4 Di Antara Populariti, Setar-Bak Kopi dan Pelita Ayam

Tarikh : 23 Ramadhan 1429

Masa : Sepenamatnya salam rakaat ke-8 solat sunat terawih.

Tempat : Sekitar Damansara

Pelakon
: Achan Sinclair

Al-kisah
:

Seperti beberapa minggu lepas, sepenamatnya sessi terawih bersama qariah Masjid Sek. 5, Kota Damansara, gua mengambil langkah inisiatif iaitu meminta diri dulu. Selepas bersalaman dengan uncle-uncle di sebelah kiri dan kanan dengan harapan mereka tertarik dengan budi-bahasa gua lantas memperkenankan gua menjadi bakal menantu mereka, gua capai Selipar Paling Selesa Dalam Dunia® atau lebih femes dengan panggilan selipar cap Asadi. Gua sarung selipar, gua cabut cari kereta Lamboghini pakai body-kit MyVi hak milik gua.

Perderas gua balik rumah, niat di hati nak lepak mapley Kayu, Sunway Damansara. Gua hari ni nak try 'senjata baru' gua, selalu untuk mengelak dari peminat-peminat wanita gua, gua akan lepak mapley pakai helmet full face. Memang nampak macam pemandu rally car, namun gua tahu ini cara terbaik untuk menjaga privacy gua.

Kali ini gua tamoh pakai helmet full face, gua nak pakai senjata baru. Gua rasa ianya amat efektif untuk mengelak dari serangan peminat-peminat wanita yang fanatik. Dan senjatanya ialah..

*Senjata Rahsia : T-shirt berharga RM 15.. cukup untuk menghancurkan hati-hati gadis di luar sana.


Gua beli baju ni semata-mata tujuan pertahanan diri sahaja. Kalau ada awek chun datang, gua terus buka baju dan menafikan bahawa itu baju Abah gua. Badan gua sexy, tak berbulu, gua tak kisah..hahaha.

Selepas gua percaya dengan ilmu kebal gua yang baru dimiliki, gua memandu dengan kelajuan optimum ke Kayu. FYI, Kayu adalah sebuah restoran mapley yang amat memenuhi citarasa gua. Harga sedikit mahal, tapi makanannya tip-top, ye la mahal.. mana lu jumpa kedai mamak ada lif, gua rasa Kayu ni aja satu-satunya kedai mamak berlif kat dunia ni.

Tapi seelok gua lalu depan Kayu je, kereta full beb. Timing lari beb, golongan manusia kelaparan sudah memenuhi di sepelosok restoran. Gua sebenarnya keluar untuk menyendiri dalam keadaan tenang. Atau dalam bahasa arab dipanggil khalwat (kalo tak silap gua la, sekolah menengah dulu gua rajin skip kelas arab beb..sorry ustazah). Gua berkata pada diri gua sendiri, " Tak boleh jadi ni, mahu supper gua kali ni menjadi supper terakhir semata-mata nak berebut tempat". Gua ambil jalan mudah, gua chow.


* Gua tak kenal sapa ni, yang pasti dia bukan owner Kayu. Adakah mungkin beliau daya penarik di Kayu?? hmm

*Ada berani? Makan kedai mamak ada chandelier.. Sebagai VIG (very important guest) pun gua tak pernah makan kat dalam bilik ni...ish


Gua blah ke kedai row belakang yang menempatkan Kedai Kopi Mampu Milik Ketika Bergaji atau dikenali sebagai Starbuck Coffee. Gua usha kiri kanan, cari waitress yang sama standard dengan Ija, Waitress Manis Starbuck The Curve. Gua hampa, muke gua berubah kepada kaler hijau malap, sumer jantan belaka. Gua order ice blended perisa baru, Coffee Jelly selepas dipujuk rayu oleh waiter yang mungkin baru habis SPM. Gua jalan jek, rasa sebijik macam Kopi Ais campur Lengkong (cincau) yang manis, tapi sedap banyak la dari kedai mamak berhampiran. Gua berkhalwat bersama sekotak Mild Seven dan beberapa majalah bulanan gua, tak termasuk URTV dan Mangga. Gua lepak hampir 2 jam, then gua usha muka waiter tuh dah macam ada tertulis 'Sila Keluar, Gua nak balik tidur!'. Gua pun pulang ke rumah selepas kepuasan..

