4 Merdeka

Malam merdeka adalah saat yang paling dinanti-nantikan oleh sekalian belia-belia tunjang negara. Tak kira lah anda seorang mat belia 4B, mat rempit, lelaki Ampang mahupun Skinhead. Masing-masing dengan agenda tersendiri, ade yang mengikuti countdown merdeka peringkat daerah, yang mat rempitnya pasti ada special edition race malam merdeka dan brader-brader skinheadnya pasti ada pergaduhan berlaku di kawasan Bukit Bintang.

Bagi gua semua tu dah menjadi suatu perkara lekeh yang malas gua nak amik kisah, malam merdeka gua angkat satu family g lenjan TGI Friday kat The Curve Damansara. Adik-adik gua memang berbakat besar dalam menipiskan wallet gua, secara lansung mereka telah mengikis RM276..terbaik!!! Tapi gua tenang jek, esok gua g gadai motor Kriss adik gua kasi replace baki akaun bank gua.

Keadaan di The Curve pada malam merdeka adalah kurang enak untuk dinikmati bersama keluarga. Mak gua tanya budak-budak ni nak pergi mana? Tak kan gua nak cakap dorang lepak kat Laundry Bar, maka gua diam je la. Merdeka sungguh negara kita, SPM dah tinggal 2 bulan, korang lenjan g lepak2 main spray. Kalo lu silap spray kat muke gua, memang konfem tubuh lu merdeka dari nyawa lu, dah tak kene jajah dah.

MERDEKA..

Manusia memang gemar kemerdekaan, kebebasan dan hak. Namun adakah benar hak itu milik kita? Cukup merdekakah kita sekarang nie? Cukup British keluar dari negara kita, kita dah boleh isytihar sebagai merdeka?

Ello.. selagi hubungan lu ngan Big Boss kat atas tu masih dibelenggu dengan seribu satu hal dan alasan dunia lu tak payah la isytiharkan kemerdekaan kat diri lu. Kalau nak solat pun dok teringat hal-hal dunia, hampes la lu. Sanggup pergi gig tapi tinggal solat, ape cher? Beb.. rock-rock juga, solat jang lupa.

Kita nie manusia, hamba.. Bila dikatakan hamba, memang class die paling bawah. Kita nie tak ada hak sebenarnya.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku
[Surah Al-Dhariyat : Ayat 56]

Hamba ini bersifat lemah dan tidak mempunyai apa-apa kekuatan, melainkan apa yang dipinjamkan oleh Pemiliknya. Sama dengan jiwa kita sebagai manusia, kosong dan penuh dengan hasutan nafsu yang bergelora. Cabaran dan dugaan dunia yang mendatang seringkali menguji kekuatan kita. Maka untuk menghadapi ujian itu kita perlu perlengkapkan sheild kita iaitu iman dan taqwa.

Didalam kesibukan hal-hal dunia ini, kita perlu mengutamakan dimana yang paling penting dan yang mana yang enteng. Merdekakan hati dari kelalaian dunia kerana sesiapa yang leka pada dunianya, maka dialah yang kerugian pada akhirat kelak.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[Surah Al-Hadid. Ayat 20]


Maka terdapat dua sifat yang perlu hadir dalam diri seorang insan iaitu, zuhud dan qanaah. Zuhud itu bukan bermaksud meninggalkan semua hal-hal dunia, umpama tidak beristeri, sentiasa bersolat tanpa tidur dan sebagainya. Zuhud yang dimaksudkan adalah tidak menamakkan hal-hal dunia sehingga lupa akan Allah.

Rasullullah SAW adalah manusia paling zuhud yang pernah hidup didalam dunia, namun baginda pernah bersabda : Badan kamu itu wajib untuk kamu penuhi hak nya. Maksudnya dalam melakukan ibadah kepada Allah, namun kita perlu memenuhi tuntutan sebagai seorang manusia umpama tidur, makan dan berkeluarga.

Demi Allah, sesungguh nya aku ini adalah orang yang tertaqwa di antara kamu semua kepada Allah dan paling takut kepada Nya, tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku juga bersembahyang ( malam ) tetapi juga tidur, juga aku kahwin dengan para wanita. Maka barangsiapa yang enggan pada cara perjalanan ku, maka ia bukanlah termasuk dalam golongan ku. “

[ Diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim]


Sifat Qanaah pula ialah merasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah, namun pada masa yang sama tetap berusaha. Maka orang yang bersifat qanaah ini sentiasa redha diatas ketentuan-Nya dan sentiasa memotivasikan diri untuk lebih maju kedepan.

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.


(Surah Al-Baqarah : 273)

Maka perlulah kita memusabahkan diri kita, tepuk dada, tanya adakah ada sifat-sifat ini dalam diri kita? Jika tiada berusahalah kepada untuk mengadakan nya.

Bukannya yang di namakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang di namakan kaya – yang sebenarnya ialah kayanya hati.


(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.)


4 487 batang pen patah:

ejat berkata...

errr...blog RM ke ni?dunia dah nak kiamat ke?baguslah dah insaf achan.alhamdulillah

Nuriman berkata...

Achan yg lama dah di ikat
Slamat menunai kan ibadah puasa

Achan Sinclair berkata...

ejat :

Gua memang rakan muda yang bergetah...aww.. kalo rakan lagi satu tuh..hmm.. mari kita doakan semoga dibuka pintu hati ejat...aminn..

------

iman :

Tajam nampak komen anda.. saya takut anda masuk ke wad ICU akibat terdapat cop kasut Converse saiz 11 di peparu sebelah kanan anda je.. pasti tak seronok beraya tanpa seblah peparu..hehe

AlexAlabasta berkata...

Achan diikat dengan tali hiking tuh, utuh dan terjamin ketat....

Ape2 pon selamat berpuasa tak kira makan, minum dan lain2~

Love the post (Buat gaya gedik2 kiut a la Izza), nice thought you have there... Sempat aku bermuhasabah diri jap~