8 Review EP : Radiostar - Dua

Petang kelmarin, dalam mengharungi kesibukkan traffic di Sri Hartamas ketika pulang dari office, muncul idea untuk hang out di Triple B Studio di Sri Hartamas. Gua nak rembat EP Radiostar - Dua, itu nawaitu asal gua. Tapi elok je gua masuk, gua disambut mesra oleh Mahfuz (Composer, Keyboardist) dan kemudian Bakri (Radiostar, ex-Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Republic of Brickfield & Meet Uncle Hussin) keluar menonjolkan kepala.

Gua leka kejap layan Mahfuz, pas tu gua teruja beb nampak Fender Strat yang oldskul habis, 1971 beb, gua tak tanya harga sebab gerenti boleh pergi haji beb.. Bapak gua baru masuk Form 1..hehehe. Blablabla..gua sebat EP, gua chow

Kisah Radiostar...



Gua percaya, Radiostar bukanlah sebuah band yang terkenal seantero Malaysia umpama Hujan dan Meet Uncle Hussin (adik gua yg kecik pun hafal lagu MUH). Tetapi band ini ada kekuatan yang tersendiri dengan membawa lagu nu-jazz dengan gaya tersendiri. Band ini diterajui oleh Pot Amir (vocal, ex-Innuendo so what do u expect with his vocal?), Mahfuz (Music Director, Keyboardist, Guitar, & Drum), Abrar (2nd Guitar), Bakri (Drummer) & bantuan beberapa rakan di posisi bass, Pacai, Cikgu Asma & Eday..

Kisah EP..

*Logo Radiostar

*Sah-sah ini CD, bukan spoket motorsikal

Ini adalah EP kedua dari Radiostar, memuatkan 7 lagu official dan 3 hidden tracks. Secara totalnya, gua memberi 8/10 untuk EP ni. Music arrangement yang menarik dan cukup padat. Permainan yang clean gile, mak cik-mak cik cleaner tersenyum lebar dengar EP ni. Gua dah tak tau nk tulis ape..sebab memang dahsyat beb.. Ikuti ulasan dari track ke track..

1. Pada Senyummu (3.25)
Lu kata lagu Diari Seorang Lelaki, lagu acid jazz yang tebaik?? Ini lagu tahap ^&&%@.Gua tak tau nak cakap ape dah lagu ni, sebuah artwork yang perfect. Lagu ini composed by brader yg slalu emel macam cikgu BM, Pacai dan Aji, deme juga memainkan instrumen masing-masing untuk track ni. Serius, bila korang dengar lagu ni senyum lu sorang-sorang mcm orang yang tune nya lari. Intro yang cukup membuatkan orang nak dengar sampai habis lagu ni. Music yang berbaur nu-jazz/acid jazz, tetapi teknik nyanyian Pot ala ballad dan lirik yang sweet..lagu yang mempengaruhi emosi.. 10/10

2. Cinta II (4:54)
Intro lagu ni macam Bon Jovi pun ada, tapi lama gila beb 53 saat aje intro. Lagu yang atas sikit dari level biasa-biasa. Music arangementnya pun ok la, not really impresive sebab banyak repeating. Korang pernah usha iklan rokok Salem dulu-dulu yang ada nyanyi² tuh, lagu tuh feel die hampir sama la. Guitar work yang penuh tapi rhytm yg buhsan. 6.5/10

3. Hanya milik Dia (4:25)
Rasa gembira jek intro dia, hepy tak memasal la orang kata. Lagu ni duet dengan Ana Raffali, gua tak kenal. Tapi suara dia bulat, macam Liza Hanim. Sesuai nyanyi jazz kat lounge-lounge sekitar lembah Klang. Unsur-unsur classic jazz amat kuat dalam lagu ni pada music arrangement, ada trumpet, guitar solo dan pengunaan piano yang optima.. 7/10

4. Kaseh (4:45)
Gua terasa macam lepak kat lounge plak dengar lagu ni, relax dan beremosi pada intronya. focus pada vocal Pot yang lemak. Pada 2nd bridge, feel dah bercampur baur dengan tradisional pulak..macam mane tuh?hehehe.. Ramli Mohram bermain rebana untuk lagu ni, so secara totalnya best dan unik. Tak buhsan..main emosi sih... 8.8/10

5. Satu (4:53)

Sebuah lagi lagu cinta yang cukup garam gula. Melodinya umpama penyambung dari track sebelumnya. Namun lagu ni lebih simple, vokal dan piano. Sesuai untuk dengar malam-malam sambil nak pejam mata. Chorus yang kuat, vocal Pot siap ada vibrator lagi time korus..dahshat bagi range suara tenor nak buat vibrator, gua salute.. 9/10