*Starbucks yang merabak.

Rumah gua, rumah berlapis je sebab mak bapak gua jek duduk situ, adik-adik gua sume kat U lagi. Namun gua bersyukur, gua ada rumah yang boleh dikatakan sempurna ada letrik dan air percuma untuk 20m³ pertama. Sebenarnya hari ni gua baru pasang pelita, apa lu ingat rumah lapis tak ada tepat ke nak cucuk pelita. Rumah gua ground floor dan corner lot, maka space tanah agak luas. Boleh bina sebuah dewan serbaguna lagi lah..

* Pandangan 45 darjah rumah gua dengan menggunakan kamera resolusi rendah. Background pelita yang menggunakan diesel sebagai bahan api. Pokok-pokok bunga adalah hasil kerjasama gua dan Mama gua.

Kisah pelita ni bergini, semalam lepas gua gayut, gua menuju ke Tesco beli nugget. Family gua memberontak tak nak sahur beb kalau tak ada nugget tempura cap Ramly. Bersama itu gua mengambil langkah bijak mencari minyak tanah atau nama saintifiknya kerosin sebagai sumber api pelita, raya dah dekat. Gua mintak kat promoter Tesco, mula-mula dia bagi Butana, gua rasa nak Ong Bak dia dah, gua nak kerosin!! Then dia promote belilah Tupertine, gua dah tak tahan. Tetapi gua ingat ungkapan 'Sesungguhnya aku berpuasa', maka gua sabarkan diri.

Kemudian dari mana datang sorang brader tanya tujuan gua gari minyak tanah, gua cakap sebagai sumber api pelita. Beliau gelak besar seraya berkata, "Bro, sekarang ni minyak tanah ni kire barang rare. Kat pekan ni, kalo nak pakai pelita kita pakai diesel jek ganti minyak tanah".

Uish..biar betik. Gua lari ke stesen Petronas berhampiran, gua beli diesel RM4. Demmit.. diesel kaler kuning fresh oren, 20 tahun lebey aku ingat diesel kaler hitam. Ini sumer salah Petronas, ajar gua buat programming, akaun sume. Tapi kaler minyak diesel dorang tak mau taruk dalam silibus plak..hampeh tol. Tak pa, gua balik buat muka tenang sebab gua dah tahu minyak diesel kaler apa sebenarnya.. korang tahu tak? hehehe

notakakirayau : Gua nak tunggu Penyimpan Mohor DiRaja umum tarikh hari raya, harap-harap dia umum harga minyak turun jugak.. 2 in 1. Minyak including petrol and diesel, sebab skang gua consume diesel untuk pelita.. :)

4 487 batang pen patah:

eddie dewanaga berkata...

area rumah bos gua pun ramai yg guna diesel bro, gua sorang je guna minyak zippo(sebab zippo gua satu je...)hahaha...

''smoke on the water,
fire in the sky...!''

zhee berkata...

pergh..org pakai diesel ke skg ni? xtau plak aku.. seb baik tak pakai NGV. kalo x jenuh gak kene bratur. dahla pam NGV x bnyk.hahaha..

Bajet berkata...

wei acan aku nak baju tuuu. Power gila maple kayu ni. Takut aku nak jejakkan kaki kat situ.

Achan Sinclair berkata...

eddie

maka sekarang ni, dah termaktub bahawasanya, gua juga adalah salah seorang pengguna diesel..secara tidak langsung gua meneria subsidi kerajaan untuk diesel..

---------------------

zhee

Walaupun org dok pakai diesel..namun ramai lagi yg hanya dok pakai air liur..

----------------------

Bajet

Tak ada apa aku nak ungkapkan... rujuk nama panggilan ko semula...disitu ada jawapan..