4 Resepi Puding Karamel =)

Gua dipengaruhi oleh blog Bentara dan isterinya, Puan Suzi. Kemudian dibakarlagi oleh Nazir selaku bandmate gua. Post kali ini mungkin sedikit rare, untuk pengetahuan kalian selain dari bidang musik, gua juga adalah seorang pemasak tegar. Dan resepi yang gua nak reveal hari ni adalah puding karamel. harap-harap lu orang try la sempena bulan Ramadhan ni. Brader-brader grunge kat luar sana, lu kasi surprise kat mak lu..

* Gua tau lu leleh punya, sabarlah Sabariah.

Bahan-bahannya.

Puding

Tiga suku tin susu cair/susu segar
3 biji telur ayam (sape taruk telur puyuh aku rembat kepale die)
2 biji kuning telur ayam (bukan kuning telur penyu!!)
1 cawan gula halus
sehujung sudu esen vanila

Karamel.
2 satu per dua sudu nasi gula kasar

Peralatan

1 loyang
1 mangkuk besar
1 pengadun
1 dapur gas
Gas memasak secukup rasa.

Cara Memasak.

1. Lu tuang susu dengan sesen vanilla kat dalam satu bekas, lu kasi panaskan susu tu sehingga suam-suam kuku suhu dia lebih kurang 68 darjah celcius, sorry kat dapur gua tak ada termometer. Jangan sampai mendidih, kalo mendidih lu repeat step no. 1. Panas pakai api, bukan secara teknik lain macam duduk atas kotak susu dan lain-lain.

2. Then lu campur telur, kuning telur sama gula. Lu adun sama rata, lu kacau-kacau. Kacau lama-lama, timing dia..hmm. selalu gua tinggal g usha Jejak Rasul dulu. Tu timing gua, pastikan lu usha Jejak Rasul jek, takut kalo lu usha citer lain timing lari nanti, tune dah kacau la.

3. Skang ni gua nak ajar camne wat karemel lak, lu amik loyang, campak gula dalam loyang. Then panaskan loyang, kacau sampai dia perang sikit jek, then terus angkat. Tak perlu tunggu sampai perang semua, sebab loyang masih ada haba pendam. Kalo karamel hangus tak layan, pahit. Tak padduuu bak kata Loque Butterfingers. Ok then biarkan karamel membeku, pergi buat kerja lain.

4. Sementara adunan telur tadi masih bergerak, lu masuk susu yang suam kuku tuh sedikit demi sedikit kedalam adunan telur. Biarkan sebati. Masuk susu suam kuku, bukan masuk kuku lu.. vodoo..

5. Lu angkat adunan susu dan telur tadi masukkan dalam loyang berisi karamel tadi. Dan tutup permukaan loyang dengan alumium foil, kalo lu nak pakai kuprum pun gua tak kisah. Then kukus adunan tadi selama 30 minit di atas api dunia. Kalau api di sana gua tak tahu, wallahualam.

6. Dah 30 minit, lu tutup api untuk mengelakkan lu beraya dengan rumah hangus disambar api. Then biarkan loyang sejuk selama 5 minit baru bukak foil. Then lu campak loyang masuk peti sejuk, dah sejuk keluarkan, tunggu azan dan makan.

Selamat mencuba ye puan-puan..

Kalau tak jadi, pergilah ke Bazar berdekatan dan dapatkan dengan harga RM2 sepotong, Damansara rate.

notakakimasak : Kepada gadis-gadis di sana, gua nasihatkan korg g berguru dengan orang rumah Bentara. Masakan beliau memang tip-top, tiap-tiap hari gua follow blog beliau. Lihatlah anak-anaknya comel belaka, tak lupa suaminya juga =)

4 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

wa!!! cm bess!
kt sini dessert bnyk.mcm2. murah lak tu.
packing cm yogurt 4 peket kt mesia tuh. dlm 1 euro lebih.uhu!
btw, btol ke ko wt puding tuh? cm x caya! haha~~

BENTARA berkata...

Peh karamel... nasib baik dah berbuka kurang sikit nafsu kalau tidak meleleeeehhh...

Sape nak kursus masak dengan aku, pengerasnya CD Metallica baru, Death Magnetic.

Faliq berkata...

Fuh, nampaknya ko ni berbakat.

Namun aku tetap lebih tere 1 n
a half note dari ko.

Nanti bawakla kat utp, nak rase.

Pastikan aku berkata "i give u
5 stars"

Achan Sinclair berkata...

keyrol

sebagai anak kpd tokey tomyam..semamngnya kita perlu mewarisi bakat ibu kita..usahmasyarakat siam di tanah melayu..beli2 desert, DIY la bro...hehe

--------

bentara

Tak pe bro. Org rumah lu dah kire macam idola gua dalam bidang masakan. try la suruh die mengarang buku masakan. ang mengarang zine..memang pasangan ideal..hehe

gua tau ang terer dalam satu resepi ni jek..

Goreng gitar..hehe

---------

Faliq

Hehe..lu tunggu gua bukak bisnes puding karamel. Pasti goyah bisnes sushi lu. bawak balik utp ape nye, name pun puding, super lembut lol..
meh turun damansara..