4 Happy New Hijrah Year

Gua bekerja berat hari ni, bekerja berat dalam prospek mengalunkan tangan bermain gitar dan drum. Ini baru settle jamming dengan blogger Penghawa Dingin dari band Hazel dan Machai dari ZigZagoon serta beberapa rakan lagi.

Ini adalah nasehat gua kepada semua, pastikan lu nak pergi jamming dan jangan tinggal kan pick di rumah. Tengah gua high bermain gitar sambil menjerit-jerit lirik lagu yang gua tak pasti, jejari ku mula mengalirkan cecair hangat berwarna merah. Demm, main gitar sampai berdarah.. ni sumer angkara lupa bawak pick.

Tadi adalah sessi jamming muhibah yang disertai oleh pemuzik indie, grindcore, metal, axe rock (hahaha..rok kapak) dan grunge. Hasilnya?? Hahaha..kemuafakatan..

Okay..

Hari ni 28 hb Disember 2008, hari Ahad dan aku nak wish beberapa perkara.

  • Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat.
  • Selamat Hari Lahir ke 23 kepada Mr. Fayan Malaya..nama real ni beb. Memang patriotik mamat Thailand sorang nie.
  • Selamat Pengatin Baru kepada Fimad atau Firdaus Ahmad. Maaf, gua tak dapat ke Changlun atas sebab krisis ekonomi dan kejatuhan harga minyak global. Semoga berbahagia sepanjang hayat dikandung badan.
Sekian..

notakakiCountDownNewYear : Weh...sapa ada lagu nasyid Satu Muharam bermula Hijrah, Kaum Ansar dan Muhajirin bersatu, Rela Berkorban harta dan Nyawa...lalala...sila send..TQ

4 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Firdaus Ahmad tu Bubble ke budak MCKK?

Achan Sinclair berkata...

lain2...ni fimad sekolah syed putra...seniorita bonet

Abang Ben berkata...

patut lu buat perangai rock star agung. Takde pick? OK gua tak nak jamming. Lu orang nak gua jam, lu cari/belikan pick tu gua... hahhaa...

Achan Sinclair berkata...

Hahaha..studio pun tak de kelengkapan pick lebey..ish..macam mana nak maju perniagaan, lantas meluaskan bisnes studio jeming ke pasaran global..