3 Tagged : Aku benci pakai name tag ketika bersekolah

Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


Aku telah di tag oleh keyrol, NymQ & Rizza. Oleh kerana aktiviti tag-men'tag' ini tak menyalahi hukum syarak dan tabii manusia, maka gua layan jek. Gua pilih tag terbaik untuk dijawap. Ini pun kira ok lah, gua jama' sume skali..

7 Perkara Ajaib Tentang Sinclair.

  • Mungkin ramai yang mengenali gua sebagai seorang penggemar muzik rock tegar. Namun tak ramai mengetahui bahawa gua juga seorang penggemar nasyid tegar. Gua ada kumpulan nasyid sendiri yang bergiat aktif di arena UTP dan sekitarnya. Kami pernah mengondol kejuaraan di Pertandingan Nasyid UTP beberapa kali dan tak mengondol apa-apa pingat dalam Pertandingan Nasyid Malaysia MMU 2005. Uhh.. nama group nasyid gua Zaufan atau nama panjangnya Zikrullah For An-Nas...
*Taufan..
  • Gua juga seorang penari yang cekap ketika bersekolah. Lagu ape beb? Inang? Masri? Zapin? Meh bagi gua lagu, lu ingat rockers tak reti menari??.. Dan kali terakhir gua menari lagu-lagu asli adalah di bulan Mei, gua menari bersama housemate gua yang agak lembut pada genetiknya.. Sumpah kami menari je, tak lebih dari itu!!

  • Gua juga adalah seorang Ketua Pengawas Perpustakaan ketika bersekolah dahulu. Maka gua agak kaki buku sebenarnya..Sekarang mungkin sukar sikit gua nak menghabiskan sebuah buku akibat masa yang terhad. Namun gua masih ada waktu membaca buku-buku feberet gua untuk ke-2000 kali.

  • Baju-baju gua 85.34% adalah berwarna hitam.. Gua bukan black metal. Gua tak minum darah kambing, dan gua tak makan kambing. Azlanthor Langsuyr makan kambing, dia cakap time kat Rock The World 2006..

  • Hmm..ini mungkin sulit sedikit untuk gua dedahkan, tapi gua ketandusan idea. Sebenarnya...gua kaki drama Jepun & Korea..hehe..lu jangan cuba cakap gua jiwa halus. Gua hantar santau angin baru tau.. Dan gua mampu menghabiskan 10 episod citer berkenaan dalam satu hari..hehe

  • Fakta ini disebabkan oleh mak gua dulu bukak Tom Yam, maka gua boleh memasak dengan agak amatur. Setakat nasi goreng kat tom yam sume tuh, gua dah khatam. Terima kasih kat chef gua, Chef Chek..

  • Gua benci sayur, benci gila.. Terima kasih Cik tukang-perhabis-sayur-kalau-makan-dengan-gua..

Gua nak kasi tag sama Che Det..lu rasa die jawap tag nie?Maka gua tag blogger bawah 25 tahun

  • Jali Bajet
  • Adek
  • AtoZ
  • Ijat
  • Iman
  • Zhee
  • ntah..tu je yg hadir dalam idea aku..
yang berkenaan sila ambil perhatian..gua malas nak link2..

3 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Ko memang tegar dalam maraton cerita jepun dengan korea.

Geng Metal berkata...

jemput ke blog gua bro ...

Nuriman berkata...

Budus, A to Z pun ade. dieorang berdua baru setahun jagung hahaha