3 Harapan Gua Kepada Pengarah CSI Miami

*Perrghh...sikit punya macho Horatio. Selamat ukur lilit badan gua tak lepas kalo nak jadi polis..haha



Lu usha CSI Miami kat AXN?? Lu usha episod minggu ni?? Left. Horatio kene tembak beb kat airport. Nampak gaya ada peluang nak mati. Spek Ray Ban die pun dah berlubang, ape sikit punya membazir la Tuan Pengarah. Dia tak tau ke membazir tuh amalan syaithoon..ishh

Tapikan, gua rasa H tak mati. Ye la, mengikut Syarat Wajib utk citer Amareka, syarat no 1. Hero tak boleh mati!! Gila lu kalau H mati, mau mengamok satu Miami. Ye r, sapa lagi nak menegakkan keamanan di Miami. Kalau ada mayat-mayat akibat homosid, sapa nak siasat?? H lah CSI yang paling terer kat seantero Miami.

Hero mati tuh memang mustahil. Lu usha citer Die Hard. Perrghhh, gila babi liat nyawa dia. Kalau org-org yang bela hantu raya nak mati pun tak da seliat nyawa hero Die Hard. Kene langgar dengan jet pejuang F-16 pun bule idup lagi John tuh..terer tak terer die. Gua tau sesuatu yang hidup dan bernyawa itu pasti akan mati. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk Horatio mati...tunggu gua dah unsubscribe Astro..

notakakiCSI : Kalau ada rezeki tuh, adalah kan..hmm

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

teringin nak tengok tapi kena habiskan The X-Files dulu... dah masuk Season 7 belen 3 seasons nak setel (sampai Season 9). Dah jual DVD X Files ni balik baru boleh beli CSI hehehe...

eddie dewanaga berkata...

horatio tak mati kot...

ari tu launching new season, dia ada skali tiup lilin...

yg gua geram, mr. wolfe dpt text msg said, 'it's done...'

what the hell..!!

AlexAlabasta berkata...

Die x mati. Cuber check wikipedia utk sinopsis 4 episod seterusnya. dia masih wujud.