6. Masih (5:17)

Hehe..guitarnya mengabungkan wah dan delay effect untuk menjadikan lagu ni berwarna. Keyboard yang cukup catchy, cukup jazznya. Beat drum Bakri?? Mamat ni antara idola gua time gua main drum 5 tahun lepas..hehe. Solo guitar yang ala-ala vintage..Lagu ni feel nye macam lu nyanyi part 'Kau masih di hati', sambil tersenyum dan menunjuk kat awek or orang rumah lu 8/10

7. GULAGILA (3:20)
Sebut berulangkali dan laju-laju. Itu lah feel lagu ni. Intro dia macam lagu intro Cathay Production kat Jalan Ampas zaman P. Ramlee dulu. Lagu ini adalah sebuah lagu ska dari mereka, lirik memang agak merapu. Tapi music memang full dan catchy, siap ada suara perempuan menjeit, bunyi brek kecemasan dan ambulans. Lagu ni adalah sebuah lagu sing-along.. 9.5/10

8. Hidden Track 1 (0:09)

Sunyi...

9. Hidden Track 2 (0:09)
Sepi...

10. Hidden Track 3 / Satu Take 5 (4:12)
Lagu ini adalah salah satu lagu dari 1st EP deme, versi lain bagi lagu Satu.. Menggunakan classical guitar dan vocal sahaja, ada sedikit bunyi shaker kat belakang. Best dan cukup berjiwa. Cukup perisa jazz dan pop nya.. 9/10

11. Hidden Track 4 (4:53)
Lagu ni lagi gila dari GULAGILA..Verse awal bunyi ala-ala Innuendo gitu, memang pop. Sudenly deme buat perangai kat chorus bunyi harmonika cam siot, dorang nyanyi lagu OST DoReMi - Hai Obat versi chilake. Part yang 'Ubat Batuk Kering, Batuk Basah' tuh memang sapa ntah nyanyi macam berpenyakit batuk kering yang kritikal sangat bunyinya. Bukan tahap squid, tapi cam syial...hahahaha...pas tuh masuk lagi ala Innuendo balik..memang sengal.. 7/10 kerna berjaya buat aku gelak..

Overall = 8/10

notakakiAcidJazz - Gua tunggu EP Stonebay free pemberian officemate (merangkap rakan perokok) baru gua, Velen (Drummer Stonebay). Ye r dengar kata single dorang siap masuk Campur Chart kat Fly.fm. Meh sini EP kasi gua review...hehehe

8 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Acan aku dah layan habis dah. Memang track 1 tula yang terbaik. Tp aku rasa kalau dia tambah bunyi saxophone selit kat mana-mana bahagian lagu tu baru la sedap. Baru la betul jazz.

eddie dewanaga berkata...

fuh..

'Pada Senyummu' cukup relax.. nice..
tapi gua kena bilas balik dgn something heavier, faster & darker number, bukan apa, takut feel dia tu buat gua terngorat cashier yg cukup ayu di 7eleven Cenderawasih, Larkin Jaya..

kEyrOL~ berkata...

Ana Rafali tu yg pakai baju kurung bila nyanyi kn?
x silap r, sbb aq cm penah tgk kt utube.

Drum Kit berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Drum Kit berkata...

hello abg acan!! nice review!! aku pon minat radiostar!!
Tapi bagi aku lagi bagus klw sblom kita review band kite ade credibility.
Contohnya lagi bagus klw kita pernah compose lagu, buat lirik, tau pasal arrangement musik, chording, tahu pasal instrument, dan mcm2x lagi.
Bukan ape takut nanti budak2x radiostar marah plak sbb sbb kite pon tauu kan background radiostar ni, masing2x dah lama dalam scene ni, kita ni apalah aje kan.
huhu!!
Tak nak la jadi mcm judge eupho (prelim) kan, spe je derang amik; fellow?'hihii..
ape2x pon hidup abang acan!!!

Achan Sinclair berkata...

Jet

Sume nak taruk bunyi sax..gile sax tol r lu..hehehe

---------

Eddie

Lu kene brainwash balik...pas tu nnt dah suchi..emel gua gambar cashier tuh..mungkin boleh dirunding. :)

---------

Keyrol

Aah..Ana Raffali ni yang nyanyi pakai baju kurung tuh..bersepah video die kat youtube.

----------

Drumkit

Yer bro..krealibiliti memang penting. Dan review gua ini adalah sebagai seorang pendengar muzik tegar. Pengkritik filem tak semestinya seorang pengarah kan?hehe..Bak kate butter, musik itu untuk pendengar & pendengar yg melabelkan musik itu sendiri..sekian..

adeknurul berkata...

i nak dgr jugak... pinjam cd.. heeee... :D

Zack2k berkata...

hahaha hidden track nombor 4 tu Nanti dari innuendo sendiri. :) track yang romantik dan kelakar bila selitkan lagu obat dari P. Ramlee. :)