4 Dua-dua sama Saja

Cerita ni time gua sekolah menengah kebangsaan kat Klang, time tuh gua kanak-kanak lagi. Inesen gile nak mampus, gua ingat lagi senior bernama Apai kencing kami. Masturbasi bermakna belajar, maka dia tanya satu dewan makan time prep.

"Korang masturbasi tak?" tanya Apai penuh ketegasan, sambil buat muka malam-ni-pukul-budak.

"Aah, kami sedang bermasturbasi beramai-ramai," balas budak-budak batch gua.

Perghh..lu bayangkan. Bertapa naifnya gua dan rakan-rakan, bermasturbasi beramai-ramai?
Chilake lu Apai!!

Ok..tuh kisah lain. Gua dah melalut ni.

Time tuh Penguasa gua nama dia En. Kasmuni Selamat, dia orang Jawa (90% budak sekolah aku orang Jawa dan bahasa pengatar dalam office asrama Bahasa Jawa, Jiwa Bangsa). Kami pakat panggil dia Cikgu Kasmuni.

Cikgu Kasmuni seorang yang tegas gile ganas tahap dewa. Kalo lu usha kasut kulit die, perrghh. Berbunga-bunga hati lu usha. Kilat dia sampai lu boleh cermin jerawat remaja yang baru meningkat tumbuh dimuka lu. Dia ganas beb, dulu gua ingat dia tangkap senior gua smoking. Dia suruh brader tuh masuk bilik dia, dia kasi sinsing lengan baju kemeja dia. Tutup pintu...

Pow..pow..pow..

Kedengaran bunyi loker dihentak, file beterbangan. Dan manusia mengelupur..

Brader tuh keluar bilik, menitis air mata jantan dia. Kami junior-junior jangan cari pasal nak usha dia, silap-silap malam ni kami yang menitis air mata darah..tak sanggup.

Dia kejut subuh?? Dia ada senjata, pistol air hasil rampasan. Gua tak tau sapa pemilik asal pistol air tuh.

Modus operandi.

1) Serang 2 dorm menggunakan pistol air. Tembak di lubang hidung, perrghh.. lu bayangkan tengah mimpi Jeslina Hashim time tuh boleh lemas pulak.

2) Setiap 2 dorm, dia perlu top up air. Kemudian ulang langkah 1 hingga tawaf satu asrama.

Lagi satu senjata rahsia dia pakai rotan, lu tidur pakai pelikat kan?? Gua tak sanggup nak cerita..

Itulah Cikgu Kasmuni, sekarang ni dia Pengarah Institut Kemahiran Belia Yayasan Selangor di Kuala Selangor.

notakakikasutKasmuni : Ganas...ganas dia pun. Dia keluar sebab terlampau banyak kali masuk hospital. Tekanan darah tinggi kronik katanya...nakal sangat ke kami?? hehe

4 487 batang pen patah:

ejat berkata...

lu punye pendahuluan fes class bro.kalo cekgu BM lu tgk sure dia kasik a tros.mmg meletopp.salute

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

hahaha...entry hiburan yg tak penah fail! tahniah2!

incik neng berkata...

lu punye cite mat ...pergh box office bai

Achan Sinclair berkata...

Gua jawap sekali gus...

Terima kasih kpd CIkgu Kasmuni kerana mendidik aku secara formal, dan Apai kerana mendidik aku dengan physical torture..