4 Review Metallica - Death Magnetic


* Resolusi rendah seperti biasa.

Tahniah kepada Metallica, korang berjaya membuat aku beli album korang. Semenjak album terakhir Metallica yang agak mengecewakan aku, St. Anger dirilis pada nak SPM kot ini mungkin sebuah pembalasan yang memuaskan kebanyakan pihak. Metallica kembali ke jalan yang sepatutnya mereka berada dan album ini sangat banyak memberi deja vu aku kepada Black Album. Lepas gua layan album nie, gua memang bersetujui dengan idea seseorang..

Kesimpulannya, Metallica telah kembali di atas landasannya. Ianya bukan album terbaik mereka tetapi sekurang-kurangnya aku boleh melupakan Load/Reload/St Anger seolah-olah itu album Metallica yang tak pernah terjadi. Dari Black Album terus lompat kepada Death Magnetic.

Mr. Ibrisam bin Akhbar, Pensyarah Program Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi PETRONAS
Sumber : KRENMAUT


Ikutilah review gua terhadap album yang memuatkan 10 track nie.

1. That Just Your Life

Permulaan yang agak perlahan dalam lagu ini, kemudian beranjak kepada clean-picking perisa Sanitarium. Kemudian boomm!!, kesemuanya meletup secara mendadak. Bunyi kerinduan terhadap Metallica, best feel bile dengar melody lagu ni. Kelajuan rhytm guitar yang menggila selari bersama suara Heitfield yang menggile. Inilah bunyi Metallica!!

2. The End of The Line.

Korang patut layan debut 'The Other Song', lantas korang bersetuju dengan gua bahawa riff-riff lagu ni berbaur debut tersebut, aku pun baru dengar debut tuh. Namun lagu ni berjaya menunjukkan skill Hemmet yang bisa mengigilkan aku, he brought his wah-wah together inside it. Drum attack yang mantap dan cukup energetik untuk membuat gua hayun kepala berulang-ulang kali.

3. Broken, Beat & Scarred

Lagu heavy tetapi simple dan mengungkit semangat Black Album. Sebuah lagu yang dinamik dan punchy, vocal Heitfield jelas meningkatkan mode lagu yg kedengaran agak simple. Ketukan drum Lars Ulrich dengar agak familiar ek..hmm

4. The Day That Never Comes

Ini betul-betul 'Fade to Black 2', perasaan dan music arrangement ada persamaan yang tinggi dengan Fade to Black. Semangat lagu ini sama sekali tak sama dengan 3 track terawal, kali ini lebih mellow dan ballad. Gua bersetuju dengan Bentara, solo Hemmet agak repetitive dalam lagu ni. Ulrich's drum bunyi ketuk plat besi beb, lu taruk boom mic kat snare ke? Namun lagu ini mempunyai kekuatan untuk memanjat carta-carta musik, percayalah!! Predict-predict chart ni adalah kemahiran terhebat gua..hehe

5. All Nightmare Long

Gitar menjadi pendominasi utama lagu ini, dan kelam sedikit lagu ni. Ini adalah gabungan bersama bunyi The Black Album dan Justice for All, jelas pada lenggok Heitfield. Solo Hemmet yang chaotic dan energetik memang ngam dengan lagu ni.

6. Cyanide

Pace lagu yang slow, dan drum attack yang menjengkelkan. Aku tak gemar. Mungkin bagi aku ni lagu paling tak best..

7. The Unforgiven III

Sebuah lagi siri dendam Metallica, dan 3 episod beb. Kemaafan masih tak diberikan, hampir menjengkelkan pulak, Permulaan dengan mournful piano yang beremosi dan strings (violin dan cello), seterusnya semangat ballad ala-ala Unforgiven timbul. Aku tertarik pada vocal Heitfield, lenggok rock yang beremosi. Mantap gak beb!

8. The Judas Kiss

Uih, duration yang cukup membuang masa. Panjang gile beb.. Yang aku respek dalam track ni adalah dinamik speed um dan slow down. Vocal perisa Master of Puppet sket ek.. aku suke gak verse time verse kedua. Sedap.. Lagu ni memang classic rock sound, Iron Maiden, Kiss dan yang paling nyata Lepard..

9. Suicide & Redemption

Ini benar-benar tribute to Justice ke beb?? Memang ni 1st instrumental song after 20 years. Ingin mengungkit semangat Orion dan To Live is To Die?? Bass Robert macam tak kena... apa masalah ek...hmm

10. My Apocalypse

Ending yang mencengkam, memang perisa trash yang tebal. Attack yang betul-betul kaw dan tangkap. Lagu yang pendek dan bersama music arrangement yang betuk-betul fit. Drum dan guitar selari kekuatannya.

notakakimetallica : Memang layan beb..boleh replace lagu Ahmad Jais time raya nanti.. :D

4 487 batang pen patah:

teropong kertas berkata...

Salam perkenalan Tuan umah, aku nak tanya, yg CD Death Magnetic yg hang beli ni Special/limited Edition ke? Berapa harganya? Ada free DVD ke, t-shirt ke?

Achan Sinclair berkata...

Salam perkenalan tuan tanah..

Ok ini secara apa yg aku dapat di Rock Corner..

First, Malaysian Edition CD harganya cuma RM29.90..murah bak..ko dapat sekeping cd + cd case + cd cover..

kedua, Standard Edition CD + T-shirt berharga RM57.90

dan terakhir Digipak version yang mana harganya RM54.90..ada 3D poster..metallica bukan maria ozawa...harap maklum!

BENTARA berkata...

tahniah kerana mengkayakan Metallica. Kayakan lagi Metallica sampai 7 keturunan.

Lagu2 tu kasi rate la... 1/10 ke... 4.44564/10 ke...

Achan Sinclair berkata...

Bro Ben

Metallica makin kaya..gua jek makin kedana.. hang tak pe..dah ada Explorer tuh dah kira berkemampuan r..hehe

Rate-rate ni bukan tamau bg..

1) Gua lemah number-number ni, ni bukan salah Dr. Abbas mengajar, tapi asalah gua yang tamau belajar.

2) Rate di telinga ni mudah berubah mengikut peredaran masa..so cukup untuk mereview dari segi sound..