0 Kenanganku Part 1.

Gua buhsan menetap di rumah secara statik, gua perlukan anjakan paradigma untuk menjadi seorang pemimpin yang aktif. Bila seorang pemimpin tuh aktif dan sehat, dia mampu turun ke padang melawat penempatan-penempatan dalam jajahan. Haaa...baru penggal lagi sekali boleh menang lagi.

Maka untuk mengelakkan kebuhsanan menguasai diri gua, gua mengambil inisiatif untuk ke Klang di mana scene gua bermula. Gua mulai dengan ke rumah Faiz bin Samian aka Mian (bersempena nama abah die), memikirkan karang orang Kg Delek Kanan dok mengata kami songsang melepak berdua-duaan, gua memanggil seorang rakan dari bekas scene Al-Arqam dan masuk ke scene gua iaitu Dzil.

Gua lepak-lepak dekat beranda rumah Mian sambil merenung masa-masa silam. Dah habis semua kisah kami ungkit, dari panjat pagar surau sampai ke kejadian awek-awek menyentap uniform sekolah gua selepas gua memenangi pertandingan Mr. Star. Sebuah rancangan realiti yang mempertandingkan keunikan dan kemaskulinan seorang lelaki.

Untuk memenuhi kenangan nostalgia-nostalgia lama, kami gerak kenderaan masing-masing ke port lama di Ah Seng, atas Plaza MPK (Maidin Klang). Sinilah port 'remaja nakal' daerah Klang, kesemua pelajar nakal dari sekolah sekitar Klang berlepak disini. Tak kira kau dari STAR, La Salle, ACS, High School Klang, Raja Mahadi ataupun KISAS. Ah Senglah port wajib. Gua selalu lepak kat AH Seng time balik jamming kat Jalan Meru, Studio Concorde.


* Amacam dengan pandangan depan Ah Seng?? Belum pandangan sisi lagi beb.


Kat Ah Seng berderu-deru budak sekolah hisap rokok. Kalau pihak berkuasa datang menyerang memang aku berani jamin ada yang nak cover sampai telan putung rokok. Specialize Incik Ah Seng adalah Maggi goreng dan Air Selangor, iaitu gabungan air tembikai dan air nenas. Syok woo... Maka sepermegian gua he Ah Seng, gua order balik gabungan menu keramat Maggi dan Air Selangor (pronounce Selangor macam orang putih).


*Sape kate makan maggi benak? Maggi cuma kasi slow processor lu sket je beb


*Ini Air Selangor = Tembikai + Nenas + Ais Sagat..memang pilihan band Grunge sekitar Klang.

Habis-habis menyantap hidangan, masing-masing tersenyum kekenyangan. Hehe.. dah lama kita tak wat perangai. Panggil Ah Seng kira then sorok cawan untuk reduce cost. Difikir-fikir balik, masing-masing dah bekerjaya, siap ada yang dah berkahwin. Karang jadi darah daging beb.. Maka kami panggil Ah Seng dan bayar secara baik dan bersih. Yang syok tuh, Ah Seng (rambut dah putih) still kenal aku beb. Hahaha...belum tentu cikge kelas gua kenal gua beb. Ni kan Ah Seng, DO you can imagine how long I spent my time at Ah Seng??

notakakiAhSeng : Selamat Pengantin Baru kepada ex-classmate, Mohd Zul Fahmi aka Baguk (skang dah jd CEO Jati Kraf) yang melangsungkan majlis persandingan last week di JB, sorry gua tak leh drive jauh. Dan Selamat Pengantin Baru kepada Anwar (Gay), esok lu kahwin beb?? memang lu tak gay..haha

0 487 batang pen patah: