7 Weekend Lepas : Best vs Tak Best

BEST :

Khamis lepas gua pulang ke UTP untuk menghadiri satu event silat. Ini kire ujian la untuk mendapatkan Sijil Rendah Persilatanbagi pengamal Silat Cekak Ustaz Hanafi. Gua menanti agak lama untuk join test nie, 3 tahun beb. Akhirnya berjaya gak join..

Pada hari Sabtu, kami menduduki test teori bertulis. Gua mengaku, pengalaman sebagai AJK Komunikasi time kecik-kecik dulu banyak membantu gua menduduki peperiksaan ni. Peperiksaan di adalakan dalam bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan kali terakhir gua menduduki peperiksaan dalam bahasa Malaysia adalah ketika gua amik lesen memandu 5 tahun lepas...hmm. Terima kasih kepada Toyol-toyol belaan gua..hahha

Hari Ahad..ujian praktikal. Lebih kepada sparring la. Kene serang dengan tongkat & parang. Syukur gua dapat atasi dengan tabah dan sukses..

*Kamu tahu apa erti otak lari tune? Gambar ini menjelaskan segalanya.

*Congrates to Amir selaku Project Manager, walaupun baru 1st year namun berjaya menghandle warga-warga emas.


*Masing-masing buat perangai, tak kiralah dari Pelajar Tahun Asas Pertama sehinggalah Bapa Kepada 4 orang anak..


*Gadis-gadis..ganas dan merbahaya!!

TAK BEST :

Pas test...gua bermanja-manja dengan rakan-rakan. Namun nasib tak menyebelahi gua. Ibujari kaki kanan gua lari tune. Maka gua kene bertongkat untuk 3 bulan nie dan may be it takes about months utk fully recover...hmm. Doakan gua rakan-rakan..Semoga gua cepat sembuh. Kaki kanan adalah penting untuk gua duduk tahiyat dalam solat, bersilat, memandu, membawa motorsikal dan memijak pedal efek gitar..

*Korang perasan ibujari gua tune lari?

notakakilaritune : Gua dapat MC 2 weeks..terima kasih kepada semua yang menghantar, mengambil langkah kecemasan dan yang tukang risau..jasamu dikenang..Trima kasih juga kpd Nazir yang membawa anggur tanpa biji untuk gua, walaupun akhirnya anggur tanpa biji tuh habih diratah oleh lu dan awek lu...gua tak kesah...niat tuh penting :)

7 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Takziah aku ucapkan. Semoga ko cepat sembuh.

AlexAlabasta berkata...

Achan patah jari kaki, die salahkan matress...

Momentum badan yang seberat (tiga angka)KG innocent la dalam insiden malang nih?

Lalala~~~

Ps- Terngiang2 orang maseh sempat memerli Achan biler die landing.... "Gempa bumi, gempa bumi~" sambil menggoyangkan badan~ LOL!

Selamat sembuh, sayang~

scrowtoot berkata...

haha..untuk mengelakkan orang pandang serong kat gua, gua tepakse clarify beb..gua tak ratah pon anggur tuh, sebab gua bawak jus anggur kotak je untuk lu..tapi sampai sepital tau2 lu da kuar wad..bukan setakat kuar wad, malah on the way ke rumah terbuka di ipoh pulak..cheesedale...

sekonyong2, gua pon dahage...maka bak kate omputeh, the rest is history lah~..

anyway sementelah lu dapat hadiah percutian 2 mggu kat umah, ape lagi, bait2kan lah lirik2 + riffs2 yang patut..slamat berchutee beb, gua akan miss opis-hour-chatting-mate gua yakni lu..

Achan Sinclair berkata...

Bajet

Terima kasih atas keprihatinan lu...

-------------

NymQ

Gua tamoh komen apa-apa, walaupun terdapat unsur hiperbola dalam komen yg lu kasi..sebab bilik lu menjadi bilik tumpangan gua di UTP..

------------

Nazir Scrowtoot

Hahaha..kire anggur tanpa biji lu = jus anggur r? menarik..hahaha.. saket-saket gak..open house jangan ditolak..ada mana2 invitation open house yang gua terlepas??

Achan Sinclair berkata...

Bajet

Terima kasih atas keprihatinan lu...

-------------

NymQ

Gua tamoh komen apa-apa, walaupun terdapat unsur hiperbola dalam komen yg lu kasi..sebab bilik lu menjadi bilik tumpangan gua di UTP..

------------

Nazir Scrowtoot

Hahaha..kire anggur tanpa biji lu = jus anggur r? menarik..hahaha.. saket-saket gak..open house jangan ditolak..ada mana2 invitation open house yang gua terlepas??

Abang Ben berkata...

takziah... ngeri gak dengar lari tune ni... terpusing ke atas ke camana?

Achan Sinclair berkata...

Bro Ben

Die terpusing dan terkoyak sebab terlebih pusing. Macam string guitar la. Terlebih pusing die putus...