, 'You Faker!!' dan bagi tendangan tepat ke testikel mereka. Kebarangkalian untuk mereka untuk berhenti tuh tinggi, dan hipotesis yang bisa gua buat semakin kuat tendangan lu bagi, semakin besar bengkak di testikel.

Hmm amacam teks ucapan gua?..lu rasa gua layak tak jadi Penasihat Kelab Pencegah Jenayah?

4 487 batang pen patah:

eddie dewanaga berkata...

tu kalau lu dapat, jgn tanya dulu, kasik dia *berbuih dulu, baru kasik dia bunyik...!

*geram peristiwa lama...

Achan Sinclair berkata...

Perrghh...berbuih mulut..patut ang keluaqkan api kot mulut...baru Eddie dewanaga!!

Bajet berkata...

Ko jumpa tak anak orang tu?

Achan Sinclair berkata...

Tak beb..sian mak die beb..