4 KAMI : Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada



Semenjak beberapa ketika ini, gua rasa penangan drama bersiri 'Kami' di 8TV telah membawa impak yang besar terhadap dunia muzik yang tak masuk URTV (gua tak tau nak bagi scene apa, underground? 10 tahun dulu mungkin.. Indie?? erk). Drama yang mengisahkan watak Ali, Abu dan beberapa gadis comel yang bersahabat baik. Hobi dorang pergi gig, gig bitter sweet, Meet Uncle Hussin dan gig-gig lain. Pelakon memang haram gua tak kenal, gua kenal DJ Nas-T jek sebagai Abu. Pelakon sume nak muke jambu aje, jerawat pun tak de.. perrghh



Gua respek kat pencipta cerita ni yang cuba menetengahkan kisah remaja yang kaya raya, muka jambu, hidup setia berkawan bersama, saling meminati muzik indie dan gemar mambaca zine kertas (zine terakhir aku baca time 2002). Gua tak tau kenapa dorang tak baca internet ntah, mungkin mak mereka tak membenarkan mereka memperabis duit di cyber cafe. Drama ini juga menonjolkan lagu-lagu-yang-tak-akan-masuk-Carta-Era sebagai lagu latar umpama lagu Hujan (lagu paling wajib) , Bittersweet dan Seven Collar T-Shirt. Raya lepas Kami The Movie dilancarkan di pawagam berdekatan, maaf gua tak sempat nak usha movie die, drama die gua follow gak la sket-sket.

Angkara Kami ini, maka wujud secara mendadak remaja-remaja lelaki pakai t-shirt jenama tukang print nasional umapama Pop Malaya ataupun yang bertulis nama band kegemaran, rambut kasi perm dan pakai spek tebal walaupun mata mereka tak rabun sebab kuat makan carrot, manakala remaja perempuan pulak pakai skinny jeans, rambut layer dan memakai tali pinggang yang kaler selain hitam.

Dari segi musik pula, sememangnya band-band dalam negeri umpama Hujan, Meet Uncle Hussin dan Bittersweet. Band luar negara pula lebih kepada Mathew Dear, Calvin Harris (hehe) dan Arcade Fire. Dan pastinya kesemua band-band yang telah di'list'kan dalam website PitchFork. Nirvana?? Brader ni anak dah berapa?? demm yuh. Yang pastinya ianya di download bukan dibeli di kedai-kedai CD berdekatan.

Kehidupan sosial pula lebih mencari gig-gig percuma di sekitar Lembah Klang, gig mingguan Khamis malam Jumaat di Laudry Bar, The Curve pasti menjadi pilihan. Rock-rock jugak, clubbing-clubbing jugak, The Loft KL menjadi port meriah di hujung minggu.

Dan beginilah impaknya drama bersiri Kami kepada masyarakat. Sampai adik perempuan aku yang sekolah kat Sek Men Tinggi Agama Kuala Kubu Bharu pun hafal lagu Bittersweet..perghh kuat punya impak.

notakakimusik : Diceritakan, ketika GIG FREE 'Kami' di Bukit Jalil. Time Butter perform. Ada budak jerit kat belakang memanggil Loque, dengan sebutan 'Lo-qiu'..errkk

4 487 batang pen patah:

eddie dewanaga berkata...

Liyana Jasmay tu cute siot...!

hehehe, budak opis gua yg kata...

SOPHY berkata...

hahahaha.. 2002 ko baca zine ape?? yg ak ingat, lepas PMR (2002), drg baca PLAYBOY ada la.. hahahhah

Pek Sehat berkata...

Butter main kol brape ah time gig KAMI tu?
Aku duk lepak umah din, dpan stadium tu je pon.
Tapi hati tak tergerak nk g join kumpulan anak muda sekolah2 berpakaian hitam tu sume.
Lagi satu sure butter main lambat or last.
Dan aku benci album kembali. X sedap!
Membazir keringat peluh aku je bergelumang dengan lautan manusia stakat nk dgr butter pomote album baru.
Baik dengar M daud kilau.same je!

Lutfie berkata...

kelakar la entry ni bang.gelak dgn sopan