5 Pincang Ekosistem Angkara Perbuatan Kami

Genre : Aksi, Kekeluargaan dan Keagamaan

Masa : 14 Ramadhan 1429, Sekitar Maghrib.

Lokasi :
Sunway Piramid (SP)

Pelakon : Achan Sinclair, Haniff Mustafa Amin (Ajak), Zulfadhli (Ajoy), Faiz, Faruq, Fazree dan Hazwan (Juwe).

Drama :

Semalam yang tenang, ku langkahkan kaki keluar dari daerah penuh ranjau ini.

Menuju nun di Bandar Sunway, bukan mencari ketenangan, namun mencari makanan.

Kami selaku pemuda harapan bangsa, tunggak negara merancang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Hartz, Sunway Piramid. Rancangan yang sering terganggu akibat propaganda yang diwujudkan atas dasar ingin melayan perasaan malas masing-masing.

Setibanya di SP, jam tepat menunjukkan pukul 6.30 pm. Maka berlari-lari anaklah para pemuda yang gaya seperti bapa kepada 3 orang anak. Perasaan gusar bermain di benak, risau makanan habis, meja penuh dan segala pemikiran negatif sahaja, tak terlintas langsung idea positif umpama kalau datang cepat mana tahu ada rezeki dapat makan semeja dengan Fara Fauzana, tiada langsung!!

Kami separa sesat di SP, mujur ada seorang staff kaunter pertanyaan tetapi tiada kaunter. Kami bertanya nombor telefon..uhh, silap. Kami bertanya arah Hartz, dan kemudian kami mengikut arahan yang diberikan. Mak aih.. Pengalaman seperi buffet di Ikea, orang ramai sanggp bertumpah darah semata-mata sesuap nasi. Adakah Hartz memang masyhur dikalangan masyarakat setempat?

Banyak dari golongan pelanggan mengadakan gathering yang mungkin melibatkan pejabat atau sekolah, maka terjumpalah dengan awek lama time belajar dulu, uhh..syahdunya bila melihat ex-awek kita berjalan bersama-sama 4 orang anak lambang kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tercinta.

Selepas melihat kesesakan berlaku di Hartz, kami mengambil inisetif untuk berbuka ala kadar dan solat dahulu, kemudian barulah kami kembali ke Hurtz untuk menikmati juadah. Bersiar-siar di sekitar SP menjadi pengubat duka. Bila masuknya waktu Maghrib, berdegar-degar kami berlari menuju ke Smoking Bay. Berbekalkan doa buka puasa yang dihafaz sehari sebelum Ramadhan, setin air tin dan kurma berperisa tak berapa kurma berharga RM3 wakaf oleh Juwe, kami pun berbuka puasa.


*Hotel yang berjaya mencapai taraf 6 bintang.. macam Sinaran Pasport Kegemilangan sih..main bintang-bintang

Sememangnya pemandangan indah mengadap taman tema air Sunway Lagoon dan resort bertaraf 6 bintang, Sunway Resort menjadi saksi kami berbuka puasa. Sesudah mengambil yang wajib, kami mengambil yang makruh pula. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutku angkara menyedut nikotin dari rokok berjenama Mild Seven.

Memang sukses projek pembangunan yang diusahakan oleh majikan Juwe, Sunway City. Dengar kata CEO nya ada rumah banglo 6 tingkat, ini dah melebihi ketinggian rumah-rumah flat disekitar Lembah Klang. Hebat!!

Selepas keperluan jasmani dikemaskini, kami menuju menunaikan Rukun Islam ke-2, apa cerita Rukun Islam ke-3 jalan, yang ke-2 tinggal?? Umpama bumbung tak bertiang lah. Kami menuju surau SP, maaf keaadannya tak kondusif untuk bersolat, baunya hapak. Pihak pengurusan sila ambil serius hal ini!!

Selepas diugut bunuh oleh qariah setempat, aku dipaksa mengimamkan solat Maghrib. Bacaan simple-simple, kalau baca Al-Baqarah mungkin ada yang terpaksa solat baring.

Selesai solat kami melangkah ke Hartz kembali, keadaan tidak berubah. Penuh beratur di luar, pemuda-pemudi berwajah Melayu tulen yang setia memakai kot di negara bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun masih memenuhi di setiap sudut Hartz. Kami bertamadun, dan buktinya kami beratur menunggu giliran. Kami beratur di belakang gadis-gadis yang dilihat dari gayanya mungkin dari Pelajar Tahun ke-2 di IPTA berhampiran.

Selepas beberapa ketika kami beratur, kami mengorak satu langkah ke belakang atau pendek kata barisan masih tak kehadapan. Mungkin ini adalah helah politik yang digembar-gembur semenjak ketika ini. Lelaki berbadan gempal, berbaju ketat dan bertocang macam Jin Ifrit diberi masuk dulu. Tak adil!!

*Malu-malu dengan masyarakat setempat.

Selepas berpenat lelah beratur, akhirnya kira-kira jam 8.20 pm kami dapat menikmati juadah di Hartz. Aku dan Juwe mengambil inesiatif untuk warm up perut dengan memakan buah-buahan dan salad, yang lain-lain terus ke main course. Ajak kembali dari mengambil makanan, 3/4 ekor ayam ada didalam pinggannya. Faruq, Fazree, Faiz dan Ajoy, semuanya mengikut jejak langkah Ajak. Kemudian baru disusuli oleh aku dan Juwe, sememangnya malam itu kadar kolestrol kami naik akibat penangan ayam goreng (perisa asli dan pedas), ikan crispy, mashed potato, pasta, macaroni, nasi, sup dan arghhh terlampau banyak.


*Comelnya kanak-kanak berbaju hitam tuh, memang kena dengan slogan Fun, Happy and Healthy

Tepat jam 9.40 pm kami keluar dari Hurtz selepas dipandang serong oleh Penyelia bertugas, mungkin akibat kadar pengambilan kami umpama tak pernah buka puasa selama 14 hari Ramadhan. Selepas ini mungkin poster bergambar wajah kami diedarkan kepada cawangan-c awangan Hurtz di Malaysia. Tak dibenarkan masuk!!

Namun keseluruhannya, kami berpuas hati malam itu. Spesis ayam mungkin mengalami kepupusan akibat sukar untuk meneruskan kemandirian spesis. Ye la lebih kurang 2 reban ayam tumpas dimeja makan kami. Pincang ekologi dan rantai makanan semulajadi. Memang aku thumb up kalau korang nak mencuba di Hartz. Selamat menchuba!!

notakakiayam : Apa selepas ini? Restroran Nelayan pula? Kita pincangkan ekosistem hidupan laut pulak!! Setuju semua??

5 487 batang pen patah:

Faiz Rev berkata...

pelagi destinase berbuka puaser lepas ni?

eddie dewanaga berkata...

huh, selera naga tu...!

time2 puasa ni, tekak gua lebih terarah kepada ayam yg dibakar, rangup atau rentung, belakang cerita..

Achan Sinclair berkata...

Faiz

Lepas ni kita merosakkan rantai makanan hidupan air pulak!!!

----------------

Eddie

Selamat aku tak boleh menjamah daging naga...alergi kata doktor..

zhee berkata...

ape kate pasni kite jangan rosakkan sebarang sistem rantai makanan semulajadi..
kite makan roti canai je.
huahua..

TEAM B.I.O.N.I.C berkata...

bro ni post best la hehehehehe