0 Faktor Biologikal

Biology is the study of life and a branch of the natural sciences which studies living organisms and how they interact with each other and their environment. - Wikipedia


Manusia ini dijadikan sama pada zahirnya, ada dua mata, dua lubang kidung, satu kepala dan pelbagai anggota yang sama jumlahnya. Namun begitu ada yang mempersoalkan, kalau kita sama. Mengapa ada yang berjaya dan ada yang gagal? Jika kesemua faktor zahirnya (biologi) adalah sama, maka yang lain pasti Mind Set dan Attitude.

Jika dihuraikan sememangnya faktor biologi ini adalah cerita pasal tubuh badan manusia. Namun ada yang berpendapat bahawa faktor biologi ini juga salah satu antara faktor dalam kemajuan hidup dan beragama. Faktor biologi ini memainkan peranannya jika dilihat dari sudut agama yang diperturunkan melalui keturunan. Dan sah-sah kalau cakap pasal keturunan ia pasti berkait rapat dengan kekeluargaan dan secara langsung kepada faktor biologi.

The question is.. How biological factor become the restraint factor? Seperti yang diketahui ramai, bahawa kita ini telah dilahirkan dalam Islam. Keluar-keluar terus nama Abdul Rauf, Siti Zaharah dan pelbagai lagi. Maka dari kecil lagi kita telah dididik dengan Islam, dan akhirnya ia "sebati" dalam hidup kita dan kita jadi lali dengan hal-hal keIslaman. Dan akhirnya Islam itu menjadi instinct dalam hidup kita.

Dan bila ianya menjadi instict, perkara-perkara yang dilakukan bukan lagi menjadi ibadat tetapi menjadi adat. Apa yang dilakukan adalah atas dasar kebiasaan. Apabila ia menjadi kebiasaan, perkara itu diambil enteng dan tidak difahami, sebab dan hasilnya. Apalah guna makan Pizza tanpa tahu menikmati kelazatannya, kenyang aja yang kita dapat. Rugilah. Jadi ibadat yang dilakukan adalah sebagai pelepas kira asal buat aja.

Sifat yang berbeza ditunjukkan oleh mualaf, kebanyakan mereka amat menghargai ibadat itu sendiri. Ini disebabkan mereka yang dahulunya kafir, dan diberikan hidayah dan mereka tahu nilai hidayah itu.

The question is,

why..? Kenapa mereka lebih berpegang teguh dan sungguh2 berbanding
kita yang lahir2 je terus Islam? Kenapa mereka yang tempohnya tidak selama kita
memeluk Islam, mempunyai pemahaman yang jauh lebih tinggi dan hebat berbanding
kita yang memeluk Islam secara bilogi? Kenapa bila aku tgk Shah Kirit (sorang
penceramah time SeminarPengukuhan Akidah), cara penyampaian, dressing dan
pertuturannya jauh melebihi ‘up to date’ daripada orang2 yang aku pernah nampak
di masjid2?

Jawapannya


kerana mereka adalah "pencari" kebenaran (seeker). Dan setelah bersusah-payah berhempas-pulas tunggang-terbalik terkapai-kapai terkontang-kanting bergolok-gadai mencari jawapan, akhirnya mereka bertemu apa yang dicari, lalu MENGHARGAI kebenaran tersebut (teramat sangat punya beb.. bukan menghargai cikai2 je..) kerana itulah harga yang sangat mahal yang perlu mereka bayar semata2 untuk memperoleh kebenaran tersebut.


Dan apabila mereka telah berjumpa kebenaran yang dicari, mereka pastinya memperdalami,
mengkaji dan betul2 berusaha untuk memahami setiap yang berada di dalam kebenaran tersebut.


Kire kasi example sket, lu bandinglah kalau lu kumpul duit bagai nak gile beli kete. Pastinya lu lebey menyayangi kete tuh seumur hidup lu. Pantang beb kalau member lu cap jari kat tingkap, boleh putus pertalian persahabatan. Kalau kete lu kene guris ngan mat parking? Memang lu bersumpah darah untuk menghapuskan mat parking tuh. Ini disebabkan lu tau apa nilai kereta tersebut.

Berlainan pulak kalau lu anak lot, tau-tau bapak lu kasi kete. Calar terbakar pun lu xde la efek sampai berkurung dalam bilik. Sebab lu tak melalui kesusahan untuk memiliki kete tersebut. Pendek kata lu tak reti menilaikan nya.

So, kesimpulannya, biologi pun memainkan peranan jugak kalau kita melihat dalam konteks yang sedemikan. Barulah kita sedar bahawa kebanyakan kita yang lahir2 dah Islam ni lebih bersifat menelan kebenaran bulat2 tanpa nak cek sama ada ada tulang ke tak. Last2 tercekik sebab tak faham. Berbanding mereka yang takde apa2, kemudian berusaha mencari, mengkaji, membasuh, memasak sendiri, menghidang, mengunyah dengan cermat dan barulah menelan kebenaran tersebut, maka mereka lebih faham mengenai Islam. Apabila mereka lebih faham, maka merekalah yang lebih maju...fikir beb.

0 487 batang pen patah: