3 Prison Break

Boss gua dah keluar, jumpa client. Gua termengular (tak boleh mengaku sebab ramai ofismate gua mengikuti blog ni) ke McDonalds. Gua beli barang di pasar malam dan melapah makanan tersebut di meja bahagian McD. Nak ke McD, kolestrol tinggi (alasan bila di tengah bulan) so gua mengambil keputusan melepak bersama Nizam, Khairi dan Fattah. Mereka ini suku sakat gua dalam ofis yang sering menunjuk kepada gua yang serong.

Sedang kami melepak, kami story kat Nizam pasal sipnosis Prison Break. Khairi membuka cerita, Prison Break ni pasal mamat Scofield ni nak lari penjara. Then setiap season adalah berbeza tempat kejadian.

Season 1 : Masuk Penjara Fox River, dan misinya adalah untuk keluar penjara.

Season 2 : Sukses dalam misi pertama, sudah lari keluar dan misinya mencari harta pusaka member sepenjara.

Season 3 : Kene tangkap masuk Penjara Sona pulak, misi nya sama.. Lari penjara.. Bukan lari keliling penjara, tapi lari dari penjara.

Season 4 : Berjaya dalam objektif hidup, berjaya menghirup udara segar di luar sana. Tujuan season ini adalah mencari Scylica, sejenis blue print rahsia orang jahat.

"Setiap season nombor ganjil pasti ke penjara, dan season nombor genap pasti di luar penjara," sipnosis yang boleh diberikan."Lu rasa season 5 dia pergi mana ek?" tanya seorang yang tak pernah usha cerita Prison Break.

"Penjara Taiping," gua tenang membalas ayat sambil asap berkepul-kepul keluar adri mulut gua membentuk huruf "K"....

notakakilari : Kalau gua jumpa cerita ni time sekolah, pasti gua jadikan Micheal Scofield sebagai idola gua untuk panjat pagar lari dari asrama..

3 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

Aq bru pasan. Ganjil je msti dlm penjara.
Tp sakit hati gak tgk, kalu cmni smp bila xde ending! huhu~~

Abang Ben berkata...

nasib baik gua tak tergamak tengok siri ni...

Achan Sinclair berkata...

Apa pun kata lu orang..gua tetap penyokong setiasa perisen break..