2 Baju Kenangan-ku



Hari Raya Haji lepas gua bersama Zali Skin dan Zali Bajet ke Batang Berjuntai Kuala Selangor untuk menziarah kawan-kawan yang mendiami tanah tersorok di sana. Mereka adalah Sofie, Zuhana dan Bad. Kami serang rumah Sofie dulu, tak de call-call main redah je. Kakak-kakak die dah culture shock ingat kami datang nak meminang dorang, maka berlari-larilah mereka mencari selendang dan bancuh air manis untuk menghilangkan dahaga rombongan meminang. Masih ada hati walaupun anak masing-masing dah menjejakkan kaki di sekolah kebangsaan.

Sofie adalah rakan seasrama gua dulu ketika di Klang, abang dan kakak beliau memang rock cam haram iaitu Sam atau nama sebenar Shamsudin bin Teguh pernah bersama Kitanaichi dan Zizie Hashim, penulis ROTTW, komposer dan vocalist band MINE (bersama Jadam, Joe Slaugther dll). Sofie? Dia suka Ning Baizura.. Tak apa janji dia best.

Tengah seronok bersembang, hormon adrenalin masing-masing dah takat telinga. Sofie potong stim, "Achan, aku bukak kotak zaman sekolah aku. Sekali ada baju ko". Sudahh...baju mana pulak nie. Dan dihulurkan baju oren, baju Librarian.. Haa...gua dulu Head Librarian beb, Sofie assistant gua..hehe.

Gua usha baju gua...errkk... Gua bertekad!!! Gua tak akan pakai baju ni keluar rumah...arrgghh!!



*Pandangan depan, warna oren dan design tipikal untuk awal 2000. Amacam boleh masuk Magazine Vogue tak?




*Corak streotaip baju tempahan ala-ala asrama. World of Knowledge.. Time ni Mawi World pun tak kua Felda Andak Taib lagi. Ada daya penarik tak?

*Pandangan belakang yang menarik. Tulisan 'Librarian' tepat di belakang punggung. Design tak pakai Adobe Phoshop lagi. Pakai Microsoft Word 98 jek.


*Bar kod untuk mengesan pengawas perpustakaan yang lari dari tugas. Amcam?? Hebat tak sistem kami ketika itu? Haa.. tu belum Sistem-Jejak-Peminjam-Tak-Pulang-Buku lagi..

*Part paling mahal kat baju ni. Label 'Librarian' nie sebenarnya glow in the dark. Woo gile la, memang ni trend paling advance time nie. Baju korang ade glow in the dark tak?? Haa...kalo tak de jangan banyak cakap

notakakiBuku : Amcam brader-brader?? Baju glow in the dark kat punggung...ada berani pakai jalan-jalan g IRC time stady week tak?

2 487 batang pen patah:

Achan Sinclair berkata...

Ok...atas belas ihsan gua. Gua creditkan lagi seorang pembaca sunyi blog nu merangkap Penolongh Ketua Pengawas Perpustakaan 2...

Minah yang selalu jerit2 panggil miting..arrgghh..credit to Dr.(wwooo)Nurul Syamimi bt Sajali

Bajet berkata...

Haha. Acan kalo berani pakai la baju tu pergi irc