0 Salam Aiskrim Nestle Drumstick di Tengahari Ramadhan

Salam Ramadhan..

Pagi ini gua mendapat call, panggilan duit RM90 untuk bercakap selama 2 jam. Hish, bercakap je beb, memang gua suka betul tawaran-tawaran macam ni. Sebenarnya ini adalah lebih kepada market survey untuk aiskrim Drumstick (at first aku ingat Cornetto, dah puji-puji Cornetto then dia bagitau market survey ni untuk Drumtick..hehe).

Ok la, gua pun seorang market analyst yang berwajah pan-asia tapi tak berapa nak sukses dalam kerjaya, kena gak r market survey dengan kerjaya gua. Cuma lain bidang je, gua layan CCTV, kali ni bidang ice-cream plak..hehe

Beberapa manusia lagi turut bersama dalam market survey ni, kami di minta untuk memilih quote yang ngam dengan identiti Drumstick. Dan pemilihan jalan cerita iklan TV untuk Drumstick juga dijalankan sekali gus. Kira iklan tak keluar TV, gua dah tau la jalan citer die..hhehe

Selepas memberi idealogi-idealogi yang agak bernas gua di bayar sebanyak RM90. At first gua ingta dorang nak bagi gua rasa aiskrim, gua tarik diri la beb kalo cam tuh. Selamat hanya bercakap jek. Gua balik rumah Ajak. Gua tidur nyenyak untuk 3 jam, memang masyuk beb!!

Dan planning gua, dengan duit tuh gua nak angkat album baru Metallica.. Death Magnetic...yeaagghhh!!! Terima kasih Nestle Drumstick :D

notakakiaiskrim : Salah sorang volunteer adalah seorang amoy yang sangat comel!!!! Gua menyesal tak menyusun ayat dengan frasa-frasa ala Sonnet 18...

0 487 batang pen patah: