5 Keganasan Berlaku Di Mana-mana

Student who kicked teacher suspended for a week


KANGAR: A Form Two student who allegedly kicked her teacher following a minor argument is facing a week-long suspension, pending investigations by the Perlis Education department and the police.

In the 10am incident Thursday, physics teacher Azhana Ibrahim, 27, was kicked in the belly by the schoolgirl when she asked the teenager to explain the words, “gila babi” (crazy swine) written in her class project report.

Perlis Education Department director Mansor Lat said the department would investigate the incident first before the police takes over the case.

“I was made to understand that initially there was only a minor argument. The student was dissatisfied with the teacher who sought an explanation on the nasty words written in her report,” he told reporters here on Friday.

Mansor said the incident had reflected the girl’s bad behaviour towards her teacher.

Following the incident, he said, the school management gathered information from its students to get a clearer picture of the matter.

It is learnt a meeting between the state education office and the school’s disciplinary committee scheduled Friday, was called off due to protest by the student’s parents who blamed the teacher for the incident. - Bernama

Keratan akhbar tersebut sememangnya menaikkan tekanan angin gua beb!! Murid bantai cikgu, ape cerita beb? Gua setuju kadang-kadang perbuatan dan perlaku tenaga pengajar membuatkan kita tidak berapa setuju. Tapi inikah balasan kita kepada cikgu? Dah la pergi sekolah pun tak payah bayar yuran, tak puas hati lu pukul cikgu lu pulak?

Minggu lepas gua balik ke Klang, gua lepak dengan guard asrama gua, Pak Zain. Pak Zain memang seorang pak gad yang tulus. Lu lapar, stok dah habis..lu kasi tau dia, dia kasi lu keluar dengan senang-lenangnya. Kalau lu panjat pagar, uncle ni lah yang mencari lu ke lubang cacing. Macam-macam cara buat kasi student tak panjat pagar, taruk minyak kasi pagar licin?? Tak jalan, kaki gua dah boleh mencengkam pagar. Biak kerengga dekat pokok sebelah pagar (mana ntah die rembat induk kerengga), ingat gua tak ada Ridsect? Maka demikianlah Pak Zain dan tekni-teknik beliau menghindari kes panjat pagar asrama.

Dia mula cakap sekarang ni student dah tak berdisiplin. Yup, gua akui, gua pernah diambil tindakan disiplin atas kesalahan-kesalahan normal. Tetapi gua memang respek cara Penguasa gua, Ustaz Zohdi mendidik student. Rotan?? Lapisan punggung gua dah kalis rotan namun tak kalis rabaan. Pelempang?? Pelempang Barisan Senior Kaki Pukul jauh lebih menggerunkan. Penumbuk Tepat Di Ulu Hati.. Semenjak hari tuh, gua ponteng sekolah tak lepak kat asrama dah, gua lepak luar..lagi best nak isap rokok tak payah duduk diam-diam dalam bilik basuh..Taubat. Maka berkesan lah cara beliau.. Sekarang gua menjadi lebih berdisiplin, bukan lebih..jauh berdisiplin..TQ ustaz

*Gate depan asrama ni? Gua tenang jek panjat time SPM dulu..

Pengurus Asrama kini seorang manager dari HQ Yayasan Selangor, maaf cakap. Teknik pengurusan beliau memang tak jalan. Tangkap student buat salah, slow talk.. Lain kali jangan buat lagi ek. 20 000x budak tuh buat benda yang sama. Serius!! Pernah ustaz baru asrama gua rotan student form 4, jadi kes polis beb. Pengurus tak defent staff dia pun..hampas..

Apa kes lu budak form 4?? Tak kan la ustaz tuh nak rotan lu saja-saja jek kalo lu tak buat salah. Berani buat, berani tanggung..tu nasihat gua kepada 'kapla' di luar sana. Gua dulu kalo lambat turun Maghrib kena sepam dengan Barisan Senior Kaki Pukul, pas tu lagi sepam dengan Encik Zohdi bin Ishak di hadapan khalayak ramai termasuk adik-adik perempuan junior yang comel. Bro.. bukan nak kata beb, senior gua chinese pun turun maghrib lepak kat tepi surau. Lu tau macam mana penangan ustaz gua time tuh. Polis? Dah lali nak tulis nama Zohdi bin Ishak sebagai defendan.

Budak sekarang!! Lu bikin salah, lu takut terima hukuman. Cikgu maki lu, lu pergi pukul cikgu. Apa cerita beb? Gua emosi nie...ni nak tukar kaler jadi hijau & saiz pinggang makin membesar. Jangan buat gua hijau, esok ada 2 open house gua nak cover ni nanti tak muat la seluar gua beb..

Kami dulu memang perangai, namun kami sedia menerima apa yang diberikan. Tapi kalau boleh jangan la kasi kantoi.. Tak pro beb kalau panjat pagar kantoi..Gua menulis entry ni diiringi lagu Terima Kasih Guru by Mirwana..suara Akmal time baru pecah sore...hahaha

notakakifly : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Prinsip gua time sekolah dulu, maka gua berjaya mencari 'jalan-jalan alternatif' untuk keluar asrama pada waktu malam...Selamat Pengantin Baru Rizza Abas (beliau bukan geng panjat pagar, tapi beliau adalah senior gua kat UTP dahulukala)

5 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

ada kes pensyarah kena belasah dengan student ke takat ni? huhuhu...

gua suggest lu jadi cikgu. Mesti legend punya sebab nanti lu belasah student dengan bunga2 silat...

eddie dewanaga berkata...

terdapat satu kes di SDARY, JB...
masa sorang adik beradik gua still kat sana(around 96-97)
satu cikgu dah terusik satu student
cha ya nun alif, anak sorang tokey babi yg haram tu, besok dia tunggu kat car park dgn revolver bro...

berlari pak guard call radio car..

Achan Sinclair berkata...

Abg Ben

Ada student nak pukul lu. Lu hempuk pakai Flying V lu, serta merta beliau menjadi seorang pelajar berhemah, tak mungkin terlepas satu kuiz pun.

Untuk mengetahuan lu dan tenaga-tenaga pengajar yang lain, gua buka kelas silat kat area Kota Damansara. Dan 40% yang menyertainya adalah dari geng-geng cikgu. Kini gua paham kenapa ramai cikgu perlu belajar silat. Nak belajar contact gua..hehe

Yang bab gua jadi cikgu tuh. Sekarang lu dengar murid ponteng sekolah. Kalo gua jadi cikgu, mungkin rate cikgu ponteng sekolah meningkat serta-merta.

-----------

Eddie

Tu la, sepatutnya mak bapak berkompromi dengan cikgu beb. Kalau anak lu kene dengan cikgu, for sure la die bikin masalah, tak kan dapat number 1 kene tibai kot. Paper semalam betis lebam kene rotan pun masuk paper..hampas betul.

AlexAlabasta berkata...

Aku salahkan mak bapak die, ntah2 bahase tu dengan ramah-tamahnye digunekan di umah diorang...

Aku tak paham la, mak bapak kengkadang ade yang bangang ngalahkan anaknye sendiri, mungkin ego (malu org tau x reti didik anak), atau dah terpengaruh dengan budaya Barat.

Kengkadang aku nak je tuleh surat ke akhbar2 tempatan buat saranan mak bapak ni je yang sepatutnye dirotan, tapi tu akan menyulitkan lagi masalah. Hmmm...

Ps- WoW! Achan, word verification plg menarik aku dapat 'sexbj'... pergh~

Bajet berkata...

Terkenang zaman muda-muda dulu. Kena rotan dengan Ustaz Zohdi. Taubat tak buat lagi.