4 Bising v. Dosa

Ada sorang gadis, story pasal ketua kelas dia kat sekolah dulu. Lu paham la kelas dalam sekolah punya tahap bising, kurang-kurang bunyi mercun bola pun boleh tenggelam dalam suasana begitu. Nak tulis nama kasi cikgu? Buku tulis garis satu yang berharga 60 sen tuh boleh penuh dalam masa seminggu, mana nak cekau duit? Ketua kelas bukan dapat elaun macam Ahli Parlimen.

Maka ketua kelas beliau benggang, urat-urat hijau dah mula timbul di dahi. Karang kalau dia jadi hijau susah pulak, baju sekolah terkoyak la. Kerajaan dah la tak bagi subsidi baju sekolah, kesian la mak bapak dia.

Lantas beliau ke hadapan kelas, mengambil kapur tulis dan melukis graf ini di papan tulis.

* Bising dan dosa berkadar lansung. Amacam? Lu ada berani nak bising lagi?


notakaki : Ini menunjukkan bahawa Guru Matematik Tambahan di sekolah tersebut menjalankan tugas dengan baik sehingga pelajarnya dapat mengaplikasi graf-graf dalam kehidupan seharian.

4 487 batang pen patah:

adeknurul berkata...

woa!!! hahahaha.....

iLLy Ramudzan berkata...

aaaa shit! mase kecik2 dulu suke bising dalam kelas. bnyk dosa laaa

AlexAlabasta berkata...

Aah... teringat kecik2 dulu...

"Jangan buat bising! Berdosa~!!!"

Ps- Bijal ye ketua kelas tu, dah reti buat graf umo tak labih 12 tahun...

Achan Sinclair berkata...

Adek

You memang tak makan saman...lagi mau bikin hingar...

----------

Illy

Time kecik-kecik bising tak pe beb.. graf ni apply time u form 4 dan ke atas..you dah pandai gossip dan umpat sana sini.. :)

----------

NymQ

Tiap kali gua sembang ngan lu..pasti bahu kiri gua bertambah berat..gosip kiri kanan atas bawah..hehehe

p/ssshuh: Ketua kelas di sebuah sekolah berasrama penuh di Malaya..kalo SBP sah2 la sekolah menengah kan2?